28 September, 2009

Merbok PRU12, pengundi menolak calun bukan menolak parti

Bagi mereka yang tidak masak ataupun arif dengan suasana politik di Merbok akan menerima bulat-bulat pendapat yang menyatakan pengundi India dan Cina telah beralih dari BN kepada PR. Lapuran dan kenyataan ini hanya lebih kepada menutup bau hangit ketiak dengan semburan minyak wangi dari luar.

Tidak dapat disangkal pendapat ini mungkin berasas di kawasan-kawasan Parlimen lain tetapi ianya tidak berasas di Parlimen Merbok. Pola pengundian di Merbok agak unik sedikit.

Analisa ini disokong atas fakta penurunan pengundi China sebanyak 2.5% dan hanya sedikit peningkatan pengundi India iaitu sebanyak 0.2% hasil gerak kerja ADUN bukit Selambau yang dahulu Dato’ V Saravanan untuk meningkatkan pengundi India di Bukit Selambau agar menjadi kubu kuat beliau dan MIC.

Yang anihnya peningkatan pengundi Melayu sebanyak 3.1% atau 65.7% pada PRU12 jika dibandingkan sebanyak 62.60% PRU11 tidak langsung menaikkan peratusan pegundi Tajul. Ini ternyatalah pengundi Melayu tidak mengundi Tajul Urus Mat Zain.

Malah kekalahan Tajul amat teruk dan menjunam sebanyak 12,347 berbanding dengan perbezaan majoriti Rashid Din dan majoriti Tok Zam. Ini bermakna ada di kalangan ahli-ahli UMNO sendiri yang sebanyak lebih kurang 20,000 ahli tidak mengundi Tajul.

Taburan pengundi yang banyak di Taman Ria Jaya, Taman Ria, Bandar Aman Jaya dan Sungai Lalang ternyata gagal ditawan oleh Tajul Urus Mat Zain. Sikap-sikap pengundi di daerah-daerah ini lebih educated, mediocre dan celik politik. Kredibiliti negatif calun tersebar dengan cepat dan luas di daerah mengundi sini ditambah pula dengan isu-isu skandal panas dan sensasi.

Yang sebenarnya sejarah tidak pernah menipu, sikap songsang calun yang suka melakukan sabotaj bermula dari PRU 2004 lagi ternyata memakan dirinya sendiri.

Ini berlaku sebelum PRU2004 apabila nama beliau tidak diangkat sebagai calun Parlimen Merbok, beliau terlalu keciwa yang amat sangat sehingga menyepi diri dan melancarkan silent protest terhadap calun pada ketika itu Zainuddin Maidin.

Di sini jugalah bermulanya punca pergolakan Tajul dan Tok Arzmi Hamid dalam UMNO Merbok. Tajul lebih berkempen bukan untuk pilihanraya tapi lebih ke arah pemilihan UMNO untuk menumbangkan Tok Arzmi.

Yang menjadi parah ialah hasutan-hasutan kotor terus dilakukan sehingga kepada parti-parti komponen MCA, MIC dan PPP oleh pengampu-pengampu Tajul dan Tajul sendiri.

Di atas sebab-sebab dan akibat inilah Tajul kalah dalam PRU12. Senjata ternyata memakan tuannya. Ini bermakna pengundi menolak calun dan bukan menolak parti.

18 comments:

  1. "Cakap siang pandang2, cakap malam dengar2"..itu pesan orang tua2..diibaratkan pada si Kitul yang banyak bercakap tetapi apa di cakapkannya ditertawakan oleh juak2nya sendiri..."Kami nak duit saja..bagi la apa pun kami sapu, lagi sekali pemilihan kita pikiaq lain..kalau si Kitul x bagi banyak tu kita pangkah orang lain.."

    Boleh dikatakan 80% pengikut2 si Kitul ni semuanya kaki belakon drama opera cina..bila abis berlakon tokei funfair(Si Kitul) pun bagi la duit banyak2 asalkan tiket funfair dia laku...

