22 February, 2011

Apa sandaran Datuk Bashah menyatakan Kedah bakal menang 2/3 majoriti PRU13?

Bakal MB Kedah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah meletak sasaran BN dan UMNO Kedah akan menang majoriti sebanyak dua pertiga daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Kononnya sasaran itu realistik atas dua sebab :
a) Sokongan rakyat negara ini telah kembali dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

b) Rakyat sedang merungut terhadap pelbagai kelemahan yang ketara oleh Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) sejak akhir-akhir ini.

Inilah analisa mudah bakal MB Kedah, Datuk Ahmad Bashah yang ternyata singkat, cetek dan tidak telus. Mengapa beliau tidak nyatakan secara terus terang bahawa dalaman UMNO Kedah masih merobok dan berulat. Apa usaha beliau memperbaiki krisis dalaman UMNO supaya keyakinan rakyat kembali kepada UMNO Kedah?

Rakyat mungkin sokong DS Najib tetapi rakyat juga loya dengan juak-juak UMNO yang tidak berubah berbalah sesama mereka sejak dari PRU12 yang lepas sehingga hari ini tidak kebah-kebah lagi.

Inilah pemimpin yang serabut apabila kita sering melihat kelemahan lawan sehingga kita tidak sedar kelemahan dalaman kita lebih parah.

21 February, 2011

Tahniah Ketua UMNO Bahagian Merbok di atas perlantikan jawatan strategik dalam barisan UMNO Negeri Kedah

Usaha mengembalikan empayar yang telah runtuh bukanlah satu perkara yang mudah. Sejarah telah mengajar kita secukup-cukupnya bagaimana Empayar Rom, Empayar Othmaniah, Empayar Yunani, Parsi dan Melaka sendiri bagaimana apabila telah jatuh bukan setakat keruntuhan empayar sahaja tetapi turut runtuh ialah tamadun, ekonomi dan sosio-budayanya sekali.

Pihak yang jatuh akan lemah bukan setakat fizikal malah mindanya juga, begitu juga pihak yang menang akan menjulang kemenangan dan mengubah segala sistem, pentadbiran dan corak memerintah.

Begitu juga di Kedah hari ini, tidak mudah YB Datuk Bashah untuk mentadbir UMNO untuk mengembaikan kegemilangan UMNO di Kedah. Jika beroleh kemenangan pun ianya tidaka akan serupa seperti zaman kegemilangan yang hebat dahulu.

Datuk Bashah telah mengumumkan barisan Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya UMNO Kedah semalam. Meneliti barisan ini nampaknya agak mantap tetapi perlu ditunggu dahulu hasil mereka dalam masa yang tidak ada masa lagi ini.

Perlantikan YB(kalah) Datuk Tajul Urus Mat Zin sebagai pengerusi pengangkutan dikira tepat dengan masa dan ketika ini. JK Pengangkutan dikira satu JK yang strategik dan penting dalam mana-mana pilihanraya baik yang kecil atau pun pilihanraya umum.

Walaupun JK ini hanya berkerja di saat-saat akhir hari mengundi tetapi ia memerlukan perancangan yang rapi dan teliti serta minda yang cerdas. Jika di Sabah dan Serawak ia melibatkan pengangkutan bukan setakat di darat tetapi laut, sungai dan udara.

Pengagihan peruntukan juga bukannya sedikit, kadangkala ia melibatkan peruntukan jutaan ringgit kerana ianya banyak bergantung kepada kesulitan logistik sesuatu kawasan tersebut.

Malah yang maha utama ialah Jawatankuasa ini juga mudah terdedah kepada penyelewengan yang sukar dibuktikan oleh audit atau SPRM. Sebagai contoh permohonan jumlah kenderaan untuk sesuatu kawasan pilihanraya itu mungkin 300-400 buah kereta (yang kerapkali kereta-kereta ajk sendiri) tetapi yang betul-betul keluar mengangkut pengundi pada hari mengundi itu hanyalah 80-100 buah yang lain tersadai tidur di rumah AJK. Persoalannya kemana baki wang yang telah disalurkan itu?

