11 October, 2009

Ingatlah kata-kata azimat mantan PM

Bekas presiden Umno Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan agar jangan dijadikan pindaan perlembagaan ini sebagai azimat kerana yang penting ialah kita perlu kuat dari segi semangat, moral perjuangan, perasaan cinta kepada parti dan keinginan untuk terus berjuang walaupun tidak memegang jawatan tinggi.

Di samping niat yang baik ini harus disokong dengan usaha. Bagi anggota yang masih boleh bekerja untuk parti, teruskanlah dan bagi mereka yang tidak mampu lagi boleh membantu dengan berdoa kepada Allah supaya kita tidak termasuk lorong yang salah dan pemimpin kita tidak membuat kesilapan yang boleh memusnahkan parti.

Inilah kata-kata azimat Pak Lah setelah turun dari takhta Perdana Menteri dengan 4 negeri tungging langgang termasuk Kedah dan Merbok khasnya.

7 comments:

  1. teman said:-
    1:-memusnahkan parti;- siapa sebenarnya yang memusnahkan parti umno? tentulah tak lain dan tak bukan si dooollah tu lah, BN malaysia kalah teruk angkara siapa? si dooooooollah lah yang buat, BN kedah tersungkur angkara siapa? cuba bagi tau teman, merak sombong langsung tak boleh ditegur,akhirnya jadi apa......?
    2:- semangat,moral perjuangan:- semangat apa kalau terlibat banyak ra....., moral apa kalau rugi wang berjuta2 ringgit kerana bayar gantirugi projek jambatan bengkok johor, jual mv agusta dgn harga yang luar biasa, sepatutnya umno penjarakan mereka2 ini (penjara umno)......., dalam hal ini saya tabik dengan major annuar yang betul2 berjuang menegakkan kebenaran dan sanggup korban untuk keluar parti umno utk sekejap waktu...., begitu juga dengan pergerakan pemuda umno bahagian merbok yang begitu terang-terang pada waktu itu menentang umno pimpinan si dooollah,dan bukan ada macam sipolan-sipolan yang dok ampu si dooollah tu, sesungguhnya baik major annuar mahupun pemuda umno pada waktu itu merupakan orang2 yang berpandanagn jauh dan orang2 yang sangat berwibawa, wassallam

    ReplyDelete
  2. Ibarat "Mencurah air ke daun keladi" itu perumpamaan yang tepat berdasarkan nasihat mantan PM berikan pada ahli2 UMNO...tidak semua ahli2 UMNO mahu dengar akan teguran dan pandangan orang lain khususnya KB Merbok sekarang ni...i'm the best among the best..

    Ada kejadian ribut yang berlaku disebelah timur Merbok dimana rumah2, kedai dan kemudahan asas telah rosak akibat dilanda ribut tersebut.Penduduk2 di situ boleh dikatakan majoritinya ahli2 UMNO yang juga merupakan Cawangan UMNO yang kuat menyokong KB sekarang ni telah ditinggalkan tanpa bantuan oleh Penyalaras Parlimen Merbok...bayangkan seminggu lebih baru nak sampai bantuan ribut..kalau orang yang nak mati dah lama dah mati dek tunggu bantuan tersebut.....

    Kita kena peka dan prihatin akan keperluan rakyat baru orang kata kita buat kerja...semua aspek kita perlu tengok dan ambil tindakan dengan segera terutamanya yang melibatkan ahli2 UMNO dan parti komponen2 yang lain....so perkara2 sebegini hendaklah diambil iktibar dan panduan kepada sesiapa sahaja yang teringin nak jadi KB dan Penyelaras Parlimen.....

    ReplyDelete
  3. 1.PM ke5 dan Presiden UMNO ke6 Tun Abdullah Badawi, tidak meninggalkan apa apa yang boleh dibanggakan oleh ahli ahli UMNO, yang ditinggalkannya ialah sebuah Parti Melayu Bersatu(UMNO) yag LEMAH,BERPECHAH BELAH dan amat sukar bersatu kembali,dengan ringkasnya 'Abdullah has destroyed the party'.

