21 September, 2009

Analisa punca kekalahan Tajul Urus di Merbok.

MT telah membuat satu analisa yang terperinci punca-punca kekalahan YAB Dato' Tajul Urus Mat Zain di Merbok. Analisa ini telah dibuat selama satu tahun bermula dari tarikh kekalahan BN dalam PRU yang lepas.

Ia memakan masa kerana semua pembongkaran isu-isu, punca-punca, sebab dan akibat yang disimpan selama ini telah dicerita kembali kerana Melayu mudah lupa, cepat ghairah dan melatah. Jangkamasa yang dapat mereka menutup mulut hanyalah 6 ke 8 bulan, selepas dari masa tersebut acapkalinya mereka akan ghairah bercerita sesama sendiri apa yang yang sebenar nya berlaku.

Rumusan nya adakah kerana pengundi Cina tidak mengundi calun Melayu kah? Adakah kerana pengundi India tidak mengundi Tajul kah? Adakah pengundi Melayu jelak dengan calun kah? Adakah ahli-ahli UMNO tahu tembelang calun kah? Adakah sombong dan ego calun yang membuat pengundi atas pagar undi PKR kah? Mengapa pengundi muda di saat-saat akhir lari kepada Rashid Din? Calun bermasaalah atau parti bermasaalah? Faktor skandal calun banyak ahli UMNO yang tidak tahu tetapi pengundi tahu. PKR kuat atau UMNO lemah?

Semua akan terjawab setelah kupasan satu demi satu oleh penganalisa politik MT serta pertemuan "one to one approach" dengan pengundi-pengundi atas pagar, NGO, kaum muda, SB, wartawan dan ahli-ahli UMNO.

Analisa ini akan MT postkan secara peringkat demi peringkat. Semua nya ini sebagai pengajaran bagaimana untuk menawan kembali Merbok dan Kedah ke tangan BN.

20 comments:

  1. Bukan Tok Mi shj dia tikam..Mahadzir Khalid kawan baik, kawan yg sentiasa tlg dia sampai dia kaya raya pun dia tikam..apa la nak jd..MT tlg link dgn blog Dato Seri Najib "1 Malaysia"..hopefully Dato Seri Najib dpt pantau apa yg terjadi di Merbok sebelum dan selepas dia memerintah.

    Sahabat Tok Det

    ReplyDelete
  2. Aku nak bagitau kepada kawan2 semua,analisa yang dibuat olih MT tidak tepat dan aku berpendapat anlisa tersebut bukanlah dari seorang penganalisa yang benar2 tahu keadaan politik semasa dalam PRU 12..Masih banyak lagi kena buat kajian.

    Kajian perlu dibuat secara total,bukan setakat di Parliman Merbok sahaja..PRU 12 banyak tokoh2 besar dalam Umno menerima kekalahan dengan pembangkang.Contohnya Dato'Sharizat jalil kalah dengan budak yang masih berhingus..Dato' Zam seorang Menteri cuma beralih tempat turut tersungkur di Parliman Sg.Petani,Siapa yang tak kenal Dato'Zam Di Sungai Petani malah ramai kaum keluarganya berada di Parliman berkenaan kalau nak dibanding dengan di Merbok sebelumnya..Banyak lagi contoh2 yang bolih diketengahkan,kita tinggalkan saja soal itu.

    Dato'Tajul sekarang sudah menjadi Yang Berhurmat jika sekiranya beliau bertanding di Kerusi DUN Tg.Dawai..Undi yang diperolihi melebihi dari pembangkang..Malangnya Dato' Azmi Hamid selaku wakil rakyat gagal mempertahankan jawatanya dan tersungkur di DUN berkenaan,sedangkan di DUN berkenaan 97 peratus terdiri daripada pengundi Melayu..Sekiranya undi Melayu yang diberi kepada Dato' Tajul di beri sama kepada Dato'Azmi,beliau juga sekarang bergelar Yang Berhumat,maka lagi sakan lah ego dan lagaknya Dato' Azmi..Mungkin itu salah satu sebabnya Dato'Azmi kalah di gelanggang sendiri..Mungkin juga pengundi Melayu sudah naik muak dengan sikap beliau sebelumnya..Aku berharap Dato'Azmi kena ambil iktibar dengan kekalahan beliau termasuk beliau juga turut terjunam dalam pemilihan pucuk pimpinan Umno Bahagian Merbok..

