05 December, 2009

Selamat Kembali

MT memohon maaf kepada rakan-rakan bloggers kerana tidak berkesempatan mengemaskini blog ini kerana kesibukan urusan Haji.

Ramai rakan-rakan dan jemaah-jemaah telah mula balik ke tanahair ada yang membawa seribu kenangan indah yang terpahat sehingga ke akhir hayat. Baitullah seperti melambai-lambai untuk kembali pada tahun hadapan.

Dalam pada itu tidak kurang juga kedengaran yang dah serik untuk kembali menemui Baitullah kerana episod-episod sukar yang mereka hadapi semasa mengerjakan Haji.

Dalam kata lain, mungkin hati dan jiwa mereka telah hitam pekat ditutup terus untuk cinta kepada Baitullah.

4 comments:

  1. Salam MT,

    Selamat kembali ketanah air tercinta dan semoga mendapat haji yang mabrur.

    Kehilangan MT telah menimbulkan berbagai bagai spekulasi,ada yang kata MT telah dibeli oleh pucuk pimpinan umno bahagian merbok dan perhubungan negeri kedah.Tidak kurang juga yang berkata MT telah ditahan dibawah ISA.Spekulasi ini timbul kerana tiada sebarang pengumuman dari MT,ORANG POLITIK BIASALAH CUKUP BIJAK BUAT TOHMAH.

    Berkenaan keinginaan untuk menziarah semula Mekah,Madinah,Makam Nabi Muhammad, Masjid Nabawi ,Masjidil Haram dan Baitullah akan saya huraikan kemudian kerana saya berada disana pada bulan Ramadan yang lepas

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas sumbangan Lemang tersebut,saya pun dapat,Dari dua batang satu tak boleh makan sebab sebelah hangit dan sebelah lagi mentah.

    Mungkin tahun depan kalau nak buat lagi kena cari pakar buat lemang dan jangan terlalu banyak .Kualiti harus diutamakan dari kuantiti,kalau tidak matlamat yang hendak dicapai itu gagal.

    Salam Hormat
    1 Melayu

    ReplyDelete
  3. Terima kasih aah,
    Apakah semua orang politik begitu seperti kata tuan? Atau ianya orang UMNO sahaja?
    Apakah semua orang UMNO itu berpolitik?

    ReplyDelete
  4. Salam MT,

    Memang hasrat hendak pergi dan terus pergi mengadap Kaabah cukup kuat cuma saya dan rakan rakan yang bersama saya ketanah suci bagi menunaikan UMRAH pada bulan Ramadan yang lepas melalui satu pengalaman yang cukup perit lagi mamalukan.

    Kami tiba diLapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah pada jam 6.40 petang waktu Arab Saudi,semua jemaah amat ceria dan tidak sabar sabar untuk menaiki bas untuk terus ke Madinah.

    Kami berbaris beramai ramai untuk melalui pemeriksaan Imigresen,tetapi keadaan tidak terkawal kerana sikap pegawai Imigresen yang bekerja sambil lewa dan hanya membuka 6 kaunter untuk cop paspot kami.Makin lama makin ramai Jemaah tiba, boleh dikatakan setiap 20 minit ada pesawat yang mendarat dan ini membuat keadaan menjadi kucar kacir akibat kesesakan manusia.

    Rempuh merempuh dan memotong barisan mula berlaku, yang kuat akan kehadapan yang tua dan yang uzur tertinggal dibelakang.

    Semua jemaah dari Malaysia hanya boleh melepasi pemeriksaan Imigresen pada jam 2.40 pagi.Bayangkan selama lapan jam tanpa makan minum berhempas pulas untuk keluar dari lapangan terbang.Perbuatan cuai oleh manusia bangsa arab ini tidak boleh diterima oleh semua jemaah dari pelusuk dunia.

    Kerajaan Arab Saudi harus dipertanggujawabkan ,nasib baik tiada siapa yang mati akibat rempuhan manusia, kalau ada ianya cukup memalukan negara Islam.

    Perkara kedua ialah berkenaan harga bilik hotel/apartment,pada musim biasa harganya sekadar SR 350 - SR 450 sebilik semalam tetapi bila tiba musim bulan puasa harganya melambung hingga SR 1,500 sebilik semalam.Akibatnya jemaah akan ditempatkan di kawasan yang jauh dari Masjidil Haram dimana harganya agak sedikit murah.

    Arab Saudi sebuah negara Islam yang terkaya didunia,kenapa mahu menekan jemaah hingga tidak ada belas kasihan langsung terhadap sesama Islam.Adakah agama Islam menggalakan umatnya melakukan perkara sebegini kepada sesama manusia seagama ?

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.