Budaya yang memunahkan UMNO Merbok ialah mereka pantang ditegur. Selama 52 tahun mereka memerintah mereka merasakan mereka ampuh dan tidak boleh digugat. Mereka merasakan rakyat kawasan ini secara automatik tidak dapat tidak akan menyokong mereka.
Apakah rakyat akan menjadi Pak Pacak dan Pak Hangguk atau ”YES MEN”? Apa yang mereka lakukan semuanya sempurna, maksum dan ”perfect”.
Hendak pula yang menegur dan memberi cadangan kepada mereka terdiri dari golongan-golongan muda yang baru ingin berjinak-jinak dalam UMNO.
Jika mereka ditegur, orang yang menegur akan dicemuh, dicaci, dimaki, dicarut dan dibelasah bertubi-tubi. Mereka cuba melarikan diri dari isu yang dibangkitkan dengan mengubah perhatian serta pandangan sambil menyalahkan dan menuding jari kepada pemimpin yang terdahulu.
Mereka menyapu semua isu-isu rakyat yang dibangkitkan kebawah permaidani merah mereka. Juak-juak di sekeliling mereka bertindak seperti samseng menyokong membuta tuli kelakuan ketua mereka tanpa usul periksa. Juak-juak inilah yang sering pandai berlakon dan mendapat tempat serta layanan istimewa ketua mereka.
Kerapkali juak-juak ini bertindak lebih camca dari bubur kerana mempertahankan ketua mereka demi untuk terus menikmati keistimewaan yang disuap ke mulut mereka.
Yang mendukacitakan ialah mereka begitu cepat melebelkan orang yang menegur mereka sebagai penyokong pembangkang. Ini kerana untuk menutup mulut orang tersebut dan mengheret hidung supaya menjadi Pak Hangguk mereka.
Jika budaya ini tidak berubah maka 80% golongan muda tidak akan menyokong BN dan UMNO seperti yang dinyatakan oleh Tun Daim.

Cakap pasal Pengundi Muda ... Apakah disebabkan oleh ketua bahagian sekarang ?? Kalau tak tahu fakta kekalahan UMNO dalam PRU ke 12 tolonglan jangan keluarkan isu-isu begini dalam blog. Pi belajar dulu atau tanya Pemimpin UMNO pusat.
ReplyDeleteSemasa Tun Daim jadi Ketua Bahagian Merbok atau Tok Mie Janggut boleh kah mereka ditegur ??? Pernahkan hang menegur mereka ???
Siapa jadi ketua, di mempunyai VISI dan MISI tersendiri ... sebab tu mereka jayak jadi KETUA ... bukannya orang macam hang .. yang tau menulis membuta tuli ...
Sempena Hari Raya ini, pergilah memohon maaf daripada mereka yang telah hang kecewakan.
Tok mi jadi ketua .....apa dia buat untuk merbok.Setakat jadi pak lawak saja......Dia tak melatih pun penggantinya.
ReplyDeleteHai Merbok Times,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya. Harap kalau tuan ada balik kampung, pandulah dengan cermat dan tuan sentiasa dalam keadaan yang aman dan selesa.
Dari pengarang, pengiring, machai, machet, perisik, perosak Rembau Times
JIka yang ada di Merbok hari ini hampeeeehhh.Saya cadangkan pemimpin muda harus bersedia mengambil alih.
ReplyDeleteJangan yang ada skandal dengan mana-mana pengusaha butik.Jika ada sekalipun kena pandai berlakon dengan membawa isteri sebagai wayang dan tontonan untuk tunjuk kepada ahli-ahli UMNO bahawa kita bersih dari skandal.
Pasti ahli UMNO akan sokong pelakon-pelakon ini.
Pak Kadok,
ReplyDeleteItu adalah kelemahan Tok MI. Terlalu banyak lawak dan gagal membentuk generasi pelapis.Yang sebenarnya selepas Daim ,Daim memberi kepercayaan kepada Tok Mi untuk memimpin Merbok dengan dilantik menjadi Senator dan Setpol.
Tetapi apabila Tok Mi memberi laluan kepada Tajul dengan janji Tajul pada awalnya untuk hanya untuk menumpukan business senario dah menjadi tungging terbalik.
Tajul telah tikam Tok Mi dari belakang. Merbok menjadi kacau bilau.
Bila pulak UMNO Bahagian lain dinegara ini boleh ditegur. Dr Mahathir siapa yang berani tegur dia, Pak Lah, Najib, semua sama.
ReplyDeleteYang boleh ditegur Tunku, Razak, Hussein Onn, depa tu pemimpin ala british tetapi ada class dan betul betul negarawan.