    Di Parliman Merbok jumlah undi yang diperolihi dari kalangan pengundi Melayu tidaklah begitu merosot,malangnya beliau tidak mendapat undi dikalangan pengundi cina dan dan India..Di DUN Bukit Selambau,Calun BN dari kaum India juga turut tidak mendapat undi dari kalangan Kaumnya sendiri..sebabnya MT kenalah buat kajian sendiri..

    Apa pun yang terjadi,MT kena ingat bahawa PRU 12,Lima negeri telah tumbang kepada pembangkang..Sebab musababnya,MT perlu membuat kajian secara terperici secara total,secara ikhlas tanpa mempunyai hasrat tertentu dan buruk sangka yang tidak menentu..BERSAMBUNG>

    ReplyDelete
  3. MT, Rakan bloggers dan pengundi muda sekelian,
    Melihat dari carta yang MT postkan ternyata ada keganjilan.
    Apa juga hujah seharusnya menjurus kepada fakta dan figura.
    Bukannya main tangkap muat atau atas keseronokan sendiri untuk menutup pekong yang bersarang.

    Sejarah politik UMNO Tun M tidak pernah pakai analisa UMNO untuk dibuat perkiraan menentukan calun kerana semuanya tidak pernah tepat.
    Lapuran UMNO hanya menyedapkan calun mereka sahaja.Tun mempunyai jaringan jentera politik yang mantap untuk memberi lapuran yang tepat kepada beliau.

    Lihat apa terjadi di Bagan Lalang sekarang.
    Adakah logik UMNO Bahagian hanya mencadangkan seorang calun sahaja iaitu Isa Samad yang konon akan membawa kemenangan.

    Jika Najib tidak menurut kehendak cadangan UMNO Bahagian tersebut,jentera PRK UMNO Bahagian akan boikot dan sabotaj untuk mengalahkan calun Najib dengan tujuan untuk membuktikan kepada Najib bahawa keputusan Najib adalah salah dan cadangan mereka adalah benar.

    Itulah yang berlaku dalam UMNO Merbok sejak dari Tun Daim lagi. Tetapi semuanya gagal kerana tokoh yang bertanding berwibawa dan membina jaringan mereka sendiri.

    Yang cuba mencaturkan kerja-kerja songsang ini ialah Ketua Bahagian sekarang.

    ReplyDelete
  4. Tambahan sedikit lagi....
    Kekalahan Datok Arzmi Hamid dengan calun PAS Dr Hamdan Khalib sebanyak 79 undi adalah bukti ada unsur-unsur sabotaj rakan sendiri, KB sekarang.
    Terim kasih.

    ReplyDelete
  5. Wahai Pemerhati

    Faktor u tak tepat..sepatutnya Dato Arzmi blh menang di Dun Tg Dawai kalu Tajul dan the geng xbg arahan undi Parlimen, jgn undi Dun..aku blh list sapa yg xbg kat Dato Arzmi di Dun Tg. Dawai kerana aku salah sorang yg geng tajul mai kempen..Ali Din, Hashim KP, Hanafiah, Halim Simpang 3 Pasir dan ramai lg..depa ni la antara org kuat tajul di Tg. Dawai..tgk apa lg pemerhati nak backing tajul..jgn bgtau tajul xsalah apa-apa..ini la org kata duri dlm daging.

    Ahli UMNO Tg. Dawai

    ReplyDelete
  6. fakta kekalahan besar BN pada pru12 yang lepas adalah berpunca daripada isu nasional dan bukan daripada calon2 yang diletakkan.kalau dilihat daripada hasil PRU tahun2 yang sebelumnya BN masih kuat sehinggakan jika diletak tunggul2 kayu pun di satu2 tempat BN masih boleh menang.kekalahan atau kemenangan banyak ditentukan pengundi-pengundi muda kerana banyak pengundi2 yang berumur boleh dikatakan tidak mudah mengubah pendirian dan selalunya taksub kepada satu2 parti sahaja.

