Apabila dibelek-belek kembali buku lampiran usul-usul yang dibentang dalam Mesyuarat Perwakilan yang lepas, sebanyak 215 usul telah dibangkitkan oleh cawangan-cawangan UMNO di dalam Bahagian Merbok.
Usul-usul ini adalah suara-suara kecil di peringkat akar umbi. Mereka menaruh harapan yang besar agar kepimpinan bahagian yang mereka pilih akan bertindak ke atas usul-usul mereka.
Tertera di muka surat pertama perenggan yang ke 3 dari buku usul yang dibentangkan ada menyatakan bahawa ”usul-usul yang dibangkitkan akan disampaikan kepada pihak-pihak yang berkenaan bagai mendapat jawapan/penjelasan” kenyataan ini di tandatangani oleh Setiausaha Bahagian.
Persoalannya sejauh mana usul-usul ini betul-betul ditangani dan diambil tindakan dan yang lebih penting ialah keputusannya. Atau sekadar menulis melepas batuk dan kahak di tangga dalam perjalanan ke tandas.
Ambil sebagai contoh, di antara banyak-banyak usul yang bernas ada satu usul yang menarik iaitu usul no 90 yang dikira serius yang dibangkitkan oleh cawangan Kampung Perak yang berbunyi ”Memohon UMNO Bahagian Merbok melipatgandakan ahli UMNO dan mendaftar dengan SPR agar pilihanraya nanti BN dapat memenanginya”
Apa kah tindakan yang telah UMNO Bahagian ambil di atas usul ini? yang dikira tidak susah untuk dilaksanakan pada bila-bila masa tanpa perbelanjaan jutaan ringgit.
Mungkin UMNO Bahagian lebih sibuk berpolitiking sesama sendiri dan saling mencari kesalahan kawan dan tikan menikan di belakang sehingga suara akar umbi diambil remeh, cincai dan dibakulsampahkan.
Alangkah sedihnya jika pemimpin-pemimpin kecil di akar umbi mengetahui usul mereka disimpan dalam tempayan pengkasam sehingga reput menanti hari pemilihan untuk digoreng makan.
Sememangnya dah begitu adat resam dalam UMNO ni..bila sampai waktu pemilihan je semua yang jadi calon mula menampakkan diri...pandai berlakon, senyuman yang manis dan kata2 pujian tak lekang di mulut...perwakilan cakap apa pun semuanya betul, perwakilan nak apa pun sanggup bagi...janji2 ni x yah cakap la..mcm2.ada yang sanggup janji nak beli/nak bagi keretalah..motorlah..cuma bini yang dok ada dirumah tu sahaja x janji nak bagi kat perwakilan..
ReplyDeleteUsung mengusung periuk pinggan ke Caw2 ni tak dapat nak cakaplah hari2..jamuan sana..jamuan sini..kenduri sunat sana..kenduri sunat sini..entah berapa kali calon tu masuk jawi pun tak taulah sepanjang pemilihan tu..kalau nak tau tanya shukor..
Bila dah menang..cakap2 pun dah x serupa bikin, janji2 pun dah tinggal kanji..senyum pun dah tawar mcm orang kena penyakit malariee dah...kalau call h/phone asyik off..
Berbalik kepada persoalan 'usul-mengusul' ni sememangnya al-maklum dah semata2 usul sahaja..x ada apa2 makna pun..x ada tindakan pun...cuma satu usul sahaja yang Biduk rasa mungkin diambil perhatian oleh YB Ketua Bahagian AP Merbok iaitu usul 'Kekalkan si Kitul dalam Bhg. Merbok'..inilah satu2nya usul yang amat di nanti2kan oleh sikitul tu dan Biduk rasa usul ni akan disegerakan dan terus akan sampai kepada YAB Perdana Menteri...usul2 yang lain kita simpan dulu buat perkasam lain tahun kita baca...
Kepada Ahli UMNO Merbok n Merbok Times crew.
