Daim menjejak kaki ke kawasan Merbok hanya sebagai Senator pada tahun 1982. Walaupun Daim anak Kedah yang berasal dari Seberang Perak, Alor Setar, seperti yang dinyatakan sebelum ini kemasukan Daim tidak diterima sepenuhnya oleh kepimpinan bahagian pada ketika itu iaitu Datuk Zanol Abidin Johari.
Daim diperejek-ejek dan diperkatunkan oleh sesetengah ajk-ajk bahagian pada ketika itu kerana sifat Daim yang simple, santai, diam, hanya bercapar dan fizikal tubuh yang kecil molek.
Banyak usaha-usaha dan aktiviti Daim untuk mendekati dan bermesra dengan rakyat di dalam kawasan Merbok diboikot dan disabotaj.
Walaubagaimanapun selepas Daim menang dalam pilihanraya pada tahun 1982 sebagai Ahli Parlimen Kuala Muda dan dilantik sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1984 mereka yang dahulunya memperkatunkan Daim adalah orang yang pertama sekali merapati Daim dan mencium tangan Daim.
Itulah sifat Melayu UMNO Merbok apabila ada kuasa ada kawan. "No money no talk. Got money we talk".
Sepanjang perkhidmatan Daim di kawasan Merbok banyak pembangunan telah di bawa ke kawasan Merbok.
Ianya seperti lebuhraya Eastern Bypass, Hospital Sultan Abdul Halim, UiTM Merbok, Jambatan Semeling, MRSM, Masjid Tanjung Dawai, PERWAJA, Petronas Fertilizer Gurun dan beberapa projek-projek kecil kampung , dewan-dewan, surau-surau dan jalan-jalan kampung.
Memandangkan Daim sebagai Menteri Kewangan yang ”high profile” dan yang sangat dhormati pada ketika itu secara tidak langsung rakyat-rakyat yang di dalam kawasan Merbok juga berbangga menjadi pengundi dalam kawasan Daim.
Mereka tidak segan-segan malah berbangga apabila memperkenalkan diri mereka dari kawasan Daim semasa Perhimpunan Agung UMNO dan di mana-mana acara resmi Kebangsaan.
Sebut sahaja Daim yang pasti ada susulan Merbok. Sebut sahaja Merbok yang pasti ada susulan Daim. Begitulah hebat sekali aura pemimpin pada ketika itu.
Hari ini semuanya tinggal sejarah. Integriti pemimpin yang ada di Merbok hari ini langsung tidak dapat mewarisi Daim walaupun satu persen, malah dicebik mulut dan hampir-hampir diludah.
Daim diperejek-ejek dan diperkatunkan oleh sesetengah ajk-ajk bahagian pada ketika itu kerana sifat Daim yang simple, santai, diam, hanya bercapar dan fizikal tubuh yang kecil molek.
Banyak usaha-usaha dan aktiviti Daim untuk mendekati dan bermesra dengan rakyat di dalam kawasan Merbok diboikot dan disabotaj.
Walaubagaimanapun selepas Daim menang dalam pilihanraya pada tahun 1982 sebagai Ahli Parlimen Kuala Muda dan dilantik sebagai Menteri Kewangan pada tahun 1984 mereka yang dahulunya memperkatunkan Daim adalah orang yang pertama sekali merapati Daim dan mencium tangan Daim.
Itulah sifat Melayu UMNO Merbok apabila ada kuasa ada kawan. "No money no talk. Got money we talk".
Sepanjang perkhidmatan Daim di kawasan Merbok banyak pembangunan telah di bawa ke kawasan Merbok.
Ianya seperti lebuhraya Eastern Bypass, Hospital Sultan Abdul Halim, UiTM Merbok, Jambatan Semeling, MRSM, Masjid Tanjung Dawai, PERWAJA, Petronas Fertilizer Gurun dan beberapa projek-projek kecil kampung , dewan-dewan, surau-surau dan jalan-jalan kampung.
Memandangkan Daim sebagai Menteri Kewangan yang ”high profile” dan yang sangat dhormati pada ketika itu secara tidak langsung rakyat-rakyat yang di dalam kawasan Merbok juga berbangga menjadi pengundi dalam kawasan Daim.
