05 September, 2009

Ketua Bahagian dicadangkan turun bersahur dan berbuka di rumah rakyat miskin

(sumber - aduntgdawai.blogspot.com)

Tindakan dan aktiviti rakyat yang telah dilakukan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dengan membuat kejutan bersahur dan beramah mesra dengan penduduk di Kampung Penarik, dikira sangat menyentuh perasaan rakyat.

Selepas bersahur pukul 4.30 pagi dengan keluarga angkat, Esah Mohd, 78, beliau yang diiringi Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengerjakan solat bersama barisan kepimpinan UMNO dan penduduk setempat di Masjid Kampung Penarik.

Tindakan yang sama juga dilakukan oleh Adun Tanjung Dawai, Dr Hamdan Khalib dalam program ”Berbuka Puasa Bersamamu” di mana beliau juga turun berbuka puasa di rumah rakyat miskin, Din Bakar.

MT ingin cadangkan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain bersama SUB Bahagian dan beberapa kerat penyokong tegar beliau untuk mengambil pendekatan yang sama, turun bersama berbuka dan bersahur bersama rakyat. Kemungkinan ini dapat dilakukan seminggu sekali kalaupun tidak mampu dilakukan hari-hari jika ia menyusahkan.

Tetapi tuan rumah harus dimaklumkan terlebih dahulu takut-takut mereka tidak bersedia. Sekurang-kurangnya 3 hari sebelum untuk tuan rumah sediakan menu tamban tegeliat, telur asin, toyu atau kicap dan sayur pucuk.

Jika ini dapat dilakukan pengundi akan sayang kepada UMNO. Ketua bahagian tidak akan dicapkan hanya berbuka dan bersahur di hotel lima bintang bersama pemimpin atasan untuk melobi projek atau melobi jawatan Senator.

Jika program ini telah ada dalam perancangan, sila emailkan pada MT untuk disiarkan dalam blog ini.

5 comments:

  1. MT,
    Satu cadangan yang baik. Katanya Datuk Tajul memang ada dalam program bersepadu bahagian cuma tunggu tarikh sahaja.
    Harap-harap kesungguhan mesti ada. Rakyat dihaulukan, Pencapaian diutamakan.
    Jangan pula datuk Tajul sahaja, Ramli, Razak Rahman,Dr Ismail dan En Rahman kena lah turun bersama.

    Teruskan sokongan pada Datuk Tajul!!!

    PEMERHATI SETIA.

    ReplyDelete
  2. satu pendekatan yang baik.saya fikir jika dilaksanakan,memang besar kesannya di jiwa rakyat.

    telah sekian lama rakyat hanya melihat pemimpin dari jauh.apalah salajhnya jika ketua umno bahagian sekali-sekala turun padang berkenalan dengan rakyat miskin walaupun hanya berlauk ikan masin.setidak2nya pemimpin dapat menyelami jiwa rakyat.tidak hanya pandai bercakap kosong sahaja.

    ReplyDelete
  3. Dr. Ismail bole kata tak pernah turun...harap MT selidik tenguk AJK mana yang selalau turun padang dan yang masih balok liat.

    ReplyDelete
  4. Rakyat sekarang sudah pandai membuat penilaian dan mahukan pemimpin yang sentiasa dekat dengan rakyat dan mendengar masalah mereka.Sikap sombong dan susah dihampiri oleh rakyat seperti yang ditunjukkan oleh segelintir pemimpin UMNO mampu memberi kesan buruk kepada imej UMNO sekaligus ditolak oleh rakyat.Apalah salahnya jika majlis-majlis bersama rakyat dibuat selalu dalam mendapat kembali perhatian dan sanjungan masyarakat kepada UMNO.

    ReplyDelete
  5. Aku setuju benar dengan dahaman..memang Dr.Mail tak pernah hadir di majlis majlis buka puasa..Pasai apa.aku pun tak tau..tak kan dia tak puasa kot..MT kena siasat perkara ini..takut2 betul macam orang2 dok tohmah kat dia masa bertanding Timbalan Ketua bahagian dulu..Mungkin ada logiknya.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.