ReplyDeleteSiapa MB kamu? Jawabnya Ustz Azizan
Siapa KB kamu? Jawabnya Tajul
Siapa PM kamu? Jawabnya YAB Najib.
Tanya orng PAS Kedah, Siapa MB kamu...Tentu dia jawab Ust Azizan. Siapa PM kamu, dia jawab YAB Najib.
Kesimpulan, kita kena terima keadaan dan kenyataan. Berilah mereka peluang untuk memerintah.
Berbalik kepada isu usul yang di bangkitkan, hampir 90% usul tidak di ambil peduli sejak zaman pemerintahan sebelum Tajul lagi. Cakap kosong sahaja. Harap Merbok Times boleh roll-back semua usul dari zaman Daim hingga zaman Tajul. Bekas Pengerusi usul Merbok masih hidup, U all pun tahu cam mana nak dapat.
Usul atau suara dari cawangan hanyalah sekadar memenuhi agenda mesyuarat sahaja. Ini bukan pekara baru. Zaman Tok Mi Janggut pun sama juga. Cuma zaman itu BN menguasai DUN Kedah, banyak kemudahan yang boleh di guna pakai. Kini Kedah di bawah PAS. Sapa yang jadi KB pun susah juga.
Yang perlu kita kena ketahui, APA BEZA AJK TOK MI DGN AJK TAJUL YANG DI PILIH OLEH PERWAKILAN TAHUN LALU? Beza tak banyak kan. Asyik-asyik orang tu sahaja. Fikir-fikirkan lah. Soal UMNO Merbok bukan milik KB sahaja. Milik semua ahli. AJK punyai peranan dan tanggung jawab yang besar. Jawatan itu di pilih secara individu oleh perwakilan. Bukan secara lantikan KB. Bab AJK lantikan dan AJK Kerja itu soal lain.
UMNO DI Mana,
ReplyDeleteKan Tajul kata nak bawa perubahan masa dia berkempen dahulu.
Dahulu kata Tok Mi tak kena sana, tak kena sini. Sekarang bila dah jadi KB awat tak buat?
Jangan bagi alasan atas kelemahan Tok MI untuk Tajul tidak buat perubahan.
SALAM:
ReplyDeletepERSOALANNYA IKLAS KE KENDURI SUNAT TU? ATAU SEKADAR NAK HABIS DUIT PROJEK SAKI BAKI UMNO SAJA?
RASANYA KALAU DUIT SENDIRI....TAU--TAU JA..LAH SEKADAR MORE KAMPUNG PUN DAH BERSUNGUT KERANA TAK ADA GAMBAR DALAM PAPER.INIKAN PULA SEKADAR KENDURI SUNAT....
KALAU DUIT POKET SENDIRI RASA PISANG EMAS SESIKAT SEMINGGU SEKALI PUN SUSAH.
Hai Merbok Times ... Tulis Article sendiri ... pastu komen pun sendiri ... Kenapa sendiri tak jadi MB, PM, KETUA KAMPUNG dan macam-macam lagi... Sebab hang sorang aje kot yang terbaik dalam dunia ni ... Ingat lah .. Ramai lagi orang-orang yang memberi peluang kepada kepimpinan UMNO. Hang sorang saja yang dok tengok belakang dan menjiwai watak P.Ramlee lagi..
ReplyDeleteHello Bro,
ReplyDeleteKerapkali yang berlaku seperti dalam mesyuarat perwakilan bahagian apabila sampai agenda membentang usul-usul ramai yang dah balik. Dewan akan tinggal dengan bangku dan kerusi sahaja.
Bagi mereka mesyuarat ini ialah hanya memilih atau mengundi si anu dan si anu sahaja.
Inilah sikap mereka yang ada.
Malah apa yang berlaku mesyuarat yang lepas,Timbalan Ketua Bahagian Prof Ismail Daud membentan usul pun tergagap-gagap tenggelam punca dan apa-apa yang dia merapu.
