27 January, 2010

KISAH ZUBIR ZUFFA FARMASI YANG SYAHDU DAN DUNGU.......

23 January 2010
oleh kedahlama

Apabila Zubir Farmasi Zuffa bercakap dan keluarkan kenyataan kepada bernama, bermakna dia mencungkil sejarah sendiri...DI Sungai Petani, sapa tak kenai Zuffa Farmasi. Semua orang tau. Kedai ubat yang jadi kebanggaan Melayu Sungai Petani. Dia mampu bersaing dan menjadi farmasi yang tersohor. tapi itu dulu. Farmasinya bermula dari pekan Sungai Petani mula bercambah dan berkembang sampai Guar cempedak, Bukit Mertajam dan di beberapa lagi lokasi di utara.

Aku kenai dia ketika dia buka Farmasi dekat Guar Cempedak. Masa zaman reformasi (1998-1999), dia adalah penyokong kuat DS Anwar Ibrahim..Dia sanggup berdemonstrasi sehingga hampir menggadai nyawa. Semangat dia kuat. Mcm2 dia kata kat UMNO. Maki hamun kpd UMNO adalah perkara biasa baginya. Lagi banyak dia maki UMNO, kedainya lagi laku. Sebab yg banyak support Zuffa Farmasi adalah penyokong dan pendokong reformasi. Kedai dia laku dan bertambah.

Dia sanggup bagi percuma Tingkat Satu farmasinya di Gurun untuk dijadikan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Jerai (pada masa tu Ust Nasharuddin). Hampir satu penggal di bagi guna secara percuma. Begitu juga Tingkat 3, Farmasinya di Taman Ria Indah dia bagi YB Dr Hamdan guna buat Markas Pemuda Merbok. Tapi itu semuanya dulu. Pendek kata takdak sekog pun kawan dia dari UMNO.

Zubir mula masuk kem UMNO, apabila Mahadzir Khalid balik ke Kedah dan dicanang nak jadi MB Kedah. Waktu tu baru semua pakat tau yg Zubir ni rupa2nya kawan baik Mahadzir masa di Sekolah Sains Mohd Jiwa dan USM. Time tu semangat dan jiwanya pada PAS dan PKR koi kendog. Kalu dulu Zubir ni lah yg banyak support Johari Abdul, Saifuddin Nasution, Zulkifli Nordin. Pendek kata duit langsung dia tak kisah. Dia mudah hulog bila diminta untuk lawan UMNO dan BN.

Tapi semasa pilihanraya 2004, kelibatnya koi hilang. Rupa-rupanya dia dok pi tolong Mahadzir Khalid di DUN Pedu. Kot belah ulu banat sana. Duit dia banyak hambog kat UMNO pulak. Dia mula himpit Mahadzir Khalid. Kononnya kalau Mahadzir jadi MB dia ada chance jadi calon dan exco. Paling tidak dia akan dapat banyak projek daerah. Memang betoi. Tak salah jangkaan kawan2 pada time tu. Bila Mahadzir Khalid jadi MB, banyak projek Zubir sapu. Maklumlah kawan rapat..Berjuta-juta di kantau. Antaranya tanam tiang lampu seluruh bandar Sungai Petani. Banyak juta jugak dia dapat. Selain tu ada banyak lagi projek yg aku rasa dia dapat menyebabkan dia jadi kaya.

Bila dah kaya, dia mula lupa asal usul. Kalau dulu dia banyak bagi sumbangan kpd perjuangan ISlam dan bantu golongan agama. Tapi la ni dia dah mula banyak bantu penyangak2 UMNO. Cikgu Tajul Urus Mat Zain, yang la ni Ketua UMNO Bahagian Merbok bijak menangkap si bodoh Zubir ni. Cikgu Tajul mula kikis dan buka lorong mcmana nak gabuih duit Zubir. Maka dilantiknya Zubir jadi Ketua Penerangan UMNO Merbok. jawatan yg tak perlu ada pertandingan. Maka jadilah Zubir orang yang berjawatan walaupun dia sendiri bercakap dan berceramah pun tak reti dan tak boleh.

Ketika banyak projek Kerajaan Negeri di bawah BN, Zubir diatatang oleh UMNO pasai dia duit banyak. La ni bila PAS dah memerintah, duit dia koi kurang. Koi lama koi habis. Projek koi takdak. Kedai dia koi tak laku. Orang UMNO mana ada pi beli ubat di farmasi dia sbb UMNO selalu pi hospital dan klinik, sebab dapat ubat free. Yang dok support dia sejak dulukala adalah orang Pakatan Rakyat.

La ni kedai dia koi malap. farmasi lain koi naik dan koi maju. Amat silapla bila dia kata bisnes di kedah merosot. Yang merosot bukan bisnes di Kedah, tapi farmasi dia yg merosot. Puncanya orang ramai dah tak mau pi dan dah boikot. Sebab ramai dah meluat dengan jenis manusia yang takdak pendirian dan sanggup juai agama demi perut sendiri. Dapat hasil daripada sumber yang tidak sah dan ambil peluang daripada hak rakyat demi kekayaan diri sendiri.

