27 August, 2009

Merbok dalam Sejarah Bahagian 4- Badri Yunus @ “Pak Njang Badri” menjadi Pak Sanggup



Apabila Daim keciwa dan menarik diri dari mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Tuan Syed Osman Setiausaha UMNO Bahagian Merbok ketika itu diarahkan oleh Daim mencari beberapa cawangan untuk mencalunkan Pak Njang Badri supaya layak bertanding menentang Datul Zainol Abidin Johari (Tok Non).

Pak Njang Badri terkapa-kapa di saat akhir menjadi bidan terjun ditolak menjadi Pak Sanggup berhadapan menentang Tok Non rakannya yang merupakan bekas Pengerusi Semangat 46 Kedah.

Walaupun Pak Njang tidak berkelulusan tinggi dan hanya bekas pekebun sayur di Bukit Selambau tetapi pakar dalam silat politik akar umbi. Mungkin Daim merasakan yang layak untuk diajar Tok Non ketika itu hanyalah Pak Njang Badri.

Pertandingan Ketua Bahagian Merbok ketika itu seperti kilat sabung-menyabung di antara Tok Non dan Pak Njang Badri. Turut turun berkempen untuk Pak Njang Badri habis-habisan ialah Daim sendiri, Ibrahim Ali, Mustapha Mohammad, Solomon Selamat Setiausaha Politik Anwar Ibrahim ketika itu, Shahidan Kassim dan beberapa tokoh lagi.

Keputusan berakhir Pak Njang Badri menang dengan 180 undi mengalahkan Tok Non dengan 161 undi dengan majoriti 19 undi. Banyak media memaparkan pertembungan yang bersejarah ini kerana ia melibatkan Daim sebagai Menteri Kewangan.

Insiden ini jugalah menamatkan kempimpinan politik Daim di UMNO Bahagian Merbok dan Daim hanya menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen Merbok sahaja.

Hakikat yang sebenarnya "dalam kilat ada kilau" yang menjadi pertembungan ini ada tangan-tangan luar yang tidak senang dengan Daim dan "planted" Tok Non menentang Daim.

19 comments:

  1. "Apabila Daim keciwa dan menarik diri dari mempertahankan Ketua UMNO Bahagian Merbok, Tuan Syed Osman Setiausaha UMNO Bahagian Merbok ketika itu diarahkan oleh Daim mencari beberapa cawangan untuk mencalunkan Pak Njang Badri supaya layak bertanding menentang Datul Zainol Abidin Johari (Tok Non)."

    .....Pada PUR yang lalu, Daerah Mengundi Bunga Raya diperdayakan dengan peruntukan makanan. Makan tengahari di taja oleh sebuah restoran nasi kandar pada hari mengundi tetapi di katakan kos makan tengahri itu telah termasuk dalam peruntukan. Boleh buat selidik setiap individu di daerah mengundi itu.

    Inilah antara titik tolak benih-benih tidak baik mula membiak. Kini benih-benih ini membiak dengan subur. Salah siapa? Salah siapa golongan muda tidak sokong UMNO dan BN? Golongan muda tiada tempat dalam UMNO. Kenapa? Veteran-veteran UMNO takut kepincangan dan kaedah mereka merompak cara aman terbocor !!!!

    ReplyDelete
  2. Siapa yang ada kat daerah mengundi itu?

    ReplyDelete
  3. pala but pak hangpa ...

    ReplyDelete
  4. Kerusi Meja Pelita Nasi KandarAugust 27, 2009 at 8:27 PM

    PRU yang lepas ...Tajul dan grombolannya dangan Pajero dan konvoi koporat dari Kedah Holding yang dia menjadi Chairman bergentayangan turun ke daerah-daarah mengundi.
    Mereka begitu sombong dan bongkak langsung tidak bertegur-sapa dgn ajk UMNO Bahagian org-org Tok Mi.
    Kini semua mereka itu telah lari tinggal Tajul dan Tajul tinggal sehelai sepinggang dan menanti masa untuk dijatuhkan dari takhta Merbok.

    ReplyDelete
  5. Pak Tuan Syed bukan takat dok tipu duit pilihanraya Peti Undi Bunga Raya, bahkan baru-baru ni Romli Karim bagitau duit bangunan UMNO pun di sapu banyak puluh ribu RM jugak...

