03 June, 2011

Merbok markas dadah

TUMPAS... Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim (tiga, kiri) menunjukkan sepucuk pistol jenis Smith & Wesson yang dirampas dalam serbuan di Merbok, Sungai Petani sambil diperhatikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah, Supt Baharom Othman (dua, kiri), Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kedah DSP Zainuddin Saad (kiri) dan pegawai-pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di Alor Setar, Khamis. - Foto BERNAMA
ALOR SETAR: Polis Kedah mencapai kejayaan besar tahun ini apabila merampas 119.26 kilogram ganja bernilai RM411,000 dan menahan dua lelaki di Merbok, Sungai Petani, Isnin lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam kes pertama, seorang buruh berusia 47 tahun ditahan pada kira-kira 5.30 petang dan menemui tiga ketulan ganja mampat seberat 3.15 kg bernilai RM11,000 pada motosikal suspek.

"Lelaki itu cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh angota Jabatan Sisatan Jenayah Narkotik Negeri," katanya pada sidang media, di sini, Khamis.

Katanya siasatan awal mendapati suspek pernah ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Bahaya 1952 pada tahun 2008 dan ujian air kencing juga mendapati suspek positif ganja.

Ekoran tangkapan lelaki tersebut, katanya polis menyerbu sebuah rumah di Ladang Sunga Batu, Merbok, pada kira-kira pukul 6.15 petang pada hari yang sama dan merampas 114 ketulan mampat ganja seberat 116.11kg bernilai hampir RM400,000.

Katanya dalam serbuan itu, polis menahan seorang pekebun berusia 45 tahun serta merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama 84 butir peluru hidup 9mm dan sepasang gari dalam bilik tidur suspek kedua tersebut.

Susulan tangkapan itu, Ahmad berkata polis turut merampas dan menyita harta suspek yang dipercayai dibeli hasil penjualan dadah termasuk sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux, empat motosikal serta barangan elektrik.

Katanya semua barang yang disita itu bernilai RM172,800 dan polis masih mengesan harta lain milik suspek.

Kedua-dua suspek yang merupakan sahabat itu direman sehingga Isnin ini dan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kesalahan mengedar dadah dan boleh dihukum mati mandatori jika sabit kesalahan.

"Suspek kedua juga turut disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki pistol dan peluru yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan enam sebatan," katanya.

Katanya suspek kedua tidak mempunyai rekod jenayah lampau tetapi hasil ujian air kencing didapati positif dadah jenis ganja. - BERNAMA

Berita di atas seharusnya adalah satu yang mengemparkan  wakil rakyat Tanjung Dawai dan Ahli Parlimen Merbok, Rashid Din malah Penyelaras Parlimen Merbok kerana ia berlaku di dalam kawasan mereka.

Jangan mereka asyik mengejar kuasa sehingga anak muda hisap ganja pun mereka tidak ambil peduli.

2 comments:

  1. Habis,kini kampung sudah jadi sarang dadah. Dah pandai simpan pistol. Mana lagi tempat selamat???????

    ReplyDelete
  2. rasid din dan adun tg dawai tu haprak,mcmana nak jaga org2 muda, asyik dok bela peliwat dan penzina cina tu, kesana sini depa pi dok bela sipeliwat durjana tu lah,
    org melayu tak berguna dok ajar muda mudi jadi teruk akhlak.......... dan kini rakyat sendiri bisnes ganja yg luar biasa...........
    tanggung lah dosa2 ini!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.