26 September, 2009

Merbok dan Bagan Pinang perangai yang tiada beza

Ketua Pemuda Bahagian Teluk Kemang, Mohd Faizal berkata, pemilihan Isa sangat tepat kerana tokoh itu telah membuktikan kesetiaannya kepada parti, walaupun telah diambil tindakan disiplin dan ini merupakan contoh yang baik kepada ahli lain.

“Ini membuktikan kesetiaan itu merupakan satu perkara yang perlu kita utamakan, jadi bagi saya selaku Ketua Pemuda malah mungkin mewakili sebahagian Pemuda inilah yang patut menjadi idola kerana kita hendak mencari orang yang benar-benar setia pada parti.

Beliau juga seolah-olah mengugut jika parti menolak suara perwakilan, kononnya dikhuatiri UMNO akan melakukan kesilapan yang sama seperti parti LDP yang telah memerintah Jepun selama lebih dari 50 tahun tetapi akhirnya tewas.

Jika alasan setia kepada parti maka Isa Samad dikira calun yang sesuai untuk Bagan Pinang boleh kah mereka setia pada parti jika Najib meletak calun lain daripada Isa Samad atau mereka akan sabotaj untuk membuktikan calun pilihan Najib bukan pilihan mereka.

Najib dikira mudah membuat keputusan dan Isa haruslah akur seperti nasihat Tun Mahathir "Kalau saya jadi (Tan Sri) Isa, saya sendiri akan minta kepada parti supaya janganlah calonkan saya. Sebaliknya saya akan berusaha membantu mana-mana calon yang dipilih untuk berkempen.

"Dengan itu nama Isa akan jadi cukup harum, tapi di Malaysia budaya kita budaya nak semua," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Seri Kembangan, dekat sini.

Apa bezanya Si Kitol di Merbok dengan Isa Samad di Teluk Kemang?

2 comments:

  1. Kisah sebegini pernah berlaku dalam UMNO Bahagian Merbok sebelum PRU 2004.
    Mengikut yang ampunya cerita ianya berlaku di Harvard Hotel Resort di mana satu Mesyuarat Khas AJK Bahagian Merbok di adakan untuk menetap siapa calun Parlimen dan DUN Tg Dawai.
    Semau AJK dah dilatih dan "planted" oleh Tajul supaya menyokong namanya untuk calun Parlimen Merbok.
    Keluar sahaja mesyuarat Tajul telah membawa nama dia sehingga ke Presiden parti menyatakan UMNO Merbok sokong sebulat suara mencalunkan namanya sebagai Calun Parlimen.
    Tetapi Presiden parti telah meletak Zainudin Maidin calun Parlimen, Tajul keciwa dan melancarkan sabotaj secara halus macam pelesit.
    Memang ada persamaan Bagan Pinang dengan Merbok.

    ReplyDelete
  2. Nak buek apo lai dengan Isa Samat tu...buek rosak yooo...abeih tanah den tergadai dibuek kandang kobau pendek kat pot deksen tu...

    Sudah2 le..ganti dengan orang lain pulak..KP Bahagian Teluk Kemang tu entah berapa banyak kena sumbat dengan Isa Samat pun kita x tahu...mintak SPRM siasat..

    Itu baru pendapat Pemuda macam mana dengan Wanita, Puteri, MCA, Gerakan, MIC, IPF, PPP dll lagi...SB2 PM dan check abis dah ke???..dalam suasana pilihanraya kita jangan ambil pendapat UMNO sahaja kita kena ambil juga pendapat parti2 komponen yang lain dan juga orang2 yang dok atas pagar...

    See u all at Bagan Pinang...

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.