    Si Kitul dah plan dan mulakan plan dia dari sekarang untuk menjadi calon AP..buat jamuan raya BN la..bagi 'beras' pada mereka yang nak makan ketupat dan lemang pada hari raya la..pakai sampin pi bagi sumbangan hari raya kat HSAH la..seolah2 dia tu dah jadi AP plak...cepat perasan la Si Kitul ni...

    X tau la apa hasrat dan niat sebenarnya Si Kitul ni yang beria-ia benar nak jadi AP dan KB ni...mungkin pada suatu masa di akan bercerita pada cucu2nya "Tok Wan dulu2 jadi KB dgn AP..tapi sepenggal sahaja KB, AP jadi calon sahaja tapi kalah.."itulah cerita si Kitul pada cucu2nya..si cucu ni pun tergangga dan berkata dalam hati.."setakat jadi calon AP tapi kalah buat apa..baik jadi Ahli Pengakap di sekolah".

    Biduk rasa calon yang sesuai jadi AP pada PRU13 ni ialah Dato' Mokhzani..dia ada tokoh..candidate yang smart, budi bahasa pun bagus, tak kutuk2 orang mcm si Kitul...ada ka patut si Kitul ni berucap mengata, mengecam, mengutuk Tun M dan selepas ucapan boleh ka si Kitul ni bertanyakan pada anak Tun M ok tak ucapan I..itu kerja mangkuk hayun namanya..sekarang ni bila orang kutuk dia tau pun marah, malu..dsb.ambik kau

    So lepas ni saya cadangkan pada si Kitul supaya x payah la kalut2 dok buat program dah..berhenti setakat ni...setakat buat futsall Piala Si Kitul dengan cemei duit pejabat belia dan sukan tu x payah la..semua orang tahu...Saiful buat futsall letak nama Piala Si Kitul tu kerana terpaksa dek di maki hamun oleh si Kitul kerana program2 Belia yang penaungnya Tok Mi tak panggil dia bagi hadiah...hidung tak mancung pipi tersurung-surung...

    Sebenarnya barisan2 Pemuda Merbok ni semuanya dah naik muak dengan perangai Si Kitul...tapi dek kerana terpaksa dan takut kena maki mereka pun terpaksa la menurut Pak Pandir Merbok ni..

    Banyak lagi kisah2 penyesalan perwakilan UMNO yang mengundi Si Kitul ni pada Pemilihan Bahagian tahun lepas..harap MT dapat siasat dan dedahkan dalam blog ni...amigos

    ReplyDelete
  2. Hari ni ketua-ketua cawangan di Merbok kena panggil ke pej BPR di Taman Jubli..setengah tu pegawai BPR telpon ja..MT tlg siasat tgk betoi dak

    ReplyDelete
  3. Salam MT dan Biduk,

    Tulisan MT dan komen Biduk merangkumi 90% kebenaran,itulah watak dan wajah TAJUL URUS yang sebenar,dia akan lakukan apa saja hatta membunuh rakan karibnya demi untuk menjawat jawatan serta meraih kuasa.Cuba teliti keputusan Pilhan raya ke 12 DUN dan PARLIMEN Tanjung Dawai:

    1.Dato Arzmi Hamid (DUN),menang 5 Daerah mengundi,kalah 15 Derah mengundi.
    Daerah Mengundi yang menang:
    a. Kampung Pasir
    b. Tanjung Dawai
    c. Sungai Gelam
    d. Semeling Kanan
    e. Undi Pos Tentera

    2. Dato TAJUL URUS (PARLIMEN),menang 12 Daerah Mengundi dan kalah kalah 8 Daerah Mengundi.
    Daerah Mengundi yang menang:
    a. Bujang
    b. Simpang Tiga Pasir
    c. Kampung Pasir
    d. Kampung Huma
    e. Tanjung Dawai
    f. Pengkalan Bujang
    g. Sungai Gelam
    h. Sungai Jagong
    i. Sungai Layar
    j. Semeling Kanan
    k. Taman Okid
    l. Undi Pos Tentera

    Kita ambil jumlah besar undi yang diperolehi oleh Dato Arzmi dan Dato Tajul:

    Dato Arzmi 11,418 Dr Hamdan 11,497 (79 undi)
    Dato Tajul 12,075 Dato Rashid 10,838(1137 undi).

