Penyakit ponteng dari menghadiri persidangan Parlimen rupanya bukan perkara baru. Apabila diimbau kembali 10 tahun dahulu ucapan Mahathir pada 11 Mei 2000 jam 11.00 pagi dalam Dewan Merdeka, Tun pernah menegaskan dalam Para 101 ucapanya bahawa:
“Antara mereka yang pilih dan menang, yang begitu berminat untuk menjadi wakil rakyat, ada pula yang begitu cepat bosan dengan kehadiran di Dewan. Kawasan tidak di jaga, jemputan oleh penyokong tidak dilayani. Mungkin apa yang diperkatakan dalam buku “Getek” agak keterlaluan tetapi terdapat banyak kebenaran di dalamnya”.
Di bawah adalah sedikit sedutan kandungan dari buku “Getek” tulisan Megat Junid:-
Saya tidak pernah pakai bush jacket bila melawat kawasan.Sudah stail saya baju saya baju melayu teluk belanga, lima butang bertangan pendek. Kadang-kadang saya pakai T-shirt sahaja. Berbuka puasa tidak pakai sampin, hanya baju melayu, kain pelekat. Kadang-kadang bersongkok, kadang-kadang pakai ketayap.
Buat apa nak bezakan diri kita dengan orang kampong. Buat apa nak lawan bergaya dengan orang kampong. Pakai kereta jip , duduk depan. Bukan macam wakil rakyat sekarang, tiada jawatan pun pakai Mercedes, duduk dibelakang, pakai bush jacket. Sampai–sampai terus ke main-table. Isteri pun ikut sama. Bukan main , make-up pun dah lain. Fesyen rambut pun dah lain. Sentuh hujung tangan saja. Baju mahal. Pakai barang kemas mahal-mahal.
Buat apa nak tunjuk orang kampong. Buat apa nak lawan orang kampong. Duduk mesti main table. Duduk mesti tepi suami (wakil rakyat). Kalau tidak nanti orang tak kenal. Lepas minum buka beg. Ambil cermin kecil. Ambil tisu, betul-betulkan make-up. Ambil lipstick. Betulkan lipstick di bibir. Orang kampong tak suka . Orang kampong meluat. Orang Perak kata “getek betul aku tengok”.
Wakil rakyat bila sampai patut terus ke hujung bangsal , bersalam dengan semua orang kampong. Pura-pura nak duduk bersama-sama mereka. Mereka akan pimpin kita ke meja depan. Barulah kita duduk. Isteri pula pun begitu terus ke kumpulan wanita. Bersalam dengan mereka. Bertanya khabar. Duduk ditengah- tengah mereka. Jika mereka duduk atas bangku. Duduk di situ. Jika mereka bersila atas tikar , bersila bersama mereka . Pakaian jangan jauh beza dengan mereka.
Begitu juga baranag kemas. Begitu juga make-up. Ular yang bisa menyusup akar takkan hilang bisanya, kata orang tua-tua. Barulah orang suka. Orang sanjung. Orang puji. Orang tak benci . Orang tak meluat. Barulah orang suka sokong. Bila ikut suami musim hujan jangan pakai kasut tinggi. Nanti terjengkit- jengkit berjalan. Tambah pulak angkat sikit kain, orang kampong nanti kata kita tak pernah masuk kampong. Kasut tinggi macam mana nak menyeberangi titi kayu bulat atau titi batang kelapa.
Sikap, tingkah laku, perangai pembawakan, perwatakan dan telatah seorang wakil rakyat menjadi tumpuan semua pihak. Bukan sahaja orang kampong tapi pegawai kerajaan, guru, polis , tentera dan kaum belia. Bukan kita sahaja diperhatikan. Isteri kita, ibu kita, anak-anak kita diperhati oleh mereka . Mereka tahu latar belakang kita.Dulu seorang pemandu teksi atau pemandu kerajaan atau jaga gate keretapi , kerani , guru, atau polis bersara atau bekas tentera. Macam mana bila sahaja jadi wakil rakyat sudah ada kereta besar, banyak barang kemas dan anak anak hidup mewah.
Orang mula berkata masuk UMNO senang jadi kaya. Apatah lagi jadi wakil rakyat lagi boleh kaya. Ini membuat orang ramai tertanya-tanya. Pembangkang laung-laungkan perkara ini. Akhirnya rakyat mula merasa meluat, akhirnya wujud perasaan benci. Populariti UMNO mula terhakis.