Itu timbalan, professor pun berselerak tambahlah ketua-ketua cawangan yang kelulusan universiti pokok getah.
HAHH hehhhhhhhh, MT tak dak sambutan lagi masuk artikel kemudian depa sendiri komen.Saya rasa kalau nak komen pun tak usahlah tunjuk tempayan buruk tu.....awat hanpa baguih sangatkah?Bagi aku zaman TOK MI lagi teruk dari segala aspek.Tok mi tu sekadar cik gu senaman sekolah rendah!!!dia tak pernah beri laluan pada org berkelayakan tinggi takut dirinya akan tenggelam.PATUTLAH buat kendiri tak panggil KB .....pernagi org tak matang dan macam budak-budak patutlah kawan dgn Ismail sala......pengacau dan perosak masyarakat.
ReplyDeleteSepatutnya dicadang kepada Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan supaya 'Agenda Membahas Usul-Usul ' didahulukan dalam Persidangan Perwakilan Bahagian.
ReplyDeleteSetuju dengan Kota Tanah. Bila sampai sahaja pada Agenda tersebut, dewan dah tiga perempat kosong. Agenda ini sebenarnya amat penting untuk dibincang dan dibahas di dalam sesuatu Persidangan. Malangnya para perwakilan memberi keutamaan kepada 'Memilih Perwakilan Bahagian ke PAU'(tiap-tiap tahun) dan 'Memilih Ahli Jawatankuasa Bahagian (tiga tahun sekali).
Jika tajuk agendanya 'Membahas....' , maka berbahaslah ; berilah pendapat ; berhujahlah. Barulah ketetapan yang akhirnya diambil menampakkan satu keputusan yang bijak dan matang. Jangan pula dijadikan agenda ini sebagai satu aktiviti satu hala di mana Pembentang Usul hanya membentang dan terus bertanya mendapat keputusan daripada para perwakilan. Saya dapati ini lumrah berlaku di kebanyakan Bahagian UMNO.
Seperkara lagi, hendak dicadangkan bahawa satu kursus singkat atau satu taklimat dianjurkan oleh Bahagian bagi menerangkan tentang perkara-perkara yang relevan dengan tajuk 'USUL' ini. Acapkali terdapat usul-usul yang lebih merupakan 'Permohonan Projek-Projek Kecil' yang hanya perlu disampaikan kepada pihak pentadbiran Bahagian sahaja. Yang mahu dikemukakan sepatutnya ialah sesuatu perbahasan kepada isu-isu atau dasar-dasar yang berkait rapat dengan misalnya penduduk kawasan atau isu perjuangan bangsa atau isu-isu kepartian atau isu-isu dasar negara dan sebagainya.
Diakui Merbok tidak kurang hebat pembahas-pembahasnya. Tetapi saban tahun orang yang samalah yang asyik menampilkan diri berebut ke mikrofon untuk bercakap, Kekadang seseorang pembahas bangun lebih dari sekali ; sehingga ramai yang memikir orang tersebut itu nak membahas ke atau lebih hendak menonjolkan dirinya sendiri. Membawa keratan-keratan akhbar atau memegang Al-Quran untuk memperkukuhkan hujah dikira baik bagi menjustifikasikan hujah. Bersumpah-sumpah jika jika kerap sangat lebih kepada berdrama. 'Bahasa Badan' atau 'Body Language' semasa berhujah memberi impak yang negatif bukan sahaja kepada personaliti diri penghujah itu sendiri , malah isi kupasannya itu juga hilang
dari arus pemikiran pendengar kerana asyik bersorak kepada aksi yang lebih lucu daripada cerdik !
