24 September, 2009

Zainudin Maidin mengundang kekalahan 4 DUN dan 2 Parlimen

(MT ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah memberi kerjasama, pandangan, maklumat, cadangan dan kritikan membina di antaranya :
MCA Merbok, Gerakan Merbok, MIC 1, MIC2, MIC3, khairah Mesjid Merbok, Khairah Mesjid Taman Ria Jaya, Khairiah Mesjid Sungai Layar, Khairiah Mesjid Tanjung Dawai, Khairiah Mesjid Bandar Sungai Petani, Kelab Cinta Sayang, Swiss Inn Hotel, Nasi Kandar Pelita, Sungai Petani Club, Cinta Sayang Club, Persatuan Vateran, Persatuan PIBG, Pegawai Daerah, Penghulu-penghulu, Suruhanjaya Pilihanraya, Persatuan Belia-belia, Maxis, Celcom, Polis, Tentera dan yang langsung atau secara tidak langsung)
Pertambahan pengundi baru sebanyak 6,521 jelas tidak langsung membantu BN dan UMNO Merbok. Malah sejumlah besar pengundi yang mengundi Tok Zam dalam PRU2004 iaitu sebanyak 7,164 pengundi tidak mengundi calun UMNO Tajul Urus Mat Zain.

Peningkatan pengundi Melayu sebanyak 3.1% juga langsung tidak membantu Tajul. Siapakah mereka ini? Adakah Melayu tidak undi Tajul. Yang jelas ialah peningkatan mendadak undi Rashid Din (Calun PKR) sebanyak 11,379 jika dibanding dengan Saiful Izham (Calun PKR2004). Purata pengundi setia PKR hanyalah 14,535 sahaja merujuk rekod lama semasa Daim menjadi calun.

Hakikat yang sebenarnya ramai pengundi-pengundi Tok Zam telah menggerakan ”silent protes”. Apabila Tok Zam dipindahkan ke Sungai Petani, ramai penyokong-penyokong atas pagar Tok Zam di Merbok telah membuat ”silent protes”, mereka ini jarang kelihatan di dalam senario perdana politik Merbok.

Tok Zam sendiri secara tidak langsung terlibat di dalam usaha-usaha sabotaj Tajul tapi secara halus dan licik. Beliau tidak pernah mengambil inisiatif atau usaha untuk berjumpa dan membuat pertemuan di Merbok mengistiharkan beliau akan ke Sungai Petani serta menyeru penyokong-penyokongnya untuk terus mengundi Barisan dan menyokong Tajul sebagai successornya. Tindakan Tok Zam ini seperti "kacang lupakan kulit" langsung tidak mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal kepada pengundi-pengundi beliau.

Sebaliknya penyokong-penyokong Tajul juga over confident dengan menghentam Tok Zam di belakang mengatakan orang Merbok dah tak mau Tok Zam depa dah tendang Tok Zam ke Sungai Petani. Di Sungai Petani pula orang-orang Tajul terus menghasut orang-orang UMNO Sungai Petani mengatakan ”kami dah tak mau Tok Zam, laaa ni ambik kat hampa pulak”.

Di Sungai Petani Tok Zam berhempas pulas tercungap-cungap malah Tok Zam juga begitu ”over confident” bahawa populariti beliau setanding dengan populariti Siti Nurhaliza dan Datuk K bahawa ramai yang mengenali beliau dan semua akan mengundi beliau bulat-bulat.

Tetapi beliau terlupa bahawa penampilan beliau dalam RTM tidak langsung membantu beliau kerana pengundi-pengundi muda lebih gemar menonton TV3, Astro serta banyak bergantung maklumat dari blog dan internet.

Pengundi-pengundi Cina dan India pulak hanya membaca akhbar Star, China Press, Sin Chew dan Nanyang yang banyak menghentam beliau. Pengundi-pengundi beliau hanyalah orang-orang tua di kampung-kampung Kota Kuala Muda yang sedang dibuai lagu-lagu nostalgia ”Angin Menderu, ciptaan Zubir Said nyanyian Rubiah dalam Filem Racun Dunia 1949”

Beliau pula selesa apabila diyakini oleh pelakon-pelakon politik di Sungai Petani seperti Mahdzir Khir bahawa ”dont worry datuk, kalau undi you kurang 50% pun kita masih menang”.

