SALIH (tengah) bersama empat isterinya dari kiri, Samihah, Norlizah, Norraha dan Norfara Wahida, menunjukkan pasport di KLIA, semalam. |
“Alhamdulillah, ini adalah rezeki kami sekeluarga lebih-lebih lagi selepas bernikah kali keempat. Ia juga peluang kepada kami bercuti dan berkumpul beramai-ramai dalam satu keluarga besar,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.
Salih berkata, percutian enam hari itu peluang dinantinya kerana jarang dapat berkumpul bersama berikutan beliau sekeluarga mempunyai masa lapang terhad.
“Sukar untuk merancang percutian beramai-ramai dengan semua isteri saya kerana ada yang sibuk bekerja dan belajar serta tidak dapat memohon cuti bersama,” katanya.
Percutian bersama keluarga itu turut disertai empat isterinya iaitu, Norlizah Mamat, 46, Norraha Hamat, 42, Norfara Wahida Sulaiman, 32, dan isteri keempat yang baru dinikahi, Samihah Sheikh Ali, 25. Hanya tujuh daripada 11 anaknya menyertai percutian berkenaan berikutan urusan kerja dan belajar.(Sumber Berita Harian online)
Gang Bang kat Tembok Cina untuk kenangan kut. He! He! He!
ReplyDeleteKesian kat Samihah. Bagi seorang wanita, berbulan madu adalah saat yg romantik untuk berdua2an dengan suami yg baru dinikahi. Tapi malang bagi Samihah, suami angkut bini2 lain lagi. Maybe bagi Salih ini bukan honeymoon tapi percutian keluarga. Dugaan pertama dalam hidup bermadu, nasib la Samihah ooii...
ReplyDelete