Kita sebenarnya memerlukan pembahas yang matang, cerdik, tajam pemikirannya dan pengetahuan yang luas. Tak kurang penting kita mahu melahirkan pembahas yang peka kepada apa yang berlaku di sekelilingnya, di tempatnya, di negaranya. Dan juga pembahas-pembahas ini mesti datang dari sayap Wanita, Pemuda dan Puteri. Jangan pula agenda 'Membahas Usul' hidup segar hanya di Persidangan Perwakilan Bahagian sahaja.
Sekian , sekadar untuk memberi pendapat.
Salam Aidilfitri , Maaf Zahir dan Batin.
SELAMAT HARI RAYA !
Dari: Serindit Desa
Ketua-ketua cawangan dokkena goreng ni dah lama dahhhhh..dari Tok Mi lagi.
ReplyDeleteTapi bila mai si Kitol gorengannya lagi deras. Depan-depan dia goreng sampai naik hangit.Sebab tu dalam sejarah UMNO Merbok Ketua Bahagian yang paling kontrovesi dan penggoreng no wahid adalah Si Kitol.
Syabas.
Selamat Hari Raya Adil Fitri. Minal aidil wal faizin.
Dari:
Kopi Jantan Pelita Nasi Kandar
Salam,
ReplyDeleteSelamat Hari Raya ‘Idil Fitri, maaf zahir batin.
Itulah akupun sokong juga.. mana pi pembahas-pembahas usul yang macam petir berdentum ni. Adakah cuma hebat dibelakang tabir. Dalam blog , kenapa tak berani tampilkan diri dipersidangan bahagian.
ReplyDeletesuara merbok.
Awat orang2 umno yang dok komen Dato' Tajul semua yang dibuat tak kena.Apa pasai?.Hampa tu dok buat apa.Main politik macam ni,Negeri Kedah nampaknya tak ada harapan Barisan Nasional nak ambik balik..wakil Rakyat Merbok La ni,apa satu pun tak buat,hampa tak petikai.hampa ni main politik macam mana.Hati perut hampa tu jangan lah busuk sangat..
ReplyDeletedah hampa ada akai panjang,tulong komen kerja buat wakil rakyat yang ada la ni,Parliman Merbok,Adun Tanjong dawai dan Hindu Bukit Selambau,Itu lah baru dikatakan cerdik main politik.Ni pakat dok hentam sesama Umno..Kalau hampa nak jadi wakil rakyat atau nak jadi Ajk bahagian,buatlah kerja elok2.Aku rasa hampa pun dah tak laku dalam bahagian,jadi dok geram dan dengki tak tentu pasai..Bagilah peluang kepada Dato' Tajul buat kerja..Dia baru berapa hari jadi Ketua bahagian..Awet Ketua Ketua Bahagian sebelum ni,ok sangat ke?..La ni hampa tak reti ke,Kedah ni sapa perintah.Yang aku tau,Datok Taju dah buat macam2 dah,hampa saja yang buta perut dan tak reti menilai.dalam bulan puasa ni pun,bolih dikatakan tiap2 hari ada majlis..Awat nanti keluar berita dalam RTM,baru hampa tau..Dulu bolih lah ada Tok Zam.Buka gelanggang sepak raga dalam kampong pun keluar TV.
Lepas ni,aku nak tengok hampa komen pasai kerja buat pembangkang di Kedah ni,terutamanya tiga orang Wakil rakyat di merbok ni,Hentam lah cukup2.Hampa main politik apa sampai tak reti nak hentam pembangkang..Aku dah naik meluat dah dengan komen2 hampa..
Kalau macam ni lah sikap2 orang Umno macam hampa,Kita pakat2 tunggu,Umno akan mampoih,maka sekali dengan hampa turut mampoih,Kedah dok bolih kat pembangkang,Barulah pakat padan muka..
Maaf kalau tulisan aku terkasar bahasa,dan sempena Menyambut Aidil Fitri Ini,maaaf dipinta zahir dan batin..
Aik marah nampak animuos,
ReplyDeleteRelek la.. itu baru cuit sikit.. cerita sensasi tak quag lagi. pengsan nanti kot.