    Rumusan yang boleh dibuat ialah semua Pengundi di 7 Daerah Mengundi yang memberi undi kemenangan kepada Dato Tajul tidak beri undi mereka kepada Dato Arzmi dan mereka ini merupakan ahli ahli UMNO yang telah termakan dakyah dan hasutan kempen orang orang Tajul supaya beri UNDI PARLIMEN KEPADA TAJUL DAN JANGAN BERI UNDI KEPADA DATO ARZMI.

    Cuba bayangkan kalau semua 12 Daerah Mengundi yang telah beri kemenangan majoriti 1,137 undi kepada TAJUL turut memberi undi mereka kepada Dato Arzmi maka DUN Tanjung Dawai menjadi milik UMNO dan BN.

    Tetapi Tuhan Maha mengetahui niat busuk TAJUL maka Tuhan Menghukum Tajul didalam rumahnya sendiri iaitu diDUN BUKIT SELAMBAU,Tajul tersungkur teruk kepada calon PKR dan yang paling memalukan pengundi dalam cawangannya sendiri di Taman Peruda tidak memberi undi kepada NYA (TAJUL 554 DATO RASHID PKR 807)

    Ahli ahli UMNO merbok, kalau mahu menang PRU 13, SINGKIRKAN TAJUL semasa pemilihan UMNO pada tahun 2011 nanti,percayalah UMNO akan menang tanpa TAJUL.

    ReplyDelete
  4. GO-BLOG GO-BLOG MT HANYA BOLEH SEKADAR BERCAKAP DAN BUAT ANALISA SORANG-SORANG .... SIAPA IKTIRAF DAN BETUL KA FAKTA-FAKTA DI ATAS...

    WALAU APA PUN .. DIA MASIH KETUA BAHAGIAN UMNO MERBOK .. JANGAN CEMBURU MT ...

    ReplyDelete
  5. Kepada "Samurai Politik"

    Nama samurai tu bukan ala2 Jepun ke?Rupa2nya ada lagi peniggalan Jepun kat Malaysia ni..elok la Si Kitul ni memerintah Merbok pun macam ala2 Jepun jugak...hang tak suka kat aku, tak ikut cakap aku, tak boleh jadi pecacai aku..aku akan tendang dan singkir kan hang dari politik UMNO Merbok...kata Si Kitul..dulu Mail Sala dia kencing sampai nak Muflis...

    Sapa nak cemburu pd Si Kitul tu..cuma rakyat2 Merbok menyuarakan ketidakpuasan hati je...kalau dia seorang pemimpin dia tak akan cepat melatah..sabar2...

    ReplyDelete
  6. Bila aku baca dan teliti komen2 yang menentang kepimpinan Umno Merbok,khasnya Dato'Tajul..sebenarnya anda semua adalah Si Kitul yang tersangat busuk hati dan berdengki tak tentu pasal..

    Komen Biduk menunjukan kebodohannya sendiri yang amat sangat..Baru main politik kot atau buta akal.Soal keterampilan Dato' Tajulbuat program itu dan ini pun dipertikaikan..Sebagai Ketua Bahagian dan Selaku Penyelaras Parliman Merbok,Apa salah jadahnya beliau berbuat demikian..Pakai sampin melawat orang sakit di HSAH pun diambil kira,Awat nak pakai cawat ke..Itulah menunjukan seorang pemimpin,berpakaian Melayu apatah lagi orang Umno..

    Aku cukup2 geli apabila membaca tulisan Biduk,tetapi terpaksa habiskan juga kerana nak menilai sejauh mana kebodohan Biduk melalui tulisan yang dipaparkan.

    Berbalik soal kekalahan Dato' Tajul di Parliman Merbok,semua orang tahu bahawa punca sebenar kerana pengundi bukan melayu menolak calun BN..Pengundi bukan melayu bukan tengok pada calun,tetapi mereka menolak pada lambang BN..