Mereka tidak segan-segan malah berbangga apabila memperkenalkan diri mereka dari kawasan Daim semasa Perhimpunan Agung UMNO dan di mana-mana acara resmi Kebangsaan.
Sebut sahaja Daim yang pasti ada susulan Merbok. Sebut sahaja Merbok yang pasti ada susulan Daim. Begitulah hebat sekali aura pemimpin pada ketika itu.
Hari ini semuanya tinggal sejarah. Integriti pemimpin yang ada di Merbok hari ini langsung tidak dapat mewarisi Daim walaupun satu persen, malah dicebik mulut dan hampir-hampir diludah.
Merbok Times,
ReplyDeleteMana boleh nak lawan dengan Daim dia jutawan. Cuba highlight Datuk Zubir Sheikh Saad pula. Beliau juga jutawan yang banyak bantu Datuk Tajul Urus.
Berapa banyak farmasi dia ada mungkin ahli-ahli UMNO nak makan panadol dia boleh bagi free.Kalau kepala tak sakit jangan la bagi.
Panadol Siam bukan la mahal sangat.
Sekaya-kaya Daim dia tak renovate pejabat UMNO Bahagian macam YB Datuk Tajul Urus Mat Zain mengapa?
ReplyDeleteYB Tajul renovate pejabat katanya RM100,000 total renivation.
Itulah kesungguhan YB Datuk Tajul pengorbanan wang ringgit untuk UMNO Merbok.
Semoga YB dicalunkan kembali pada pilihanraya yang akan datang dan dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri.
Sokong YB Tajul.
Kalau Datuk Zubir aku setuju sebab dia tak sombong dan suka merendah diri walaupun dia dikategorikan sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya,kalau dia bertanding untuk jawatan ketua bahagian pun aku sokong dia...mcm ni lah pemimpin yang kita nak..kalau takat panadol tu aku rasa dia boleh bg free sampai dua tiga papan kat sapa yang sakit...cuma kena paham la,org meniaga..mesti la nak untung sikit2 jugak,kalau dok bg free saja semua benda..parah la dia...
ReplyDeletemakcik misi
Dato Zubir dengar khabar telah sponsor semua perabut UMNO baru-baru ini.OK orsngnya tak sombng dan mudah bercampur dengan org bawahan.Mendapat pujian di Permatang Pasir kerana bekerja keras dan bertungkus lumus bersama-sama kakitangan bawahan.Masih baru dlm politik UMNO tapi telah diberi kepercayaan menjadi Timbalan Ketua Penerangn UMNO Kedah iaitu timbalan kepada Dato Jamil Khir yang sibuk denagn tuga-tugas sebagai menteri.Penerangan letak di bahunya sekarang dan dimaklumkan pendekatan peneranagn sekarang ini berbeza iaitu lebih kepada pembentukan rohani dan lepas raya nanti banayk program yang telah disusunrapi seperti dimaklumkan oleh UMNO negeri.
ReplyDeleteDatuk Zubir aku nak tanya hangpa semua dia tu anak tempatan Merbok ka?
ReplyDelete1.Berapa lama dah jadi ahli UMNO?
2.Kalau baru jadi ahli UMNO tolong senaraikan semua sumbangannya pada UMNO.
3.Berapa gundi beras bubur kanji dia sumbang pada UMNO untuk bulan puasa?
3.Dia tak sombong sekarang ni, bila naik jadi wakil rakyat baru tinggi hidung.Masa tak ada kuasa bila ada kuasa kelak mula la eksyen macam Tajoi.
4.Kalau dia bercita-cita tinggi jangan dia dekat dengan Tajoi atau Det Khalid.Depa ni la pelingkop negeri Kedah.
5.Sapa-sapa yang dekat dengan Tajoi jaga baik-baik, apa jadi pada Tok Det?Dulu baik ladia hentam Tok Det. Apa jadi Dr Ismail?dulu baik, lani dia hentam Dr Ismail. Apa jadi Tok MI, dulu baik la ni dia hentam Tok MI.SEmua yang baik dgn dia akan rosak masa depan politik mereka.
Datuk Zubir potensi naik sampai jadi Menteri Kesihatan yang jaga ubat, ubat cacing,ubat batuk, ubat sembelit seprti lagu P Ramli..hai obat,hai obat, mari beli obat, kalau lah terlambat tak dapt.