Aku tau setakat tu saja...kalau hampa nak tau lebih lanjut, hampa boleh rujuk kat geng2 Guar Cempedak yang rapat dengan dia dulu. terutama orang yang dok kira bicara nak jadikan kedai dia tu Pejabat Khidmat Parlimen Jerai dulu. Depa banyak tau cerita. Aku dengag dari angin2 tepi telinga saja...Sekian adanya kisah makhluk ajabi yang diberi nama ZUBIR ZUFFA FARMASI.

6 comments:

  1. Jika ada niat politik menyiar semula tulisan blogger PAS mengenai kehelan Dato' Zubir beralih angin dari dahulunya menyokong UMNO, memang itu bertujuan tidak baik dan tidak ikhlas.

    Kita perlu menilai PENGORBANA Dato' Zubir. Dalam PAS pun dia berkorban, kapada PKR pun dia berkorban. Sekarang alam UMNO dia berkorban, apa salahnya?

    Baik kita bercakap tajuk lain daripada kita bercakap mengenai peribadi, lebih2 lagi peribadi manusia yan sika berkurban.

    ReplyDelete
  2. Siberangan,
    Berapa ramai lagi pejuang-pejuang UMNO yang berkorban dan yang taat setia dari awal kepada UMNO tetapi tidak mendapat tempat yang sewajarnya? Malah dicantas dan dipancung mentah-mentah.

    ReplyDelete
  3. Saudara Kedahlama dan MT,

    Pada awal September atau Oktober 2009 terdapat seorang blogger yang telah menulis dengan terperinci berkenaan Zubir @ Zuffa Farmasi didalam Merbok Times dan tulisan ini telah disanggah oleh Blogger Pelantaq Hujjah didalam blognya.

    Zubir amat risau dan takut apabila latarbelakangnya didedah kepada orang ramai terutama kepada ahli ahli UMNO maka dia mengarahkan blogger dari Guar chempedak untuk membuat counter attack.

    Zubir memang mempunyaai cita cita yang tinggi apabila menyertai politik dan beliau ada memberi tahu rakan rakan karibnya dalam Pas yang beliau mahu menjadi Timbalan Menteri Kesihatan jika beliau dipilih bertanding di Pendang pada PRU 12 yang lepas.Malangnya beliau tidak terpilih dan pada penghujung tahun 2008 beliau menyertai umno cawangan Taman wira dalam Bahagian Merbok.

    Dalam masa beberapa bulan saja menyertai umno merbok beliau terus dilantik menjadi Ketua Penarangan Bahagian dan seterusnya dilantik menjadi Timbalan Ketua Penerangan Negeri Kedah.

    Cukup hebat ! dan sekarang dia memang cukup ligat bergerak didalam Bahagian Merbok,pagi petang ,siang malam dia masuk kampung habis tenggelam semua Jawatankuasa Bahagian.Bagus ! teruskan,semoga anda dipilh untuk menjadi Calon dalam PRU 13 nanti.

    ReplyDelete
  4. Salam Tuan,

    Terima kasih kerana sanggup bersusah pauyah untuk CnP dari blog pembangkang iaitu Kedah Lanie. KREDIT UNTUK BLOG PEMBANGKANG!!!!

    Mungkin pada pandangan anda dengan bertindak CnP bulat-bulat artikel ini adalah usaha murni anda...ya mungkin nampak noble dari sisi anda. Tetapi sekadar untuk melontar pertanyaan, adakah berbaloi dan apakah manfaat yang boleh disumbangkan kepada UMNO hasil dari cedokan bulat-bulat artikel dari blog pembangkang ini?


    Lagi sekali saya memberanikan diri untuk menerangkan dari sisi saya yang saya rasa saya patut kongsikan bersama di sini, bukan untuk zubir semata, tetapi juga untuk UMNO terutamanya.

    Tuan Berangan,
    Apakah perasaan anda dan perasaan kita bila sizubir ini terus menyokong pembangkang dengan menyalurkan sumbangan dana untuk politik mereka tetapi dalam masa yang sama terus menagih projek dari kerajaan persekutuan dan sebahagian dari keuntungannya disalur kepada akaun parti pembangkang? Tongkat yang di beri di palu kepada sipemberi???

    Tuan aah,
    Atas alasan apa yang beliau perlu terlalu risau mengenai sejarah silam politik beliau jika beliau menyedari bahawa platform yang beliau berdiri hanyalah terdiri dari binaan yang amat rapuh? dan pengalaman silam itu beliau jadikan sempadan untuk berpolitik dengan lebih bermanfaat kepada anak bangsa?

