27 January, 2010

Tokoh Kedah makin pupus


Bekas Pengarah Urusan MISC Bhd. (MISC), Datuk Shamsul Azhar Abbas dipercayai bakal dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas yang baru.Beliau dijangka menggantikan Tan Sri Mohd. Hassan Marican yang kontraknya berakhir pada bulan depan.

Nampaknya anak Kedah yang berasal dari Sungai Layar dalam Parlimen Merbok dan DUN Tanjong Dawai akan bersara tak lama lagi.Tokoh yang banyak berjasa kepada negara ini kerana menaikan Petronas setaraf dengan syarikat-syarikat minyak lain di dunia pasti akan terpahat dipersada "Who's Who" dalam negara ini.
Seharusnya ketokohan beliau diangkat oleh UMNO Bahagian Merbok mungkin sebagai Ahli Parlimen dan seterusnya Menteri.

2 comments:

  1. salam.

    Yang pupus kerana kita tidak mencari benih dan spesisnya yang lain.Cuma kita nampak yang tumbuh dan melata menumpang bagai parasit di celah anak ditangga kita...

    ...mungkin Itu saja benih yang kita ada.Tetapi hakikatnya tu bukan benih setaraf yang telah pusus seperti yang kita kata!

    Itu lumut !! atau spesis parasit yang menumpang hidup di celah anak tangga kita,Akhirnya ...hidup lebih subur dengan akar berjela-jela menjadi tempat berkumpul segala pelesit dan hantu raya.

    Sebenarnya Kedah masih ada bersepah-sepah lagi tokoh yang setaraf maupun lebih dari apa yang telah pupus seperti yang didakwa.

    Tapi cuma sikap kita yang tidak mau mendekati mereka...kita lebih nampak yang bijak bermuka-muka dan bijak meminta-minta walaupun kelulusannya berjela-jela melebihi dari kita.

    Adakah dengan kelulusan berjela-jela dan bijak pula bermuka dengan sikap meminta-minta ini mampu membela bangsa yang lebih mulia dari mereka boleh hidup tanpa mengmis kuasa tapi lebih berjaya membina hidup keluarga kita,berbanding mereka bijak berbicara dan bermuka-muka tetapi zuriat menjadi penghuni Penjara dan menjadi pelumba haram dijalan raya dan tidak kurang pula yang menjadi saudagar ganja…tidak kurang pula ada yang sanggup menghidiu GAM taya?


    Berbanding kita yang tidak memiliki ijazah dan kelulusan berjela-jela dapat mendidik zuriat untuk membimbing anak pinak mereka yang menjadi pemimpin kita!
    Hari ini kita terlalu prasangka sesame kita berdasar gaya sesetengah mereka yang bijak bermuka-muka…kononnya merekalah orang yang bijak menjuarai bangsa kita.!

    Hakikatnya kita lupa jauh sikit dari depan tangga kita masih ada spesis yang masih serupa…Cuma spesis ini tidak bijak bermuka-muka dan lebih bermaruah untuk meminta-minta menonjol diri mereka…..masakan yang pupus langsung tidak ada yang serupa khsiatnya.

    Cuma hari ini kita hanya cari yang serupa….tetapi tidak mempunyai khasiat apa2 sekadar bijak merupa-rupa konon nak membela bangsa.

    Insyaalah !! GMC rasa masih ramai yang ada di Kedah mampu dan standing dengan yang telah pupus…Cuma kita perlu mencari dan mengenali bakanya …betulkah dia tongkat Ali….ataupun tongkat perut anak pinak mereka!!

    Renung-renunglah pandangan GMC ini yang bukan dikalangan dan benih pemimpin bangsa cuma sekadar rakyat biasa...mampu memangkah dimusim pilihan raya sebagai rakyat jelata biasa..

    Wassallam apbs.

    ReplyDelete
  2. Tokoh Kedah yang ini tak pernah tolong orang Kedah puun...

    Baik tokoh dari negeri lain lagi banyak tolong orang Kedah. Petronas Prtiliser di Gurun bukan hasil buah tangan dia. Itu pun atas desakan TDM. Jika tidak terpelau macam tu jeerr...

    Mana ada lain dari itu, Pertonas buat projek besar-besar di Kedah?. Dulu ada cadangan nak buat Kilang Refineri Minyak dan Ges di Yan, hilang begitu saja. Jika dibantu betul2, sekarang kilang tersebut tersergam di Yan. Dapatlah anak Kedah bekerja dan nampaklah Kedah membangun.

    Nasib Kedah yang bolehlah berangan-angan.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.