Begitu juga masa bertugas untuk mengangkut pengundi yang selalunya dari pukul 7.00 pagi hingga 5.00 petang sebaliknya mereka hanya berkerja dari pukul 7.00 pagi sampai 12.30 tengahari, masa yang selebihnya mereka rehat di bawah pokok-pokok ketapang kerana kononnya letih.

Konklusinya jika dibuat kajian berdasarkan pengalaman yang lepas, Jawatankuasa inilah yang berbelanja hebat seperti lawatan ke Australia dan Medan sebaik sahaja habis pilihanraya.

Walaubagaimanapun Datuk Bashah dan barisan Jawatankuasanya haruslah bekerja kuat untuk membina semula Empayar BN/UMNO Kedah yang telah runtuh ini kerana jika BN masih kalah dalam PRU13 akan datang ini bermakna rakyat sudah tidak mahu kepada BN/UMNO, tinggallah sejarah.

20 February, 2011

Datuk Ahmad Bashah tak makan lobi

Datuk Ahmad Bashah dikira membuat keputusan yang tepat apabila melantik Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Othman Aziz sebagai setiausaha perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Ghazali Ibrahim sebagai bendahari, menggantikan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Beliau ternyata akur dengan kehendak Presiden parti DS Najib dan tidak wewenangnya melantik rakan-rakan karib beliau walaupun pelobian mereka begitu kuat.

Diharap dengan barisan yang lengkap dan bertenaga ini Kedah akan menjulang kembali bendera BN dan seterusnya membawa pembangunan yang lebih pesat demi rakyat yang sedang kehausan ini.

17 February, 2011

Ketua UMNO Bahagian Merbok akan dilantik sebagai Bendahari Perhubungan UMNO Negeri.

Desas-desus, sutsit-sutsit telah melanda UMNO Kedah bahawa Ketua UMNO Bahagian Merbok akan dilantik sebagai Bendahari Perhubungan UMNO Negeri.

Ini kerana lobinya sangat kuat dan kencang disertakan pula Dato'Ahmad Bashah adalah keluarga suku-sakat mereka.

Perlantikan ini jika berlaku adalah dikira tepat pada masanya memandangkan kewibawaan beliau mengaut dana-dana asing dari Singapura dan kebolehan melobi projek dengan menumbuk meja menteri dan mengugut menteri-menteri yang tidak layan projek jutaan ringgit permohonan beliau.

Memandangkan amalan pentadbiran UMNO banyak mengunakan wang sehubungan itu Bendahari perlulah dilantik dari kalangan ketua bahagian yang rajin hemoy, muka tak malu dan broker atas angin yang kulit tebal.
Semoga UMNO Kedah tidak pungggahhh.

15 February, 2011

DS Najib 'endorsed' supaya Jamil Khir kekal Ketua Penerangan UMNO Kedah

ALOR SETAR: Badan Perhubungan Umno Kedah akan dirombak bagi mengukuh dan memantapkan lagi badan itu berikutan pelantikan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir sebagai pengerusi dan timbalan pengerusi yang baru.

Ketika mengesahkan rombakan kecil itu, Ahmad Bashah berkata Mukhriz akan melepaskan jawatan bendahari Umno Kedah pada mesyuarat kali kedua badan itu disini Sabtu ini.

Jawatan Ketua Penerangan yang disandang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan jawatan Datuk Othman Aziz sebagai setiausaha kerja dijangka tidak berubah.

Bagaimanapun setiausaha Datuk Ir Nawawi Ahmad dijangka dilantik sebagai bendahari yang baru menggantikan tempat Mukhriz dan tempatnya dijangka diisi oleh muka baru.

Ahmad Bashah dilantik menggantikan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal manakala Mukhriz mengambil tempat Ahmad Bashah berkuatkuasa 1 Januari lepas.

"Saya telah membincangkan perubahan itu dengan Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa perjumpaan dengan ketua-ketua Umno bahagian seluruh negara di Kuala Lumpur Sabtu lepas.

"Kita mengambil pandangan Presiden. Saya fikir semua ketua-ketua bahagian telah faham kehendak beliau...tunggulah Saya akan umum perubahan tersebut Sabtu ini," kata Ahmad Bashah.

Katanya mesyuarat Sabtu ini juga akan membincangkan secara mendalam pesanan Presiden Umno yang antaranya membuat persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13 dan mengemaskan jentera parti.

Mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dan Kerdau, Pahang, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu meraih majoriti lebih besar berdasarkan sikap pengundi sejak Najib menerajui kerajaan.

"Kepercayaan rakyat terhadap Najib juga boleh dilihat dengan sokongan rakyat terhadap Umno dan BN secara umum dan khususnya di Kedah. Kepercayaan rakyat inidapat dilihat melalui ucapan pemimpin-pemimpin pelbagai kaum selain mereka lebihrapat dengan BN masa kini," katanya. - BERNAMA

13 February, 2011

Hari Asmara- Media Prima Bhd sudah minta maaf

Valentine's Day postcard, circa 1910
Setelah 2 tahun program Halaqah menyiarkan kenyataan penceramah bebas Datuk Siti Bahyah Mahmood bahawa Hari Velentine adalah aktiviti tidak bermoral yang di asaskan tradisinya oleh komuniti Kristian.

Berikutan itu semalam AJK Pusat MCA Loh Seng Kok menyeru Siti Nor Bahayiah Mahmood supaya memohon maaf kepada masyarakat Kristian di atas dawaannya yang konon tidak berasas, prejudis dan tidak cerdik.

Susulan daripada itu hari ini Media Prima Bhd telah meminta maaf atas komentar negatif tersebut. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh Chief Operating Officer Media Prima Bhd, Ahmad Izham Omar.

Program Halaqah yang ditayangkan oleh TV9 pada 15 February 2009 dua tahun yang lalu rupa-rupa diungkit kembali hari ini mungkin sempena Hari Kekasih atau PRU sudah dekat.

Hari kekasih yang sebenarnya tidak terikat kepada sepasang kekasih yang sedang bercinta sahaja atau yang sedang mabuk asmara atau remaja yang belum berkahwin tetapi Hari Kekasih juga dirayakan oleh pasangan-pasangan kekasih yang terlarang seperti kekasihnya itu isteri orang atau kekasih itu suami orang.

Itu lebih bahaya kerana ia boleh memporak-perandakan seluruh keluarga lebih-lebih lagi jika kekasih gelap mereka terbongkar.Jika ia melibatkan pemimpin lagilah mencemarkan parti yang diwakilinya.

11 February, 2011

Ketua UMNO Bahagian Merbok BOM lagi!!!

TAJUL Urus Md. Zain (kanan) menerima borang permohonan ahli-ahli PKR yang menyertai UMNO daripada Alang Kasturi di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.
Utusan Malaysia 11/2/2011
Hilang kepercayaan, 100 ahli PKR Merbok sertai UMNO


SUNGAI PETANI 10 Feb. - Sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri ini dilihat semakin merosot apabila kira-kira 100 ahli parti itu bertindak menyertai UMNO semalam.

Ia melibatkan ahli PKR Ranting Paya Nahu dalam Cabang Merbok yang diketuai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) ranting berkenaan, Alang Kasturi yang telah hampir 10 tahun menyertai parti itu.

Menurut Alang, tindakan tersebut diambil bersama ahli yang lain ekoran hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi parti terutamanya Penasihat PKR dan kepemimpinan kerajaan negeri.

"Kami sekarang sudah muak dengan perangai dan tindakan pemimpin PKR yang bertindak untuk kepentingan peribadi dan bukannya berjuang mengikut kehendak asal parti.

"Lebih kesal, PKR dan pemimpinnya hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikannya walaupun kami memberikan mandat kepada mereka memimpin kerajaan negeri tiga tahun lalu," katanya

Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan 100 borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain.

Alang memberitahu, para penyokong PKR juga makin tawar hati dengan wakil rakyat pakatan pembangkang kerana gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Sudahlah masalah tidak dapat diselesaikan, wakil rakyat PKR yang dipilih kami entah hilang ke mana, muka pun jarang nampak," dakwanya.

Menurutnya, beliau dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyertai UMNO sebagai ahli biasa dan akan membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

"Kami akan berjuang habis-habisan untuk merampas kembali Merbok daripada pembangkang dan saya menjangkakan ramai lagi ahli yang akan mengikut jejak kami meninggalkan PKR ," katanya.

