08 September, 2009

Mana ketua wanita merbok dan jawatankuasanya??

(Ketua Wanita UMNO Merbok, Hajah Hafsoh Ahmad. sumber umnomerbok.com)

Seperti biasa banyak-banyak komen yang MT terima ada satu komen yang MT kira patut dibuat renungan dan dibuat pengajaran dari seorang yang mengelarkan dirinya Wanita Perihatin.

Berikut ialah komen beliau :

Wanita Prihatin said...

Salam Wanita Merbok, Aku tidak melihat wanita Merbok akan berubah..Maaf andai aku tersilap, tapi aku menaip di sini berlandaskan fakta. Kalau tidak percaya tanya sapa sahaja yang menghadiri Majlis Berbuka puasa semalam disertai dengan pemberian zakat kepada ibu-ibu tunggal di Masjid Taman Ria Jaya. Gembira aku dan terpana melihat mereka ini sudah berada di situ sejak awal jam 6.00ptg .Makna nya AJK wanita buat kerja kerana kedatanagan awal ibu tunggal ini.

Mereka ini paling jauh pun datang dari Tanjung Dawai dan ada juga dari Dun Bukit Selambau. Pastinya mereka ini telah dimaklumkan aturcara majlis pada hari itu. Berbuka puasa,SOLAT berjemaah(magrib& insyak), SOLAT sunat teraweh dan acara akhir adalah pemberian zakat kepada ibu-ibu tunggal dan penyelaras zon.


Apa yang sedihnya, makcik-makcik, tok-tok atau kakak-kakak yang sudah berumur ini selesai berbuka puasa mereka tak menunaikan atau mengerjakan solat fardu magrib.Entelah Insyak, apatah lagi sunat Teraweh. Sepatutnya mereka ini datang dari jauh -jauh buatlah sunat tahiyatul masjid atau tunaikan rukun islam itu, ini tidak.

Lepas makan sanggup mereka ini duduk bersembang, bergelak ketawa terbahak- bahak tanpa memperdulikan orang yang sedang mengerjakan solat.
Tidak menghormati rumah Allah langsung, dan tidak rasa bersalah kepada para jemaah yang kyusuk mengerjakan ibadah Allah itu.

Dengan membawa anak kecil yang riuh rendah berlari berkejarnya umpama siang hari seperti berada di taman permainan. pepatah ada menyatakan 'melentur buluh biar dari rebungnya'..MASYAALLAHH..apa yang hendak jadi hari ini.. Tidak mungkin dalam usia yang sudah senja begitu mereka ini ada alasan keuzuran. TIDAK MUNGKIN !!!
Semua sedia maklum, mereka ini datang dengan tujuan utama ke situ adalah untuk mendapatkan apa yang di janjikan iaitu beras, kain batik dan sedikit wang tunai.

Apalah salahnya berwuduk dan mengerjakan ibadah yang dituntut itu..Kelam lagi nampaknya dengan perlakuan dan sikap wanita hari ini. Bagaimana kalau mereka ini bersikap sebegini...anak- anak mereka ini akan mencontohi perlakuan ini andaikata ibu mereka, nenek-nenek mereka ini tidak berubah.


Apa yang isteri PM war-war dan galakan pada wanita hari ini khususnya Wanita Merbok hanya ibarat 'menuang air dalam daun keladi'.. Sedih aku, dengan sikap tetamu-tetamu ini. Kenapa tiada siapa pun datang untuk memberi teguran.

Mana ketua wanita merbok dan jawatankuasanya?? kenapa tidak di ajak mereka ini bersama -sama mengimarahkan masjid yang menjadi rumah Allah itu.


September 8, 2009 12:14 AM

MT ingin mengucapkan terima kasih di atas komen tersebut.

7 comments:

  1. Inilah tanda-tanda awal UMNO akan kalah dlm PRU13.Jangan harap kita mengambil alih balik tapi hakikatnya banyak lagi kerusi di Negeri Kedah khususnya akan kecundang.Yang nyata perbalahan di kalangan UMNO amat berada dalam tahap yang cukup kritikal...

    ReplyDelete
  2. Siapa yang sebenarnya Ketua Wanita Merbok...Hjh Hafisoh atau Suriati...@ Datin Hjjh Tajul Urus???????Siapa pemimpin dan siapa yang dibawah pimpinan sebenarnya...pening biduk tengok sebab yang membuat keputusan dalam WBM bukanlah HH tapi orang lain yang banyak memainkan peranan...

    ReplyDelete
  3. Biduk,

    Memang benar apa yang biduk kata, kaknah ini hanya menjadi ahli wanita sahaja.

    Pemerhatian dari mata kaknah memang ada kebenaran hal yang biduk kata.tidak tumboh tidak melata, tidak sungguh tak kan kaknah nak kata..

    Wanita merbok perlu berubah. Jangan biarkan kan ahli ahli wanita meludah ke muka pimpinan wanita ini.

    ReplyDelete
  4. Bini Tajul la..sapa lg..Ketua Wanita pun takut ngan bini Tajul..tambah la Tajul


    Pak Lang

    ReplyDelete
  5. Biduk,

    Ketua wanita merbok menangnya adalah habsah.tapi yang menjalankan kerja kaki bodek ialah suriati bini kot tnb. Bini tajul adalah punahsihat wanita.

    tidak lama lagi Hancurlah wanita yang mempunyai jawatankuasa yang gila kuasa yang tidak buat kerja. Termasoklah bini latip hitam yang kaki penjilat bini tajol...Betul atau Tidak.. Wanita tolong jawab..

    ReplyDelete
  6. BETULLLL...BETULLLLL..Betulll..betul!

    ReplyDelete
  7. salam:

    Inilah virus-virus yang akan membawa reputnya umno.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.