02 February, 2010

Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din ADA SEPERTI TIADA.

Ahli Parlimen Merbok, YB Datuk Rashid Din akan mendirikan lebih banyak papantanda besar dalam seluruh Kawasan Parlimen Merbok sebagai tanda gah kehadiran PKR dalam kawasan tersebut.

Ini adalah bukti yang nyata bahawa rakyat tidak tahu kewujudan beliau sebagai wakil rakyat malah langsung tidak membawa apa-apa hasil kepada pengundi-pengundi dalam kawasan Merbok.

Dalam lain perkataan “ADA SEPERTI TIADA DAN TIADA LEBIH BAIK DARI ADA, KERANA YANG ADA LANGSUNG TAK BERGUNA”.

Jasa dan impak penjenamaan yang telah dipahat oleh bekas-bekas Ahli Parlimen Merbok yang terdahulu seperti Tun Daim Zainudin dan Tan Seri Zainudin Maidin terbukti meninggalkan kesan yang mendalam dalam sanubari pengundi kawasan tersebut dan sukar dihakis serta ditandingi oleh Datuk Rashid Din.

Tambah kartun lagi Rashid Din pula terikut-ikut dengan gaya lapuk UMNO untuk hanya memasang papan-papan tanda besar sebagi “show” dan “window dressing” bagi menyatakan beliau wujud.

Hakikat yang sebenarnya apa yang pengundi mahu bukannya papan tanda tetapi sentuhan peribadi menangani isu-isu dalam kawasan serta membawa pembangunan yang bermakna kepada rakyat.

Sampah sarap dalam taman-taman, longkang busuk dan tersekat dalam taman-taman memerlukan perhatian dari wakil rakyat.

Kalau isu-isu tersebut pun gagal diatasi mana mungkin Rashid Din mampu membawa pembangunan yang besar sedangkan sebatang titi pun belum terbukti.

28 January, 2010

Cukupkah berkhidmat untuk rakyat melalui "tele-conferencing?"

MT menghormati pengalaman blogger AAH sebagai soldadu professional yang menyokong Tun M bahawa serangan September 11 adalah perancangan yang rapi dan katanya “Rempuhan oleh pesawat hanya sebagai decoy atau deception saja”.

Apabila diselami lebih daripada itu, ia adalah kerja-kerja penjajahan minda dan saraf yang strategik oleh pakar-pakar minda CIA @ Yahudi keatas umat-umat Islam yang pro Palestin atau anti Israel.
Apabila berlaku serangan Israel ke atas Gaza, NGO-NGO kita bertungkus lumus mengutip derma, bersabung nyawa membawa misi bantuan kepada mangsa di Gaza. Kita cuba boikot barangan-barangan AS yang pro Israel.

Tetapi tanpa disedari jarum-jarum halus CIA sedikit demi sedikit sedang menusuk masuk dalam urat nadi pentadbiran kita seterusnya mencorak dasar-dasar kita yang lebih pro kepada mereka.

Petanda-petanda ini dapat dilihat dari beberapa insiden yang berlaku seperti duta kita dipanggil balik kerana tidak mengundi pro AS. Lee Kuan Yew yang kita tahu penasihat pertahan mereka adalah Israel telah dengan bebas berlegar-legar dalam Negara ini bukan sahaja dari Pulau Pinang ke Kelantan tetapi sehingga ke rumah PM. Ini semua berani dilakukannya kerana Tun M tidak lagi menjadi PM.

Contoh yang terbaru apabila ada Ahli Parlimen kita yang dilantik sebagai Duta bertaraf Menteri di AS mengambil pendekatan mengunakan teknologi “tele- conferencing” sahaja berinteraksi dengan pengundi di kawasan. Apakah Ini bermakna pengundi-pengundi tidak lagi perlu bertemu secara fizikal tetapi cukup dengan “remote control” sahaja?

Apakah kita jamin CIA tidak “track” pergerakan maklumat kita melalui tekanologi mereka sebelum maklumat tersebut sampai ke kawasan? Ini bermakna CIA juga telah dapat menghidu sehingga ke akar umbi rakyat dalam kawasan Parlimen kita.

Menyedari ancaman inilah Negara China yang jumlah penduduknya 1.3 billion menghalau keluar online media AS seperti Google, Facebook keluar dari negara mereka. Mereka tidak mahu minda rakyat mereka dijajah oleh Googles, Facebook, Twitter, Youtube dan sumber-sumber teknologi internet AS.

"How China's Internet develops and how it is managed are Chinese people's own affairs, China doesn't need any lessons from the United States on what to do or how" Beijing Association of Online Media Chairman Min Dahong said in an interview with state-run Xinhuanet.com.

Konklusinya janganlah sampai mereka ini memasuki bilik beradu pemimpin kita seperti apa yang terjadi kepada Adam kerana Hawa.

27 January, 2010

KISAH ZUBIR ZUFFA FARMASI YANG SYAHDU DAN DUNGU.......

23 January 2010
oleh kedahlama

Apabila Zubir Farmasi Zuffa bercakap dan keluarkan kenyataan kepada bernama, bermakna dia mencungkil sejarah sendiri...DI Sungai Petani, sapa tak kenai Zuffa Farmasi. Semua orang tau. Kedai ubat yang jadi kebanggaan Melayu Sungai Petani. Dia mampu bersaing dan menjadi farmasi yang tersohor. tapi itu dulu. Farmasinya bermula dari pekan Sungai Petani mula bercambah dan berkembang sampai Guar cempedak, Bukit Mertajam dan di beberapa lagi lokasi di utara.

Aku kenai dia ketika dia buka Farmasi dekat Guar Cempedak. Masa zaman reformasi (1998-1999), dia adalah penyokong kuat DS Anwar Ibrahim..Dia sanggup berdemonstrasi sehingga hampir menggadai nyawa. Semangat dia kuat. Mcm2 dia kata kat UMNO. Maki hamun kpd UMNO adalah perkara biasa baginya. Lagi banyak dia maki UMNO, kedainya lagi laku. Sebab yg banyak support Zuffa Farmasi adalah penyokong dan pendokong reformasi. Kedai dia laku dan bertambah.

