01 June, 2011

UMNO Merbok berikrar tidak akan menuntut DUN Bukit Selambau

Di dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Merbok yang diadakan pada 28 Mei 2011 di Dewan MRSM Merbok, Ketua UMNO Bahagian Datuk Tajul Urus Mat Zain di dalam ucapannya, beliau telah berikrar bahawa UMNO Bahagian Merbok tidak akan menuntut kerusi Dewan Negeri Bukit Selambau kerana itu adalah hak MIC.

Itulah pengorbanan UMNO terhadap rakan dalam komponen BN yang seharusnya MIC sedar bahawa suara-suara kaum India tidak pernah dipinggir.

Apa yang mendukacitakan wakil penyelaras DUN Bukit Selambau S.Krisnan langusung tidak hadir walaupun dijemput pada mesyuarat perwakilan tersebut.

8 comments:

  1. CUKUP2 LAH TU!!! NAK BODEK...

    ReplyDelete
  2. kalau si tajol tu tuntut pun bukan nya dato bashah nak dengar, masuk kiri keluar kiri, haprak punya pendapat siapa nak peduli, dulu depa dah bagi kedah kalah,
    sekarang ni serah pada TUN DAIM lah-dia tau la apa dia nak buat,

    ReplyDelete
  3. Nelayan Belai t.DawaiJune 1, 2011 at 7:07 PM

    Tajul.awat yg hang buat U turn pula.Masa pilihanraya kecil hari tu hang yg pukul gendang deras sangatHang yg jadi hero ayam daging nak jadi calon Bt selambau.Inilah yg dikatakan pemimpin KERAK NASI=LEPAT LIAT=LEPAT PISANG.Terlajak perahu boleh gostan balik.Terlajak cakap eelek lah.Dulu hang kondem Tun Daim,Zainudin Maidin,Tok Mi Janggut dsbnya.Lagi pun nama dia pun bukan popular lagi dah.Nama dah jadi busuk dan berulat.Dulu bolehlah ada Det Khalid dengan KJ.Sekarang zaman wineable candidate.Depa tanya duit banyak lagi ke.kalau ada huluk la mai sikit.Bukan apa nak baiki rumah je.Hang dah hebat ada rumah besak.Tajul pun sampai ditepi pantai dan eloklah berenang kelaut dalam cari ikan bilis pula.

    ReplyDelete
  4. Hah..dok x sedaq lg ketua2 cawangan DUn Bkt Selambau..dok lena lg..penat ja dok hbq kt akaq umbi suroh keja kuat..mana p surat2 yg hampa sain dulu yg mintak Dun Bkt Selambau bg balek kt UNMO?? takut x dpt undi Hindu maka Tajul sanggup jual maruah UMNO Merbok.apa hadap sgt undi depa ni???? Mau dok pikiaq...kalu Dun x bg,,maka Parlimen pn jgn dok mimpi... ni lah perubahan yg tajul dok buat...

    ReplyDelete
  5. Dato' Tajul Urus Md Zain tu seorang pemimpin. Apa-apa kenyatan yang dia buat mesti ada sebab yang kukuh dan praktikal. Dato Tajul faham jiwa mamak dan suka makan nasi kandar. Dia juga suka Tairu dan Masalodeh. Jadi dia tau apa yang dia buat. Orang-orang india ada peranan untuk survival melayu... dulu-dulu... melayu pakai daun kayu, habis gatal gatal punggung dan paha melayu masa tu.. lepas pedagang india berjeram-jeram mai ikut Merbok dan mula camping kat situ, Melayu mula belajar pakai kain.. baru terasa lembut sikit.. baru senang nak pi mai dan segala gatal-gatal pon hilang. Lain kali kalau nak komen apa-apa ..tengok sejarah sikit dulu. Walau bagaimana saya nampak 'Political Perpective' Dato' Tajul semakin menyerlah. Kalau ditambah dengan keikhlasan dan jangan dok ikut cakap jarum-jarum karat kot tepi dia tu sangat, serta sifat ketegasannya, saya percaya Dato Tajul akan muncul diantara pemimpin hebat di Kedah kini jika bergandingan dengan Dato' Bashah di UMNO negeri. Hangpa orang-orang PAKATAN kena siap Kereta Tank dan Meriam Penangkis kalau nak halang gandingan depa dua ni. Sebab kalau depa beganding... power gilaaaa.. Maklum lah Pemimpin darah panas berganding dengan Pemimpin 'Strategik' yang dikatakan slow ..tapi hangpa tak tau banyak benda tengah dok berjalan lani... Bagi Hangpa kaum PAKATAN akan cirit birit bila UMNO negeri mula bertindak sikit masa lagi... bagi orang umno ...hangpa akan tabik Doto Bashah dan UMNO Negeri.. tunggu... !!!

    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  6. NAK GANDINGKAN DATO' BASHAH N DATO' TAJUL...BIAR BENAR...SEDANGKAN GANDINGAN DIA DENGAN PEMIMPIN TERDAHULU HANCUR NIE NAK GANDING DGN DATO' BASHAH...PIKIR 400X LAH...
    LAGI PUN KALU NAK CITE PASAI SEJARAH...JANGANLAH SAMPAI MENGUTUK BANGSA MELAYU...BUKAN PEDAGANG INDIA JE YANG BAWA KAIN MAI SINI..BANYAK LAGI YANG BAWA KAIN...NAMPAK SANGANT NAK BODEK DATO TAJUL...LAGI PUN DIA TAKUT KALU DUN BUKIT SELAMBAU TU DAPAT KAT CALON YANG DIA TAK SUKA...LEBIH BAIK BAGI KAT MIC...MCM TAK TAU STRATEGI DIA...NAK CANTAS MANA YANG BOLEH

    ReplyDelete
  7. Bukit Selambau tak tuntut....Itu kata dia..Ada mesyuarat Bahagian putus? Jangan temberang la.... cakap bodek....

    Taman Bujang

    ReplyDelete
  8. DUN Bukit Selambau perlu di bahagi dua, satu Sg Lalang satu lagi Bukit Selambau. DUN Bukit Selambau perlu dikembalikan pada UMNO. DUN Sg Lalang boleh dipikirkan, tapi majoriti Melayu, hanya UMNO sahaja. kita perlu tegas. Asalnya dulu Dato Badri, kita terlalu tolerate bagi kat MIC, la ni kita ambil balik dan kekalkan UMNO di situ. Sebagai pengundi DUN Bkt Selambau, banyak jasa Dato Badri berikan, bila mai Dato Saravanan, susah la nak habaq....tak ada apa langsung perubahan. HANYA UMNO pembela rakyat.
    Mohd

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.