Apabila hijrah ke Sungai Petani ramai penyokong Tok Zam di Merbok tak turun mengundi khasnya pengundi Melayu atas pagar. Secara tidak langsung Tok Zam juga mengundang kepada kekalahan Tajul Urus Mat Zain, ”silent protest dan silent sabotage”.

Konklusinya penghijrahan Tok Zam telah mengundang kekalahan BN di Tanjung Dawai, Merbok, Sungai Petani, Pantai Merdeka, Bukit Selambau dan Sidam.

19 comments:

  1. Kalau boh tok Zam D merbok Dah Pasti Tobat menang..Ni p letak Tajol Bodo Tuli tu buat apa..
    Balik Pulau bayan Lepas, yang ni terpulau yang tu terlepas.

    Kita tguu PRU akan datang..tunggu dan lihat..

    Takat Boh Zubit yang baru setaun jagong ada ati mau tanging ADUn lingkup pulak la BN..ni semua juak2 tajol yang tak sedaq diri.

    ReplyDelete
  2. Aku nak tanya Pak Long Non,Kalau macam tu,Pak Long Non agak2 tengok sapa yang bolih jadi Calun Di Merbok dalam PRU 13 nanti..Di Tg.Dawai Sapa?..Parliman Merbok Sapa?..Di Bukit Selambau Hindu mana Pulak?..Tulung bagitau kat aku..aku nak buat penilaian depa bolih ke tidak..Tengok cara penulisan Pak Long..Pak Long ni cerdek orangnya..tapi akai langsung tak ada..maksudnya cerdik tak bolih dipakai,,maka jawabnya teramat bodohlah..Nak tulis dalam blog,bukan main hentam keromo saja,,biarlah ada asas dan faktor..

    Apa yang aku tau dalam PRU 12,kalau Dato'Zam masih bertanding Di Merbok..maka lagi lah kalah teruk..Silap haribulan hilang deposit..Macam Dato' zam dok angan2 nak bagi calun PKR Johari Abdul hilang deposit di Parliman Sg.Petani..Sebab apa Dato' Zam akan kalah teruk Di Merbok..Cina dan hindu tobat lahom tak bagi undi kat Dato'Zam..

    Dato' Zam jadi wakil rakyat Parliman Merbok selama satu penggal,apa dia buat??..Apa benda yang bolih dibanggakan..yang aku tau,buat Perpustakaan dalam hutan,budak2 nak pi baca buku pun susah..Awat tak ada tempat yang lebih sesuai lagi ke???..Buat Mercu Tanda Merbok di sebelah jambatan Pekan Merbok,,macamana kalau nak pelebar jambatan tu dimasa depan..maka kena peruntuh lah mercu tanda yang dibuat..Buat gelanggang permainan kanak2 di merata tempat dengan belanja yang tidak menasabah..Sekarang tinngai terbiar..Projek tu Mazlan Mahmud yang kenyang..Batik Merbok hanyut entah kemana..

    kalau aku nak cerita,sampai pagi esok tak habih,kesimpulannya aku yakin Dalam PRU 12,sekiranya Dato'Zam dikekalkan jadi calun di Merbok..maka BN akan kalah lagi teruk dan undi yang diperolihi lebih rendah daripada apa yang diperolihi olih Dato'Tajul..

    Apa pendapat Pak long Non??????>

    ReplyDelete
  3. Cuma ingin memetik kata-kata seorang Wanita UMNO yang mendengar ucapan Tok Zam di salah sebuah hotel di Sungai Petani. Waktu itu di zaman Paklah. Tok Zam dikhabarkan dengan lantang menempelak Tun Mahathir dengan kata-kata yang sepatutnya tak wajar digunakan. Hasilnya sehingga ke hari ini, Tok Zam tidak disukai oleh majoriti akar umbi Wanita yang sayangkan Tun.

    Jasa pemimpin negara jangan direndah-rendahkan. CCZ berpendapat bukan sebab Tok Zam, 2 Parlimen kalah tetapi disebabkan anti Tun yang keterlaluan di dalam kepimpinan negara masa itu. Bukankah dan adakah Tajul juga anti Tun?