    ReplyDelete
  7. Dari pemerhatian dan pengamatan, analisa yang dibuat oleh MT tu agak tepat dan juga boleh dipakai...sememangnya pengundi2 cina dan india ada sedikit kekurangan semasa PRU12 diakibatkan oleh banyak faktor yang tidak dapat dielakkan..jadi barang siapa yang berhajat nak bertanding semasa PRU13 ni kena kuat bekerja la sikit dari sekarang..

    Kekalahan Tok Mie sememangnya disebabkan oleh si Tajul...bila bersalaman dengan pengundi2 Tanjung Dawai lalu Tajul pun berbisik.." Parlimen undi saya..DUN x payah undi Tok Mie"..itu kata2 dari si Tajul..kawan makan kawan...gamak dia kata sebegitu rupa..

    Kalau kita amati betul2 negeri yang kalah semasa PRU12 adalah berpunca dari bekas2 MB nya adalah dilantik semasa zaman Pak Lah..mereka ini semuanya malas bekerja untuk parti tapi bekerja untuk poket sendiri...khir toyo, det khalid, tajol rosli(MB Tua)..shahrizat juga naik masa zaman Paklah sbb tu dia kalah..semua hukum tuhan dia kata x kena...yang kenaaa dia(la ni x tau la kena x kena al maklumlah sibuk jd KW)...

    So far Tok Mie x pernah kata apa2 pun kat Tajul, dia yang perasaan lebih...tu la lain kali jangan main kotor dalam politik..rasuah politik sampai perwakilan yang undi dia tu semuanya hilang maruah, menang memang menang tapi x sampai kemana..laniii orang yang undi dia masa pemilihan bahagian dulu dah mula maki dia kot belakang..dah dasar muka nak kena maki nak buat macam mana...

    Semasa PRU12 pengikut2 Tajul ni semuanya kaki wayang..keja malas nak buat, banyak cakap, kaki kelentong kuat,sombong dan takbur, duit pun sapu bersih...last2 bila x dak duit pakat makan tapai laa..kalau x betul tanya Li..sbb tu Tajul kalah..harap kan poster bertimbun-timbun tapi pendekatan pada pengundi x pernah pun..semua kerja untuk memenangkan BN dibuat oleh calon kedua-dua DUN..dia dok dirumah buat bunga teloq..

    Pada pendapat Biduk calon AP pada PRU13 ni biarlah candidate yang ada talent sikit..smart x selekeh macam Tajul..for me Tajul dah tua x sesuai dah jd calon AP. Kita bagi la peluang kat KPmd ke jadi calon AP pulak..kita buat perubahan sikit...tentu KJ suka..bila KJ suka baru UMNO Merbok dapat duit banyak sikit dari KJ...Ketua Bahagian pun senang...

    ReplyDelete
  8. Aku nak tanya kawan2 semua,Dato'Rashid dari PKR tu menang atas dasar apa di Parliman Merbok..Sebelum ni,orang kenai ke dia di Merbok..Dato'Zam kalah di Sungai Petani,pasai dia jadi Menteri ke..Dr.Shuib saidin kalah di Dun Pantai Merdeka pasai dia Exco ke..Dato'Azmi kalah di Tg.Dawai pasai dia Wakil Rakyat biasa ke..Hindu calun bebas yang menang Di Bukit selambau,pasai dia hindu ke..Calun BN diBukit selambau bukankah orang hindu juga kah..MT ada faham ke..Tulung bagitau pasai apa pakat2 kalah belaka..Aku tak mau tanya calun2 BN yang kalah ditempat lain,sudah tentu MT tak bolih jawab.

    Yang sebenarnya,apa yang aku tau..Dato'Azmi lah yang sabotaj Dato'Tajul dalam PRU12..Dato' Azmi terlampau takut bayang2 ketika itu,takut kepada kebangkitan Dato'Tajul..Dato'Azmi tak mau bagi Dato'Tajul Jadi calun Parliman Merbok ketika itu,sebab tulah Dato' Azmi berhempas pulas supaya kekal kan Dato' zam bertanding di Parliman Merbok..Dato'zam bukan menjadi satu cabaran bagi Dato' Azmi dalam politik Merbok.Perkara ini semua orang tau..Tapi bila Dato'Tajul telah dipilih sebagai calun Parliman Merbok,dan Dato'zam di hantar Ke sungai Petani,Dato' azmi terkejut besar dan tak kecewa..Dato'azmi cukup2 merasa bimbang dan ragu kalau Dato'Tajul menang dalam PRU 12,maka kedudukannya sebagai Ketua Bahagian tergugat..Akhirnya dalam PRU 12,Dato'Azmi main peranan secara senyap2 sabotaj Dato'Tajul..Sebab tu lah dalam PRU 12,Dato' Azmi tak pijak kaki Di Dun Bukit Selambau Berkempen untuk kepada Dato'Tajul sedangkan waktu itu Dato' Azmi sebagai Ketua Bahagian dan Pengerusi Barisan Nasional Parliman Merbok..MT tak tau ke perkara ini berlaku..Dok buat kajian macamana..

