15 September, 2009

Pendedahan berani Ahli UMNO Dun Tanjung Dawai

"Aku salah seorang yg kena ms PRU 12 tahun lepas..Razak mai bgtau aku, undi parlimen, jgn undi adun..aku dah report hal ni ke Najib tp smpai la xambik tindakan pun lg..mcmana kita nak menang..UMNO xpernah nak berubah. Masih dok simpan duri dalam daging"

Ahli UMNO Dun Tg. Dawai
September 14, 2009 11:06 PM

MerbokTimes telah menerima satu posting yang dikira berani dari salah seorang yang hanya ingin dikenali sebagai "ahli UMNO Dun Tg. Dawai".

Pendedahan ini dikira setitis dari satu kolam air yang menyebabkan Merbok jatuh ke tangan PKR. Banyak lagi cakap-cakap angkuh yang "over confident" amalan semasa berkempen malah ada ramalan bahawa si Kitol akan menang dan menjadi Menteri Kabinet.

MT sedang mengumpul analysis-analysis data untuk dibuktikan sebab kekalahan PRU di Merbok berpunca dari masaalah politik dalaman hasil dari strategi si Kitul yang tidak menjadi sebaliknya memakan dirinya sendiri.

Di antaranya pendedahan ini termasuklah ; kemana pergi 22,022 pengundi? Mengapa 12,345 tidak undi Tajul? 6,521 pengundi baru mengundi siapa? Berapa jumlah pengundi baru yang mengundi Datuk Rashid Din? Mengapa pertambahan yang cukup mendadak sebanyak 11,379 undi dari Saiful kepada Rashid Din? Kemana hilangnya majoriti 15,445 pengundi BN? Apakah benar alasan senario poltik negara mencorak politik Merbok? Sejauh mana keegoaan dan kesombongan calun mempengaruhi pengundi-pengundi atas pagar? Dan banyak lagi persoalan-persoalan akan didedahkan sehingga pilihanraya yang akan datang.

Pembongkaran fakta-fakta dan statistik ini adalah sebagai ikhtibar untuk pemimpin generasi yang akan datang. Berhentilah mengamalkan politik kotor dan hippokrate ini demi kesinambungan kepimpinan Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

10 comments:

  1. dah kenal..? maka selamatlah di kemudian hari..

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Benda nih bukan sahaja berlaku di Merbok tetapi seluruh Malaysia. Bukan UMNO tak tahu, tapi buat tak tahu.. saya sendiri pernah menghantar emel kepad badan perhubungan UMNO pusat tp tiada jawapan. Kalau UMNO tak reti nak jaga diri maka apa makna kita nak jaga UMNO plak... Yang reti buat kerja kena cantas...yang tak reti...diangkat... inilah senario politik di Bagan.

    ReplyDelete
  3. Kebencian yang membuak buak kepada calon yang sombong dan angkuh menyebabkan ramai tidak beri pada calon. Meraka sanggup bagi pada parti lawan. Mereka ini bukan pengkianat, tapi..mereka ini nak ajar kepada calon itu bahawa rakyat sudah meluat dengan sikap calon itu sendiri.

    ReplyDelete
  4. Syabas MT,
    Kajian u all sungguh mendalam dan tepat. Tidaklah berblogging sahaja tanpa fakta yang kemas.
    Fakta dan hujah-hujah yang kukoh akan menganggkat bloggers.
    Bercakap benar walaupun pahit, senang diucapkan tetapi sukar dipraktikkan.
    TERUSKAN PERJUANGAN.
    Kami menanti posting seterusnya....

    ReplyDelete
  5. Pengarang Merbok Times.
    Gua kira peminat akhbar mu ni. Biarlah kajianmu membuka pekung supaya peimimpin boleh mengambil langkah yg sewenangnya

    Wenger J Khairy
    Rembau Times

    ReplyDelete
  6. tapi semenjak pru-12 depa tak suka tgk statistik dah.depa suka tgk analisis bertulis ja.

    ReplyDelete
  7. Kejatuhan Empayar BN pada PRU12 adalah disebabkan oleh keangkuhan, tamak haloba, dengki khianat dan sabotaj oleh ahli2 BN sendiri..bayangkanlah seorang India yang selama ini tidak pernah pun memegang bendera Pas tiba2 pada PRU12 boleh menampal dan memasang bendera PAS..kalian x terkejut ke??Daripada kejadian itupun Biduk dah dapat rasakan bahawa pada PRU12 ni BN akan jatuh..

    Memang betul dan Biduk ucapkan tahniah di atas keberanian pendedahan yang dibuat oleh Ahli UMNO Tjg. Dawai tu..sememangnya Si Kitul ni berkempen semasa PRU12 supaya mengundi Parlimen sahaja dan jgn undi DUN Tanjung Dawai..dari PRU12 lagi Si Kitul yang perut busuk ni dok berkempen '2 in 1' bagi jawatan AP dan Ketua Bahagian Merbok...adakah patut menikam kawan yang bawa si Kitul ni masuk kearena politik Merbok..dahulunya si Kitul ni jugalah kawan sepeguruan dengan Tok Mi last2 dia yang jadi api dalam sekam...