    ReplyDelete
  4. Prmerhati,
    Calun yang paling sesuai di Merbok adalah Dr Ismail Daut. Seorang intelektual dan telah memegang jawatan Timbalan Ketua Bahagia.
    Kalau tak sesuai macam mana Dr Ismail boleh menang bertanding Timbalan dengan hebat.
    Sokongan padu ahli-ahli UMNO harus diambil kira bukan kelayakan hang untuk buat penilaian.
    Kalau hang buat penilaian hang dok kira nak cadangan si Kitol Harimau jadian tu saja....
    Apabila kredibiliti dan kewibawaan Dr Ismail melebehi Si Kitol, sekarang Si KItol dan samseng-samsengnya sedang mengasah golok untuk mencantas Dr Ismail Daut.
    Itulah kerja Si Kitol Harimau Jadian...Hari, Hari mau....

    ReplyDelete
  5. Untuk memilih calun serah saja pada DS Najib. Depa dok kira nak boh Datuk Zubir, tobat lahom Dtk Zubir kalah pasai dia masuk UMNO macam masuk baru masuk jawi, luka pun tak kering lagi.
    Nak boh naib ketua bahagian En Rahman Ahmad pun boleh dipertimbangkan kalau nak ikut ada ijazah sapa lagi?
    Buboh Tajul tobat lahum pukoi tiga petang dah tahu keputusan, Pukoi 6 ptg Tajul berangkat pi Bandung.
    Jika semua tak layak bersedialah calun dari Sabah.

    ReplyDelete
  6. Setuju kalau yang nak dijadikan calun tu perlu mempunyai kelulusan akademik. Tetapi kelulusan ini tidak semestinya dapat diterjemahkan kepada kewibawaan sebagai seorang ahli politik. Kelulusan akademik yang boleh diijazahkan di dalam pelbagai disiplin tidak semestinya melayakkan seseorang secara otomatik di dalam disiplin atau 'ilmu politik'. Seseorang itu perlu menimba pengalaman yang panjang sebelum boleh diyakini oleh rakyat sebagai tokoh politik handalan.
    Sekadar memegang 'scroll ijazah' dan menjadi Timbalan Ketua Bahagian BUKAN sebenarnya kriteria tepat untuk dipilih sebagai calun p/raya. Lihat pada tokoh yang dipertikai ini.
    Dengan ikhlas, bolehkah beliau berjaya sebagai wakil rakyat ? Adakah pada dirinya kualiti sebagai seorang YB ? Jangan pula dinilai dari segi jawatan dalam parti, yang kemenanganya dahulu pun boleh dipersoal dari kebersihannya ! Kalau sekadar menang dengan kebetulan menaiki rakit calun Ketua Bahagian, adakah ini menampak kualitinya sendiri ? Cuba nilai sebelum beliau menjadi Timbalan. Apa sebenarnya sumbangan beliau ? Ada atau tidak ?
    Kemudian selepas menjadi Timbalan, apa pula sumbangannya ? Ada atau tidak ? Kalau ahli menganggap penganjuran majlis berbuka puasa, menderma daging, kuih muih atau kain pelekat sebagai sumbangan yang boleh memenangi P/Raya,maka ahli UMNO di Merbok amat cetek sekali dalam ilmu politik !!!

    Menjadi popular dan disenangi oleh ahli parti tidak akan menjamin kemenangan dalam mana-mana pilihanraya. Sebahagian besar pengundi bukan dari ahli parti, bukan dari orang Melayu sahaja. Justeru yang perlu 'diambil hati' dan dijadikan diri popular ialah dengan rakyat yang akan turun mengundi. Kalau sekadar mempromosikan sesebuah produk pilihan parti, kemudian disediakan jentera dari pelbagai sayap untuk menjual produk ini TETAPI tidak mengambilkira pun samada produk ini disukai atau diterima oleh pengguna ia itu pengundi, APA GUNANYA ?????