    Dalam PRU 12,Dato' Azmi dok kira tampal poster dia sahaja di sebelah Tg.Dawai,poster Dato'Tajul diarahkan kepada orang2 tertentu jangan tampal..Dato'Azmi kalah di Tg.Dawai bukan pasai Dato'Tajul atau pun orang2 tertentu sapertimana yang disebutkan.Dato'Azmi kalah diatas kelemahan dia sendiri..Kalau Dato'Azmi berkhidmat no wahid semasa dia jadi wakil rakyat Di Tg.Dawai..Pengundi tak akan memberi undi kepada pembangkang,walaupun apa sekali pun sabotaj sepertimana yang didakwa olih MT..

    Kini segala2nya sudah terlambat..Semuanya pakat2 kalah..Kalau lah sikap2 kawan2 yang ada tak berubah,asyik busuk hati dan buruk sangka,percaya lah Dalam PRU ke 13,letaklah calun dari langit sekali pun,BN akan kalah..maka sekali lagi kita pakat2 padan muka..Pembangkang juga yang untung,Walaupun ketiga tiga wakil rakyat pembangkang di Parliman Merbok tak buat apa2 dan makan gaji buta..Puaslah hati anda semua..Ini lah sikap melayu sebenarnya..Ayam menang,kampong tergadai.

    ReplyDelete
  9. Pemerhati yang hanya pandai memerhati tapi tak buat apa-apa.
    Minta MT buat kajian micro dan bukannya makro. Fokuskan kajian di Merbok sahaja kerana masaalah kawasan lain jangan diambil kira punca kekalahan di Merbok.
    Pemerhati hanya nak sumbunyikan perangai kotor Tajul Urus.Perangai ini bukan baru, yang lama politik Merbok dah tau perangai nya untuk kerja sabotaj ini bukan nya baru.Dulu masa ketua pemuda lagi teruk.Sesungguhnya Melayu ini tak mudah lupa.
    Kenyataan kononnya "Dalam PRU 12,Dato' Azmi dok kira tampal poster dia sahaja di sebelah Tg.Dawai,poster Dato'Tajul diarahkan kepada orang2 tertentu jangan tampal" tidakbenar pun berat lagi sabotaj pengotor orang Tajul suruh jangan undi Tok MI, Parlimen bagi pada saya"
    Bukankah jentra Tajul dengan kereta black marianya dan upahan ribuan ringgit tak boleh gantung poster Tajul yang romeo tu?
    Katakan yg benar walau pahit.

    ReplyDelete
  10. Siak bin Bilal, Taman RiaSeptember 23, 2009 at 11:58 AM

    Untuk pengetahuan pemerhati yang buta lagi tuli, Datuk Rashid menang di Merbok bukan kerana orang kenai dia tapi orang meluat dan benci dengan calun Tajul Urus Al Mat Zain.
    Kerana meluat tingkah lakunya yang aku lihat sendiri selepas sembahyang Jumaat di mesjid Taman Ria.Dia dengan angkuh dan sombong memarahi dgn nada tinggi seorang hamba allah yang block kereta dia kerana telalu ramai jemaah.
    Dialognya lebih kurang sebegini "KALAU DAH NAK WIRID PANJANG JANGAN LA LETAK KERETA DEPAN KERETA ORANG!!!!"
    Inikah pemimpin calun UMNO yang UMNO Merbok agung-agungkan?
    Tahukah Tajul berapa ramai taburan pengundi di Taman Ria dan Taman Ria Jaya?.
    Pendeknya inilah hukuman kekalahan UMNO khasnya Tajul kalau selepas Jumaat tak hayati solat Jumaat.
    Selamat Tinggal UMNO kalau begini!!!

