03 May, 2013

PANDANGAN GENERASI MUDA KAUM CINA - BAHAGIAN AKHIR

 Amelia: Saya anak Malaysia generasi ketiga. Selama 12 tahun di sekolah, saya menyanyikan Negaraku setiap Isnin dan Rukunegara saya hafal di hati. Semua keluarga saya di Malaysia tanpa sebarang hubungan dengan negara China.
Saya tidak langsung tahu membaca atau menulis dalam bahasa Cina dan Kantonis saya teruk sekali. Saya hanya cintakan satu negara. Negara ini. Dan satu negara sajalah tumpahnya darahku. Negara ini.Rakan-rakan sekalian, kita semua adalah sama. Tak kira bangsa. Kami rakyat Malaysia. Ke sekolah yang sama. 
Bermain benda yang sama. Jumlah hari cuti umum yang kami nikmati pun sama. Kenangan yang sama. Paling penting, tanahair yang sama kami berkongsi. Tiada antara kami yang lebih Malaysia daripada yang lain. Dan tidak patut kami dibuat untuk merasakan sebegitu. 

SYA: Hari cuti kerajaan Pakatan Rakyat berbeza. Oleh itu, hari cuti minggu Pakatan Rakyat di Kelantan dan Kedah adalah hari Jummat dan hari Ahad adalah hari bekerja mereka. Naib Pengerusi PAS sendiri iaitu Datuk Husam Musa berkata sekirannya Pakatan Rakyat menang maka hari cuti Negara Malaysia akan dari hari Ahad kepada hari Jumaat. 

Amelia: Rakan-rakan sekalian, jika anda melihat saya jatuh, anda akan menolong saya? Saya pasti anda akan. Bagaimana pula jika anda melihat seseorang memberitahu yang saya tidak dialukan di sini? Adakah anda akan berdiri untuk saya? Sebagai kawan, kita mesti berdiri untuk satu sama lain. 
Jika saya melihat seseorang mendera atau melucutkan hak anda, saya akan berdiri untuk anda. Ini kerana kita semua sama. Kita tidak perlu BN untuk memberitahu bahawa kita 1Malaysia. Kami memang telah sebegitu untuk sekian lama.

SYA: Ya. Anda tidak perlu BN untuk memberitahu anda konsep satu Malaysia kerana kata anda rakyat sudah bersatu. Kalau rakyat sudah bersatu maka anda hanya menyangkal kenyataan pemimpin Pakatan Rakyat yang mengatakan masyarakat di bawah kerajaan BN berpecah belah sedangkan anda sudah membuktikan kita sudah bersatu. 
Jika kenyataan dan tuduhan Pakatan Rakyat mengenai perpaduan Negara kita adalah palsu maka mengapa lagi kita perlu menolak BN dan menerima mereka yang melemparkan tuduhan yang palsu? Adakah juga benar Pakatan Rakyat menjanjikan Kesaksamaan? 
Dalam Manifesto Pakatan Rakyat (baca sendiri) hanya adalah peruntukkan kepada Institusi Jabatan Islam tetapi tiada langsung kepada golongan Krisitan, Hindu dan Buddha yang dalam Manifesto terbaru BN ada menyebut peruntukan kepada semua rumah ibadat. 
Dalam Manifesto Pakatan Rakyat juga (kaji sendiri) hanya ada peruntukkan kepada orang Asli dan Melayu Felda tetapi tidak ada peruntukkan khas kepada kaum lain di negara Malaysia tetapi dalam manifesto BN ada peruntukkan mengikut kaum dan etnik termasuk Cina, India, Sabah dan Sarawak. 
Jangan lupa ketika DAP memenangi kerusi di Perak suatu ketika dahulu jawatan Menteri Besar tetapi diberikan kepada PAS berbanding dengan BN apabila statistik penduduk Melayu di Pulau Pinang lebih banyak daripada Cina tetapi jawatan Ketua Menteri diberikan kepada Cina. Jika bukan sistem BN maka adakah Lim Guan Eng akan menjadi Ketua Menteri di Pulau Pinang ?

Amelia: Ramai yang takut PR bukannya lebih baik. Sebenarnya, saya juga tiada jawapan. Saya tidak tahu jika PR adalah penyelesaian kepada kerajaan yang lebih baik. Saya tidak tahu sama ada mereka benar-benar akan membawa perubahan kepada Malaysia. 
Yang saya tahu, kita sangat memerlukan “check and balance” di negara ini. Tidak sihat untuk kerajaan yang sama memerintah selama 56 tahun. Marilah kita menggunakan logik untuk menganalisa ini. Jika anda adalah kerajaan dan telah berkuasa selama 56 tahun, takkankah anda menjadi leka? Jika anda tahu anda akan menang setiap kali, anda akan cuba lebih keras? 
Memang sifat manusia untuk mengambil remeh perkara-perkara yang mudah dan BN telah mengambil remeh. Ia telah lupa peranan yang sepatutnya. 