    Diakui jentera parti hebat. Hebat dari segi jenteranya : jawatankuasa demi jawatankuasa, daerah2 mengundi,peti2 undi,pengarah pilihanraya, wakil-wakil calon, balaci2 yang keliru sepanjang masa, bilik2 gerakan dsb. Ini semua HANYA strategi pemasaran tapi sayangnya untuk 'produk' yang tak laku, yang rakyat tak mahu guna pun.

    Jadi mahu tak mahu, jangan hanya jadi popular di kalangan penyokong di dalam parti sendiri sahaja . Tonjolkan diri untuk disenangi, dihormati dan dipercayai oleh rakyat / pengundi ! Melabelkan diri dengan BA, MA, PHD belum tentu dapat melariskan jualan sesuatu 'produk politik' . Tambahan 'the X-Factor' diperlukan dan mungkin dapat membantu strategi jualan.

    ReplyDelete
  7. "Kembali pada jalan yang benar" itulah perumpamaan yang sesuai kita berikan pada si Kitul.."bagunlah dari mamai wahai juak2 si Kitul bahawa kain tunggal mu dah koyak dan sarongnya dah terlondeh..." Apalagi yang hendak dibanggakan dengan karenah Pak Pandir Merbok ni..semua cerita/komen yang ada dalam MT ni adalah benar...sumber2 khabarnya datang dari banyak pihak, bukan dari individu2 tertentu sahaja..bukan orang2 Merbok x kira la dari parti, agama dan bangsa apa pun yang terdapat di Merbok semuanya ada mata,telinga dan kebijakkan masing2 dalam menilai siapa yang benar...jangan kita anggap hanya orang2 UMNO sahaja yang komen si Kitul ni tapi semua warga Merbok(PKR, PAS, DAP, MCA, MIC, Gerakan dll) yang memerhatikan tingkahlaku si Kitul dan juak2nya..hati pengundi bukan terletaknya pada parti apa yang mereka pegang tapi calon siapa yang mereka rasa layak untuk dipilih..

    Kita kena ingat zaman sekarang bukan macam zaman dahulu...calon AP macam si Kitul anggap pengundi ni macam lembu..bagi rumput dan air garam dah boleh tarik hidung..pengundi sekarang semuanya bijak, ada pelajaran, bermaklumat...semua maklumat calon mereka boleh dapat, naik Harrier ka, Merz ka semua mereka boleh tahu..

    Perjuangan orang2 terdahulu sepatutnya kita kena ambil panduan dan iktibar..mereka berjuang untuk parti bukan untuk poket sendiri dan mengkayakan juak2 dan juga ahli kroni..zaman Pak Lah banyak perkara2 yang dilakukan oleh beliau yang ternyata menyebelahi satu pihak sahaja iaitu "Melayu"..x sama macam zaman Tun M dan sebelum2nya semuanya boleh dikatakan adil untuk semua kaum...bukan saya anti melayu tetapi jikalau kita amati betul2 orang Melayu sekarang ni terlalu manja, makan bersuap..mentang2la negeri Melayu...kurang daya usaha, semuanya nak harapkan subsisidi..kita sepatutnya kaya dari kaum yang datang..tapi apa yang kita lihat sekarang ini Melayu lah satu kaum yang semakin merosot dalam semua bidang, yang meningkat bagi Melayu hanyalah kes2 jenayah, pecah rumah, dadah dsb...Melayu= Malas, Manja, Mudah Lupa..itu persamaannya..

    Kaum2 yang datang jikalau kita lihat dahulunya hanya pekerja lombong, penoreh getah, pecacai tukang angkat najis kini dah jadi tokei besar, rumah besar, kereta besar.Kita tidak boleh menyalahkan mereka sebab mereka kuat berusaha, taat,gigih dan mereka sedar mereka hanya mendatang...dalam Islam sendiri menyuruh ummatnya berbaik sangka dan kuat berusaha dibumi tuhan Malaysia ini yang melimpah ruah rezekinya...tapi kita pula yang mensia-siakan peluang yang ada...Satu persoalan jika orang Melayu diletakkan di China adakah boleh berjaya seperti Kaum Cina yang ada di Malaysia...?????

    Memandangkan pengundi dari kaum2 lain ini sedar siapa si Kitul dari mana si Kitul mendapat restu untuk bertanding AP Merbok pada PRU12 yang lalu jadi mereka telah berubah hati.....