Dia sanggup bagi percuma Tingkat Satu farmasinya di Gurun untuk dijadikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerai (pada masa tu Ust Nasharuddin). Hampir satu penggal di bagi guna secara percuma. Begitu juga Tingkat 3, Farmasinya di Taman Ria Indah dia bagi YB Dr Hamdan guna buat Markas Pemuda Merbok. Tapi itu semuanya dulu. Pendek kata takdak sekog pun kawan dia dari UMNO.

Zubir mula masuk kem UMNO, apabila Mahadzir Khalid balik ke Kedah dan dicanang nak jadi MB Kedah. Waktu tu baru semua pakat tau yg Zubir ni rupa2nya kawan baik Mahadzir masa di Sekolah Sains Mohd Jiwa dan USM. Time tu semangat dan jiwanya pada PAS dan PKR koi kendog. Kalu dulu Zubir ni lah yg banyak support Johari Abdul, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin. Pendek kata duit langsung dia tak kisah. Dia mudah hulog bila diminta untuk lawan UMNO dan BN.

Tapi semasa pilihanraya 2004, kelibatnya koi hilang. Rupa-rupanya dia dok pi tolong Mahadzir Khalid di DUN Pedu. Kot belah ulu banat sana. Duit dia banyak hambog kat UMNO pulak. Dia mula himpit Mahadzir Khalid. Kononnya kalau Mahadzir jadi MB dia ada chance jadi calon dan exco. Paling tidak dia akan dapat banyak projek daerah. Memang betoi. Tak salah jangkaan kawan2 pada time tu. Bila Mahadzir Khalid jadi MB, banyak projek Zubir sapu. Maklumlah kawan rapat..Berjuta-juta di kantau. Antaranya tanam tiang lampu seluruh bandar Sungai Petani. Banyak juta jugak dia dapat. Selain tu ada banyak lagi projek yg aku rasa dia dapat menyebabkan dia jadi kaya.

Bila dah kaya, dia mula lupa asal usul. Kalau dulu dia banyak bagi sumbangan kpd perjuangan ISlam dan bantu golongan agama. Tapi la ni dia dah mula banyak bantu penyangak2 UMNO. Cikgu Tajul Urus Mat Zain, yang la ni Ketua UMNO Bahagian Merbok bijak menangkap si bodoh Zubir ni. Cikgu Tajul mula kikis dan buka lorong mcmana nak gabuih duit Zubir. Maka dilantiknya Zubir jadi Ketua Penerangan UMNO Merbok. jawatan yg tak perlu ada pertandingan. Maka jadilah Zubir orang yang berjawatan walaupun dia sendiri bercakap dan berceramah pun tak reti dan tak boleh.

Ketika banyak projek Kerajaan Negeri di bawah BN, Zubir diatatang oleh UMNO pasai dia duit banyak. La ni bila PAS dah memerintah, duit dia koi kurang. Koi lama koi habis. Projek koi takdak. Kedai dia koi tak laku. Orang UMNO mana ada pi beli ubat di farmasi dia sbb UMNO selalu pi hospital dan klinik, sebab dapat ubat free. Yang dok support dia sejak dulukala adalah orang Pakatan Rakyat.

La ni kedai dia koi malap. farmasi lain koi naik dan koi maju. Amat silapla bila dia kata bisnes di kedah merosot. Yang merosot bukan bisnes di Kedah, tapi farmasi dia yg merosot. Puncanya orang ramai dah tak mau pi dan dah boikot. Sebab ramai dah meluat dengan jenis manusia yang takdak pendirian dan sanggup juai agama demi perut sendiri. Dapat hasil daripada sumber yang tidak sah dan ambil peluang daripada hak rakyat demi kekayaan diri sendiri.

Aku tau setakat tu saja...kalau hampa nak tau lebih lanjut, hampa boleh rujuk kat geng2 Guar Cempedak yang rapat dengan dia dulu. terutama orang yang dok kira bicara nak jadikan kedai dia tu Pejabat Khidmat Parlimen Jerai dulu. Depa banyak tau cerita. Aku dengag dari angin2 tepi telinga saja...Sekian adanya kisah makhluk ajabi yang diberi nama ZUBIR ZUFFA FARMASI.

Ban RM30 juta dibina di Merbok - Utusan Malaysia

“Kita sedang berusaha mendapat peruntukan yang dianggar kira-kira RM30 juta bagi menjayakan projek ini. Jika berjaya, ia akan dilaksanakan secepat mungkin,” kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian pusat belian padi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok dekat sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain; Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kedah, Abd. Nasir Hassan dan Pengerusi PPK Merbok, Datuk Rokiah Hashim.
Tunggu dan lihat sajalah MILIK SIAPAKAH PROJEK INI. Jangan dok berebut sudah.

Tokoh Kedah makin pupus


Bekas Pengarah Urusan MISC Bhd. (MISC), Datuk Shamsul Azhar Abbas dipercayai bakal dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang baru.Beliau dijangka menggantikan Tan Sri Mohd. Hassan Marican yang kontraknya berakhir pada bulan depan.

Nampaknya anak Kedah yang berasal dari Sungai Layar dalam Parlimen Merbok dan DUN Tanjong Dawai akan bersara tak lama lagi.Tokoh yang banyak berjasa kepada negara ini kerana menaikan Petronas setaraf dengan syarikat-syarikat minyak lain di dunia pasti akan terpahat dipersada "Who's Who" dalam negara ini.
Seharusnya ketokohan beliau diangkat oleh UMNO Bahagian Merbok mungkin sebagai Ahli Parlimen dan seterusnya Menteri.

24 January, 2010

September 11 satu pementasan

Pada tahun 1946. President Truman meluluskan “Project Paperclip” untuk membawa saintis-saintis Nazi Hitler yang terbilang ke AS. Seramai lebih kurang 700 orang “Mind Scientist” telah digerakkan untuk mengujikaji teknik menawan minda.

Menawan minda adalah strategi “Psychological Warfare Weapon” atau senjata Hitler untuk menawan planet ini.

Mempelajari straegi Nazi, saintis AS telah membangunkan sendiri aplikasi ini dengan menamakan projek MK-ULTRA.

MK-ULTRA adalah siri program CIA di dalam ujian “Brainwashing” untuk menawan minda dengan mengunakan dadah, kejutan elektrik, kejutan insulin dan lain-lain.