    Wahai Biduk..Aku nak tanya,Sebahagian besar calun BN dari kalangan MCA dan MIC kalah teruk dalam PRU 12,PASAI APA PULA???..Adakah kerana faktor calun..Ada kah mereka juga menjadi Si Kitul Cina dan India untuk bangsa mereka..Sepertimana Biduk mendakwa kepada Dato'Tajul...Tidak kah Biduk tahu,bahawa semua mereka menjadi calun dan mereka bertanding atas tiket BN di Kawasan pengundi bangsa mereka ramai..Kenapa calun dari orang India yang bertanding diKawasan Dun Bukit Selambau tewas di tangan pembangkang,sedang kan kawasan tersebut ramai pengundi dari kaum India..Tidak kah Biduk tahu,keseluruhan peti2 undi dikawasan Melayu tulin mencapai kemenangan..Kenapa pula peti2 undi yang berada di dalam kawasan Bandar undi kepada BN amat berkurangan..Sebab nya Biduk mesti tahu la..Bukan pasai pengundi melayu..Tak kan yang itu pun tak reti nak buat perkiraan,Biduk main politik macamana?..Biduk dan Sikitul lainya janganlah buat tohmahan tak tentu pasai..Bukan masanya kita untuk menunding jari kepada sesiapa..Cara seperti ini,BN kemukakak calun turun dari langit ketujuh pun,BN tak bolih menang..Kerana kita asyik mempertikaikan sesama Umno..Jangan salahlah aku,kerana aku menganggap anda lah Si Kitul sebenarnya..

    Apa kah BN bolih menang dalam PRU 13,selagi anda beperangai begini???..Wakil Rakyat pembangkang di Merbok apa pun tak buat,anda tak pertikai..Tidak ada idea kah anda untuk membuat sesuatu untuk melemahkan pengaruh pembangkang..Bukan masanya untuk menentukan siapa calun..Yang terhegeh hegeh sangat nak jadi calun kena buat kerja la dari sekarang..Tanggung jawab Dato'Tajul sebagai Ketua Bahagian dan Penyelaras Parliman,memanglah kena laksanakan tugas yang diamanahkan kepada beliau..Teramat aneh anda Si Kitul asyik pertikai orang yang buat kerja,sedangkan ketiga wakil Rakyat yang ada makan gaji buta,anda tak tahu nak pertikai..Ini menampakan perangai buruk anda.

    Pasai Dato Azmi kalah Di Tg.Dawai,tak payah dok ungkit lagi,dia kalah di kawasan pengundi Melayu ramai,apa nak dikata..Lu Pikirlah Sendiri..Dato'Zam seorang Menteri Kalah di Sungai Petani,di Kawasan pengundi bangsa lain ramai..Lu pikirlah sendiri..Hindu calun Bebas menang di Bukit Selambau,Lu pikirlah sendiri..Negeri Kedah jatuh ke tangan Pembangkang..Lu pikirlah sendiri..4 negeri lain tersungkur ketangan pembangkang,Lu pun kena pikirlah sendiri;;Ai ya..Itu macam lu tatak molih pikir ke???.

    Sama sama Olang Umno ini macam..Lu tunggu tengok lo..PRU ke 13..Lagi tonggeng lo..Anda Si kitul kena pikir lo..Sikalang jangan pikir pasai calun lagi lo..Kita mau tengok,sapa buat kileja lebih,kita kasi undi lo..bukan calun payung telejun lo..bukan olang tikam dari belakang lo..Kita ata otak,molih pikir lo..Anda Sikitul tatak ada tempat dalam politik lo..Lu ata kecewa ka..kalau kecewa..main politik cantik2 lo..Kita olang molih kanai lu sapa..Jangan jadi hantu raya lo..>BERSAMBUNG.

    ReplyDelete
  7. Yang sehabat tau,Mail Sala kencing semua orang..Dia Muflis pasai berniaga Bas Express lengkop..SALA EXPRESS..Masa tu,Dato'Tajul tak berapa kenai lagi Mail Sala..Kalau Anonymous tak tau,tak payah komen lah..