    2.Oleh kerana PM 'FLIP FLOP'Abdullah Badawi membiarkan UMNO dan BN lemah ,maka Najib mewarisi kepimpinan yang lemah lagi korup maka beliau terpaksa memberi kompromi kepada bukan melayu walaupun banyak dari pemberian ini sebenarnya tidak akan menambahkan sokongan kepada Kerajaan.

    3.Menyedari akan hakikat ini Ybhg Tun Dr Mahathir Mohammad Presiden UMNO ke5 dan PM Malaysia ke4 telah menyeru agar semua ahli ahli UMNO MENYOKONG dan KUKUHKAN kepimpinan Dato Seri Najib dengan menolak pemimpin yang Lemah dan korup didalam UMNO.Seruan ini dibuat didalam ceramah Suntikan Satria 11 UMNO Cawangan Petaling Utama,Bahagian PJ Selatan pada 10 okt 2009.

    4.Inilah azimat yang paling baik yang patut semua ahli ahli UMNO pegang dan akur dan bukan azimat yang dilontarkan oleh PM Abdullah Badawi semalam.

    5.Tetapi di Merbok pemimpin yang rasuah diagung agungkan dan diberi pepercayaan untuk memimpin,sepatutnya UMNO Bahagian Merbok harus mengadakan Mesyuarat Agung Khas (EGM) sepertimana yang dilakukan oleh parti MCA untuk memecat mana mana pemimpin yang rasuah dari terus memimpin Bahagian dan sayap sayap nya.

    ReplyDelete
  4. tahniah,komen one malaysia sangat baik dan bagi saya kita patut kembangkan EGM ini kesemua bahagian umno dalam negeri kedah khususnya sebabnya kita nak suruh perasuah2 politik ini berundur daripada menjadi pemimpin2 di setiap bahagian umno dalam negeri kedah, ini adalah menjadi sangat penting kerana kita kena fikir betul2 bahawa hanya barisan calon2 BN pru13 umno terbaik saja lah dari setiap bahagian umno dalam negeri kedah dapat kembali meyakinkan pengundi2 dan penyokong2 BN mengundi balik BN dan membolehkan kita menubuh kerajaan BN negeri kedah tercinta ini, kita mahu semua wakilrakyat BN negeri kedah adalah mereka terpelajar serta berkelulusan tinggi, jauh dari rasuah politik, anak tempatan jati dan bersedia berkhidmat kpd masyarakat kampung dan bandar,kita ahli2 umno akar umbi akan sama2 membantu dan menyokong mereka yang menjadi pilihan pucuk pimpinan,tq jumpqa lagi

    teruna melihat said

    ReplyDelete
  5. Dulu masa mahathir presiden hangpa kutuk.
    pastu pak lah hang pa kutuk
    najib hang pa kutuk..
    lepas ni sapa lagi hangpa nak kutuk
    tajul lagi la hangpa kutuk.
    kerja hangpa kutuk orang saja ka.
    apa punya melayu..

    kak yam lembah bujang

    ReplyDelete
  6. Siapa dia dok gatai nak jadi calun..Dan hangpa dok kira nak cadang kat sapa..Awat ingat cucok kodok ke..Nak jadi calun,kena buat kerja dari la ni..kena bagi rakyat dan pengundi tau..Bukan pasai ada kelulusan tinggi atau tokoh koperat mana ke nak terjun mai..Isa samad menang di Bagan Pinang,kerana dia banyak berjasa kepada Rakyat Bagan Pinang..Orang kenai dia..Ni dok sembunyi dalam selimut,tau tau dalam PRU 13,dok angan2 nak jadi calun..dok perasan kita ada kelulusan atau kaya raya..mana bolih jadi..Olang India sama olang cina mau tengok sapa jadi calun maaa..tatak buat kilija,kita tatak kasi undi maa..

    ReplyDelete
  7. Hang tok sah dok pembohong la.. biduk..

    Sila rujuk blog ketua bahagia.. bantuan dan sumbangan yang diberikan. seawal beberapa jam sahaja selepas ribut.. tapi cuba tanya mana pi manikumar dan rashid din. hang ada tanya ka.
    manakala sebahagian besar mangsa ribut adalah ahli atau penyokong pas.. bantuan diberi sama rata tanpa membezakan fahaman. Kalau nak fitnahpun berpada-pada la.. ingat dosa sama.

    Kiambang Bertaut

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.