Maka itu adalah tidak mustahil selepas setiap satu peperangan yang pasti akan muncul dadah-dadah baru.

Program-program ini begitu terancang dan “sophisticated” dengan peruntukan yang banyak di dalam proses Americanization planet ini.

Hasilnya proses Americanization oleh CIA dalam negara ini juga berjalan lancar. Apabila Che Det membangkitkan kembali kejadian tragedy September 11 adalah satu pementasan yang rapi terdapat goblok-goblok Yahudi dan Amerika melenting menentang kenyataan Che Det.

Pengarah Merdeka Center Ibrahim Suffian membidas Che Det kerana kenyataan tersebut tidak membantu di dalam menaikan imej Negara dan ketegangan agama yang sedang bergolak di dalam Negara sekarang.

“Dr Mahathir harus boleh membezakan di antara cerita fiksion Hollywood, Avatar dan reality kejadian 9 tahun dahulu” kata Ibrahim.

Apabila melihat video dan fakta-fakta konkrit yang didedahkan dalam video tersebut ternyata Che Det mempunyai alasan yang kukuh untuk menyatakan tragedy September 11adalah satu pementasan yang halus, bijak dan penuh muslihat.

“Wars are not won on a battlefield but they won in the mind of the people” Mark Phillips, Intelligence Insider – former CIA Operative.

18 January, 2010

Apa kriteria anugerah Jaksa Pendamai atau JP?


Ketua UMNO Bahagian merbok, Dato' TajulUrus Mat Zain dianugerahkan satu lagi Darjah Kebesaran sempena hari Keputeraan Sultan Kedah ia itu Jaksa Pendamai atau JP.

Secara mudahnya jika diterjemah secara orang bodoh Jaksa Pendamai ini dianugerahkan kepada individu yang berjaya membawa kedamaian kepada dua kumpulan yang bertelagah. Mungkin inilah kriteria dan kelayakan seseorang itu dianugerahkan dengan Jaksa Pendamai.

Bagi masyarakat di kampong mereka akan mencari JP untuk tandatangan borang biasiswa dan pengesahan sijil cucu-cucu mereka.

Setiapkali dicop JP atas sehelai sijil akan dikenakan bayaran sebanyak RM5.00, itu harga 10 tahun dahulu mungkin caj ini telah dinaikan memandangkan gula telah naik.

11 January, 2010

Rahsia mengapa rakyat meluat dengan pemimpin UMNO

Penyakit ponteng dari menghadiri persidangan Parlimen rupanya bukan perkara baru. Apabila diimbau kembali 10 tahun dahulu ucapan Mahathir pada 11 Mei 2000 jam 11.00 pagi dalam Dewan Merdeka, Tun pernah menegaskan dalam Para 101 ucapanya bahawa:

“Antara mereka yang pilih dan menang, yang begitu berminat untuk menjadi wakil rakyat, ada pula yang begitu cepat bosan dengan kehadiran di Dewan. Kawasan tidak di jaga, jemputan oleh penyokong tidak dilayani. Mungkin apa yang diperkatakan dalam buku “Getek” agak keterlaluan tetapi terdapat banyak kebenaran di dalamnya”.

Di bawah adalah sedikit sedutan kandungan dari buku “Getek” tulisan Megat Junid:-

Saya tidak pernah pakai bush jacket bila melawat kawasan.Sudah stail saya baju saya baju melayu teluk belanga, lima butang bertangan pendek. Kadang-kadang saya pakai T-shirt sahaja. Berbuka puasa tidak pakai sampin, hanya baju melayu, kain pelekat. Kadang-kadang bersongkok, kadang-kadang pakai ketayap.
Buat apa nak bezakan diri kita dengan orang kampong. Buat apa nak lawan bergaya dengan orang kampong. Pakai kereta jip , duduk depan. Bukan macam wakil rakyat sekarang, tiada jawatan pun pakai Mercedes, duduk dibelakang, pakai bush jacket. Sampai–sampai terus ke main-table. Isteri pun ikut sama. Bukan main , make-up pun dah lain. Fesyen rambut pun dah lain. Sentuh hujung tangan saja. Baju mahal. Pakai barang kemas mahal-mahal.

Buat apa nak tunjuk orang kampong. Buat apa nak lawan orang kampong. Duduk mesti main table. Duduk mesti tepi suami (wakil rakyat). Kalau tidak nanti orang tak kenal. Lepas minum buka beg. Ambil cermin kecil. Ambil tisu, betul-betulkan make-up. Ambil lipstick. Betulkan lipstick di bibir. Orang kampong tak suka . Orang kampong meluat. Orang Perak kata “getek betul aku tengok”.

Wakil rakyat bila sampai patut terus ke hujung bangsal , bersalam dengan semua orang kampong. Pura-pura nak duduk bersama-sama mereka. Mereka akan pimpin kita ke meja depan. Barulah kita duduk. Isteri pula pun begitu terus ke kumpulan wanita. Bersalam dengan mereka. Bertanya khabar. Duduk ditengah- tengah mereka. Jika mereka duduk atas bangku. Duduk di situ. Jika mereka bersila atas tikar , bersila bersama mereka . Pakaian jangan jauh beza dengan mereka.

Begitu juga baranag kemas. Begitu juga make-up. Ular yang bisa menyusup akar takkan hilang bisanya, kata orang tua-tua. Barulah orang suka. Orang sanjung. Orang puji. Orang tak benci . Orang tak meluat. Barulah orang suka sokong. Bila ikut suami musim hujan jangan pakai kasut tinggi. Nanti terjengkit- jengkit berjalan. Tambah pulak angkat sikit kain, orang kampong nanti kata kita tak pernah masuk kampong. Kasut tinggi macam mana nak menyeberangi titi kayu bulat atau titi batang kelapa.