SYA: Anda sendiri juga tidak yakin bahawa PR akan melakukan dengan lebih baik. Jawapannya sudah jelas terbukti apabila saya berkata tidak pernah dalam sejarah BN FDI Penang jatuh kepada 73% dan beban hutang Kedah meningkat daripada RM 1 billion (55 tahun BN) kepada RM 3 billion (5 tahun sahaja PR). Fakta sudah jelas di depan mata dan hanya terpulang kepada saudari untuk menerima realiti dan hakikat sebenar. 

Amelia: Kita perlu perubahan ini kerana kita perlu memulihkan proses demokrasi di negara kita. Kita perlu kuasa untuk beralih kembali kepada rakyat. Kita perlukan kerajaan yang takut kepada rakyat dan bukan sebaliknya. Ini adalah kerana hanya dengan rasa takut itu akan kerajaan melakukan kerjanya dengan baik. 
Kita tahu perasaannya bekerja dengan bos yang benar-benar menakutkan. Secara semula jadi, kerja kami pun lebih baik kerana takut dipecat. Sama logiknya. 

SYA: Kalau benar kita perlu check and balance dan kata saudari pada awal artikel anda bahawa majoriti kawan anda sudah menyokong PR dan seorang dua sahaja yang menyokong BN maka bukankah ini juga 'check and balance'? 
Kalau benarpun saudari mahupun PR untuk memang maka undi juga perlu diberikan kepada BN supaya kalau benar BN menjadi pembangkang maka BN akan menjadi pembangkang yang kuat dan bukannya seperti orang ramai yang hendak lihat BN kita dihapuskan selama–lamanya (hilangnya check and balance). 
Kompisisi masyarakat Cina menyokong PR sudah tidak lagi balance (80-90%). Adakah ini balance dan seimbang namanya? 

Amelia: Kuasa perlu beralih kembali kepada rakyat. Jika rakyat berjaya mengubah kerajaan, separuh perjuangan sudah dimenangi. Rakyat akan tahu bahawa kita boleh memilih mereka yang terbaik untuk mentadbir negara. 
Jika ini berlaku, dengan mudahnya kita boleh membuang PR keluar selepas 5 tahun jika mereka tidak melakukan kerja yang baik dan memilih BN lagi jika terbukti mereka lebih baik. 

SYA: Kuasa hendak dikembalikan kepada rakyat tidak semestinya mesti menyokong Pakatan Rakyat. Dengan menyokong Pakatan Rakyat maka kuasa itu sebenarnya hanya diberikan kepada parti politk dan bukan rakyat. 
Untuk memilih mereka yang terbaik untuk mentadbir negara tidak semestinya parti politik tetapi lebih kepada pemimpin mana untuk memimpin Negara. Parti itu adalah sesuatu yang tidak bernyawa dan manusialah yang menggerakkan negara kita. 
Perubahan bukan sahaja boleh dilakukan secara luaran tetapi juga secara dalaman apabila rakyat diajak untuk mengubah BN dari dalaman. Lebih–lebih lagi BN kini menampilkan lebih daripada 50% muka baru yang bersih, tidak rasuah dan tidak pernah berdosa dan memiliki sebarang isu sebelum ini. 
Mengapa perlu menolak mereka yang bersih? Dari segi kepimpinan negara rakyat sebenarnya sudah memberi lebih banyak masa kepada Anwar berbanding Najib. Ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri jangka hayatnya lebih panjang daripada karier Najib sebagai PM dan TPM. 

Amelia: Fikirkan ini sebagai membantu BN untuk berubah. BN tidak akan berubah selagi kita masih memberikan mereka kuasa pemerintahan walaupun ketidakcekapan setelah sekian lama. Mereka banyak menjanjikan perubahan tetapi kita telah memberikan mereka 12 peluang untuk berubah. 
Jika kita tendang mereka keluar masa ini, maka mereka perlu menyusun semula diri sendiri dan bersaing keras untuk memenangi hati rakyat. Mungkin dengan itu, kita akan melihat dasar-dasar yang lebih baik dan tadbir urus yang lebih baik. Dan kita akan mempunyai dua pihak yang kukuh bagi kita untuk memilih. Dan setelah itu, bolehlah kita mempunyai perdebatan intelek tentang dasar-dasar dan rancangan, bukannya taktik menakut-nakutkan kaum yang kita lihat dalam kempen pilihanraya kita hari ini. 
Jika kita berjaya mengubah landskap politik kita, maka kita, rakyat, akan menang. Malaysia akan dipulihkan. 

SYA: Jika BN tidak akan berubah maka mengapa 50% muka baru ditampilkan? Jika BN tidak berubah maka mengapa Najib menghapuskan akta media percetakan, ISA, Auku dan juga DEB? Jika BN tidak akan berubah mengapa pula indeks persepsi rasuah Malaysia meningkat kepada 6 tangga? Jika BN tidak akan berubah maka mengapa pula DNA UMNO iaitu Anwar sekarang pula boleh berubah dan DNA MCA iaitu Chua Jui Meng kini di PKR akan berubah? BN kalau tidak cekap pun tidak pernah dari segi FDI Penang dan Ekonomi dalam 55 tahun teruk seperti DAP yang hanya memerintah selama 5 tahun. 
END.

No comments:

Post a Comment

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.