03 May, 2013

PARTI MANA YANG PATUT KITA PANGKAH?

Hari membuang undi sudah semakin dekat. Jika umur kita panjang kita akan keluar membuang undi pada 5hb Mei 2013 bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. 

Sejak Merdeka kita telah melalui 12 kali pilihanraya umum tetapi pilihanraya umum kali yang 13 kali ini membawa satu agenda besar dan cukup bermakna khasnya kepada umat Islam negara ini. 

Jika kita sedar semua pengundi Islam seharusnya turun berduyun-duyun untuk mengundi kerana kita tidak boleh tidur lagi. 

Untuk peringatan, pilihanraya kali ini berisi agenda tersurat dan tersirat oleh pihak-pihak tertentu yang sedang ‘test market’ atau menguji pasaran dengan menyuntik jarun-jarum halus bagi melemahkan umat Islam negara ini dengan bermatlamatkan Islam akan tergadai di bumi Malaysia ini. 

Strategi dan pendekatan yang terancang ketika ini ialah melalui proses pilihanraya di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Jika Islam berjaya tergadai di Malaysia ini melalui proses demokrasi dalam pilihanraya kali ini ia merupakan setapak kearah seribu langkah yang lebih jauh untuk ditonjolkan kepada dunia bahawa Islam di Malaysia telah goyah. 

Mereka sentiasa bimbang dan khuatir dengan kebangkitan Islam di negara ini yang begitu vokal menentang Israel dan Yahudi. Malaysia dilihat sebagai katallis, model dan rujukan negara-negara Islam yang sedang membangun di dunia ini. Ingatlah orang-orang Yahudi dan Nasrani sentiasa tidak tidur dan akan senang dengan kita sehinggalah kita mengikut agama mereka. (Al Baqarah : 120) 

Samaada kita sedar atau tidak kita telah berulang-ulang kali diberi peringatan apabila setiap kali kita membaca Al Quran. Di dalam Surah An Nisa ayat 46, di dalam ayat ini Allah SWT dengan jelas telah menjelaskan bagaimana golongan Yahudi telah memutar belitkan kitab Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa. 

Mereka memutar belitkan dan memanupulasikan kitab Taurat dengan mencampuradukkan wahyu yang diterima Nabi Musa (AS) dengan penulisan nenek moyang mereka sehingga Kitab Taurat menjadi caca merba dan tidak asli lagi. Mereka mengubah perkataan Allah dari tempatnya sehingga mengubah maknanya dan menyimpang dari makna asal Kitab Taurat itu sendiri. Sehingga akhirnya Allah SWT murka dan melaknat mereka. 

Peringatan ini jelas bahawa kerja-kerja memanupulasikan ayat-ayat Allah oleh golongan ini bukan lah satu perkara baru sehingga mengheret sesama kita di dalam kemelut perbalahan dan perdebatan yang berbelit-belit padahal semua ini sudah jelas di dalam Al Quran. Hari ini mereka sedang mengulangi episod yang sama tetapi pendekatan yang lebih licik dan halus. 

Mereka sedar adalah mustahil mereka dapat mengubah kitab suci Al Quran kerana sentiasa di dalam peliharaan Allah, tidak seperti mana mereka berjaya memutar belitkan Kitab Taurat Nabi Musa tetapi hari ini mereka mengubah strategi dengan mengugut di atas kertas undi untuk merampas kalimah Allah supaya dapat diletak di dalam Bible mereka dengan agenda untuk mencelarukan pemikiran umat Islam. 

Fikir lah masak-masak, jika kita memilih golongan yang membenarkan kalimah Allah untuk diguna pakai di dalam Bible sebenarnya kita telah termakan umpan dengan mengheret umat Islam ke dalam kancah kecelaruan dan kelak kita akan terjerumus ke dalam perangkap perigi buta menjadi bengong, ragu dan sesat. Strategi ini amat bertepatan dengan kata-kata Presiden AS yang ke 33, Harry S. Truman “If We Cannot Convince Them We Confuse Them” yang membawa maksud “Kalau Kita Tidak Dapat Menyakinkan Mereka Kita Celarukan Mereka”. 

Realitinya hari ini pun minda kita telah bercelaru untuk membuat keputusan parti mana yang patut kita pangkah di atas kertas undi pada 5hb nanti. Sesekali kita dibuai dengan janji-janji indah manifesto, statistik dan data-data yang sungguh hebat oleh parti-parti yang menawarkan diri untuk bertanding. Kita disogok dengan ceramah demi ceramah yang sungguh menyakinkan dengan sambutannya ratusan ribu manusia yang hadir, angguk dan bertepuk sorak. Kita juga tidak pernah sepi dikunjungi penjelajah-penjelajah bermusim memba slogan rakyat dengan menawarkan berbagai-bagai manisan untuk rakyat. 

Persoalannya di manakah kewajarannya untuk kita memilih parti yang bakal berkuasa? Apakah keputusan yang akan kita buat nanti atas penilaian tawaran manifesto yang menarik atau kehebatan berpidato dan ceramah atau kekerapan dikunjungi penjelajah-penjelajah rakyat?. 

Hakikatnya jika kita sebagai pengundi Islam yang berpegang teguh dengan ajaran Islam yang maha suci ini semua ini dikira akan menjadi sampah belaka dan langsung tidak membawa apa makna jika perkara pokok dan asas pengangan kita iaitu kalimah Allah digadaikan kepada Yahudi dan Nasrani. 

Tidak ada gunanya semua ini jika hanya untuk beroleh kekuasaan di bumi Allah yang sementara ini. 

Sedarlah, kita sebagai pengundi Islam tidak akan sesekali menukar ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (Al Maidah ayat 44) dan ini hendaklah kita terjemahkan di atas kertas undi kita pada 5hb Mei 2013 nanti dengan tidak memangkah golongan yang menggadai kalimah Allah. END.

3 comments:

  1. SAYA DAH SOLID UNDI BN.

    ReplyDelete
  2. Mengangkat gay dan penzina jadi pemimpin hukumnya haram..siapa pezina?...

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah saya akan memangkah Pakatan Rakyat.
    Sebagai seorang yang pernah bersama UMNO selama hampir 20 tahun,pernah terlibat dalam team B melawan team A atas alasan "rasuah adalah bapa kemusnahan" dan melihat team B bertukar menjadi team A setelah mendapat apa yang mereka mahukan walaupun sewaktu menentang team A,mereka adalah juara menentang rasuah..saya memutuskan kerosakan yang dilakukan olih UMNO tidak bolih dibaiki dari dalam...UNDILAH PAKATAN RAKYAT UNTUK KESEJAHTERAAN RAKYAT MALAYSIA.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.