    ReplyDelete
  11. Kalah dah pun kalah. Semua orang menyumbang kepada kekalahan. Faktor utama ialah berpunca dari kelembekan PAK LAH.
    Persoalan ialah selepas kekalahan 3 0 di Parlimen Merbok, mengapa tidak langsung bedah siasat di lakukan. Isu ini pernah di utarakan dalam mesyuarat jawaan kuasa yang mana Ketua Bahagian ialah TOK MI. Malangnya TOK MI tidak mahu berbincang sebab tidak mahu ada pihak terluka. Dan calon-calon Melayu di Merbok sendiri tidak mengkaji kekalahan pun.
    PUR12 lebih kepada isu nasional.
    Datuk Zam pun kalau bertanding di Merbok tempohari pun tidak tentu menang.
    Realitinya kalau UMNO Bahagian Merbok sessi yang lalu sentiasa membuat kerja dan mendampingi masyarakat, peluang nak kalah kuranglah sikit walaupun isu nasional melanda.
    Apa pengarah pilihanraya buat?
    Dengar kata beliau buat mesyuarat post mortem kat Bunga Raya, tapi senyap begitu sahaja. Kononnya nak bawa ke mesyuarat AJK Bahagian, tapi tak berlaku.
    Kenapa Tok Mi calon Ali Rustam? Berapa RM Ali Rustam bagi pada UMNO Merbok melalui kawan si Badrul Bunga Raya untuk calon nama Ali Rustam??????
    Kepada Merbok Times, kalau hendak mengritik kritiklah dengan adil. Kalau tak sokong UMNO, buat cara tak sokong.
    Kritik lebih kepada hendak melumpuhkan keseluruhan UMNO Merbok.
    (Kenapa Tok Mi kata pengundi pos boleh di beli dengan sepingan mee?)

    ReplyDelete
  12. Aku tetarik hati dengan tulisan Hasan kona yang tak tau nak jawab tulisan Pemerhati..Dato' Azmi tak pijak kaki di Sebelah Dun Bukit Selambau dalam PRU 12,pasai apa???.Dato'Azmi bila balik daripada Kempen Di DUN Tg.Dawai,maka berehat lah dia dengan puteri puteri Di Kelab Cinta Sayang,Malam Berkeraoke..Ismail Sala yang dah Muflis jadi broker Dato' Azmi..Ismail Sala makan keliling..

    Duit pilihanraya,Dato'Azmi selinap,pakat dengan Chegu Md.Khir Bekas SUB..Kalau belanja sikit2 pun,dok perabih sebelah Tg.Dawai sahaja,Di DUN Bukit Selambau dia tak ambil tahu..apatah lagi nak tulung Dato't
    Tajul Di Parliman Merbok..Dato'Azmi tak sepatutnya buat macam tu,pasai dia Ketua bahagian dan Pengerusi Barisan Nasional Merbok..Dato' Azmi kena pulun bagi semua calun yang bertanding menang..Apa yang berlaku sebaliknya,Dato'Azmi dok pulun bagi dia menang saja Di Dun Tg.Dawai..Dia seronok sangat nak bagi Dato'Tajul kalah,bila Dato'Tajul kalah dalam PRU 12,Dato'Azmi menang dI Tg.Dawai,maka mampoih lah politik Dato'Tajul di muka bumi Merbok..Jawatan Ketua Bahagian sudah tidak lagi ada orang nak cabar dia..Tapi tuhan maha berkuasa,Kedua2 mereka kalah,akhirnya Dato'Tajul bertanding jawatan Ketua bahagian,Dato'Azmi tersungkur di gelanggang..Harapan Dato'Azmi hancur berkecai bersama mungkin salah seorangnya saudara Hasan Kona..Mungkin terlampau banyak kona,akhirnya terjun kedalam parit.

    Dato'Azmi memang ego..kelulusan akedemik tak seberapa,tapi lagak lebih..Dulu semasa dia nak ambil alih jawatan Ketua bahagian dari Pak Njang Badri(sekarang Dato'),tapi bukan Dato'Melaka lah..dia pelekeh Pak Njang Badri yang bukan2,Pak Njang bodo,tak reti cakap orang puteh,Tak dak duit dan segala macam lagi dia peburuk Pak Njang..sedangkan Pak Njang bapak saudara dia..Tapi tuhan maha berkuasa..Akhirnya Dato'Badri masih hebat sahingga sekarang.Dato'Azmi hampir mampoih dalam politik dan terkonteng konteng kesaorangan..