    ReplyDelete
  8. Aku keliru dengan tulisan MERBOK BANGKIT..Kesimpulanya pengundi Melayu Mau kepada Dato,Tajul,sebab itulah Undi yang diperolihi Dato'Tajul melebihi daripada undi yang diperolihi Dato'Azmi.. MERBOK BANGKIT tak tau kah,bahawa Dato'Azmi pertahan jawatan Wakil Rakyat di Tg.Dawai???.Nak tanya MERBOK BANGKIT,Ketua Bahagian Merbok masa tu sapa???..Dato'Azmilah punya hal,menyebabkan Parliman Merbok kalah..Dia dok kira sebelah Tg.Dawai,di Kawasan Bukit Selambau,dia tak ambil tau..Bila Dato'Azmi kalah,Si kitul bodoh pula menuduh Dato'Tajul punya angkara..

    Sebenarnya Mail Sala yang membuatkan Dato'Azmi kalah..Dato'Azmi bawa orang dah tak laku dalam politik dan muflis dalam perniagaan kesana kesini untuk kempen beliau..Dato'Azmi kalah dalah pilihanraya,lepas tu kalah dalah pemilihan Ketua Bahagian..Sahabat nak tanya,antara Dato'Tajul dan Dato'Azmi..Siapa yang lebih orang mau..

    ReplyDelete
  9. Punai ooooiiii....hang jangan buat latah dan lawak. Datuk Azmi dan Tajul siapa yang lebih orang mau konon....???
    Orang mau duit...siapa huloq banyak orang tu la dapat.
    Malam sebelum mesyuarat dengaq kata si Kitol bin Si Kijol taboq sakan kat Old Town Kopitiam?Kata RM200,000 hingga RM300,000 betoi tak?
    Mana hampa dapat duit? duit pilihanraya kot?

    ReplyDelete
  10. Para Bloggers sekelian,
    Kalau dah semua hangpatak mau, Tajulhangpa kata Si Kitol, Pak Pandir Merbok la macam-macam.
    Hangpa cadangla sapa kita boleh ketengahkan sebagai pemimpin akan datang.
    Aku cadangkan En Abdul Razak Rahman atau En Rahman Ahmad calun ini bersih dan tidak gelojoh.Mereka juga bijak bermain-main dengan politik kerana politik menjadi mainan mereka seharian.
    Bagaimana?

    ReplyDelete
  11. Calon paling sesuai aku rasa adalah dari kalangan hawa, Meskipun baru tapi mereka ini ada karisma. Aku cadang kan Hapsoh ahmad Atau Shaqirah Muin. Awat depa tak layak..??

    pakat ramai meluat kat si kitol ni depa ramai yang p jumpa 2 orang ni mintak tandatangan anak sekolah, buku sekolah dan macam macam lagii..

    Jangan lihat tangan dok ayun ndoi tak buleh pinpin Merbok nii..Kita dah ada sejarah ,kaum hawa juga ada talent.

    ReplyDelete
  12. Si Kitul dah marah...amuk..amuk...

    ReplyDelete
  13. Kita sedia maklum pengundi2 Cina dan India(bukan Hindu, Hindu tu agama)..mereka tidak memilih lambang BN di Parlimen Merbok pada PRU12 kerana mereka tahu calon AP BN pada masa itu datangnya dari Pak Lah dan Tok Det...kenapa masa PRU11 BN boleh menang besar tapi kenapa pada PRU12 BN kalah teruk????Itu kerana dasar kerajaan pimpinan Pak Lah adalah berat sebelah..mementingkan satu pihak sahaja iaitu UMNO...kaum lain kita jangan anggap mereka itu bodoh tidak ada hati dan perasaan...mereka juga mahu hidup dibumi Malaysia ni...kalau UMNO berterusan begini silap2 Sabah dan Serawak pun boleh jatuh ketangan PR..itu tidak mustahil kerana PR berusaha lebih untuk mendapatkannya..