    Sesipa sahaja yang menceburi politik di peringkat kepimpinan pastinya mempunyai cita-cita. Tanyalah siapapun yang berpolitik, kecuali mereka yang menceburinya dengan hanya bermaksud untuk menjadi ahli biasa. Apakah mereka yang bertanding sebagai Ketua Cawangan tidak ada cita-cita untuk menjadi AJK bahagian? San sesudah itu tdakkah pula mereka bercita-cita untuk keperingkat yang lebih atas? Apakah ini sesuatu yang negatif? Apakah menjadi dosa kepada zubir bila beliau ada menyimpan cita-cita? Dan besar sangatkah kuasa yang ada pada dia sehingga boleh menagih kerusi Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu ataupun ketika ini juga? dan kalaupun benar itu cita-cita beliau, tanpa usaha giat bermasyarakat, membantu ahli-ahli UMNO dan rakyat, menjayakan setiap tugas yang di amanahkan oleh bahagian, negeri dan pusat, adakah pemimpin yang lebih atas akan menerima beliau dengan begitu sahaja? Tidak cerdik sangatkah Bashah, kurang akalkah Shafie, kelabu sangatkah Jamil dalam menilai prestasi kerja zubir?

    Dalam menilai kata-kata 'rakan karib' dia dari kalangan PIS dahulu adakah ia benar kesemuanya atau ada yang mereka tokok tambah dan sendal untuk menyedapkan omongan tak membawa faedah baik kepad pendokong UMNO mahupun kepadda mereka sendiri? Apakah dengan menyiarkan seloka bertaraf pencungkil gigi ini akan meyebabkan zubir kembali kepada mereka? Atau apakah faedah dari cerita separuh hiburan ini ada nilai positifnya kepada UMNO?

    sambungannya di http://pelantaqhujah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. sambungan:

    Mengenai penglibatan beliau dalam arena politik di mana ada dakwaan bahawa beliau baru, baru dari sudut apa sebenrnya yang di katakan baru? Menyertai UMNO..ya memang benar. Tetapi baru beliau bukan bermakna tidak ada langdung pengalaman politik oleh dia, malah pengalaman beliau semasa di 'seberang sana' adlalah satu nilai yang amat berharga apabila beliau sanggup 'menyeberang kesini'. Pengalaman beliau diperingkat kepimpinan dalam parti pembangkang seharusnya dimanfaatkan bersama oleh kita yang telah begitu lama berada di 'sebelah sini'. Ada yang dah berdekad-dekad tetapi impak mereka kepada UMNO mereka sendiripun tidak tahu secara signifikannya(jasa aah tidak pernah saya lupakan dan anda terkecuali dalam hal yang saya perkatakan ini).

    Dan di ketika ini, apakah penglibatan dia baik di Bahagian UMNO Merbok khasnya, Perhubungan UMNO Negeri Kedah dan UMNO Pusat secara rasional dilihat sesuatu yang merugikan kepada UMNO? Atau ianya hanyalah disadvantage kepada beberpa individu-individu di Bahagian yang berdekad-dekad lamanya berpolitik tetapi hanya bertakah di bahagian sahaja sehingga perlu terus-terusan memburu dan menyerang politik zubir?

    Tuan aah menulis:

    ""Cukup hebat! dan sekarang dia memang cukup ligat bergerak di dalam Bahagian Merbok, pagi petang, siang malam dia masuk kampung habis tenggelam semua Jawatankuasa Bahagian. bagus! teruskan, semoga anda di pilih untuk menjadi Calon dalam PRU13 nanti.""

    Dari perenggna di atas dapatlah saya simpulkan bahawa sememangnya rakyat Merbok 'notice'/sedar mengenai aktiviti-aktiviti berterusan sosial dan politik zubir terhadap mereka dan kesungguhan beliau bekerja ketika UMNO dilihat begitu lemah dengan sikap sesetengah pemimpin yang walaupun sudah berdekad berakar dalam UMNO tetapi tak berubi.
    Dari kenyataan tuan aah ini, kita patut bersangka baik dan menganggap ini adalah satu bentuk cabaran kepada AJK-AJK Bahagian yang tenggelam, mereka sewajarnya memperligatkan kegiatan diri mereka didalam sosial dan politik setempat sebagai menyahut lalu menidakkan cabaran tuan aah, kerana tuan aah ada menyebut bahawa zubir memang cukup ligat bergerak, namun kita kena ingat bahawa ligat zubir bukan ligat bermodalkan air liur dan gigi semata-mata, ligat dia bersendikan sebahagian dari rezeki perniagaan mereka suami isteri, tenaga mereka, masa mereka dan keringat mereka adalah rangkuman kepada 'package' ligat dia dalam politik dan sokongan isteri sebagai pemangkin semangat.

    Semoga ia menjadi doa yang mustajab untuk Allah makbulkan.......

    ReplyDelete
  6. salam,

    Kepada ahli UMNO dan umum,mengapa harus berperasangka buruk jika Dato' zubir aktif menghidupkan kembali aktiviti UMNO di Merbok?..Adakah hanya kerana dulu beliau pernah bersama PAS dan PKR selamanya dia akan di label tidak baik oleh pembangkang dan segelintir ahli UMNO sendiri.
    Berikanlah beliau peluang dahulu sebelum menghentam dan mengutuk dihamburkan..

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.