02 September, 2009

Email dari "Orang Lama,Rumah Baru"

(Hishamudin semasa mula memegang Ketua Pemuda UMNO turun menemui masyarakat Merbok dibawa Mokhzani. Gamabar bersama Tuan Guru Ustaz Yassin. Photo sumbangan OL,RB)

MT ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menghantar email kepada MT dan beberapa gambar-gambar yang dikira menarik dan sentimental untuk dipostkan ke blog ini.

Email-email dan visual-visual ini akan MT terbitkan berperingkat-peringkat pada masa dan ketika yang sesuai kerana ia memerlukan banyak kerja-kerja editing gaya bahasa dan ”photo touchup” keatas gambar-gambar yang agak lusuh kerana lama dalam simpanan.

Walaubagaimanapun bukan bermakna MT tidak menerima lagi sumbangan-sumbangan bahan-bahan ini, sila teruskan sumbangan tuan-tuan untuk kita kongsi bersama kerana ia amat berharga untuk dikongsi dan sebagai rujukan generasi akan datang.

Berikut adalah satu email menarik dari seorang yang bergelar ”Orang Lama, Rumah Baru” :-

Saya kerap mengikuti blog tuan melalui anak saya dan saya ingin cadangkan tuan supaya blog Merbok Times ini tidak hanya mengangkat peranan pemimpin atas sahaja. Lihat sama pemimpin-pemimpin kecil di bawah seperti Ketua-Ketua Cawangan dan JKK.

Ingin saya nyatakan beberapa pimpimpin yang saya kira ada juga peranan mereka dalam Kawasan Merbok ini kerana setiap kali Mesyuarat UMNO Bahagian mereka rajin bangkit bercakap dan memberi idea semasa Daim Ketua Bahagian seperti :

a) Pak Ya Sireh – Seorang Ketua Cawangan Bendang Dalam yang terkenal dengan pendapat yang bernas setiap kali Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok. Berbahasa loghat Kedah pekat dengan pantun dan gurandam yang selalu mengeletek Tun Daim. Allahyarham merupakan Ketua UMNO Cawangan semasa arwah Abang Hashim Osman lagi.

b) Pak Ya Titi Bom, Gurun – Ketua UMNO Cawangan Titi Bom, Gurun. Seorang yang bersahaja dan santai. Anakanya Yusof juga Setiausaha Cawangan. Banyak buah-buah perkataan percakapan beliau keluar ikut hidung. Cukup berpengaruh di kampung beliau.

c) Pak Mid Cucur Badak – Ketua UMNO Cawangan Taman Seri Jerai, Gurun. Sangat gemar mengambil gambar-gambar semasa mesyuarat perwakilan bahagian. Yang lawak juga semasa lagu Negara Ku pun Pak Mid sibuk berjalan, mundar mandir mencari sudut yang terbaik untuk gambar beliau. Beliau bekrja sebagai tessyenwritter di kaki lima mahkamah Gurun.

Ini beberapa orang yang saya terlintas. Mungkin ramai lagi kalau kita lihat balik minit mesyuarat yang sudah-sudah.

Terima kasih.

Daripada,
”Orang Lama Rumah Baru” (OL,RB)
Gurun.

2 comments:

  1. Terima kasih banyak MAN atas informasinya, insya Allah wat kluag lagi banyak lagi baguih.. mai kita bagi mampoiuh buang UMNO cepat sikit..
    Terima kasih banyak orang-orang UMNO, kini maskin senang kerja kami.. bagus.!

    ReplyDelete
  2. Tahniah MAN , orang lama rumah baru

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.