    ReplyDelete
  6. Semasa Pak Njang Badri berkempen lawan Tok Non ketika itu,banyak orang dok belakun makan dua talam termasuk Pak tuan syed Osman,Chegu Md.Khir bekas setia usaha.Tapi yang paling jahat ketika tu,Mejar anuar dan ramli boroi...Razak Rahman salahseorang yang jadi Mastermind bagi pehak Pak Najang Badri..Dok bersyarah di merata perjumpaan bagi memenanagkan Pak Njang Badri..Selepas Pak Njang Badri menang dalam pertandingan tersebut,.Razak Rahman di lantik sebagai Ketua Penerangan..Dulu Ketua Penerangan dilantik atas prestasi dan buat kerja..La ni Ketua Penerangan di lantik semasa kepimpinan dtk.tajul pasai kawan tok det,bekas MB.Kedah.

    ReplyDelete
  7. Batman dan anom 10:57,
    Tuduhan Tuan yang melulu itu adalah fitnah di bulan ramadhan.
    Saya mengenali Pak Tuan Syed dan tahu benar bagaimana beliau bekerja, seorang yang dedikasi, terancang, filing sistem bahagian yang kemas, amanah dan tidak berpihak mana-mana kumpulan pun ketika itu.
    Pak Tuan adalah sahabat dan rakan sedarjah Tun Daim sebab itu beliau dilantik oleh Tun Daim Sebagai Setiausaha Bahagian semasa Tun Daim menjadi Ketua UMNO Bahagian.
    Tidak seperti Setiasuaha Bahagian sekarang Romli Karim yang hanya berkhidmat untuk Tajul Urus Mat Zain bukannya setia dan berkhidmat kepada UMNO dan ahli-ahli UMNO dalam Merbok.
    Sikap berpihak sebegini akan menghancurkan seluruh jentera parti dan ahli-ahli akan rasa dipinggirkan.
    Tun Mahathir pernah berkata di dalam pertandingan UMNO yang menang bukan menang semua dan yang kalah bukan kalah semua.
    Tajul menjadi bongkak,angkuh dan sombong apabila menang kononnya kuat sehingga meminggirkan orang-orang Tok Mi dan hari ini Tajul menerima akibatnya yang memakan dirinya sedikit demi sedikit.
    Jangan diharap untuk menjadi calun pada pilihanraya lepas.

    Hebat berkokok tapi pungkoq bau taik.

    MERBOK AKAN BANGKIT!!!! MERBOK AKAN BERUBAH!!!DI BAWAH SANA TELAH BERSEDIA UNTUK MELONJAK MEMBAWA PERUBAHAN YANG BESAR DI MERBOK.

    ReplyDelete
  8. Pelik juga manusia ni, mudah membuat fitnah, mudah membuat sangkaan yang salah, mudah melihat sesuatu dengan persepsi yang tersendiri.Kepada manusia seperti ini membuat tuduhan tanpa usul periksa menjadi gaya hidupnya. Kita perlu awasi manusia seperti ini !

    Dalam PRU 2008, Taman Bunga Raya ditugas untuk menjaga 2 Peti Undi, ia itu Sek Ibrahim dan Bunga Raya. Ketua Peti Undi ialah Pak Tuan Syed Osman. Sebagai salah seorang yang terlibat dengan Peti Undi ini, saya tahu sangat gaya kepimpinan beliau, stail kerjanya,pengurusannya, keakraban dengan pemimpin dari parti2 komponen BN setempat dsb.Malah terbukti dan diketahui umum bahawa di Bunga Rayalah ternampak kerjasama sebagai satu pasukan antara parti2 komponen.Tapi kalah juga. Tak apalah, tahun 2008 tempat2 lain pun kalah terok juga.