    Renung2kanlah...

    ReplyDelete
  8. MT adalah org yg anti AJK sekarang... jadi calun-calun pilihan dia adalah org TOK MI dan musuh kepada AJK sekarang.Pilihlah TOK MI yang dok gian nak jadi calun lagi ......... Man boleh yang dok gian pungkok sangat tu pun dok buat kerja sabotag UMNO sekarang ni juga layak dipertimbangkan jadi calun.Nak bagitau MT yang nak pilih kita nanti ialah bukan saja org UMNO tadi golongan muda dan pengundi atas pagar yang lebih dari 60 peratus dari pengundi UMNO.Merakalah penentu.Kalau pilih calun org lama dan tidak pelajaran tinggi alamat UMNO bole baca talkinlah.........Lihat calun PAS semuanya golongan professional seperti doktor,peguam,jurutera dan sebagainya.Kalau lantik pak lawak macam TOK MI bungkuslah kita.Dr. Ismail pula servis tak dak langsung,program tak pernah turun padang.Man boleh la ni keja dia bukan bantu bahagian tapi dok pelingkup kerja buat bahagian.Org macam nie nakl jadi calun.

    ReplyDelete
  9. Labih baik kita fikirkan macammana nak cari jalan memenangkan UMNO dan menjatuhkan pakatan rakyat.Cari kelemahan mereka dan dedahkan dlm kita semua blok.Soal calun kita serahkan kepada pucuk pimpinan parti.Kita terima saja sesiapa pilihan pucuk pimpinan.Janagn kita buang masa bincang pasal pilih calun.MT memanglah pilih calun dari kumpulan TOK MI kjerana mereka adalah anti KB sekarang tapi mereka istihar diri mereka bergerak atas landasan keadilan...inilah keja ZAHRAN dan SYED OSMAN.

    ReplyDelete
  10. Aku setuju dengan 'Serindit Desa' bila dia kata kelulusan akademik sahaja belum tentu dapat mengwujudkan seorang calon yang berwibawa. Mungkin beliau dapat huraikan apakah 'X-Factor' itu. Selain daripada faktor pendidikan, apa lagi patut ada pada diri seorang yang 'galak' nak jadi calon ?

    Sebenarnya bukan kita ahli parti dan pengundi sahaja yang perlu mencari dan melihat pada kualiti-kualiti X-Factor ini. Si 'galak'lah yang perlu cerminkan dirinya dahulu ; lihat sama ada dirinya itu sudah cukup dengan kualiti yang boleh membantu dirinya menang dlm pemilihan atau pilihanraya.

    Seorang calon perlu sedar bahawa dia mewakili parti dan rakyat setempat. Jika sekadar mahu menjadi calon kerana kita ada jawatan dalam parti, kerana kita ada kelulusan akademik yang agak tinggi, kerana kita sudah berkali-kali mengadakan majlis jamuan & penyampaian hadiah-hadiah yang kadang2 tak seberapa nilainya, kerana kita acapkali 'hulur' setiap kali bersalam ; ini semua tidak sepatutnya diambilkira oleh pucuk pimpinan bila membariskan senarai calon.

    Kata-kata 'Serindit Desa' tentang mempromosi sesuatu produk kemahuan rakyat hendaklah diambilkira secara serious.Betul juga, apa guna elok di mata ahli parti sendiri TAPI xboleh diterima dek rakyat ? Nak jual barang apa pun, biarlah yang rakyat mahu guna !

    Awat sangat la ni kita asyik berbicara tentang calon dan pilihanraya. Dekat sangat kah PRU ke 13 tu ? Sudah bersedia kitakah ? Sudah tersusunkah strategi 'peperangan' ? Segala logistik lengkap ke ? Atau kita tunggu hingga saat terakhir dan kita hanya tumpu pada soal calon dahulu ? Sesuai ke begitu ?