Calun Parlimen Merbok yang boleh kita petimbangkan.
Nak tahu sumbangannaya tanyalah AJK Merbok?Perabut sahaja harganya lebih RM50K.Yang lain tak usahlah disenaraikan.....penyumbang terbesar setakat ini kepada UMNO MERBOK!!!!
ReplyDeleteWalaupun Dato Zubir masih baru dalam UMNO,tapi aku boleh terima cara dia lagi daripada si ketua bahagian Merbok sekarang ni..belagak nak mampuihh...mcm dia sorang saja ketua bhgian dlm msia nie..cakap saja pandai,akal mcm kaldai..
ReplyDeletelembu sapi
Lanpan Jawa,Anon dan STAFF MERBOK,
ReplyDeleteBerapa lama hangpa kenai Dato Zubir ? baru setahun kot ! apa sebab tiba tiba dia cukup murah hati lambat lepa nak bagi sumbangan.
Cuba renung dalam dalam mesti ada sesuatu yang tersirat,percaturan dia boleh dibaca,dia bercita cita tinggi nak jadi Menteri, jadi kena umpan la dulu agar tak ada bangkangan dari ahli ahli akar umbi apabila mai musim Pilihan Raya nanti.Kalau nak tau lebih lanjut pi tanya Dr Ridzam (Dr gigi)dan Dr Hamdan(ADUN TANJUNG DAWAI),depa satu ketika dulu cukup rapat.
Zubir masuk ke Merbok atas nasihat Det Khalid,semua perkiraan telah dibuat,dia tahu Tajul tak akan lekat dan di pilih lagi untuk jadi Wakil Rakyat,Dr Ismail pun sama akan kecundang kerana banyak excess baggage dan skandal.Man Boleh dan Habsoh tak layak,Azmi Rahim(Mi lawyer)tewas dalam pertandingan Naib Ketua,yang tinggal hanya Saiful Ketua Pemuda,Dato Man Bendahari dan Zubir saja.
Peluang untuk Zubir adalah cerah tu sebab dia labur sakan 'ada udang disebalik batu 'kata Mat Salleh 'Theres no free lunch'.
Tapi depa lupa ada orang yang lebih senior dan pernah pegang jawatan KETUA PEMUDA MERBOK, BENDAHARI PEMUDA UMNO MALAYSIA DAN BENDAHARI UMNO NEGERI KEDAH.Dato Mokhzani masuk UMNO Merbok pada sekitar tahun 1986 di cawangan Kampung Huma,adakah beliau tidak layak ?
Dari segi senioriti tiada siapa yang boleh challenge dia, begitu juga khidmat bakti kepada bukan sahaja di PARLIMEN MERBOK malah banyak Bahagian yang dia telah bantu.Mokhzani mempunyai kelayakan akademik yang baik,seorang jurutera petroleum,ahli korporat yang berjaya dan disenaraikan orang yang ke 24 terkaya di Malaysia.
Anak anak muda ramai yang mengenali dan cukup berminat dengan dia sebagai IKON kepada mereka.
Diperingkat Antarabangsa namanya cukup dikenali didalam dunia sukan LUMBA KERETA,cakap pasal litar Sepang semua akan mengenali nya.
Dalam bidang minyak dan gas (oil and gas,syarikatnya Kencana Petroleum bukan saja beroperasi diMalaysia malah dikebanyakan negara Arab.
Kalau ahli ahli UMNO Merbok masih mahu menolak Mokhzani,tak tahulah orang yang macam mana lagi yang mereka mahu ?
1Malay,
ReplyDeleteSaya bersetuju dengan cadangan tuan atas dasar:
1- Datuk Mokhzani dah lama bagi sumbangan dalam Merbok. Beliau bukan orang baru, kalau nak ikut sumbang perabot pejabat Tok Man Bendahari sumbang lebih pada itu lagi. Ini Zubir baru masuk dah kita lupa pada orang lama.
2. You kata ahli-ahli Merbok tolak Dtk Mokhzani you silap. Sebab ahli-ahli Merbok terima Dtk Mokhzani dengan tangan terbuka. Yang tolak hanyalah beberapa kerat ajk Bahagian yang ingat bahagian Merbok macam pak depa punya. Depa boleh warna ikut depa seperti Razak Rahman,Ramli Karim dan Tajul Arus.