    Itu Dato'Badri bapak saudara dia,dia tergamak buat kat Pak Njang begitu rupa,Apatah lagi kepada Dato'Tajul,lagi sakanlah dia buat..Semasa ada Dato'Zam,dia bersengkokol dengan Dato'Zam menghentam Dato'Tajul..Dato' Zam pun nak hidup..Kot kot bolih kekal lagi bertanding di Parliman Merbok atas sokongan Dato' Azmi sebagai Ketua Bahagian..Tapi akhirnya Dato'Zam terkeluar bertanding Di Parliman Sg.Petani..Sepatutnya Dato'Zam menang di Sungai Petani,pasai dia Menteri,wajah dia dok keluar dalam TV tiap2 hari..tapi kalah juga..Hasan Kona tak bolih buat analisa ke pasai apa Dato'Zam kalah diSungai Petani???..Apakah pasai pengundi meluat juga???.Aku harap Hasan Kona dan ahli Umno Tg.Dawai tulung jawab..

    ReplyDelete
  13. Perdebatan di antara Hassan Kona dan Pemerhati nampaknya makin hangat.
    Harap berhenti di sini. Yang penting pilihanraya hadapan jangan dicalunkan kedua-dua calun ini. Calunkan Dr Ismail Daut yang berkelulusan tinggi lagi berkelayakan. Kerana Timbalan harus mengambil tempatnya.
    YB Tajul harus bertaubat atas banyak dosanya yang lepas-lepas, Dato' Arzmi harus pencen dan pi dengar baca kitab di mesjid oleh Ustaz Shamsuri Hj Ahmad di mesjid seberang jaya.
    Dua-dua buat kebajikan dan sumbang harta kekayaan yang mereka rampok semasa berkuasa.
    Itu lebih baik.
    Jika Dr Ismail tkalayak calunkan Naib Ketua Bahagian EN Rahman Ahmad.
    Sekian.
    Salam aidil fitri

    ReplyDelete
  14. Wahai Pemerhati yang tak reti,
    Hang kata : "Di Parliman Merbok jumlah undi yang diperolihi dari kalangan pengundi Melayu tidaklah begitu merosot,malangnya beliau tidak mendapat undi dikalangan pengundi cina dan dan India..Di DUN Bukit Selambau,Calun BN dari kaum India juga turut tidak mendapat undi dari kalangan Kaumnya sendiri.."
    Hang tak tengok ka data-data di atas? Pengundi India menurun, Pengundi Cina menurun dan yang naik adalah pengundi Melayu(65.7%). Awat Tajul Urus Al Mat Zain tak dapat sepenuhnya undi Melayu?
    Yang hampa dok pi naik gerek dengan Krisnan tu buat apa konon nak ambil hati pengundi India, pengundi Melayu hampa tinggai.
    Mana pi pertambahan sebanyak 3.1% pengundi Melayu? Awat depa tak undi Tajul? Pasai pengundi tau perangai kelolo calun.
    Jawabnya Tajul over confident. Penasihat bingai dia tak nasihat secara betul dan tepat kerana semua gillette superstainless nak maka duit yang dia sentai dari Kedah Corp saja.

    Terima Kasih. Selamat Hari Raya.

    ReplyDelete
  15. Yang sebenarnya ramai ahli dan penyokong UMNO tidak tahu dan tidak mahu terima hakikat bahawa UMNO/BN sudah mula dilupakan. Terlalu lama memerintah dan berada di zon selesa dan zon selamat. UMNO jadi angkuh dan sombong!

    Kepimpinan UMNO sudah mula tidak bertanggung jawab, rasuah yang berleluasa, penyalahgunaan kuasa dan pemimpin UMNO disemua peringkat terlalu ghairah mengumpul harta.

    Ahli dan pemimpin UMNO tidak ada doktrin diri, komitmen pada parti hampir kosong. Tidak ada disiplin diri dan tidak telus dalam berpolitik.