    Lihat di Bahagian Merbok, mungkin juga di Bahagian2 lain. Sudah reda ke implikasi 'pertempuran pemilihan' tahun lepas ? Sudah hilangkah marah-marah, geram-geram, kecewa-kecewa, rajuk-merajuk dan sebagainya ? Atau pun masih ada kumpulan pemenang yang mahu diteruskan vendetta terhadap puak yang kalah ? Di Merbok juak-juak kumpulan pemenang berlagak seolah-olah mereka sajalah yang peka,cekap dan pandai dalam serba serbi hal politik Bahagian.
    Malah yang terdahulu bercakap pun tergagap-gagap, sekarang ni mahu pula berbicara tentang
    politik Nasional dan (jangan terkejut) nak dihurai pula isu-isu politik antarabangsa. Cuba bayang, dari minda yang selama ini begitu cetek, maka ceteklah kupasan dan huraian mereka. Mungkin difikiran mereka, membarisi kepimpinan Bahagian secara otomatik telah menghidupkan secara serta merta minda yang selama ini jumud kepada satu tahap yang tiba-tiba menjadi cerdik dan pantas ?

    Lihatlah di majlis-majlis anjuran Bahagian bagaimana 'si Kaduk2 ini naik ke junjung'. Wah, bukan main sombong mereka ini , baik dari kalangan AJK Bahagian maupun dari sayap-sayap parti ! Kalau jumpa kita orang di Cawangan, tangan bersalam tapi muka ke lain !Punya hinanya kita di cawangan !

    Kalau sesama kita dalam parti pun dah naik meluat, apatah lagi dengan yang di luar sana ?
    Di akui Ketua Bahagian ada perancangan dan persediaan untuk menghadapi Pilihanraya akan datang. Akan tetapi serasikah pelan beliau dengan orang-orangnya yang tak seberapa peka dengan kehendak dan visi bos ? Merancang satu hal, melaksana pun satu hal lain ! Ke mana pergi Pemuda ? Wanita ? Puteri ? Sealiran pemikiran dengan bos ? Nampak dan mampu melaksanan perancangan bos ? Atau masihkah mereka ditahap yang lama dengan menjalani aktiviti2 yang dah jumud, yang dah tak laku lagi, yang tak memberi sebarang impak apa-apa pun, yang tak conform dengan kehendak rakyat bistari dewasa ini ?

    Tepat kata 'SD' , rakyat mahu produk yang sesuai dengan selera mereka bukan dengan produk yang ditonjol-tonjol oleh parti.Tambah pula dengan kempen2 promosi yang dah lapuk, maka lagi tak teringinlah mereka kepada produk tu !

    Saudara atau saudari SD, anda tentu orang politik berpengalaman di Merbok. Menerusi tulisan dan teguran anda kami dapat teka yang sdr/sdri mahu parti berjaya di sini dan juga jelas sekali anda tidak mahu UMNO Merbok 'berkecamok' dan bermasalah.

    Your comment, Sir !

    Merak Kayangan.

    ReplyDelete
  11. Merak Kayangan !

    Sebagai seorang yang lama di Bahagian ini saya dapat lihat perkembangan politik Merbok daripada pelbagai sudut.

    Dari stail kepimpinan ke program-program politik hingga ke kerja-kerja persediaan pilihanraya, semuanya dapat dihuraikan satu per satu.

    Pemimpin datang dan pemimpin pergi. Perebutan untuk jawatan-jawatan penting memang sesuatu yang 'colurful' di mana-mana Bahagian pun. Cuma yang ditakuti ialah persengketaan yang berterusan selepas pemilihan.

    Semua pemimpin akan cuba menyatupadukan semula ahli-ahlinya ; cuma akan wujud juga individu-individu yang sengaja mahu persengketaan ini berterusan atas sebab atau agenda tersendiri.Selagi ada puak-puak selama itulah akan terasa penting diri beberapa orang individu. Jadi biarlah krisis puak ini hidup segar semata-mata untuk menyubur beberapa kerat pilitikus murahan.

    Komunikasi dua hala , antara yang memimpin dan yang dipimpin, memang wujud dalam pelbagai bentuk, cara dan pendekatan. Sekarang ini media alternatif menjadi antara pendekatan popular yang boleh mengizinkan interaksi pemimpin dan pengikut.

    Segala bentuk cadangan maupun teguran yang dibuat secara berhemah, beradab dan lebih penting tanpa beremosi patut diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan.