    Satu perkara saya mesti cerita. Bukan nak ampu atau nak bodek.Selaku Ketua Peti Undi, Pak Tuan Syed Osman HANYA melibat dirinya dengan soal pengurusan dan pentadbiran sahaja. Soal kewangan beliau tidak sentuh langsung. Semuanya, walau satu sen, semuanya dipegang dan dikelolakan oleh cikgu Hassan, Bendahari Cawangan.Oleh sebab Pak Tuan Syed juga Pengarah Pilihanraya bagi Parlimen Merbok dan banyak masanya perlu berada di pejabat Bahagian, maka banyak pengelolaan dan pengurusan di Bunga Raya dipikul oleh Timbalannya, cikgu Darus, Setiausaha Encik Inalis Mahmud , cikgu Hassan-Bendahari dan AJK2 lain, termasuk dari MCA,MIC dan PPP. Malah dua hari selepas hari mengundi mesyuarat AJK diadakan, di mana antara ajinda mesyuarat, Bendahari telah membentang Penyata Kira-Kira Perbelanjaan yang dibuat dengan begitu teliti dan dengan penuh tanggungjawab.Dan dalam mesyuarat ini, Pak Tuan tidak mahu membuat sebarang tuntutan atas segala perbelanjaan yang didahulukannya. Semuanya dianggap derma kepada Bunga Raya.

    Saya pernah bertugas di Peti Undi lain. Belum pernah saya melihat satu Pengurusan Kewangan Duit Pilihanraya yang begitu telus dan teliti serta terperinci. Saya tak tahu macam mana keadaan di Peti Undi2 lain.

    Pada hemat saya kejayaan dan keberkesanaan sesebuah Jawatankuasa Daerah Mengundi bergantung besar kepada kualiti Jawatankuasa itu sendiri, bermula daripada Ketua hinggalah kepada AJK2. Di sini pentadbiran Bahagian perlu menekan kepada kualiti kepimpinan di setiap DM. Yang lemah dan tidak berkeupayaan, walaupun ianya Ketua Cawangan, tidak semestinya dilantik sebagai Ketua Peti Undi.Saya melihat ada Ketua-Ketua Cawangan yang langsung tidak boleh buat kerja, tapi dilantik juga. Ni kena tanya bahagian.

    Saya nak cadang, sebelum menghadapi PR ke 13, Jawatankuasa Peti Undi patut ditubuh dari SEKARANG. Jangan ditunggu pada saat2 yang terakhir. Bagi taklimat, anjur kursus-kursus dan sesi penerangan. Taklimat dulu kepada AJK Bahagian yang dok ada.

    Sekian, terima kasih. Assalamualaikum !

    MDS.

    ReplyDelete
  9. Salam sdr/sdri MDS. Saya pun kenal Pak Tuan Syed ini, tapi saya dari cawangan lain. Saya kenal dia lama dah, dari masa dia jadi Setiausaha Bahagian lagi. Cara kerja dia, macam mana dia layan orang-orang UMNO biasa, sikap tolong-menolong, pandai bagi taklimat dan ceramah, sikap dan semangat politik dia ....; semua orang tahu ! Dia pun tak sombong.
    Jadi kalau nak banding dengan Setiausaha Bahagian yang dok ada sekarang ni , jauh sangat la bezanya ! Si RK ni kena belajaq banyak. Awat dia takut dengan bayang-bayang SU2 Bahagian yang dulu-dulu ke ? Cikgu Md Khir
    pun pandai berkerja.

    Manusia macam tu lah ! Nak tunjuk diri kita yang hebat sekarang, maka perlulah 'dijatuhkan' orang yang terdahulu. Sepatutnya tunjukkan kehebatan kita melalui prestasi dan kecekapan kerja kita dahulu.Baru boleh orang menilai kita baik atau tidak, tak gitu Sdr MDS ?

    Saya setuju sangat dengan sdr tentang Bahagian perlu membuat persediaan awal menghadapi p/raya akan datang. Kalau tengok kita asyik dok kalah dalam p/raya kecil akhir-akhir ini, hati mana tak rasa gementar.
    Ni dalam dok nak kalah, ada saja benda2 yang dok tak kena di Bahagian ! Awat jadi macam tu ? Pentadbiran Bahagian tak berapa cekap ke ?
    Tak ada ketelusan ke ? Masih ada musuh dalam selimut ke ? Masih ada puak-puak ke ? Tak boleh bersatu balik ke ? Ada yang tak kerjasama ke ? Indah khabar dari rupa ke ?