Sikap, tingkah laku, perangai pembawakan, perwatakan dan telatah seorang wakil rakyat menjadi tumpuan semua pihak. Bukan sahaja orang kampong tapi pegawai kerajaan, guru, polis , tentera dan kaum belia. Bukan kita sahaja diperhatikan. Isteri kita, ibu kita, anak-anak kita diperhati oleh mereka . Mereka tahu latar belakang kita.Dulu seorang pemandu teksi atau pemandu kerajaan atau jaga gate keretapi , kerani , guru, atau polis bersara atau bekas tentera. Macam mana bila sahaja jadi wakil rakyat sudah ada kereta besar, banyak barang kemas dan anak anak hidup mewah.
Orang mula berkata masuk UMNO senang jadi kaya. Apatah lagi jadi wakil rakyat lagi boleh kaya. Ini membuat orang ramai tertanya-tanya. Pembangkang laung-laungkan perkara ini. Akhirnya rakyat mula merasa meluat, akhirnya wujud perasaan benci. Populariti UMNO mula terhakis.

Bila kita melawat satu-satu kampong dalam kawasan, yang hadir bukan sahaja penduduk dalam kampong itu sahaja. Ketua kampong lain, ketua cawangan kampong lain, ketua pemuda dan wanita kampong lain, pengerusi belia, guru-guru besar pun hadir sama. Tapi jika isteri wakil rakyat hendak berkepit sahaja dengan suaminya, orang kampong, ketua kampong, tok imam, tok bilal, guru-guru besar segan nak bercakap banyak dengan wakil rakyat.

Apatah lagi orang kampong biasa. Setengah ada masalah kampong, ada masalah masjid dan surau, ada masalah persatuan, ada masalah sekolah dan ada pula masalah peribadi. Perbelanjaan anak sekolah. Bantuan ibu sakit. Bantuan hendak pergi temuduga. Ada juga bantuan kerana kena saman polis. Bila isteri ada disisi, mereka malu nak cakap. Malu nak bersuara.

Bila ketua kampong datang ke rumah kita, atau ketua pemuda atau wanita datang ke jumpa kita, tiba tiba mereka ulang beberapa kali mereka nak balik, kita mesti sensitif. Kena selok poket beri duit tambang atau duit minyak kereta. Bila isteri ada sahaja disamping kita, sukar kita nak melayan kerenah mereka, kecuali isteri yang benar-benar faham. Ada juga melalui isteri lebih senang dapat bantuan dan pertolongan wakil rakyat terutama wakil rakyat yang ada kuasa.

Oleh kerana kedudukan kita sebagai wakil rakyat, ramai pihak yang kita kenal, yang kita rapat. Senang minta tolong. Senang minta bantuan. Tapi bila dapat pertolongan dan bantuan, senang lenang, kaya sedikit, janganlah menunjuk-nunjuk. Janganlah berlagak. Janganlah sombong dan bongkak. Rakyat akan meluat. Musuh banyak modal mengata kita, mengecam kita. Senang rakyat percaya. Parti jadi lemah dan akhirnya kuasa, kekuatan, populariti UMNO akan terhakis. Sebab apa ? kerana kita sendiri, bukan kerana UMNO.

Dalam perlembagaan UMNO, tugas ahli ialah berjuang untuk Negara, agama dan tanahair. Tdak ada termaktub bahawa bila jadi ahli UMNO dijanjikan jadi wakil rakyat, jadi EXCO, jadi Menteri Besar atau Ketua Menteri. Jadi Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri atau Menteri. Lepas itu buat harta banyak-banyak. Berlagak, sombong dan bongkak. Wakil rakyat berlagak, ibubapa berlagak dan adik-beradik pun berlagak.

Jawatan-jawatan ini sepatutnya digunakan menguatkan parti, menguatkuasakan parti, menguatkuatkan usaha menaikkan martabat bangsa, mengukuhkan agama islam dan mengharumkan nama baik tanah air. Jika kita terpesong dari hasrat perjuangan UMNO, isi kandungan perlembagaan UMNO, UMNO akan lemah, UMNO akan dibenci . Orang pandang UMNO meluat. UMNO bukan lagi parti yang memperjuangkan bangsa, agama dan tanah air.

UMNO akhirnya akan hancur. Kuasanya akan terhakis, sepertimana pilihanraya yang lepas. Jangan salahkan UMNO. UMNO tetap UMNO. Tapi kita ahli-ahli UMNO yang patut disalahkan. Kita yang membuat orang ramai benci pada UMNO, meluat pada UMNO. UMNO jadi lemah . Kuasa UMNO akan terhakis dan hilang.
(Dari buku Getek- tulisan Megat Junid Megat Ayob)

04 January, 2010

Siapa taja RPK?

Di dalam penerbangan balik dari Rome, kenalan sebelah MT membisik memberi tahu penaja utama Raja Petra ialah seorang tokoh wartawan Ahmad Nazri Abdullah merupakan penulis dan bekas ketua pengarang Berita Harian . Orang Kampung Gerigis Alor Setar, Kedah.

Ahmad Nazri yang kaya raya mewah di London hasil menjadi proxy Anwar Ibrahim mungkin simpati dengan RPK kerana beliau juga berpengalaman sebagai seorang pelarian, yang lari dari bayang-bayang sendiri semasa Anwar di tangkap.

Mungkin mereka berkongsi curut Havana yang sama. Entah betul entah tidak kena tanya sahabat tersebut.

24 December, 2009

UMNO TAK BOLEH DIHARAP LAGI

UMNO yang dulu menjuarai perjuangan mempertahankan maruah Melayu dan Islam kini nampaknya tak boleh diharap lagi.

Apabila maruah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dicabar oleh Lim Kit Siang mempertikai kewibawaan kepimpinan TDM yang selama 22 tahun yang kononnya boros meleburkan RM100 billion dengan membawa segala pembangunan yang ada hari ini. Nampaknya UMNO diam sahaja.

Kepimpinan UMNO yang ada hari ini langsung tidak sensitif maruah pemimpin Melayu mereka cabar. Mereka lebih sibuk menjaga kepentingan jawatan, harta dan kuasa mereka yang hanya tinggal tidak seberapa lagi.

Jika dahulu mereka bangun bertepuk bersemangat setiap kali TDM menyampaikan ucapan dalam perhimpunan agung UMNO sehingga gegar PWTC dengan suara Melayu ketika itu, hari ini mereka seperti lemah dan longlai.

Jika dahulu perwakilan mereka bercakap berdegar-degar jika mana-mana pemimpin Melayu yang dicabar hari ini mereka langsung bisu dan kelu.

