24 June, 2011

Siapa YB yang turun melawat kawasan?

KAMPUNG BUJANG – Tindakan seorang lelaki yang sedang mengait buah manggis di rumahnya tidak berkesudahan apabila tersilap langkah ketika terpijak dahan reput menyebabkan dia terjatuh sehingga menemui ajal.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.00 pagi semalam apabila Khalid Shaari, 58, dari Kampung Bujang memanjat pokok manggis dan tidak menyedari terdapat dahan reput menyebabkan dia jatuh bersama dahan terbabit.

Anak kedua mangsa, Nor Nadirah Khalid, 19, berkata, dia hanya mengetahui kejadian berkenaan setelah dimaklumkan keluarga semasa sedang bekerja di Sungai Petani.

“Sebelum kejadian, ayah ada mengajak emak untuk keluar beli ayam, tetapi ditolak menyebabkannya dia keluar sendirian.

“Tiada sebarang kejadian pelik berlaku sehingga dia balik, tetapi sebelum memanjat pokok berkenaan, arwah ada menjelaskan dia mahu minum air dan terus pergi,” katanya.

Menurutnya, maksud arwah mahu terus pergi menjelaskan dia mahu terus panjat pokok manggis selepas minum air, namun kata-kata itu adalah petanda bahawa ayahnya akan pergi buat selama-lamanya.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi kejadian mendapati, galah dan bakul milik mangsa yang digunakan untuk mengait manggis masih terdapat di atas pokok berkenaan.

Difahamkan, hasil perkongsian hidup arwah dengan isteri, Siti Zainab Bakar, 43, dikurniakan lima anak berusia antara lapan hingga 22 tahun. (sinar)

4 comments:

  1. Mt: Jgn x tau yg YB2 yg sibok dok keluaq masuk kawasan nie..mgkin org jatuh pokok x penting pda depa sbb dah x dk..x leh undi...tp depa lupa yg yg tinggal la bakal penentu undi depa kelak... Nasib yg sama brlaku pda Pemuda yg meninggal dlm tidor 3mingu lepas...tp di Dun yg dah kalah...

    ReplyDelete
  2. itu lah bahana YB rshid din dn YB tg dawai, hampa pi mana? harap YB aljuburi sheikh video sex china tekangkang tu tukar dan ganti dgn calon2 lain yang selalu pi tengok kematian

    ReplyDelete
  3. BAkal CALON..yg sendiri declare di Merbok....
    Kenapa kereta RASMI berada di rumah seseorng itu. Di tutup dengan kain lagi.....

    Daud Ismail
    Taman Orkid,
    Sungai Layar.

    ReplyDelete
  4. Hahahha...Tu kereta Universiti Malaysia Perlis kat Taman Orkid....
    Timbalan Ketua Bahagian Merbok...hahaha..

    Alias Congo

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.