    Eeeehhh....... ! Saya bertanya banyak sangat. Bukan apa, saya sayang UMNO. Kalah 3-0 di Merbok dulu bukan main sakit hati lagi. Ni dok kalah di p/raya2 kecil pula.

    ReplyDelete
  10. Cikgu Mohd Akhir Awang adalah SUB yg terbaik yg pernah diitiraf oleh SUA UMNO Malaysia..RK xblh tandingi dia..

    ReplyDelete
  11. Aku setuju sangat, cikgu Mohd Akhir Awang seorang SUB yang bijak berkerja.Masa zaman Tok Mie dia atur dan susun semua aktiviti dengan rapi dan Ketua Bahagian tak payah risau dan bimbang. Semuanya beres. RK patut pi belajaq
    kat dia. Ni tidak, pisahkan dia lagi. Kita sepatutnya gunapakai dan belajaq dari orang-orang yang lebih berpengalaman. SUB dulu mana ada gaji atau elaun. La ni dengaq kata dapat beribu. Betoi ke ?

    ReplyDelete
  12. Salam Sejahtera!.
    Setiap orang ada sejarah dan latarbelakangnya. Kalau dilihat ciri2 seseorang yang mampu menjalankan pengurusan dan pentadbiran sudah tentu latar belakang sedemikianrupa.

    Sebelum Merbok dulu dikenali sebagai Kuala Muda. Antara Setiausaha Bahagian (SUB)yang pernah berkhidmat : kuala Muda - Che Gu Hassan Aziz - guru dan pernah menjadi Guru Besar.
    Merbok : Hj.Mahazir Md.Isa - Pesyarah INTAN
    Syed Osman Mansor - Pegawai Pendidikan
    Hj.Mohd.akhir Awang- Guru Besar
    sekarang- Ramli Karim... renungkanlah.

    ReplyDelete
  13. awat hangpa teruk sangat... RK bukannya calang-calang orang , naik la pejabat tengok sistem dia buta kerja... 1000 x lebih baik dari mat khir apatah lagi pak tuan syed.. habuk pun tarak , teori saja lebey... auta !

    ReplyDelete
  14. Ya benar kata Anon 3:11

    Yang layak dan patut menjadi SUB pada ketika ini ada hanya 1 nama. Tuan Syen Osman ketua caw Bunga Raya..Ilmu yang ada pada beliau cukup untok mmberi khidmat bakti kepada masyarakat.

    Bukan macam yang terkini, riak wajah pun dapat di lihat wajah tanpa keikhlasan buat kerja entelah.

    Bukan nak mengomel bukan nak mengata, tapi memang ada kebenarannya. Sampai ramai ajk bhgn dan sayap2 mengeluh tiada program yang di atur , kalau ada pun program semua ajk2 n sayap2 tidak mendapat jemputan.Contoh: baru2 ini ada jamuan buka puasa di JKM, yang hanya datang hya 3 4 kederat saja..mana pergi yang lain.Semua yang ku tanya berkata TIDAK TAHU PUN @ TIDAK DAPAT JEMPUTAN @ TIDAK DAPAT SURAT. Di sini dapat kita Renungkanlahhh....

    Kalaulah Tuan Syed yang menjadi SUB pasti kerjanya TIP TOP..Beliau bukan orang yang buat kerja halai balai, @ bertanggoh tanggoh.
    Tapi apakan daya.Beliau bukan favorite Ketua Bahagian..

    ReplyDelete
  15. Realiti dan Ahli-ahli UMNO Merbok kena faham ialah...salah siapa ini berlaku? Antara faktor penyumbang berlakunya semua ini ialah RM.

    Nak pilih pemimpin, lihat RM.
    Buat program, seleweng RM.
    Pilihanraya, kecoh peruntukan RM.
    Apabila RM bertatah di hati hancurlahhhhhh.
    Nak hadir majlis pun minta duit minyak. RM juga
    Nak p bantu pilihanraya kecil, congak berapa RM nak dapat.
    Sumber pendapatan ahli UMNO, antara puncanya ialah duit RASUAH PEMILIHAN.
    Maka, barisan kepimpinan terpilih adalah perasuah. Kenapa kita nak hairan bila mereka-mereka ini tidak mampu melaksanakan tanggungjawab.
    Kategori yang ada ialah
    a. Jahat
    b. Sangat jahat
    c. Amat Jahat
    d. Terlalu Jahat
    Maka, JAHAT lah yang terpilih.