    UMNO bercakap pasal ketuanan Melayu dan hak Melayu, tetapi pemimpin UMNO lah yang jual dan lelong hak Melayu. Siapa yang pernah tukar hak milik tanah Melayu ke free hold disetiap negeri, bukan kah MB UMNO. Siapa yang paling ramai songlap duit Kerajaan kalau bukan pemimpin Melayu UMNO.

    Maaflah. MT tidak punyai credential untuk buat kajian dan analisa pasal pilihanraya samada di Merbok atau dilain lain kawasan. Kajian dan analisa MT hanya kerana tidak sukakan Tajul Urus. Saya tidak katakan Tajul Urus pemimpin baik kerana dia juga dari gerombolan UMNO yang punyai sikap dan perangai yang sama.

    Apa jadi dengan Kerajaan Kedah dibawah Mahathir Khalid. Tajul Urus kaya raya, Ali Yahaya kaya raya, tukang kebun dan bekas pemandu ambulan yang ikut Mahathir Khlaid pun kaya raya. Apa jadi dengan PKNK, Seri Temin, bekas pengarah syarikat yang bankrup dijadikan pengurus dan Kedah Events, bekas tukang gunting rambut dan bekas wartawan tanpa kelulusan pun jadi kaya raya tanpa gunakan otak dan ilmu. Semua mereka jadi sombong dan angkuh.

    Apakah tuan tuan ingat mereka kaya raya dengan cara yang betul. Apakah orang orang UMNO hendak dakwa bahawa mereka kaya raya kerana itu rezeki mereka. Kesemua gerompolan diatas jadi perancang nak bunuh politik musuh Mahathir Khalid, mereka jadi perancang samun harta negeri dan hingga hari ini mereka angkuh dan sombong. Kemudian lantik mereka jadi think tank UMNO pulak, masyaallah rendah nya otak dan pemikiran pemikiran pemimpin UMNO.

    Sudahlah. Berubahlah orang UMNO, jangan lupa diri, jangan sombong, jangan salahguna wang rakyat, jangan ada skandal dan jangan lupa Tuhan. Rakyat sudah lama memerhati. Itulah hakikatnya, jangan cari salah orang lain.

    ReplyDelete
  16. Mamak Romli Kareem Boroi Said,
    Sebenarnya hangpa semua bodo.. tajul kalah sebab dia tak ambik mej anuar jadi wakil calon.. mej anuar sabotaj habis-habisan. koyak habis poster tajul rata-rata tempat termasuk di pejabat umno. Bilik gerakan jalan badlishah tutup.. naik poster datuk zam saja walaupun penamaan calon belum lagi... tok mie pula kalah sebab dia guna mail sal;a jadi penasihat.. mail sala ni bila jumpa orang umno yang pakai lencana gambar tajul dia suruh buka habis.. akhirnya 2/2 calon umno kalah + 1 calon india. semua rhuyup..

    terima kasih.

    aku calon DUN tg dawai PRU 13, undilah aku.. Mamak Karem Boroi.

    ReplyDelete
  17. mari sama sama kembalikan kegembilangan Parlimen Merbok dan DUNnya. Kita perlu bekerja mula dari sekarang dan kembali berkuasa di Kedah amnya.

    ReplyDelete
  18. pk lah sendiri tajul pasal apa hang kalah...

    ReplyDelete
  19. tajul tak urus nie lah pengkianat bangsa agama dan negara sebenarnya tuan2 nak taw...dia boley kata merbok n tg dawai letak tongkoi kayu pun boley menang apa punya kurang ajaq nya tajul nie tuan2...lepas nie dia jangan mimpi lah nak jadi calon lagi kami akar umbi akan pasti kan kalao tajul tak urus nie bertanding jugak kami akar umbi tetap akan bagi pada pembangkag walau pun pahit kami telah tapi kami snaggup dari bagi dekat pengkianat bangsa sendiri...babi sungguh tajul tak urus nie...

    ReplyDelete
  20. pada tajul urus lepas nie dia jadi tajul tak urus lah plak..lu pk lah sendiri pasai pa rakyak x maw kat hang mangkuk ayun oiii...
    lepas nie kalo tajul tak urus jadi beruk bujang ataw beruk pengkalan bujang aku bagi dia tiap2 ary jumaat pisang 1 sikat tapi ary jumaat ja ary hang cari sendiri lah mangkuk ayun oiii no,,,anak umno sejati,,said

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.