03 May, 2013

PANDANGAN GENERASI MUDA KAUM CINA - BAHAGIAN 2

Forum di bawah bahagian 2 - dipetik dari blogger Shen Yee Aun (SYA) 1SYA yang menjawab kenyataan siber trooper Amelia Tan yang bertajuk “Untuk Rakan-Rakan Penyokong BN Saya Yang Tersayang” Facebook Amelia Tan 

Forum ini adalah gambaran secebis pemikiran generasi muda masyarakat Cina hari ini di mana ruang ini cuba ditawan oleh DAP. 

Amelia: Sepanjang hidup, kami diberitahu untuk menjadi yang lebih baik. Kita pergi ke sekolah untuk menjadi lebih baik, kita mengkaji agama untuk menjadi versi diri yang lebih baik, kita bekerja keras untuk mendapatkan kedudukan yang lebih baik. Memang lumrah semulajadi untuk menjadi lebih baik. 
Oleh itu, apabila mahu membuat perbandingan, kita tidak boleh samakan dengan negara-negara yang lebih teruk dan bersyukur bahawa kita bukan mereka. Ini bukan soal ketamakan. Kita mahu menjadi yang lebih baik dan kita mahu ada ruang untuk peningkatan. 
Ingat, kita membayar cukai supaya kerajaan boleh mentadbir negara. Kita mempunyai hak untuk pentadbiran yang lebih baik. Ia tanggungjawab kita untuk memastikan bahawa kerajaan menjadi lebih baik. Kita berhutang kepada negara kita. Kita berhutang kepada anak-anak kita. Kita berhutang kepada diri kita sendiri. 

SYA: Rakyat sememangnya ada hak untuk pentadbiran yang lebih baik tetapi pada masa yang sama DAP juga gagal untuk membuktikkan mereka mampu untuk mentadbir Negara kita dengan lebih baik apabila FDI negeri Pulau Pinang menjunam sebanyak 73% yang tidak pernah berlaku dalam 50 tahun pemerintahan BN di Pulau Pinang selama ini. Kita juga jangan lupa beban hutang negeri Kedah di bawah kerajaan Barisan Nasional selama 55 tahun hanyalah sebanyak RM 1 billion tetapi Pakatan Rakyat memerintah sebanyak 5 tahun sahaja hutang ini sudah mencecah angka hutang sebanyak RM 3 billion. 
Oleh itu, kalau benar kata saudari kita jangan samakan dengan Negara yang lebih baik maka kita bezakan sahaja kebenaran pengurusan dan pentadbiran Pakatan Rakyat yang jauh lebih teruk terbukti daripada Barisan Nasional apabila telah diberi peluang 5 tahun untuk mentadbir 4 buah negeri di Malaysia. HURU-HARA DAN KETIDAKSTABILAN.
 
Amelia: Ramai yang meletakkan ini sebagai sebab untuk menyokong BN. Jika pembangkang menang, akan ada rusuhan jalan dan ekonomi akan runtuh. Di mana pula logiknya? Jika PR menang GE13, mengapa pula mereka mahu menyebabkan rusuhan? Mereka telah menang! Jadi fikirlah, jika ada rusuhan, siapa penyebabnya? Pihak yang kalah? BN? 
Jika parti yang anda sokong hendak merusuh kerana kalah, sekaligus tidak menghormati proses demokrasi kita, adakah anda masih akan menyokong mereka sebagai pemimpin yang baik dan adil? Adakah ini cara kita dibesarkan? Membuat kecoh apabila kalah? Adakah ini cara kita mendidik anak-anak? Kalah tanpa integriti? 

SYA: Ketidakstabilan yang dimaksudkan oleh pihak Barisan Nasional bukanlah seperti yang telah dimanipulasi oleh saudari. Rusuhan yang kita maksudkan adalah rusuhan dalaman Pakatan Rakyat. Sekiranya sebelum berkuasa dan menang pun mereka telah berperang sesama sendiri maka adakah Pakatan Rakyat masih lagi boleh dipercayai untuk menjamin ketabilan politik Negara kita? 
Kita lihat bagaimana Presiden PAS boleh menyokong calon bebas DAP berbanding pula dengan calon Pakatan Rakyat iaitu PKR di Pahang? Kita juga lihat pertembungan 7 penjuru pada PR 13 antara PAS dan PKR. Perbezaan idelogi PAS dan DAP juga adalah amat ketara seperti ‘traffic light’ kita iaitu PAS kata Lampu Hijau kepada HUDUD tetapi DAP pula memberi Lampu Merah kepada HUDUD. 
Dalam sejarah juga yang membuat rusuhan selama ini adalah Pakatan Rakyat. Ketika mereka gagal untuk menawan Putrajaya dan kalah pada pilihan raya yang lepas maka wujudlah BERSIH 1.0, 2.0, 3.0 dan 4.0 yang ditaja oleh NED.
NED sebenarnya merupakan sebuah agensi yang menaja pelbagai lagi hura–hara di seluruh dunia termasuk Arab, Thailand, Rusia, Indonesia dan sebagainya. 
Oleh itu hendak saya pula tanya saudari jika parti yang anda sokong hendak merusuh kerana kalah, sekaligus tidak menghormati proses demokrasi kita, adakah anda masih akan menyokong mereka sebagai pemimpin yang baik dan adil? Adakah ini cara kita dibesarkan? Membuat kecoh apabila kalah? Adakah ini cara kita mendidik anak-anak? Kalah tanpa integriti? 