    Sekarang ni dia tikam Tim. dia pulak...dia nak jadi Ketua Bhg. sorang2 ke? Tapi Biduk x nafikanlah bahawa si Kitul ni memang perangai x elok, adakah patut Li Jerung yang dok usung dia kehulu kehilir bawa kereta, tolong kempen untuk dia boleh dia kata Li Jerung ni "bangsa tak ada kerja" hanya boleh hidup dengan duit ringgit si Kitul ni sahaja...tapi padanlah dengan Li Jerung ni mata duitan...kerja malas asyik jadi pengampu si Kitul ni aje...kalau si Kitul kata dia "beruk naik nyok" pun x pa, Li Jerung tetap mengatakan 'yes..yes..yes and yes'...

    Samalah dengan "Razak Rabun" tu semasa pencalonan pemilihan Bahagian dialah yang dok bawa pencalonan Si Kitul...last2 bila si Kitul ni dah menang "Razak Rabun" pun kena tendang dengan si Kitul...tolong bagi tongkat sat kat Razak..kesian kat dia..

    Sorang lagi yang jadi pak lawak dalam Bhg. Merbok ni Mie JJ lah..cuba nak jadi tuan penasihat Bhg konon nak makan 25% last2 si Kitul yang makan 100% dan tendang Mie JJ ni keluar...kena lelong 25 darham...lelong..lelong..pemimpin bahagian mana pulak la nak ambik dia ni...D'Mokhzani???...no way..

    Bagi ahli2 UMNO diMerbok yang belum kenal dan belum kenaaaa dengan si Kitul ni Biduk nasihatkan hati2...

    "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2009"
    Mohon Ampun & Maaf kepada semua pembaca blog MT ni...sekian...

    ReplyDelete
  8. Biduk, correction bukan Mie JJ la !Din JJ@Din Douglas ! semua orang masuk neraka kechuali dia !

    ReplyDelete
  9. Opsss...tersilap taip nama..sorry aaa..Ralat.."DIN JJ"

    ReplyDelete
  10. Dalam satu-satu pertempuran atau peperangan, ada yang rugi dan yang untung. Masa si Kitol dok perang dengan Tok Mi, ada dua orang balaci si Kitol. Satu dari kampung Telok , seorang lagi dari Kongsi 6. Bila perang habis dan si Kitol menang, maka berlaku pula satu peperangan kecil , tapi tak kecil juga sebab maki-memaki begitu hebat sekali. Dua balaci tadi la ni musuh ketat.

    Mula-mula bergabung tenaga, pancung habis orang2 Tok Mi.Ketua cawangan, pengerusi JKKK habis jadi mangsa. Dua-dua balaci jadi perancang untuk si Kitol. Padan dengan budak Belau tu , apa tak reti , dilantik jadi Setiausaha Bahagian. Maka lebih ranggi lagi 2 balaci tadi jadi proksi SUB dan juga penasihat si Kitol.

    La ni kita tengok balaci mana yang ceredik dan yang mana kena tipu. Sorang jadi SU Bahagian dan Pegawai Kemajuan Daerah, bergaji beribu ringgit dan sorang lagi ditinggal tepi. Habuk pun tak dapat. Mau dia tak jerit !!! Maka bermusuhlah 2 balaci tadi hingga sekarang.

    Siapa yang sebenarnya yang lebih cerdik ? Salah seorang balaci tadi ? Dak, yang lebih cekap ialah si Kitol. Orang bekas guru, bekas BTN, dia cekap la laga-lagakan orang. Dia pun tau balaci yang dia lantik Setkiausaha bukan boleh buat kerja pun. Dia tau. Tapi lagi boleh diguna, dia biar budak tu kat situ. Dia tau ramai meluat kat manusia ni.Cakap kasar, sombong pula tu. Tak dak budi bahasa. Tak reti layan orang dengan sopan pula tu. Tak caya tanya ketua2 cawangan.

    Hoi, la ni tengok dia pakai pun kemas. Maklumlah gaji beribu. Dulu kita tengok pi mana pun pakaian serabut, sliper memanjang. Pi lah majlis mana pun, baik yang rasmi, dok belemoih macam tu lah ! Tapi adik-adik, kakak-kakak, la ni kasut pun merelit. Toke kedai kasut pun mengeluh sliper dah tak orang beli.
    TAPI kena mengaku dia ni pandai; pandai apa ?
    Pandai kata kat orang. Pandai angkat diri sendiri. Itu dia cekap.Tapi kerja ? Terok.

    Maka hiduplah si Kitol dengan balaci-balacinya di Bahagian , tolak yang sorang tu !

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.