3. Dtk Mokhzani tokoh yang low-profile, walaupun anak bekas PM. Dtk Mokhzani bukan jenis gila kuasa dok terloncat-loncat macam Kera gila betina.
4. Dengan kontek antarabangsa yang kuat Dtk Mokhzani akan membawa banyak pelaburan ke kawasan Merbok jika menjadi Ahli Parlimen Merbok.
SOKONG Datuk Mokhzani!!!!!
Kalau ajak bahagian tolak Datk Mokhzani marilah kita bloggers dan para pemimpin yang waras buat rombongan beramai-ramai jumpa Dtk Najib mencadangkan Dtk Mokhzani.
ReplyDeleteAku pun sokong cdgan kancil. Kita kena pakat-pakat buat surat kat Dato Najib. Dato Najib xblh mendengar laporan dr AJK Bhg Merbok shj. Dato Haji kita minta letak sebagai Adun Tg. Dawai. Jasa dia utk ahli-ahli Merbok pun byk kalu di bandingkan dgn Dato Zubir. Dato Najib kena utamakan seniority. Bukan yg kaki bodek. Dato Zubir kena buktikan dlu dia ikhlas masuk UMNO dan betul2 nak memperjuangkan masa depan orang Melayu bukan utk kepentingan diri sendiri.
ReplyDeletePenyokong Setia Dato M
MT ini laporan terkini....!!!!
ReplyDeleteSemalam Tajul buat jamuan buka posa di Mesjid Taman Ria Jaya ramai yang balik loyyy saja tak dapat makan.
Makan tak cukup panggil orang ramai. tak tau macam mana depa budget. Buat makan kata untuk 400 orang saja tapi yang mai 800 orang.
Lingkup....orang buat program ramazan depa nak buat.
sapa nak jadi calon buat kerja dari sekarang
ReplyDeletedato seri najib tun razak
Dewan majlis baandaraya alor setar
ogos 2009
Aku walaupun orang luaq, tetapi bila lihat perkembangan terbaru ni, nampaknya akaq umbi rata-rata macam takmau dah kat Tajul. Baguih juga letak orang baru/lain. Kalau Zubir boleh buktikan bahawa kemasukan dia kedalam UMNO merupakan satu langkah yang positif kepada UMNO Merbuk, ahli-ahli boleh pilih dia, tapi kalau majoriti mau Dato' Mokhzani maka Dato' Mokhzani kenalah mulakan langkah kearah itu, kenalah bagi isyarat.
ReplyDeleteUntung betoi UMNO Merbuk, Dato Zubirpun rajin buat kerja baik diBahagian mahupun dinegeri bagi membantu Dato' Jamil Khir yang sibuk dipusat. Dan Dato' Mokhzanipun telah banyak menabur bakti pada UMNO Merbuk dan juga disukai akar umbi.
Orang luaq? he he he.....Awat? Daim dilahirkan diTanjung Dawai ka? Mokhzani dilahirkan diSungai Pial ka? Jadi takkanlah hangpa nak petikai status tempat lahir Dato Zubir pula? Bukanka depa ni semua orang Kedah juga?
Nu yang puak pembangkang nu tak kisahpun tempat kelahiran pemimpin mereka. Janji bila nak memimpin, pimpinlah dengan sesungguh hati.
**Peminat UMNO Merbuk.
Away la hampa suka sangat dok hentam Datuk Zubir. Dia buat kerja untuk UMNO jugak. Hampa dok dalam UMNO jadi pencacai masyarakat kenapa ?? Kalau TOk Mokzani ker atau Tok Janggut ker ... Buatla kerja dulu.. biaq rakyat menentukan.
ReplyDeleteHampa semua ni tukang karut AJER la ...
Hampa fikir sendirilah.....Peringkat negeri telah mengiktiraf Dato Zubir.Beliau diberi kepercayaan menjadi TIMBALAN KETUA PENERANGAN UMNO Negeri Kedah.Satu tugas yang yang berat tapi beliau telah diberi kepercayaan oleh UMNO negeri kerana beliau kena bantu Dato Jamil Khir sibuk di Kuala Lumpur.Hangpa fikiaqlah..... kenapa dia dipilih!!! Mestilah faktur rekod prestasi kerja dan populariti syarikat ZUFFA dipelusok negeri Kedah telah diambil kira.
