27 January, 2010

Ban RM30 juta dibina di Merbok - Utusan Malaysia

“Kita sedang berusaha mendapat peruntukan yang dianggar kira-kira RM30 juta bagi menjayakan projek ini. Jika berjaya, ia akan dilaksanakan secepat mungkin,” kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Johari Baharom ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian pusat belian padi di Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Merbok dekat sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Pembangunan Pertanian Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain; Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kedah, Abd. Nasir Hassan dan Pengerusi PPK Merbok, Datuk Rokiah Hashim.
Tunggu dan lihat sajalah MILIK SIAPAKAH PROJEK INI. Jangan dok berebut sudah.

1 comment:

  1. Ban tidak begitu penting yang penting ialah petani petani dilembah Bujang mahukan saliran air seperti projek MADA.Kebanyakan tanah sawah diLembah Bujang tidak dapat ditanam dengan padi kerana kekurangan air dan tanah yang dianggarkan melebih 1,000 hektar terbiar dan dipenuhi dengan semak samun dan menerong.

    Masaalah ini telah terlalu lama sejak dari Dato zainol johari ,Tun Daim dan Tan Sri Zam hingga sekarang tak dapat diselesaikan.Nak tau lanjut pi tanya Dato Badri dan Ali Din Kuala Segantang Garam.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.