07 September, 2009

Wanita Merbok mungkin boleh menjadi perintis menyahut seruan isteri PM

Isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor menggalakkan umat Islam sentiasa melakukan amalan ibadat sunat seperti solat hajat, tasbih dan tahajud sepanjang bulan yang mulia ini.

‘‘Saya menyeru kepada semua supaya melakukan solat hajat dan memohon kepada Allah supaya negara kita bebas daripada wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) kata Rosmah.

Seharusnya wanita-wanita UMNO Merbok dan isteri-isteri ajk Bahagian dan isteri Ketua Bahagian memulakan seruan baik Datin Seri Rosmah ini.

Wanita-wanita Merbok mungkin boleh menjadi perintis dalam menggerakkan usaha ini mendahului bahagian lain.

3 comments:

  1. Seruan yang baik, jarang isteri PM berani bercakap begini.
    INi bermakna Datin Seri memang praktik apa dia cakap.

    ReplyDelete
  2. Setuju!! Lagi satu CCZ turut setuju kalau Mokhzani Tun Mahathir di bawa ke gelanggang Ketua Bahagian Merbok semula.

    ReplyDelete
  3. Salam Wanita Merbok,

    Aku tidak melihat wanita Merbok akan berubah..Maaf andai aku tersilap, tapi aku menaip di sini berlandaskan fakta. Kalau tidak percaya tanya sapa sahaja yang menghadiri Majlis Berbuka puasa semalam disertai dengan pemberian zakat kepada ibu-ibu tunggal di Masjid Taman Ria Jaya.

    Gembira aku dan terpana melihat mereka ini sudah berada di situ sejak awal jam 6.00ptg .Makna nya AJK wanita buat kerja kerana kedatanagan awal ibu tunggal ini. Mereka ini paling jauh pun datang dari Tanjung Dawai dan ada juga dari Dun Bukit Selambau. Pastinya mereka ini telah dimaklumkan aturcara majlis pada hari itu. Berbuka puasa,SOLAT berjemaah(magrib& insyak), SOLAT sunat teraweh dan acara akhir adalah pemberian zakat kepada ibu-ibu tunggal dan penyelaras zon.

    Apa yang sedihnya, makcik-makcik, tok-tok atau kakak-kakak yang sudah berumur ini selesai berbuka puasa mereka tak menunaikan atau mengerjakan solat fardu magrib.Entelah Insyak, apatah lagi sunat Teraweh.Sepatutnya mereka ini datang dari jauh -jauh buatlah sunat tahiyatul masjid atau tunaikan rukun islam itu, ini tidak.Lepas makan sanggup mereka ini duduk bersembang, bergelak ketawa terbahak- bahak tanpa memperdulikan orang yang sedang mengerjakan solat.

    Tidak menghormati rumah Allah langsung, dan tidak rasa bersalah kepada para jemaah yang kyusuk mengerjakan ibadah Allah itu.Dengan membawa anak kecil yang riuh rendah berlari berkejarnya umpama siang hari seperti berada di taman permainan.pepatah ada menyatakan 'melentur buluh biar dari rebungnya'..MASYAALLAHH..apa yang hendak jadi hari ini.. Tidak mungkin dalam usia yang sudah senja begitu mereka ini ada alasan keuzuran. TIDAK MUNGKIN !!!


    Semua sedia maklum, mereka ini datang dengan tujuan utama ke situ adalah untuk mendapatkan apa yang di janjikan iaitu beras, kain batik dan sedikit wang tunai. Apalah salahnya berwuduk dan mengerjakan ibadah yang dituntut itu..Kelam lagi nampaknya dengan perlakuan dan sikap wanita hari ini. Bagaimana kalau mereka ini bersikap sebegini...anak- anak mereka ini akan mencontohi perlakuan ini andaikata ibu mereka, nenek-nenek mereka ini tidak berubah.

    Apa yang isteri PM war-war dan galakan pada wanita hari ini khususnya Wanita Merbok hanya ibarat 'menuang air dalam daun keladi'..

    Sedih aku, dengan sikap tetamu-tetamu ini. Kenapa tiada siapa pun datang untuk memberi teguran. Mana ketua wanita merbok dan jawatankuasanya?? kenapa tidak di ajak mereka ini bersama -sama mengimarahkan masjid yang menjadi rumah Allah itu.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.