08 June, 2011

Kerana isteri dingin di ranjang suami ke seberang

Dr Rohaya Mohamed
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.

“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing. -Berita Harian

9 comments:

  1. Bini mesti mau bikin shiok sama dia...baru talak cali China doll maaaaaa....
    China doll manyak pandai lorrrr.....

    ReplyDelete
  2. Dia pandai sangat ke dalam bab ni. Kena ambil tenaga pengajar dari Chow Kit le.
    Elok tunjuk Video seks Datuk T tu kat semua ahli-ahli. Terrer le.

    ReplyDelete
  3. Kalau jadi first class prostitute apa suami sanggup beri ganjaran seperti Natalia dan Bella? Saya rasa itu barule boleh sang isteri tak buat aper tapi tumpu masa hias rupa, solek ajer pagi malam..

    Tetapi kenyataan sekarang, ramai dari kalangan isteri terpaksa keluar cari rezeki untuk keluarga, balik rumah selain peranan sebagai ibu memastikan anak-anak serba terurus, dia juga adalah tukang masak, tukang cuci rumah halaman, tukang paip dan tukang kebun, pemandu..


    Kasma

    ReplyDelete
  4. kak jijah tak mau joint kah?

    ReplyDelete
  5. Tengok puas-puas adakah itu ketua pelacur kelas 1.

    Rasa nya kalau dia yg sarankan ida gitu mesti baik punya layanan dia kat suami... kalau tak macam mana nak jadi contoh..

    Mungkin...mungkin... tak mengata cuma heran!!!!

    ReplyDelete
  6. isteri utk suami balun.......
    suami utk isteri balun.......
    pakat2 balun lah puas puas...
    yg tak puas tu lah cari china doll.....
    yg tak puas tu lah cari normah.........
    dan perempuan pula balun drebar puas2...., lps tu jpa ayah pin klantan dan ayah pin pula angkat ibu jari..............

    ReplyDelete
  7. Suami Dr. Rohaya ni puas ke main dengan dia? Satu minggu berapa kali gamaknya Dr. Rohaya memuaskan nafsu suaminya kalu dia sibuk ngan kelab dan tugasan hariannya...Balik rumah dah letih cam ne nak layan suami...

    ReplyDelete
  8. Tak payah lah kelab2 ni semua. Manusia mmg tidak suka disuruh itu ini. dan suami yg baik akan automatic plays a part. Suami pun patut menjadi gigolo klass 1 pada isteri baru hangat!

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.