    Tapi memang patut la calon AP BN Merbok kalah sebab semasa PRU12 dia bukan berkempen pasal Pilihanraya tapi berkempen Pemilihan Bahagian...cakap2 dari Cawangan mengatakan semasa PRU12 semua lawatan calon AP BN ke lapangan sering mengutarakan perihal Pemilihan Bahagian..sampai orang2 Cawangan sendiri naik hairan nak bertanding Parlimen ke Bahagian...

    Calon MIC yang kalah semasa PRU12 dan PRK Dun Bukit Selambau bukan kerana apa dek masalah dalaman MIC sendiri...orang suruh Sammy berundur dia tak mau undur...bagi peluangla pada orang lain pulak...sebelum PRK Dun Bukit Selambau ada SB2 rakyat mengatakan ada pihak dalam UMNO Bahagian sibuk dok mintak dan desak pada PM supaya meletakkan calon UMNO di Dun Bukit Selambau...ada pulak mat aruk sintok yang dok kalut kutip tandatangan merata supaya mencalonkan Si kitul untuk bertanding semasa PRK Dun Bukit Selambau..ingat rakyat2 tak tahu ke kerja sapa..kalau bukan arahan sikitul...masa Pak Njang dulu bolehla..tak laku jual belacan di Tanjung Dawai balik jual dedak sambau kat Bukit Selambau..kalau dah suka sangat kat Pak Njang tu kenapa tak bagi Pak Njang ketua Bahagian si Kitul Jadi Tim...kenapa Saiful x bawak Shukor anak pak Njang tu sebagai Naib dia...kesian Shukor dapat woonne(1) undi je masa Pemilihan Pemuda...lalu dia pun tersungkor...

    Actually I know ho is "Pemerhati"..keep reading this blog...hopefully you will "insaf"

    Motif cemburu membelenggu Si Kitul apabila Biduk mencadangkan calon lain selain dari Si Kitul...itu hanya cadangan..jangan cepat marah "pemerhati"...adat la ada orang suka dekat kita tapi ada orang yang tak suka pada kita...depan manis mulut belakang dia maki kita...nampak dari gaya tulisan "Pemerhati" tu ada nada2 marah, kecewa dan tidak sabar...ketahanan mental anda kurang!!!!!Kena balik kerja kat BTN...Bila si Kitul di lantik menjadi Penyelaras Parlimen pulak ni...

    ReplyDelete
  14. anak melayu yang kecewaSeptember 30, 2009 at 5:24 PM

    kalau macam nilah Ahli UMNO yang sanggup nak perjatuhkan orang melayu hanya kepentingan politik diri sendiri dan kroni2 nya nampak gayanya UMNO akan tingal nama sahaja....
    wahai ahli2 UMNO bertaubatlah , bersatulah kepada perjuangan asal. siapa pun pemimpin kita, kita harus hormati dan memberi sokongan bukan mencaci dan fitnah...inilah dinamakan api dalam sekam, duri dalam daging. sedih sanagt tengok orang UMNO menjatuhkan UMNO.... ingatkan lepas bulan Ramadhan orang melayu islam dah berhenti mengata dan bersatu tetapi lagi kuat memfitnah.....
    fitnah lebih besar dari Membunuh..... insaflah wahai ahli UMNO

    ReplyDelete
  15. Apa sudah jadi kepada Biduk??.Selama ini Tak kan Biduk tak tahu bahawa semua Kawasan Parliman dan Dun yang tidak ada wakil Rakyat dari BN ada jawatan sebagai PENYELARAS bagi negeri2 yang dikuasai pembangkang..Kalau Parliman di sebut sebagai Penyelaras Parliman dan kalau Dun,disebut sebagai Penyelaras Dun..Jawatan Penyelaras Parliman di lantik di kalangan Ketua2 Umno Bahagian..Kesimpulannya baru lah aku faham,bahawa Biduk masih tak berapa reti dalam politik..Patutlah Dato'Tajul pakai sampin semasa bagi bantuan raya di HSAH baru2 ini pun jadi bahan komen Biduk..rupa2nya Biduk tak reti politik semasa,apatah lagi benda2 yang lainya..lagilah komen yang di buat menunjukan kebodohan sendiri.