ReplyDeleteRasanya golonagn bangsawan macam Mokhzani tak sah kot..... rakyat biasa menjadi pilihan golongan atas pagar dan org muda .G olongan terpelajar lebih selesa dgn calun di kalangan org kampong/desa dari org macam Mokhzani.
ReplyDeleteDato Zubir sememangnya layak diberi peluang untuk memperkukuhkan jentera UMNO dibahagian Merbok.Perhubungan UMNO negeri juga telah sanggup memberi kepercayaan kepada beliau,jadi mulai sekarang prestasi dan sumbangan beliau kepada UMNO akan sentiasa diperhatikan untuk dibuat penilaian oleh semua peringkat akar umbi samada beliau nanti mampu tersenarai sebagai calon wakil rakyat.
ReplyDeleteDato Zubir tu cepat naik nanti takut org cantas dia pula....UMNO bukan tak tau tak bole tenguk ada pencabar mereka.Dia menang G7 pun banayak meninggal jauh tempat kedua dan seterusnya.
ReplyDeleteSalam buat MT dan Rakan2 Merbok.
ReplyDeleteTertarik dengan artikel mengenai Tun Daim yang telah dipaparkan di MT.
Hakikatnya... perjuangan Tun Daim dan jasa2 beliau terhadap Merbok adalah tidak ternilai (Boleh disaksikan dengan apa yang ada sekarang). Walaupun dia bukan berasal dari Merbok, beliau juga tidak disukai oleh kebanyakan ahli mahupun AJK ketika itu... tetapi beliau telah menunjukkan bahawa sifat kepimpinan telah berada di dalam diri beliau (BORN TO BE A LEADER) secara semula jadi.
Secara amnya... saya sedikitpun tidak terpengaruh dengan hujah2 mengenai pemimpin dari luar, sejak bila menjadi ahli, apa sumbangan kepada Merbok dan lain2 perkara yang remeh.
Kembali kepada komen2 mengenai pemimpin di Merbok... saya difahamkan terdapat beberapa puak atau kumpulan yang membawa fahaman dan ikutan (ketua) masing2. Rasanya sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kita membawa haluan sebegini kerana matlamat memperkasakan melayu adalah lebih penting daripada matlamat individu.
Seperti yang saya katakan di atas... "saya sedikitpun tidak terpengaruh dengan hujah2 mengenai pemimpin dari luar, sejak bila menjadi ahli, apa sumbangan kepada Merbok dan lain2 perkara yang remeh."
Bercakap mengenai pemimpin yang hendak menerajui merbok, pemimpin itu mestilah mempunyai sifat pemimpin sejati. bukannya pemimpin bermusim seperti yang kita selalu lihat sekarang ini.
Begitu juga mengenai Datuk Zubir Sheikh Saad. Beliau adalah contoh usahawan melayu yang berjaya. Sebagaimana jayanya beliau dengan empayer ubatnya... tidak mustahil kejayaan yang sama akan beliau kecapi dalam arena politik di merbok.
1. aku nak tanya hangpa semua dia tu anak tempatan Merbok ka?
Tun Daim anak tempatan Merbok ka?
Mokhzani anak tempatan Merbok ka?
Tajul KB sekarang anak tempatan merbok ka?
Jangan jadi katak bawah tempurung, hanya nampak apa yang ada ditepi kita sahaja... perasan dunia kita dah cukup luas.
Buka minda... pandang kehadapan...
2.Berapa lama dah jadi ahli UMNO?
Adakah soalan ini perlu dijawab?? Jika beliau menjadi Ahli PAS atau PKR... adakah penyokong PR ini akan menyoal soalan ini?? Renungkanlah.
3.Kalau baru jadi ahli UMNO tolong senaraikan semua sumbangannya pada UMNO.
Beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO Merbok dan juga dilantik sebagai Timbalan Ketua Penerangn UMNO Kedah. Secara teorinya... sumbanyan beliau telah diiktiraf sehingga keperingkat negeri. Kontek sumbangan adalah luas, bukan hanya wang ringgit sahaja dianggap sebagai sumbangan.. (berfikirlah secara waras)
4.Berapa gundi beras bubur kanji dia sumbang pada UMNO untuk bulan puasa?
Adakah hanya beras untuk bubur kanji dianggap sumbangan? saya amat hairan dengan suara2 ini kerana dari apa yang saya dapat nilaikan... pemikiran anda (nelayan sg. Batu) masih berada dibawah paras matang. Diharap saudara dapat berfikir dengan lebih waras selepas ini atau memang saudara memerlukan ubat dari Datuk Zubir.
Renungkanlah... pengundi sekarang terutamanya pengundi muda tidak lagi cenderung menilai adakah calon anak tempatan, bilakah calon menjadi ahli UMNO, berapa guni beras untuk dibuat bubur kanji. Golongan muda dahagakan pembaharuan, kelainan dan pemimpin yang bertanggungjawab.
Fikir2kanlah...renung2kanlah...
Bagi pada Zahran dari MT yang dok gian sangat nak jadi calun itu lebih baik...
ReplyDeleteSambungan..
ReplyDeleteSila masuk ke sini...
http://pelantaqhujah.blogspot.com/2009/08/dato-zubir-saadzuffa-vs-merbok-times_429.html
Saya nak tuju komen kpd lanpan jawa dan kancil, betul hangpa kata Mokhzani tak gila kuasa tapi yang dok gila ialah orang-orang yang ada dikeliling Mokhzani yang ramai 'dikuasai gila' contohnya Mail serabut, Mat senget,Mejer Anuar, Cop Anum, Man Manap, Nordihan (Singaporian), Pon Sg. Badak..., tak payahlah dok susah-susah nak atur 'Masa Depan' Mokhzani., dok tulis benda-benda yg mengarut
ReplyDeletedalam blog buat apa, Mokhzani orang yg bijak lebih dari Bapak dia dan dia juga tahu nak bawa diri dia.., sejarah politik Merbok telah mengajar beliau erti perjuangan yg sebenar,dan beliau juga pernah dicalonkan utk jawatan Ketua UMNO Bhg. Merbok tetapi beliau tidak mendapat cukup pencalonan memandangkan Dato Arzmi sanggup menggunakan wang untuk disogokan kepada Ketua2 Cawangan agar Mokhzanitidak layak bertanding. Tanya Mokhzani Cawangan mana yg dia pernah dapat pencalonan sbg Ketua Bahagian. Hangpa kalau baru kenai tapak kasut dia tak payahlah nak sibuk2 cakap pasai Mokhzani.
Hoi org UMNO hangpa tak sedar dirikah...UMNO tak relevan lagi dah.....rakyat dah muak dgn UMNO .
ReplyDeleteAku syok baca apa yang dikata oleh 'anakbapak'. Betoi belaka ! Baguih juga kalau Mokhzani balik mai ke Merbok TAPI satu saja, kalau dia gunapakai budak-budak yang disebut oleh 'anakbapak' tu, lingkop dari awai lagi. Depa tu bukan ada apa di Bahagian pun, jadi ahli di Merbok pun tidak. Tak dak satu sumbangan pun depa pernah bagi.Habis tu yang dok mai kacau buat apa ?
ReplyDeletePercaya lah puak ni akan guna budak-budak puteri pula. Deapa ni dari dulu lagi sokong kuat Mokhzani. Lagi pula punasihat depa salah sorang dari puak tadi. Budak-budak puteri ni cerita lingkop depa bermula dengan guna nasihat 'pelingkop' ni.
La ni hangpa tengok Puteri pon ada buka blog sendiri. Aku tengok depa dah baguih. Berani menulis. Depa tulis bukan saja hal tempatan tapi hal-hal negara dan parti.Aku tengok pandai pula tu. Macam tu la, baguih. TAPI, ya ampuuuunnn, jangan guna 'perosak' sebagai 'punasihat'. Cari orang lain, belambak ada lagi.Kalau otak kotor kelaku pun sama. Kalau dok ingat kita saja betoi dunia pun reput.
mai Mokhzani, kami terima. Tapi buang pelesit, guna pari-pari. Selamat punya.