Sementara itu, Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Alang dan rakan-rakannya untuk menyertai UMNO.

Beliau berkata, UMNO menerima kesemua mereka dengan hati terbuka dan berharap lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah mereka keluar PKR .

"Kini mereka boleh menilai sendiri sama ada perjuangan PKR benar atau sebaliknya. Kita berharap, rakyat khususnya di Parlimen Merbok dapat mengambil iktibar daripada perkara ini," katanya.

Beliau berharap, dengan penyertaan ahli baru tersebut akan memperkasakan lagi UMNO Bahagian untuk merampas kembali Parlimen Merbok daripada PKR dalam PRU13.


Berita diatas adalah satu pembohongan yang besar oleh pelakon-pelakon opera UMNO Bahagian Merbok. 

Daripada maklumat akar umbi di bawah bahawa Alang Kasturi yang konon 10 tahun menyertai PKR dan telah taubat berhijrah kepada UMNO yang sebenarnya adalah orang UMNO bekas Ketua Cawangan Flat Paya Nahu yang pergi bekerja di Johor Baharu. Menghilang diri sekita kerana beberapa hal peribadi hari ini muncul tiba-tiba.

Berita ini adalah satu pementasan opera untuk menegak benang basah oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok kerana kepimpinan beliau sedang menghadapi kucar-kacir dipercayai akan berhadapan dengan undi tidak percaya. Cuma tidak lah sampai tunjuk perasaan seperti Presiden Hosni Mubarak di Mesir.

Malah tidak mustahil mengikut maklumat bekas risik bahawa bahan berita ini akan dijadikan bahan bukti untuk melobi kepimpinan di atas pada hari Sabtu ini semasa berjumpa Presiden bahawa beliau lah manusia yang paling layak di atas muka bumi ini untuk dicalunkan sebagai  calun Member of Parlimen Merbok seterusnya sebagai Menteri kabinet Najib.

Akhirnya yang kena Bom! ialah pengundi di bawah. Ada duit semua jadi jangan sampai kena beli.

08 February, 2011

Tan Malaka seharusnya melondehkan siapa 'budak-budak' politik yang dimaksudkan beliau


Pic Tan Malaka: hiasan sahaja
Tan Malaka menulis di dalam Utusan Malaysia 7/2/2011yang bertajuk “Singapura yang tidak ‘Cina’- Link : Singapura yang tidak 'Cina' telah menyatakan bahawa dasar kita dari awal tidak keras dan berani seperti menggunakan satu bahasa sebagai alat perpaduan dengan mengikut contoh LKY apabila beliau tegas menutup sekolah-sekolah Cina, Melayu dan Tamil dan hanya melaksanakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kebangsaan.

Sebaliknya menurut beliau Malaysia masih lagi ‘mabuk’ untuk mengimbangi kehendak semua kaum seperti sedang tercari-cari penawar kudis buta yang bernama “Malaysian Malaysia” yang dicucuk oleh LKY.

Yang lebih parah lagi di dalam keadaan ‘mabuk’ ini kita pula membuka seluas-luasnya kebebasan yang konon nya ingin menuju arah globalisasi ala barat. Sehingga kita terjerut hampir mati dalam PRU12 yang lepas.

Inilah kesilapan yang paling besar oleh Bapa Mahathir apabila beliau melantik Pak Lah sebagai PM mengantikan beliau. Apa yang diasaskan oleh Tunku, diperkukuhkan oleh Tun Razak dan dimaruahkan oleh Mahathir telah punah-ranah tidak sampai 8 tahun menjadi PM (2003-2008).

Kata Tan Malaka ini semua berpunca dari nasihat ‘budak-budak’ politik . Mungkin budak-budak politik ini di ‘master mind’ oleh Kalimullah Hassan tali barut Singapura.

Jika benar kenyataan Tan Malaka ini beliau seharusnya melondehkan siapa yang sebenarnya ‘budak-budak’ politik ini kerana mereka lah anasir yang menyuburkan ‘Malaysian Malaysia’ benih LKY.