    Tuduh menuduh yang hanya berlapik kepada syak wasangka seperti yang dapat kita baca di salah satu komen di sini jelas menampakkan kedangkalan idea dan daya pemikiran yang jumud, yang sudah semestinya datang daripada minda seseorang yang prejudis.

    Jangan pula kerana kita tidak mempunyai
    sebarang komen, kritikan atau analisa serta pendapat yang positif dan bernas yang boleh membantu parti; maka kita gantikannya dengan komen yang prejudis, yang rendah mutu dan nilai, yang tidak membantu apa-apa atau sesiapa pun dan cukup sedih dengan bahasa yang kurang manis pula tu !

    Kita boleh berbeza pendapat tetapi biarlah cara kita mengutara pendapat kita tidak pula menampakkan sifat tak cerdik, tak matang dan kurang kematangan kita.

    Ya, saya memang mahu melihat Merbok pulih semula seperti di zaman kegemilangannya, di mana nama parti keramat kita disanjung dan dihormati. Ini tidak mustahil dilakukan !!! Cuma ia memerlukan kebijaksanaan kepimpinan dan keikhlasan sokongan daripada semua.

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  12. Serindit Desa tu Tajul la..

    ReplyDelete
  13. WAH!sungguh menarik komem2 yg di utarakan ,nampaknya politik MERBOK ni begitu sensasi sekali....Usahlah kita berselindung kebenaran mengapa semua kerusi di MERBOK kalah!ini semua kerana calon2nya adalah PEMBODEK PAKLAH yg memang rakyat semua benci terutama di kedah kerana MENGHENTAm TUn!!!hari ini Paklah dah tak lagi jadi Pm....syukor..mari kita susunkan barisan dan kembalikan kekuatan UMNO di MERBOK....Singkir PEMBODEK2 UMNO yg rakyat dah muak kelaku dan perangai mereka.....Rakyat tak lupa pada UMNO merbok yg berjuang PERTAHANKAN TUN semasa dihentam terok olih PAKLAH dan DET KHALID......salam

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum..

    Semoga perjuangan kita yang ikhlas untuk membela bangsa akan beroleh restu Allah

    terima kasih

    ReplyDelete
  15. ada pepatah mengatakan pohon yang banyak buah selalu mendapat perhatian makhluk allah, dia suka akan buah tersebut, ingin dikait, ingin dimakan dan ingin dirasai, berbanding dengan pohon yang tidak berbuah, dibiar sepi tanpa dipandang walau sebelah mata, begitulah Dato Tajul, kerana dia aktif, ada manusia pedulikanya. Go dato, don't give up. Hanya Allah yang mengetahui keikhlasan dan kerja baik Dato. Walau banyak kutukan dari orang yang dengki dengan dato, akhir sekali Tuhan sahaja yang akan menilai dato, kalau kerja buat yang dato lakukan sekarang ni hasil dari penat lelah dato yang menjalankan tugas dan tanggongjawab dato. Orang yang tak buat kerja tak ada orang nak kutuk apa kerana orang tak ada modal sebab dia tak buat apa pun macam Ahli Parlimen Merbok Dato Rashid Din yang dok makan tidor kat cinta sayang dng bini dia, sampai diparlimen pun tak pernah nampak batang hidung.

    ReplyDelete
  16. Betul dan aku setuju sangat dengan komen Anonymous..Ya,tepat sekali..Wakil Rakyat tak buat kerja,dok makan tidur di rumah,makan gaji buta,tak nak komplen..Yang buat kerja macam Dato'Tajul dok kena hentam itu dan ini..Fitnah segala macam fitnah..Ini dah tak betul caranya..Cara main politik macam ni,sebenarnya berniat cukup2 jahat..Kepada anda2 semua yang suka sangat dok komen Dato'Tajul,tulung rentikan lah..Tak kesudah dan cita2 busuk anda tak akan kesampaian..Anda main politik secara gelap macam ni,kerja orang bodoh..Anehnya yang teringin sangat nak jadi calun pun ada dok tulis benda2 bodoh macam ni..Kita kenai sapa mereka..tak payah berselindung dan baling batu sembunyi tangan..