    Kalau benda2 saperti ini pun Biduk tak tahu,lainkali tak payah komen lah perkara2 yang Biduk lagi tak tau..Buat rosak Umno saja..Janganlah jadi SI KITUL..Melaka jatuh ketangan Pertugis,kerana kebodohan dan jahatnya Si Kitul..

    Aku cadangkan Si kitul supaya membuat komen2 kepada wakil rakyat pembangkang khasnya di Parliman Merbok yang tak buat apa pun di kawasan yang di wakili mereka..Rashid Din,Dr.Hamdan dan Keriang dot Dun Bukit Selambau cukup cabok,makan gaji buta,merugikan duit kerajaan,benda ini Biduk tak bangkitkan..Kenapa Dato'Tajul buat itu dan ini,itu yang di pertikaikan..Khidmat Dato'Tajul sebagai Penyelaras Parliman walau pun beliau bukan wakil rakyat jauh lebih baik dari wakil rakyat pembangkang yang dok ada di Parliman Merbok..Tidak sedar kah wahai Biduk..Jangan lah jadi Biduk berlalu Kiambang tidak bertaut..Perasan hasad dengki dan cemburu tak tentu kalu perlu dibuang apatah lagi di kalangan orang Umno..Bukan masanya untuk kita berperasaan begitu kerana kita perlu menghadapi tugas yang lebih besar..PRU 13 semakin sehari,semakin dekat..Jangan kita menang sorak,kampong tergadai..

    Aku bukan setakat mau menasihatkan Biduk sahaja..Nasehat ini aku tujukan kepada semua anda yang bersifat sepertimana Si kitul..Mungkin anda anggap aku keterlaluan memberi komen dan mungkin anda anggap aku merpertahankan Dato'Tajul..Tapi apa yang berlaku itulah hakikat yang sebenarnya..Janganlah anda pula bersikap seperti pembangkang,apa yang kerajaan Barisan Nasional buat,semuanya tak betul..Tapi kalau bolih masuk poket,HALAL..Tak bolih masuk poket,HARAM..Umno berkongsi kuasa dengan kaum lain,dikatakan KAFIR..PAS berpakat dengan DAP tak apa..Dulu kata sembelihan Orang Umno haram dimakan,,Tapi tok guru yang bagi fatwa bila pergi Kuala Lumpur,kedarah makan daging kurma kedai mamak,tak tanya pun sapa sembelih..Pengikut bodoh pergi makan kenduri rumah orang Umno,cuma makan Kurma telor..Itulah sedikit sebanyak contoh yang aku nak bagitau kepada anda janganlah jadi Si Kitul sertimana perangai pembangkang>BERSAMBUNG

    ReplyDelete
  16. saya bersetuju sangat dengan komen Anak Melayu Kecewa..Saudara semua janganlah jadi Si Kitul sesama orang Umno..Jadikanlah diri saudara Si Kitul kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  17. sebagai ahli UMNO yang sayangkan bangsa melayu dan agama islam sedarlah bahawa apa yang MT bincangkan dalam blog ni hanya jatuhkan ahli UMNO sendiri cuba butkan usul macam mana nak menawan semula pilihanraya, itu yang terbaik, sekiranya MT rasa ada yang tidak betul, komen n bagi nasihat kita ada saluran bukan kita membuka pekung UMNO untuk menaikan seseorang, ayuh sedarlah MT bahawa UMNO kini sangat lemah. sebagai anak Melayu UMNO apa sumbangan MT kepada UMNO adakah hanya ditugaskan menjatuhkan seseorang. sedarlah apa yang terjadi di Kedah sekarang. sepatutnya kita sama2 berganding bersatu padu melawan musuh politik kita kita rampas semula Kedah. kalau betul MT nak tolong orang Merbok marilah bersatu dengan semua ahli UMNO Merbok tidak kira siapa pmemimpin yang salah kita tegur baru kita dapat melangkah jauh demi masa depan anak cucu orang melayu......

    ReplyDelete
  18. Pru 13 dah lapaih... Tunggu pru14..

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.