Amelia: Perihal kejatuhan ekonomi, ekonomi kita telah berjalan secara “auto-pilot” selama bertahun-tahun. Saya tidak percaya bahawa ekonomi negara akan runtuh kerana saya percayakan rakyat kita. Ekonomi kita bukan segalanya dikendalikan oleh kerajaan. Mereka mempunyai peranan, ya, tetapi KITA sebagai rakyat, memainkan peranan yang lebih besar. Kita adalah blok pembangunan dan kitalah yang menggerakkan ekonomi. Adakah bank-bank dan syarikat multinasional akan gagal berfungsi kerana perubahan kerajaan? Tidak. Kerana jika ada perubahan kerajaan pada 6 Mei, kita tetap kena balik kerja!Perniagaan masih akan dijalankan dan segalanya akan berfungsi seperti biasa. Banyak perniagaan besar di Malaysia berjaya dibangunkan bukan kerana kerajaan. Ia kerana orang-orang kita yang inovatif dan bekerja keras. Kamilah yang menggerakkan ekonomi, bukan kerajaan. Kami hanya memerlukan ruang yang stabil untuk menjalankan rutin harian. Jadi, jika BN tidak membuat kecoh kalau kalah, urusniaga tetap akan berlaku dan perdagangan masih akan hidup. Selagi BN tak buat kecoh lah. 

SYA: Pandangan ekonomi saudari masih lagi tidak cukup luas apabila saudari melupai faktor “pelabur asing’. Sekirannya sesebuah Negara memiliki pertukaran kerajaan maka ramai pakar kewangan tempatan dan dunia termasuk JP Morgan sendiri telah menyatakan bahawa bursa saham dan ekonomi Malaysia akan terggugat. 
Lebih–lebih lagi lihat sahajalah bagaimana Pakatan Rakyat menguruskan Kedah dan Kelantan yang merupakan antara negeri termiskin dan mundur dari segi ekonomi di Malaysia. Sekirannya benarlah konsep saudari bahawa ekonomi itu digerakkan oleh rakyat dan bukan kerajaan maka mengapa pula rakyat hanya akan bergerak untuk membangunkan ekonomi sekirannya sahaja Pakatan Rakyat adalah kerajaan dan rakyat tidak menggerakkan ekonomi kita jika kerajaan itu adalah Barisan Nasional? Sekiranya begini tanda aras anda maka masalah kini adalah siapakah kerajaan atau masalah rakyat?

Amelia: Sebagai orang bandar, sangat mudah untuk kita lupa bahawa di Malaysia, masih ada sebahagian besar rakyat yang hidup dalam kemiskinan. Begitu miskin sehingga tidak mampu membeli makanan. Tahukah kita bagaimana perasaannya tidak mampu membeli makanan?
Saya tidak, dan saya berterima kasih. Tetapi adakah ini bermakna kita lupakan orang-orang kampung dan berpura-pura bahawa mereka tidak wujud? Kita semua rakyat Malaysia. Mengapa mereka masih begitu miskin? Mengapa tiada yang dilakukan untuk memperbaiki kehidupan mereka? Selepas berkuasa 56 tahun, SEKURANG-KURANGNYA, BN patut telah membantu orang-orang miskin mampu membeli makanan, bukan? 

