17 November, 2012

PAS CUBA BOHONGI PENGUNDI

PAS masih nak main wayang dengan pengundi Islam konon hudud diterima Pakatan Rakyat. 

Di dalam Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan semalam Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib telah mengeluarkan kenyataan bahawa pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13. 

Sebaliknya DAP, Karpal Singh dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw secara terbuka menentang hudud(Karpal tak setuju hudud). Mereka pun hairan bagaimana Harun Taib boleh berbohong dalam Muktamar Tahunan PAS yang mulia itu.

PAS seperti menjolok hudud supaya ditelan secara paksa oleh DAP konon mengheret DAP untuk menerima hudud atas dasar nak main politik. Tetapi ternyata DAP memuntahkannya kembali.

PAS tak ubah seperti pengemis murahan di dalam Pakatan Rakyat. Melutut di kaki busuk DAP seolah-olah PAS tidak faham bahawa DAP benci akan hudud.

Rakyat harus boleh menilai apa jenis pakatan yang bercita-cita untuk memerintah negara ini. Bukan setakat mereka menipu rakyat malah juga menipu diri mereka sendiri, menipu ahli-ahli mereka.

Yang sebenarnya PAS sedang mencari pelakon-pelakon politik yang boleh hangguk buat sementara sebelum PRU13 yang akan datang.

1 comment:

  1. Kalau tak menipu bukan Pas nama nya.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.