07 February, 2011

Jangan Lupa Kisah ini – Anekdot terakhir : “Saya tidak lupa budi baik Dr Mahathir, sungguh dia baik hati” Tunku

Semasa Tunku bercuti di London akhir tahun 1969 dan kebetulan saya juga ada bersamanya, saya telah memberitahu Tunku bahawa Ahmad Boestamam tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan dia selalu datang ke tempat saya hampir setiap hari. Tiada siapa pun yang boleh menolongnya sedangkan dia boleh bekerja dengan baik. Saya meminta jasa baik Tunku agar memberi kerja kepadanya di Utusan Melayu.

“Dia selalu dok hentam kita,” kata Tunku

“Itu dulu. Sekarang dia tak buat lagi. Dia mahu hidup dengan baik. Dia mahu kembali dalam bidang penulisan” kata saya.

“Kalau begitu tak apalah. Nanti bila saya balik saya boleh panggil Utusan suruh terima dia bekerja di sana”.

Sebaik tiba di tanahair, Tunku terus mengarahkan Utusan Melayu supaya menerima Ahmad Boestamam bekerja di sana. Bekerjalah Ahmad Boestamam di Utusan atas jasa baik Tunku.

Sewaktu Tunku gering, ramailah sahabat dan rakan yang menziarahi Tunku di HBKL. Yang sering menziarahi Tunku selain daripada keluarga dan sahabat-sahabat karib beliau ialah Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad. Beliau begitu mengambil berat tentang kesihatan Tunku.

Pada malam Tunku menghembuskan nafas yang terkahir, beliau berdiri disisi Tunku dengan tidak bergerak-gerak. Sebentar-sebentar beliau membongkok menatap wajah Tunku. Pada wajah beliau jelas terbayang rasa sedih dan pilu. Inilah yang dilalkukan oleh beliau sehingga Tunku menghembuskan nafas yang terakhir, pulang ke pangkuan Allah SWT, menyambut panggilan-Nya.

Dato’ Seri Dr Mahathir terus bediri di sisi jenazahTunku, menatap wajah Tunku dengan rasa sayu dan hiba, beliau menunggu sehingalah selesai jenazah untuk diberangkatkan dan seterusnya mengiringi jenazah dari HBKL terus ke kediaman Almarhum di Bukit Tunku dan ikut serta membaca Yassin hingga lewat malam.
Esok harinya, pukul 7.30 pagi-pagi lagi Dato’ Seri Dr Mahathir berserta isteri telah sampai di rumah Almarhum Tunku dan sekali lagi menatap wajah Almarhum untuk penghabisan kalinya.

Saya tidak dapat lagi menahan airmata melihat suasana tersebut kerana Almarhum Tunku adalah seorang yang sangat saya hormati dan kasihi. Sedih dan hiba melanda suasan pagi itu, lebih-lebih lagi bila Almarhum mendapat penghormatan yang sebegitu tinggi daripada Perdana Menteri.
Di sini dapatlah saya dan kita semua maklum bahawa hubungan batin antara Perdana Menteri dengan bekas Perdana Menteri itu sangatlah erat sekali.

Pernah Tunku berkata kepada saya, “ Dr Mahathir ini baik orangnya, hatinya pun cukup baik. Waktu saya nak ke Arab Saudi untuk berjumpa Al Malik Fahd yang telah menjanjikan wang untuk Tabung Perlarian Kemboja, dia bagi saya pakai kapal terbang Kerajaan. Berapa lama nak duduk di Arab Saudi pun tak apa katanya. Ini saya tak lupalah budi baik Dr Mahathir, sungguh dia baik hati”.

04 February, 2011

Pelakon "Last Tango In Paris" meninggal

(Tango,Alpha, Juliet, Uniform, Lima)
Pelakon terkenal 70an “Last Tango In Paris” Maria Schneider meninggal pagi ini di Paris pada usia 58 tahun.

Ketika berlakon dalam filem "Last Tango in Paris" beliau baru berusia 19 tahun dan digandingkan oleh pengarah Itali Bernardo Bertolucci dengan actor terkenal Marlon Brando pada akhir 1972.

"Last Tango In Paris” mengisahkan skandal , seorang duda Amerika (Brando) dan seorang wanita muda Perancis (Schneider ) yang bertemu di Paris dan memutuskan untuk mengadakan “instant seksual” tanpa mendedahkan nama mereka atau tanpa cinta “one nite stand”.