Mungkin kerana tiada apa-apa kepentingan untuk mereka lagi maka maruah TDM tidak perlu dibela lagi.

Itulah UMNO hari ini. Najib harus lah bersedia menghadapi dengan hippokrate-hippokrate ini yang sedang membodek naik asap dan mencium tangan beliau yang sedang berlegar-legar di sekeliling beliau hari ini.

23 December, 2009

Malaysia, enjin fighter jet F5E pun tak selamat tambahlah lagi enjin mesin rumput.

Pengundi tidak faham bagaimana dua enjin pesawat tempur F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan peralatan lain boleh lesap.

Dulu di kampong yang kerap hilang adalah enjin pam air bendang, enjin Kubota, enjin mesin rumput dan enjin mesin padi.
Enjin Vespa dan Honda Cub tak pernah hilang pasal mereka "gabuih" dengan motor-motor sekali.
Di taman-taman pula pagar besi dan penutup septik tank besi yang kerap hilang. Depa "gabuih" jual kepada hindu besi buruk. Hari ini kurang sikit berlaku kecurian tersebut kerana harga logam jatuh merudum di London Metal Exchange.
Hari ini Pengundi naik chuak dan hairan macam mana enjin pesawat tempur boleh hilang. Mesti ada broka yang dok buat kerja sebegini.
Tapi yang Pengundi hairan lagi enjin tersebut dimana mereka pasang? Tak kan lah pulak dipasang pada lori buruk atau motor kapcai mat rempit?

16 December, 2009

Bung Mokhtar belum bersedia bergomoi dengan Zizi Ezzete

Kalut dan heboh di lobi Parlimen katanya pelakon Zizi Ezzete bakal bergomoi dengan Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar. Tetapi ini semua dinafikan oleh Bung Mokhtar.

14 December, 2009

Tahniah, 1Malaysia Lotus F1 Team

Jika Singapura baru bersaing dengan Malaysia dengan mengadakan litar F1, kini Malaysia telah mendahului Singapura dengan F1 teamnya sendiri.

11 December, 2009

JANGAN BIARKAN "ONEMALAYSIA" BERAKHIR DENGAN "ZEROMALAYS" DAN "ZEROMUSLIM"

Nampaknya akhir-akhir ini GAGASAN 1MALAYSIA telah diputar-belitkan untuk kepentingan beberapa pihak.

GAGASAN 1MALAYSIA telah menjadi peluru yang tajam untuk menembak PEMIMPIN MELAYU, KONTRAK SOSIAL, KETUANAN MELAYU DAN YANG TERAKHIR AGAMA SUCI KITA ISLAM.

Naib Pengerusi DAP, N. Kulasegaran mendapat sokongan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham telah menentang polisi KETUANAN MELAYU kerana ianya bertentangan dengan 1Malaysia.(Utusan Malaysia)

Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming hari ini mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid bagi tempoh 2000 hingga 2008 sedangkan pada masa sama kerajaan gagal membina rumah ibadat bagi agama lain untuk tempoh yang sama.

Menurut Kor Ming, walaupun kerajaan menguar-uarkan slogan 1Malaysia namun adalah jelas gagasan tersebut adalah janji manis yang berupa cakap kosong sahaja. (Utusan Malaysia)

Mohamed Nazri Aziz pula menyifatkan Dr. Mahathir ketinggalan zaman dan perkauman kerana masih mahu menyimpan sukatan lama kurikulum BTN yang hanya memberi penekanan kepada kaum Melayu sahaja dan tidak mencerminkan gagasan 1Malaysia.

Apkah kerana gagasan ini juga Pengerusi PKM Chin Peng ingin kembali atau dibawa kembali ke Malaysia oleh pihak tertentu untuk bersama-sama mendukung 1Malaysia?

Kesimpulannya jika Najib tidak betul-betul kelasifikasikan definasi ONEMALAYSIA kelak ONEMALAYSIA akan berakhir dengan ZEROMALAYS dan ZEROMUSLIM.

05 December, 2009

Selamat Kembali

MT memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers kerana tidak berkesempatan mengemaskini blog ini kerana kesibukan urusan Haji.

Ramai rakan-rakan dan jemaah-jemaah telah mula balik ke tanahair ada yang membawa seribu kenangan indah yang terpahat sehingga ke akhir hayat. Baitullah seperti melambai-lambai untuk kembali pada tahun hadapan.

Dalam pada itu tidak kurang juga kedengaran yang dah serik untuk kembali menemui Baitullah kerana episod-episod sukar yang mereka hadapi semasa mengerjakan Haji.

Dalam kata lain, mungkin hati dan jiwa mereka telah hitam pekat ditutup terus untuk cinta kepada Baitullah.

16 October, 2009

KPM diseru martabatkan profesyen perguruan – Shahnim Yusof

Oleh NURUL AIN MOHD HUSSEIN
(Sumber : mStar Online)

KUALA LUMPUR: Wakil Pergerakan Puteri Umno, Shahanim Mohamad Yusof mencadangkan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memartabatkan profesyen perguruan dengan memberi kenaikan gaji, pangkat dan insentif kepada warga pendidik di negara ini.

"Dengan peredaran masa yang berlaku, peranan guru turut berubah, beban tugas yang dipikul oleh mereka terlalu berat.

"Bidang akademik, ko-korikulum, sasaran kerja tahunan, kebajikan pelajar, tusyen, penambahan subjek dan aktiviti lain menuntut pengorbanan masa yang lebih daripada mereka (guru).

"Mereka tidak jemu-jemu dalam mendidik anak-anak kita supaya menjadi insan yang berguna untuk memartabatkan bangsa dan agama," katanya dalam sesi perbahasan menyokong Ucapan Usul Ucapan Presiden dalam Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada Khamis.

Menurut Shahanim, KPM perlu membangunkan semula idealisme guru supaya dapat memartabatkan anak bangsa melalui pendidikan intelektual agar guru tidak dipandang enteng namun diangkat sebagai pendidik bangsa.

Beliau yang juga Naib Ketua Puteri Umno turut meminta pucuk pimpinan parti agar memberikan peruntukkan yang secukupnya kepada Ketua Umno bahagian bagi memastikan kelangsungan parti itu.