SYA: Tadi saudari suruh kita jangan bandingkan dengan Negara yang kurang maju dan sebaliknya Negara yang lebih maju. Oleh itu , sedarkah saudari bahawa hakikatnya kesemua Negara maju di dunia termasuk gergarsi ekonomi dunia no 1 Amerika Syarikat dan no 2 China terdapat lebih ramai orang miskin dan jurang pendapatan antara orang kaya dan miskin di kedua–dua Negara tersebut adalah jauh lebih tinggi daripada Negara Malaysia? 
BRIM Perdana Menteri Najib adalah untuk membantu golongan miskin ini yang pendapatan mereka kurang daripada RM 3000 dan isu ini pun dimanipulasi oleh Pakatan Rakyat bahawa BRIM akan bankrapkan negara? Sedangkan tuduhan ini bercanggah dengan Pakar Ekonomi Rafizi Ramli apabila beliau sendiri menjanjikan sekirannya Pakatan Rakyat memerintah BRIM bukan sahaja diteruskan maka lagi ditingkatkan. 
Bukankah keadaan ini lagi membankrapkan negara? Negeri Selangor dan Pulau Pinang merupakan antara negeri yang paling maju di Malaysia dan setelah DAP memerintah tiada sebuah pun rumah kos rendah yang dibina oleh mereka kepada rakyat yang miskin. 

Amelia: Tetapi tidak, yang miskin masih terpinggir manakala rasuah berleluasa dalam kerajaan. Satu perkara yang saya gagal fahami, kawan-kawan yang dikasihi, bagaimanakah anda boleh berdiri dengan kerajaan yang sebegitu korup?
Setiap tahun, ketua audit melaporkan perbelanjaan berlebihan yang tidak masuk akal; namun tiada tindakan diambil. RM15,000 untuk komputer riba, RM700 untuk kalkulator. Kita semua tahu ini berlaku dan kita semua tahu ia adalah benar. 
Begitu mendalamnya rasuah berakar umbi ke dalam sistem tetapi kita menutup mata dan membiarkan sahaja. Kita akui bahawa rasuah memang masalah dalam kerajaan tetapi kamu bertanya pula, kerajaan mana yang tidak korup? 

SYA: Rasuah kita dalam ranking dunia sudah meningkat dari 6 tangga iaitu daripada 60 kepada 54 (Indeks Rasuah) yang dilaporkan oleh pihak neutral peringkat antarabangsa. Keadaan ini hanya menandakan rasuah Negara Malaysia di bawah pemerintahan Barisan Nasional Najib sudah bertambah baik. 
Sekirannya Ketua Audit Negara kita mampu melaporkan kes rasuah yang berlaku dalam kerajaan maka kenyataan ini hanya menyangkal dakwaan pembangkang yang kerajaan senantiasa menyembunyikan laporan rasuah BN. 
Maknanya pentadbiran kerajaan BN masih telus untuk melaporkan rasuah dalaman. Jangan lupa juga Ketua Audit juga melaporkan RM 32 billion projek di bawah Pakatan Rakyat Kedah tanpa sebarang proses tender terbuka yang diperjuangkan oleh mereka. 
Persoalannya bukanlah kerajaan mana yang tidak rasuah tetapi lebih kepada Pakatan Rakyat sendiri juga rasuah maka sekirannya benar rakyat menentang rasuah maka rakyat juga perlu menolak Pakatan Rakyat. 
Kenyataan ini turut diperkukuhkan oleh beberapa tokoh Pakatan Rakyat. DAP Ng Sue Lim sendiri dalam konvensyen DAP menyatakan rasuah sudah mula berleluasa dan merabak dalam DAP. DAP Kulasegaran dalam twitternya sendiri menuduh Nga Kor Ming terlibat dalam rasuah . Rasuah Nga Kor Ming adalah paling cepat di dunia kerana kurang daripada 50 berkuasa di Perak sudah memberi kontrak kepada isterinya sendiri. 
Naib Pengerusi PKR Surendren sendiri berkata kepada fz.com bahawa pemimpin Pakatan Rakyat juga terlibat dalam rasuah. 
Oleh itu , sekirannya rasuah merupakan satu sebab kita perlu menolak BN maka mengapa tidak juga rasuah merupakan satu isu yang kita perlu menolak PR apabila PR sendiri juga RASUAH? 
Lihat sahaja kes DAP Jenice Lee ketika BN menuduh Jenice Lee Rasuah pada awalnya DAP pula keluar mempertahankan Jenice Lee tetapi kini apabila mereka berpaling tadah maka DAP sendiri yang melaporkan kes rasuah Jenice Lee. 
Lebih hiprokritnya adalah Lim Kit Siang menggugut Jenice Lee sekiranya beliau sanggup menarik diri maka beliau sendiri akan merayu bagi pihak Jenice Lee. Maksudnya sekiranya seseorang itu tidak menentang DAP walaupun Rasuah DAP Lim Kit Siang juga akan mempertahankannya.

No comments:

Post a Comment

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.