04 June, 2011

Pelancong lebih kenal Langkawi dari Negeri Kedah

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan berdasarkan maklumat Kementerian Pelancongan didapati terdapat penurunan kedatangan pelancong ke negeri Kedah sebanyak 700,000 daripada 1.7 juta pada tahun 2009 manakala hanya 1juta pada tahun lalu.

Pelancong yang melawat Pulau Langkawi tidak langsung datang ke tanah besar Negeri Kedah Darul Aman kerana Kerajaan Negeri tidak mengambil inisiatif untuk mempromosikan tanah besar.

Pelancong luar yang datang ke Langkawi tidak tahu pun wujudnya Alor Setar dan mereka lebih banyak berbelanja di Langkawi daripada tanah besar.

Inilah kelemahan Kerajaan Kedah yang tidak bijak mengambil kesempatan untuk mempromosikan Negeri Kedah.

Tidak hairanlah jika Alor Setar digelar sebagai "dead city".

3 comments:

  1. pungundi lebih kenal anur naib pemuda daripada kenal dato tajol, awat jadi macam tu?
    nampaknya tajul melepas la untuk jdi calon BN pru13 nanti,

    ReplyDelete
  2. Pelancung nak mai buatapa kat Alor Star.Alor Star bukan ada apa.Rumah urut tak ada.tempat tiger show pun tak ada.Tempat nak main judi tak ada.Tempat nak mabuk tak ada.Inilah kegemaran pelancung.Setakat nak beli dodoi,tikar mengkuang,karas,madu lebah campur gula, mana pelacung nak pergi.Jangan marah berfikir lah sendiri.....

    ReplyDelete
  3. Langkawi mmg terbaik sebagai lokasi perlancongan dlm Malaysia. Negeri Kedah Darul Aman pun terkenal jg sebenarnya sbb bila org sebut Langkawi still fokus pada Negeri Kedah. Cuma Langkawi terkenal sebagai Pulau bebas cukai. Mungkin sbb itu jg ramai pelancong yg memilih utk datang ke Langkawi berbanding tempat2 lain yg terdapat dlm Negeri Kedah ni. Lagipun Langkawi mempunyai daya tarikkannya yg tersendiri untuk menarik para pelancong dtg melancong ke Langkawi. Seperti pantainya yg bersih, tenang dan damai. Sesuai utk beristirehat setelah seharian bekerja. Insya'allah Langkawi terbaik utk kita semua, pandai2 lah kita nk menilai baik atau buruk sesuatu tempat itu. Yang penting kita mestilah menjaga tingkah laku kita ketika melancong, sbb baik buruk sesuatu yg kita buat tu dtgnya drpd diri kita sendiri (^_*)

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.