"Saya meminta dan merayu kepada YAB Presiden Umno, tolonglah bagi Datuk Seri (Najib Tun Razak) peruntukan kepada Ketua bahagian.

"Kami Pergerakan Puteri sokong pucuk pimpinan memberi peruntukan yang lebih kepada Ketua Umno bahagian supaya mereka boleh agih-agihkan kepada Ketua Umno cawangan untuk mengadakan lebih banyak program yang melibatkan ahli-ahli parti di peringkat akar umbi," katanya. Menurut Shahanim yang juga Naib Ketua Puteri, Umno ibarat sepohon pokok yang subur dengan pucuk-pucuk yang menghijau.

Untuk melaksanakan tugas sebagai Ketua Umno bahagian bukan mudah kerana mereka perlu menjaga 120 hingga 300 cawangan bagi satu-satu bahagian.

Pada ketika ini Umno mempunyai 191 bahagian di seluruh negara.

"Macam mana nak jaga cawangan kalau kita tak ada duit? Kita tahu tidak semua Ketua Umno bahagian ini terdiri daripada golongan yang berada. Jadi kita harap pucuk pimpinan akan beri perhatian terhadap isu ini," katanya.

Jelasnya, pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang disumbangkan oleh Ketua Umno bahagian sememangnya tidak mampu dibalas namun ia perlu dihargai dengan sebaik-baiknya kerana mereka merupakan pemimpin yang terdekat dengan akar umbi.

"Untuk jaga pokok-pokok ini supaya terus subur kita pemimpin Umno di atas perlu menjaga pemimpin di peringkat bahagian kerana mereka dengan rakyat.

"Kalau kita ada lebih banyak program, baru lah kita boleh menambah lebih ramai ahli baru untuk mencapai sasaran KPI yang ditetapkan oleh Timbalan Presiden," katanya.

14 October, 2009

Mohon bantuan siapkan makmal komputer

MERBOK - Kelab Pendidikan dan Kebajikan Puncak Lembah Bujang Merbok Cawangan Kampung Belau (Kelab Belau) memohon sumbangan orang ramai untuk menghulurkan bantuan kewangan dalam usaha menjayakan Projek Mini Makmal Komputer dan Mini Perpustakaan yang sedang diusahakan mereka.

Pengerusinya, Hafis Md Ishak berkata, peruntukkan untuk membina mini komputer dan mini perpustakaan bagi kegunaan pelajar di Kampung Belau itu adalah sebanyak RM10,200 dan setakat ini mereka telah menjalankan proses pembinaan sebuah bilik makmal komputer dan sebuah bilik mini perpustakaan dengan wang yang terkumpul hasil sumbangan orang ramai dan orang perseorangan.

Menurutnya, wang terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM5,200 sahaja dan pihaknya meneruskan usaha membina dua bilik yang diperlukan untuk menempatkan komputer dan perpustakaan itu di tapak pusat aktiviti Kelab Belau iaitu di Pusat Giat Ilmu Kampung Belau, Merbok.

“Oleh yang demikian kami dengan rendah hati memohon bantuan kewangan sebanyak RM5,000 lagi daripada orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan bagi menyiapkan kedua-dua bangunan tersebut.

“Kos ini adalah untuk menampung kos keperluan seperti membeli bata, simen dan pasir dengan kos RM1,600, membeli kayu dan siling dengan kos RM600, membeli bumbung zink dan kayu sebanyak RM 1,400 dan upah kerja adalah sebanyak RM1,600,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Pusat Giat Ilmu Kampung Belau, Merbok.

Hafis berkata, Universiti Sains Malaysia (USM) telah bermurah hati untuk menyumbangkan sebanyak sepuluh komputer untuk kegunaan Pusat Giat Ilmu Kampung Belau dalam pengajaran dan pembelajaran penggunaan komputer bagi kanak-kanak miskin di kampung ini dan segala pengurusan dan pentadbiran makmal tersebut akan dilaksanakan oleh kelab.

Menurutnya, cadangan pembinaan mini makmal komputer dan mini perpustakaan ini adalah berikutan keperluan pelajar tuisyen di Pusat Giat Ilmu Kampung Belau ini yang terdiri daripada pelajar kampung dan kurang berkemampuan untuk mendapatkan kelas tuisyen daripada pihak luar.

“Mereka merupakan anak jati kampung ini serta kampung sekitar dan berdasarkan situasi semasa, pihak kelab mengambil inisiatif ini untuk membina mini makmal komputer dan mini perpustakaan dalam usaha untuk memenuhi keperluan pelajar kelas tuisyen di sini.

“Selama ini kami hanya menggunakan barangan terpakai untuk tujuan itu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kelab Belau adalah sebuah kelab yang melaksanakan aktiviti termasuk kelas tuisyen percuma, katanya.

Menurutnya, usaha yang dilakukan pihak kelab adalah bagi membolehkan remaja di sini dapat meningkatkan taraf pendidikan mereka setanding dengan pelajar di bandar.

Selain itu, katanya, pihak kelab juga menjalankan aktiviti lain untuk belia dan remaja termasuk sukan dan riadah.

Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan bantuan boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Maybank atas nama Pertubuhan Kelab Pendidikan Dan Kebajikan Puncak Lembah Bujang Merbok bernombor 152189021182 atau menghubungi Hafis di talian 019-5100539.

(Sumber: Sinar Harian)

13 October, 2009

Asas Serba needs Govt approval to take over tolled highways

By YEOW POOI LING
(Source The Star)

PETALING JAYA: Private entity Asas Serba Sdn Bhd’s attempts to take over the country’s tolled highways seem like a hard battle to win.

Datuk Syed Md Amin Aljeffri, one of the four individuals behind Asas Serba, was quoted two weeks ago that the company might brief Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on its proposal after the plan was submitted to the Government in May. He did not reply to an email sent by StarBiz.

Najib, however, reiterated last Wednesday that the Government did not have plans to sell any toll concessionaires in the country and had not seen the suggested acquisition plan.

Minister in the Prime Minister’s Department Tan Sri Nor Mohamed Yakcop had put it more crudely: “If anyone has a plan to buy (the tolled roads), good luck but we have no plans to sell.”
Nor Mohamed heads the Economic Planning Unit, which is tasked to study highway concessions and review toll rates to ease the burden of road users.