Bila kita melawat satu-satu kampong dalam kawasan, yang hadir bukan sahaja penduduk dalam kampong itu sahaja. Ketua kampong lain, ketua cawangan kampong lain, ketua pemuda dan wanita kampong lain, pengerusi belia, guru-guru besar pun hadir sama. Tapi jika isteri wakil rakyat hendak berkepit sahaja dengan suaminya, orang kampong, ketua kampong, tok imam, tok bilal, guru-guru besar segan nak bercakap banyak dengan wakil rakyat.
Apatah lagi orang kampong biasa. Setengah ada masalah kampong, ada masalah masjid dan surau, ada masalah persatuan, ada masalah sekolah dan ada pula masalah peribadi. Perbelanjaan anak sekolah. Bantuan ibu sakit. Bantuan hendak pergi temuduga. Ada juga bantuan kerana kena saman polis. Bila isteri ada disisi, mereka malu nak cakap. Malu nak bersuara.
Bila ketua kampong datang ke rumah kita, atau ketua pemuda atau wanita datang ke jumpa kita, tiba tiba mereka ulang beberapa kali mereka nak balik, kita mesti sensitif. Kena selok poket beri duit tambang atau duit minyak kereta. Bila isteri ada sahaja disamping kita, sukar kita nak melayan kerenah mereka, kecuali isteri yang benar-benar faham. Ada juga melalui isteri lebih senang dapat bantuan dan pertolongan wakil rakyat terutama wakil rakyat yang ada kuasa.
Oleh kerana kedudukan kita sebagai wakil rakyat, ramai pihak yang kita kenal, yang kita rapat. Senang minta tolong. Senang minta bantuan. Tapi bila dapat pertolongan dan bantuan, senang lenang, kaya sedikit, janganlah menunjuk-nunjuk. Janganlah berlagak. Janganlah sombong dan bongkak. Rakyat akan meluat. Musuh banyak modal mengata kita, mengecam kita. Senang rakyat percaya. Parti jadi lemah dan akhirnya kuasa, kekuatan, populariti UMNO akan terhakis. Sebab apa ? kerana kita sendiri, bukan kerana UMNO.
Dalam perlembagaan UMNO, tugas ahli ialah berjuang untuk Negara, agama dan tanahair. Tdak ada termaktub bahawa bila jadi ahli UMNO dijanjikan jadi wakil rakyat, jadi EXCO, jadi Menteri Besar atau Ketua Menteri. Jadi Setiausaha Parlimen atau Timbalan Menteri atau Menteri. Lepas itu buat harta banyak-banyak. Berlagak, sombong dan bongkak. Wakil rakyat berlagak, ibubapa berlagak dan adik-beradik pun berlagak.
Jawatan-jawatan ini sepatutnya digunakan menguatkan parti, menguatkuasakan parti, menguatkuatkan usaha menaikkan martabat bangsa, mengukuhkan agama islam dan mengharumkan nama baik tanah air. Jika kita terpesong dari hasrat perjuangan UMNO, isi kandungan perlembagaan UMNO, UMNO akan lemah, UMNO akan dibenci . Orang pandang UMNO meluat. UMNO bukan lagi parti yang memperjuangkan bangsa, agama dan tanah air.
UMNO akhirnya akan hancur. Kuasanya akan terhakis, sepertimana pilihanraya yang lepas. Jangan salahkan UMNO. UMNO tetap UMNO. Tapi kita ahli-ahli UMNO yang patut disalahkan. Kita yang membuat orang ramai benci pada UMNO, meluat pada UMNO. UMNO jadi lemah . Kuasa UMNO akan terhakis dan hilang.
(Dari buku Getek- tulisan Megat Junid Megat Ayob)
Apa yang diperkatakan oleh Dato Megat Junid tu memang betul dan sedang berlaku hingga kehari ini.Nak tengok mai kat Merbok pada musim kenduri atau apa apa majlis bila ada pembesar datang.Pemimpin Bahagian cukup Hebat pakai baju Melayu dengan Sampin nilai Ribuan Ringgit,lepas tu suruh pemandu bawa Kereta mewah masuk dan parking didepan khlayak ramai,nak tunjuk la ada kereta besar,rumah besar ,isteri maha besar dan semuanya besar besar.
ReplyDeleteMai Pilihanraya pun sama juga mesti bawa kereta mewah lagi besar untuk nak tunjuk pada rakyat dan pengundi bahwa aku ni seorang korporat besar,ada wang dan ada pengaruh.
Bila buka peti undi tak berani pi ke Dewan kira undi sebab dah tau KALAH TERUK,tu pun masih tak mau belajaq lagi dok buat perangai yang sama.Tunggu PRU 13 lAGI TERUK AKAN KENA !