    Kenapa golongan muda tidak menyokong?
    1. Golongan muda tidak ada tempat dalam barisan kepimpinan.
    2. Golongan tua dan terlalu lama dalam barisan kepimpinan, idea lapuk dan tidak sesuai manalah golongan muda mahu ikut.
    3. Pemilihan barisan kepimpinan tidak berdasarkan kepada kebolehan, pendidikan, akauanbiliti, kecerdikan dan sebagainya tidak di ambil kira. Pilih semata-mata RM dan kesian. Golongan muda sudah tentu melihatnya sebagai jenaka. Tiada yang istimewa atau pun punyai skil yang boleh ke tepi, ke tengah atau ke atas.
    4. Sedarlah, yang tua-tua ni patut menjadi perangsang kepada lapis muda. Ini tidak, puak tua-tua inilah yang dok berebut AJK dan G7.

    ReplyDelete
  16. La bab UMNO ni kita bagi kat puak tua2 dan pencen. Biarlah depa jadi hero dalam UMNO. Sapa pandai beli Ketua Caw dan perwakilan maka dia akan menang. Harga diri mereka bukannya mahal sangat.
    Contoh;
    Bayar RM300. Untuk tempoh 3 tahun @ sepenggal.
    Maka nilai harga diri ketua cawangan @ perwakilan ialah :
    300/(365*3) = RM0.27 atau dua puluh tujuh duit sahaja @ tak sampai 3 kupang.

    3 Kupang sahaja nilai harga diri..... ehhhh murahnya. Padan la dah tua2.

    Puak2 muda hampa tgk saja. Jangan dok ambek tau.

    ReplyDelete
  17. John Sawai,
    Amboooiii hang congak sampai tahap tu.
    Itu kalau dapat RM300 macam mana pulak yang hanya dibeli dengan sepinggan nasi kandar Pelita?
    Hang nak kira macam mana?Ayam? Sotong? Udang Galah? Telor Ikan? Kacang Lendiaq? Telor sotong? Kuah pedas dan kuah hitam taroooo atas...
    Maka dapatlah AJK Bahagian yang kualitinya seperti kacang lendiaq kuah hitam.
    Wsaalllammmmm.

    ReplyDelete
  18. hahahah..heheheh

    Memang lawak betoi kira p, congak mai, tolak p tolak mai itulah herga pokcik-pokcik tu..kesian..

    Tu tidak di kira yang ada 1 caw hanya dengan 1 trip yang tidak sampai 3km dan duduk berhimpit-himpit dengan bawa cucu, tak larat mau jalan di paksa untok menghadiri mensyuarat caw yang di adakan di Hotel yang terkenal si sg petani. brapa pula mau kira herganya makcik2 tok2 n pokcik2 yang dibawa tu seorang..??

    Van pinjam budak pemuda rm 30.00 (return)
    Minyak rm20.00 (1van)
    Jumlah : rm50 / 10 orang
    1 kepala kira rm 5.00
    rm5.00 /1095 hari(1penggal)

    Kecian mereka-mereka itu..TIADA Harga langsung..Tp yang puas hati siapa??kalau bukan Cikgu Hasan.

    Tahniah Pak Hassan.Dapat jugak jadi ketua Caw.tapi tidak buat kerja.#Wanita tak mensyuarat tp ada dalam dewan jadi perwakilan.#puteri tak mensyuarat.#hanya pemuda kot yang mesyuarat..Mai msyuarat caw ada 10 orang tak sampai..TAHNIAH SEKALI LAGI!!!

    ReplyDelete
  19. Selamat Berpuasa kepada semua, bawak-bawaklah bersabar sama. Jom pi masjid solat sunat, terawihm, zikir ,jangan dok kata kat cikgu hasan. Dia x pernah dok kata kat sapa2 pun. Walaupun marah kat dia kerana jadi ketua cawangan, itu kerana Mej Anuar keluar UMNO. Baru ni Hassan menang G7 pulak. Salute U sjn Hassan. Mej kalah perang. Sjn juga dapat semua.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.