Asas Serba’s proposal involves consolidating all the 22 concessionaires in the country, bringing down toll rates for users by 20% and helping to save government subsidies by as much as RM114bil. But details are sketchy as to how it hopes to execute the plans.

Asas Serba is already facing a tough task trying to get the green light from the Government, which indirectly owns PLUS Expressways Bhd via Khazanah Nasional Bhd.

Even if it manages to, it will still have to get consent from others like Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (Litrak), Gamuda Bhd, IJM Corp Bhd, SILK Holdings Bhd and MTD Capital Bhd, which are unlikely to give up their priced jewel so easily because tollways, especially matured ones, offer recurring income.

Gamuda, for example, enjoys steady cashflow from its 46% associate Litrak despite the doldrum in the construction sector at the start of the economic crisis. The next issue is funding and its capital structure. The takeover cost is estimated at RM50bil, excluding debt obligations, as the concessionaires have issued bonds totalling some RM26bil.

Does it plan to issue more debts on top of the existing bonds? If yes, will that increase interest payments? Note that PLUS alone paid some RM654mil in finance costs for the financial year ended Dec 31, 2008.

If toll rates are reduced by 20%, Asas Serba will receive lesser income that it will need for operating and maintaining the highways, while absorbing losses from underperforming highways, such as the Kajang traffic dispersal ring road managed by SILK, which is still low in traffic volume.

Extending the concession period is one option suggested, but if this can keep toll rates low in the first place, the Government can always negotiate with existing concessionaires instead of making Asas Serba the sole concession holder.

Monopoly has often been criticised by capitalists because non-competition tends to lead to lack of incentives to innovate and improve services.

Asas Serba can take over all the concessions and re-list the consolidated entity on Bursa Malaysia but a head of research pointed out: “Why sell and then list when some of the existing concessionaires are already listed?”

11 October, 2009

Kisah pemimpin terlampau

Oleh HAFIZAHRIL HAMID
(Sumber : Mingguan Malaysia)

ISU moral seringkali melingkari seorang pemimpin yang diberi tanggungjawab dan amanah untuk memimpin negara dan masyarakat. Jika moral dan latar belakang seseorang pemimpin banyak dibayangi kisah hitam dan skandal, maka masyarakat sendiri kebanyakannya akan menolak untuk menerima mereka sebagai pemimpin.

Memang benar tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini apatah lagi pada zaman moden sekarang hampir kesemua kita didedahkan secara terbuka dan rambang mata tentang segala perlakuan yang tidak elok sama ada dari sudut agama mahupun budaya.

Sesungguhnya kita sangat bernasib baik kehidupan di negara ini masih lagi dibatasi dengan kepercayaan agama yang menebal apatah lagi norma-norma ketimuran masih lagi utuh di jiwa kebanyakan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum.

Namun di Barat kita sedia maklum tentang kehidupan dan kepercayaan mereka yang semakin terhakis dari nilai keagamaan, semuanya diakibatkan dari tuntutan cara hidup moden yang memungkinkan mereka berbuat apa saja hanya berlandaskan akal dan nafsu.

Maka kita boleh saksikan sendiri bagaimana mereka semakin menolak kepentingan agama dalam kehidupan, hilang kepercayaan kepada institusi perkahwinan dan lebih menakutkan hubungan homoseksual dibenarkan atas alasan kebebasan dan hak asasi manusia.

Malah lebih malang lagi ada pemimpin yang sepatutnya menunjukkan contoh baik serta terpuji kepada masyarakatnya memilih berbangga untuk memberitahu kepada umum bahawa mereka adalah seorang homoseksual.

Bercerita mengenai pemimpin homoseksual satu ketika dahulu kebanyakan mereka ini tidak begitu berani mendedahkan citarasa seks luar tabii mereka. Malah satu ketika dahulu Britain pernah digegarkan dengan skandal seks homoseksual apabila Setiausaha Wales, Ron Davies menjadi menteri pertama dalam kabinet Tony Blair yang meletakkan jawatan. Dalam kejadian yang berlaku pada 1998, akhbar-akhbar melaporkan dia dirompak oleh seorang lelaki yang tidak pernah ditemuinya di sebuah taman di Clapham Common di selatan London.

Taman tersebut amat terkenal sebagai tempat pertemuan lelaki-lelaki homoseksual.

Davies yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 13 tahun telah diberitakan sebagai biseksual dan menjadi khabar angin di Wales sejak beberapa tahun sebelum itu.

Ini adalah skandal pertama melanda Kabinet Perdana Menteri, Tony Blair, sejak mengambil alih kuasa pada Mei 1997.

Dalam surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri dan kemudian di televisyen, Davies berkata beliau bersalah kerana tersilap pertimbangan.

Cerita Davies dikatakan tidak masuk akal, bermula daripada pertemuan dengan lelaki tidak dikenali di Clapham Common dan berakhir dengan drama rompakan bersenjata serta kecurian keretanya.

Kejadian itu menimbulkan lebih banyak persoalan yang tidak berjawab seperti kenapa Davies bersiar seorang diri di taman dalam cuaca sejuk, basah dan berangin pada tengah malam. Malah jika benar kenapa dia perlu meletak jawatan jika hanya menjadi mangsa jenayah?

Perdebatan

Pendedahan skandal itu telah membuka ruang perdebatan mengenai peranan ahli-ahli politik homoseksual dalam kerajaan.

Akhbar tabloid The Sun telah menuntut Blair mendedahkan bilangan sebenar lelaki homoseksual dalam kerajaannya dengan tajuk muka depan, "Adakah kita diperintah oleh kelompok gay Mafia?"

Akhbar itu mendakwa satu pertiga daripada anggota kabinet Blair adalah pengamal homoseksual.

The Sun membuat desakan tersebut selepas Menteri Pertanian, Nick Brown terpaksa mengakui dirinya juga adalah seorang gay.

Brown terpaksa mendedahkan perkara itu setelah akhbar News of the World mengancam untuk mendedahkan secara terperinci hubungan seksnya dengan seorang lelaki.

