05 December, 2012

SIRI MERBOK DALAM SEJARAH

Nama Merbok adalah nama yang tidak asing lagi dalam negara ini. Di sini tiga tokoh ternama menempa jejak politik mereka yang hebat. Pertama ialah Tan Sri Khir Johari, kedua ialah Tun Daim Zainudin dan yang ketiga ialah Tan Seri Zainudin Maidin.

Menjelang menghadapi PRU 13 yang akan datang berbagai-bagai spekulasi menjalar tentang siapakah calun yang bakal mewakili Merbok. Bukan setakat rakyat Merbok ternanti-nanti tetapi juga PKR dan PAS sedang tertanya-tanya siapakah calunnya.

Kalau mengikut kajian semua yang ada layak belaka. Dari Maniam surat khabar, penjual ubat, professor serba tau sehinggalah kepada Ketua Bahagian semua dikira layak untuk bertanding tetapi semua juga belum tahu samaada layak atau tidak untuk menang.

Berikut blog ini menyingkap kembali siri 'Merbok dalam Sejarah' posting-posting lama bermula dari bahagian 1 hingga ke bahagian 8. Posting ini telah dibuat pada tahun 2009 sebagai cacatan politik untuk dijadikan sempadan dan tauladan kepada generasi hari ini.
 
Sila klik tajuk-tajuk di bawah untuk melawatinya :
Merbok dalam Sejarah Bah 7 Merbok Daim, Daim Merbok

Jika ada yang menyentuh mana-mana pihak MT mohon maaf kerana sejarah tidak dapat dipadam.

02 December, 2012

PILIH CALUN ATAU PILIH PARTI?

Unus Pro Omnibus, Omnes Pro Uno adalah frasa Latin yang membawa maksud "One for all, all for one" atau “Satu Untuk Semua, Semua untuk Satu” . Slogan ini cukup terkenal di dalam cerita ‘The Three Musketeers’ karya penulis Peranchis Alexandre Dumas. 

Cerita ini pernah dikomikkan, diteaterkan, difilemkan dan dijadikan siri TV yang cukup popular di sekitar tahun 60an hingga 70an. Pengaruh di kalangan kanak-kanak dan remaja pada masa itu cukup kuat dan slogan ‘all for one, one for all’ meniti di bibir mereka sehingga secara tidak langsung menjadi praktikal di dalam kehidupan seharian. Satu bergantung kepada yang ramai dan yang ramai bergantung kepada yang satu. 

Di dalam situasi galak berebut untuk menjadi calun khasnya di kalangan UMNO menjelang PRU-13 yang akan datang slogan ini dikira cukup relevan. Orang-orang UMNO tidak harus berbelah bagi untuk mengundi parti walaupun individu yang dicalunkan itu tidak menyelerakan dalam hidangan mereka. 

Ini kerana setiap calun itu ibarat titis-titis hujan yang berkumpul menjadi cabang-cabang sungai dan cabang-cabang sungai itu bercantum menjadi lautan dan samudera yang luas. 

Jika ingin mengikut selera yang berbagai itu memang cukup sukar bagi Presiden parti untuk membuat keputusan. Presiden melihat dari sudut makro keseluruhan kekuatan parti manakala di kalangan pengundi di bawah melihat dari sudut mikro sama ada calun itu menyelerakan mereka atau tidak.

Pertembungan kehendak pucuk pimpinan di atas dan kemahuan pengundi di bawah harus dirapatkan jurangnya jika tidak parti akan menerima padah. Kewibawaan calun dan rekod-rekod calun harus ditapis secara telus tanpa selindung. Individu yang tidak dicalunkan sepatutnya tidak mengamuk dan sabotaj secara halus. 

Di kira pucuk pimpinan sudah masak dan boleh membaca perangai calun-calun kalau mereka tidak dicalunkan. Memang agak sukar untuk menapis calun kerana calun pandai menyembunyikan kuku dan bermain wayang di hadapan pengundi akar umbi. Kadangkala penyokong sendiri tidak tahu kenakalan calun kerana taksub menyokong. 

Cuma yang pasti hanya musuh sahaja yang akan mengorek semua perkara buruk dan dimuntahkan sepanjang kempen pilihanraya kelak. Walau apa pun tohmahannya apabila pucuk pimpinan telah membuat keputusan semua pihak harus akur dengan keputusan tersebut. 

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam ucapan merasmikan mesyuarat Pergerakkan Wanita, Pemuda dan Puteri telah menjelaskan dengan terang dan nyata loud and clear hippokrasi Pakatan Rakyat. 

Jenama mereka "Pakatan" tetapi mereka bersendiri di dalam dan tidak berpakat. 

Beliau menyatakan : “… ahli-ahli akar umbi Pas tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi Pas dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR”. 

Ujar beliau lagi ‘.. konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihan raya yang lalu untuk memerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada Pas”.  

Jika pengundi membuat keputusan tidak mahu mengundi parti tapi hanya mahu mengundi calun, apakah hasilnya kelak? Hasilnya kelak tidak ada satu pun Kerajaan yang kuat dapat didirikan. 

Melihat kepada situasi ini UMNO harus bersatu. Mereka sendiri tidak boleh lagi bermain-main dengan undi mereka.

Lupakan sahaja niat untuk merajuk, kecil hati atau yang paling bahaya niat untuk sabotaj. Ingatlah mereka ibarat titis-titis hujan untuk menjadikan lautan yang luas.