    Kalau diantara anda bercita cita besar,,buatlah kerja dengan cara berhemah..jangan dok kerja bodoh,merugikan diri sendiri..Bila pengundi dah benci kepada Umno,anda jadi calun pun,pengundi tak akan bagi undi..Pengundi menolak lambang,bukan kerana calun..Yang untung Dato'Rashid yang tak buat kerja apa pun,bolih menang lagi..Anda mau ke Dato'Rashid menang lagi dalam PRU 13..Aku pun merasa teramat pelik dan ajaib kepada perangai segulungan anda yang bermain politik menghentam kepimpinan bahagian merbok..Wahai Dato' Tajul,teruskan perjuangan murni anda..Anda di nilai olih pengundi..Jalankan tugas anda sebaik mungkin..Biarkan Si Kitul si Kitul jahat teruskan kerja buat jahat mereka dalam gelap..Percayalah,anda tidak merasa rugi apa2..Biarkan lah dengan niat jahat dan perasaan dengki mereka yang tak tentu pasai,percayalah mereka tak akan bolih untung apa2 pun,malah fitnah dan hasad dengki mereka di murkai Allah..Cita2 mereka tak akan berjaya..yakinlah..

    ReplyDelete
  17. Betul kata pemerhati, berilah peluang pada dato tajul menjalankan tugasnya dulu, jangan menilai dengan perasaan hati yang hasad dan dengki, buatlah kerja supaya umno kembali pulih, dan kuat macam dulu. Jangan biarlah kita lemah. Bila kita lemah, manusia lain akan memijak kepala kita. Orang yang membuat komen yang melampau tu sebenarnya ialah orang-orang yang kecewa dengan kekalahan yang mereka alami dan dengki dengan kejayaan yang diperolehi oleh orang lain, ingatlah yang segala perbuatan kita dilihat oleh Allah yang maha esa, walaupun kita pandai menyamar pada manusia. Segala kerja baik dan jahat kita dinilai oleh
    Allah. Marilah sama-sama kita jalankan tanggungjawab kita kerana Allah. Orang yang kalah sepatutnya terima qadha dan qadar dari Allah dan sama-sama berganding bahu untuk kebaikan orang melayu,bukan asyik dok sembunyi diri dan dok hentam menyamar. Ingatlah sekali kita fitnah dan aibkan orang ,Tuhan akan balas dengan balasan yang setimpal tak kira lambat atau cepat balasannya. Jika nak jadi calon buatlah keraja, mungkin dengan berkat kerja baik masing-masing kita akan dipilih. Jangan dok sebar fitnah yang bukan-bukan. Nilailah perbuatan orang seadanya, kerana bukan manusia yang menentukannya, Saya harap dato akan sentiasa diberkati Allah. Ingatlah Dato, Tuhan menguji hambanya yang disayangi, Segala kerja baik dato satu hari nanti akan dibalas. Dato jangan ambil peduli dengan komen komen kotor dari orang yang hatinya juga kotor, sebab tu Tuhan tak beri mereka hidup aman di dunia ini. Go Dato Tajul.

    ReplyDelete
  18. Ya,, saya setuju ,, beri peluang sama rata, sama rasa. kalau MT berhasrat bertanding Ketua bahagianpun kita akan sokong,, bagi MT pun rasa juga orang hentam dalam blog.. mari sama-sama rasa

    ReplyDelete
  19. Persoalannya kenapa Tajul begitu kejam sekali dengan memaksa dan menekan Dato Det dan Pak Lah
    agar menolak Dato Zam perpindah ke Sg.Petani dengan harapan beliau dapat bertanding di Merbok.Inilah ciri-ciri manusia yang hanya memikirkan kepentingan diri dari kepentingan orang lain dan negara khususnya.Beliau tidak begitu sabar dan tidak mempunyai perasaan malu
    demi mencapai cita-cita di hati sanggup berbuat apa saja walaupun terpaksa berpijak diatas kepala orang.Beliau seharusnya insaf dan mengambil iktibar diatas kekalahan yang lalu supaya lebih bersopan,berakhlak tinggi ,berperikemanusiaan dan tidak mementing diri sendiri.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.