Salah seorang anggota kabinet yang turut dinamakan sebagai pengamal homoseksual ialah Setiausaha Kebudayaan, Chris Smith dan Peter Mandelson, sekutu rapat Blair yang menjawat jawatan Setiausaha Perdagangan dan Industri.

Telah terbuka rahsia sebelum Parti Buruh memenangi pilihan raya umum 1997 Mandelson mempunyai kecenderungan seks di luar tabii. Tetapi dia sentiasa cuba memisahkan kehidupan peribadinya daripada tugas sebagai ahli politik dan anggota kabinet kerajaan British.

Masalah

Menurut The Sun kerajaan Blair akan mengalami masalah rumit jika beliau tidak memberitahu perkara yang sebenar. Adakah Britain ditadbir oleh ahli politik, peguam, pembesar istana, tokoh televisyen malah pegawai polis daripada golongan mafia gay?

''Orang awam mempunyai hak untuk mengetahui berapa ramai homoseks yang menduduki jawatan tertinggi. Apa yang dibimbangkan ialah penglibatan rapat mereka dengan pemimpin lelaki dunia berdasarkan kepentingan peribadi," lapor akhbar berkenaan.

Hipokrasi seorang Gabenor New Jersey, James McGreevey yang berselindung di sebalik kebahagiaan hidup berumah tangga terbongkar apabila dia mengumumkan peletakan jawatan pada Ogos 2004.

Peristiwa yang digelar "menggugurkan bom politik" oleh akhbar Amerika Syarikat (AS) kerana McGreevey mendedahkan diri sebagai seorang gay dan mempunyai hubungan dengan beberapa lelaki walaupun telah berkahwin.

Ketika pengumuman yang turut disertai isterinya, Dina, lelaki yang berusia 47 tahun ketika itu mengakui mempunyai masalah dengan seksualitinya dan ia telah bermula sejak dari kecil.

"Kebenarannya saya merupakan seorang gay Amerika. Namun perbuatan yang telah saya lakukan ini adalah salah, bodoh dan tidak boleh dimaafkan," katanya yang mewakili Parti Demokrat.

Peletakan jawatannya adalah susulan dari saman yang dikeluarkan oleh bekas pembantu keselamatan, Golan Cipel.

McGreevey mempunyai seorang anak perempuan selain turut mempunyai seorang anak perempuan dari perkahwinan terdahulu.

Cerita pemimpin yang terlibat dalam kegiatan homoseksual ini tidak akan lengkap jika kisah bekas Presiden pertama Zimbabwe Canaan Sodindo Banana dimuatkan. Dia yang memegang jawatan tersebut dari April 1980 hingga Disember 1987 merupakan seorang paderi Kristian terkenal namun akhirnya rekod baiknya ini musnah setelah didakwa meliwat berikutan pertuduhan yang dilakukan ketika perbicaraan kes pembunuhan pegawai peribadinya Jefta Dube.

Ketika hayatnya dia bertanggung jawab menyatukan dua parti politik sekali gus membawa kestabilan politik selain mengetuai jabatan agama di Universiti Zimbabwe.

Namun akhirnya Banana dituduh terlibat dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan homoseksual pada 1998.

Banana kemudiannya didapati bersalah atas 11 kesalahan meliwat, cubaan meliwat dan berkelakuan tidak senonoh. Dia kemudiannya melarikan diri ke Afrika Selatan namun diyakinkan oleh Nelson Mandela supaya menjalani hukuman. Banana dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun tetapi dipendekkan kepada hanya enam bulan sebelum dibebaskan pada Januari 2001. Dia akhirnya meninggal dunia akibat kanser namun tetap tidak mengakui terlibat dalam semua pertuduhan dan menganggap apa yang berlaku sebagai cubaan menjatuhkannya walaupun bukti yang ditunjukkan sangat jelas.

Kisah pemimpin homoseksual ini bukanlah sesuatu yang baru namun sejak dahulu lagi perlakuan sebegini sememangnya tidak diterima oleh masyarakat sebagai sebahagian dari norma kehidupan bermasyarakat.

Namun kini pemimpin homoseksual dikatakan semakin mendapat tempat di Barat walaupun secara majoritinya masyarakat mereka sendiri masih tidak menerimanya sebagai sesuatu yang dibenarkan.

Hanya beberapa kelompok pejuang hak asasi homoseksual yang serius memperjuangkan perkara ini dan mereka ini pula mendapat sokongan beberapa pihak dan orang berpengaruh maka mereka ini dilihat sebagai sangat dominan.

Sebenarnya majoriti penduduk di barat dan kebanyakan penduduk dunia masih tidak boleh menerima kegiatan sangat tidak bermoral ini namun mereka seolah-olah dipaksa menerima dengan hati yang yang tidak rela bahawa kelompok homoseksual perlu diterima seperti mana pasangan lelaki dan wanita.

Walaupun kebanyakan mereka ini berasa jijik dengan apa yang berlaku namun kerana terlalu berlandaskan hak asasi manusia serta sokongan beberapa pemimpin bacul yang terlalu takut kehilangan sokongan maka kegiatan homoseksual ini semakin dilihat menjadi-jadi.

Maka kita sebagai manusia yang dianugerahkan tuhan dengan akal dan ilmu pastinya boleh membuat membuat penilaian sendiri apakah pemimpin sebegini layak untuk dijadikan pemimpin untuk membina sebuah negara.

Ingatlah kata-kata azimat mantan PM

Bekas presiden Umno Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan agar jangan dijadikan pindaan perlembagaan ini sebagai azimat kerana yang penting ialah kita perlu kuat dari segi semangat, moral perjuangan, perasaan cinta kepada parti dan keinginan untuk terus berjuang walaupun tidak memegang jawatan tinggi.

Di samping niat yang baik ini harus disokong dengan usaha. Bagi anggota yang masih boleh bekerja untuk parti, teruskanlah dan bagi mereka yang tidak mampu lagi boleh membantu dengan berdoa kepada Allah supaya kita tidak termasuk lorong yang salah dan pemimpin kita tidak membuat kesilapan yang boleh memusnahkan parti.

Inilah kata-kata azimat Pak Lah setelah turun dari takhta Perdana Menteri dengan 4 negeri tungging langgang termasuk Kedah dan Merbok khasnya.