MERBOK - Sepasang warga emas yang tinggal di Kampung Baru, Jalan Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, di sini, mengakui terhutang budi dengan anggota Bomba Sukarelawan Merbok yang membantu mereka membuang sarang tebuan di rumah mereka.
Warga emas terbabit, Ismail Bakar, 63, berkata, dia ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota bomba yang mempertaruhkan nyawa untuk membuang sarang tebuan yang telah lama bersarang di ruang siling rumahnya.
Menurutnya, dia dan isterinya, Fatimah Hassan, 65, yang tinggal berdua di rumah itu tidak tahu sejak bila tebuan terbabit bersarang di dalam siling rumah mereka sehingga berlaku insiden Ismail disengat tebuan.
“Pada masa itu, saya mula perasan beberapa ekor tebuan yang keluar masuk daripada lubang di luar rumah ke dalam siling antara bahagian atas rumah kami dan bahagian bawah rumah ini.
“Saya kemudiannya mengambil racun serangga dan telah membuat semburan melalui bahagian atas rumah ke dalam tempat yang selalu tebuan itu didapati keluar masuk.
“Kemudiannya saya telah disengat oleh tebuan sehingga terpaksa mendapatkan rawatan dan suntikan sebanyak dua jarum di lengan saya,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Ismail berkata, dia kemudiannya telah menghubungi Bomba Sukarela Merbok untuk mendapatkan bantuan membuang sarang tebuan itu memandangkan dia tidak mahu mengambil risiko membuangnya sendiri.
Menurutnya, dua anggota Bomba Sukarela Merbok telah datang ke rumahnya petang kelmarin dan meninjau keadaan sarang tebuan itu dan mereka mengambil keputusan untuk membuangnya pada waktu malam.
“Dan pada malam yang dijanjikan, tiga anggota Bomba Sukarela telah datang ke rumah saya dan mereka terpaksa mengopek lantai bahagian atas rumah untuk membuang sarang tebuan itu.
“Saya dan isteri berterima kasih di atas usaha pihak bomba yang telah bertungkus lumus membuang sarang tebuan terbabit, terutama menjelang Aidilfitri ini. Anak cucu kami akan balik beraya di sini dan jika tidak, ini mungkin akan mendatangkan bahaya kepada mereka jika tidak diambil tindakan segera,” katanya.
(sumber : Sinar Harian)
Tindakan Bomba Sukarela Merbok yang rata-rata ahlinya terdiri dari MCA Merbok harus mendapat pujian. Mereka ternyata bertindak membantu bukan setakat untuk kaum mereka sahaja tetapi kaum Melayu juga.
MT difahamkan sejak dari penubuhan mereka dahulu kelengkapan mereka banyak di bantu oleh bekas ADUN Tg Dawai, Rosnah Majid, Tun Daim dan Bekas Ahli Palimen Merbok, Datuk Zainudin Maidin.
Malah mereka sentiasa memberi kerjasama dalam setiap program kemasyarakatan di daerah Merbok.
MT difahamkan sejak dari penubuhan mereka dahulu kelengkapan mereka banyak di bantu oleh bekas ADUN Tg Dawai, Rosnah Majid, Tun Daim dan Bekas Ahli Palimen Merbok, Datuk Zainudin Maidin.
Malah mereka sentiasa memberi kerjasama dalam setiap program kemasyarakatan di daerah Merbok.
Semasa Datuk Tajul menerajui Merbok juga banyak peruntukan disalurkan kepada persatuan bomba sukarela. tapi tak lah dicanangkan kepada sesiapa.
ReplyDeleteTiada saiapa yang mempertikai sumbangan Tajul di sini.
ReplyDeleteTapi Tajul kalau dia bagi dia akan ungkit sampai dah jadi taik pun dia korek balik.
Contoh sunmbangan kain baju mentara salah satu kg di Merbok. Sehingga Ketua Kampung tersebut hantar balik pada Tajul.
Mak Datuk, sampai lagu tu sekali ka perangai Tajol tu.
ReplyDeleteKain baju mentara tiada kualaiti kot yang depa hantaq balik. Kot mau yang lebih elok la tu.
Betoi..bukan dia saja..bini dia pun sama..ni aku nak buka crita pasai bini..ms PRU 12 yg lalu, selepas tamat penamaan calon Dato Tajul suruh aku panggil semua yg terlibat utk hadir ke rumah beliau..aku pun panggil semua tak kira pemuda, wanita n puteri..tp yg hairan tu bini dia xkata pulak kat wanita n pemuda..yg dia kata kat puteri ja..antara ayat2 yg bini dia kata "tu semua puteri mai tu, kira nak mai ambik duit Tajul la" walhal budak-budak puteri ni xtau pun Dato Tajul nak bg duit. Kalu bini dia bc komen ni, mesti dia ingat balik apa yg dia kata. Benda ni aku dah simpan lama dah..cuma tunggu nak keluar ja..sekarang baru tenang ckit bila dpt diluahkan apa yg terpendam. Buat bini Tajul..xyah ego dan berlagak sgt..wanita yg dok keliling u tu semuanya haprak-haprak ja. Apa salahnya anggap budak-budak puteri tu mcm anak-anak u..fikir-fikirkan la wahai Adawiyah
ReplyDeleteBekas AJK Bahagian
Wa bomba suka lela..ala api wa padam...tak lak api wa yang pitamm...aiya mau hidup pun susah mau mati pun susah...olang mati pun pegang bendelee..
ReplyDelete