23 April, 2013

PEMILIHAN CALUN PERLU DILAKUKAN DENGAN SISTEMATIK - RAIS YATIM

Umno perlu tentukan calon untuk pilihan raya lebih awal, iaitu dua bulan sebelum sebarang pilihan raya umum, bagi memastikan calon yang dipilih benar-benar yang mampu menang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim. 

Beliau berkata selain itu, penentuan calon perlu dilakukan dengan sistematik dan mengikut lunas yang ditetapkan bagi memastikan mereka betul-betul layak untuk bertanding.

"Dalam menentukan calon mampu menang, pemimpin parti perlu menjelaskan kelayakan calon dan faktor yang perlu dipertimbangkan bukan hanya berdasarkan usia, tetapi juga produktiviti mereka, katanya kepada pemberita di pejabatnya di Bangunan Sultan Abdul Samad di sini Isnin. 

Beliau berkata demikian apabila ditanya sama ada Umno perlu berubah dalam menghadapi cabaran abad ke-21. Rais juga berkata dengan menentukan calon lebih awal, ia dapat mengelakkan timbul masalah ketidak puasan pihak tertentu di saat-saat akhir. 

Beliau juga berkata pemilihan tidak sepatutnya berdasarkan pada usia sahaja, malah pertimbangan perlu diberikan kepada aspek produktiviti. 

"Jika produktiviti mengatasi usia, sudah jelas apa jawapannya...apa gunanya jika seseorang itu muda tetapi produktiviti dan hasil tidak dapat diperkirakan," katanya. KUALA LUMPUR, 22 April 2013 Sumber : Rais Yatim Blog

5 comments:

  1. Ala Dato PRU13 bukan rezeki..cuba lagi PRU14..kalau ada tak kemana..contoh calon BN Dato Yap Pian Hon..yang penting jaga karisma dan semangat juang..

    ReplyDelete
  2. Itu adalah jawapan dari seorang pencacai dan pemvodek pm yang merasakan beliau masih hebat walaupun jawpan nya secara berkias.

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya lebih awal lagi iaitu sejurus selepas Parlimen dibubarkan. Jadi ada masa untuk yang tak dicalonkan merayu, mengampu, membodek, buat video lucah lawan, melobi dengan buah tangan dan RM dsbnya.

    Karang ni, terlalu suntuk masa nak memberontak. Kan bagitu?

    ReplyDelete
  4. Datuk kalau nak bagi cadangan nantilah lepas PRU13 berlalu. Nampak sangat diketepikan. Cukup2lah Datuk pun dah lama bagi can orang baru yang mungkin lebeh terserlah dari Datuk. Apacam???
    Sebaiknya Datuk kemukakan pada Perhimpunan UMNO/BN nanti. Ini lebeh adil dan mungkin dipertimbangkan olih perwakilan. Apacam???
    Sementara ni Datuk perlu turun padang bantu mereka yang berjuang untuk memenangkan PARTI. Balaslah budi baik yang ditaburkan dulu2 dgn ikhlas. Apacam?????
    Kalau tak suka saya syoukan Datuk join PAS/PKR. Apacam!!!!!!!

    ReplyDelete
  5. dulu da bakar jambatan untuk Umno semasa dia dalam Semangat 46 (S46)...Kaki tangan di bawak kementerian dia amat amat gumbira dia tak di calonkan..lega meka kata.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.