11 February, 2011

Ketua UMNO Bahagian Merbok BOM lagi!!!

TAJUL Urus Md. Zain (kanan) menerima borang permohonan ahli-ahli PKR yang menyertai UMNO daripada Alang Kasturi di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.
Utusan Malaysia 11/2/2011
Hilang kepercayaan, 100 ahli PKR Merbok sertai UMNO


SUNGAI PETANI 10 Feb. - Sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri ini dilihat semakin merosot apabila kira-kira 100 ahli parti itu bertindak menyertai UMNO semalam.

Ia melibatkan ahli PKR Ranting Paya Nahu dalam Cabang Merbok yang diketuai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) ranting berkenaan, Alang Kasturi yang telah hampir 10 tahun menyertai parti itu.

Menurut Alang, tindakan tersebut diambil bersama ahli yang lain ekoran hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi parti terutamanya Penasihat PKR dan kepemimpinan kerajaan negeri.

"Kami sekarang sudah muak dengan perangai dan tindakan pemimpin PKR yang bertindak untuk kepentingan peribadi dan bukannya berjuang mengikut kehendak asal parti.

"Lebih kesal, PKR dan pemimpinnya hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikannya walaupun kami memberikan mandat kepada mereka memimpin kerajaan negeri tiga tahun lalu," katanya

Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan 100 borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain.

Alang memberitahu, para penyokong PKR juga makin tawar hati dengan wakil rakyat pakatan pembangkang kerana gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Sudahlah masalah tidak dapat diselesaikan, wakil rakyat PKR yang dipilih kami entah hilang ke mana, muka pun jarang nampak," dakwanya.

Menurutnya, beliau dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyertai UMNO sebagai ahli biasa dan akan membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

"Kami akan berjuang habis-habisan untuk merampas kembali Merbok daripada pembangkang dan saya menjangkakan ramai lagi ahli yang akan mengikut jejak kami meninggalkan PKR ," katanya.

Sementara itu, Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Alang dan rakan-rakannya untuk menyertai UMNO.

Beliau berkata, UMNO menerima kesemua mereka dengan hati terbuka dan berharap lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah mereka keluar PKR .

"Kini mereka boleh menilai sendiri sama ada perjuangan PKR benar atau sebaliknya. Kita berharap, rakyat khususnya di Parlimen Merbok dapat mengambil iktibar daripada perkara ini," katanya.

Beliau berharap, dengan penyertaan ahli baru tersebut akan memperkasakan lagi UMNO Bahagian untuk merampas kembali Parlimen Merbok daripada PKR dalam PRU13.


Berita diatas adalah satu pembohongan yang besar oleh pelakon-pelakon opera UMNO Bahagian Merbok. 

Daripada maklumat akar umbi di bawah bahawa Alang Kasturi yang konon 10 tahun menyertai PKR dan telah taubat berhijrah kepada UMNO yang sebenarnya adalah orang UMNO bekas Ketua Cawangan Flat Paya Nahu yang pergi bekerja di Johor Baharu. Menghilang diri sekita kerana beberapa hal peribadi hari ini muncul tiba-tiba.

Berita ini adalah satu pementasan opera untuk menegak benang basah oleh Ketua UMNO Bahagian Merbok kerana kepimpinan beliau sedang menghadapi kucar-kacir dipercayai akan berhadapan dengan undi tidak percaya. Cuma tidak lah sampai tunjuk perasaan seperti Presiden Hosni Mubarak di Mesir.

Malah tidak mustahil mengikut maklumat bekas risik bahawa bahan berita ini akan dijadikan bahan bukti untuk melobi kepimpinan di atas pada hari Sabtu ini semasa berjumpa Presiden bahawa beliau lah manusia yang paling layak di atas muka bumi ini untuk dicalunkan sebagai  calun Member of Parlimen Merbok seterusnya sebagai Menteri kabinet Najib.

Akhirnya yang kena Bom! ialah pengundi di bawah. Ada duit semua jadi jangan sampai kena beli.

19 comments:

  1. Bom ke?..Tak Bom Ke..Yang pentingnya Alang Kasturi memang orang kuat PKR dalam PRU 12 yang lepas..Beliau bersama orang2nya bekerja kuat dalam pilihanraya umum yang lepas dan PRK DUN Bukit Selambau bagi membantu calun Pembangkang tempohari..MT tidak tahu kedudukkan sebenarnya..Sekarang Alang Kasturi dan orang2 nya dah berpatah balik dan menyokong UMNO..Mereka menyokong UMNO atas kesedaran mereka sendiri..Wakil Rakyat PKR sama ada dari Ahli Parliman atau Dun Bukit Selambau tak pernah masuk jengok2 ketempat mereka semenjak menjadi Wakil Rakyat..Kebajikan mereka tidak pernah di ambil tahu olih kedua Wakil Rakyat ini..

    MT bolih masuk ke Flat Paya Nahu tempat Alang kasturi tinggal dan tanya khabar kepada penghuni Flat tersebut,adakah perkara ini di reka cerita atau sebaliknya..Penghuni Flat Paya Nahu dah muak dengan sikap Wakil Rakyat yang ada..Mereka sebenarnya tak sabar2 lagi menunggu PRU Ke 13..Pakatan Pembangkang tidak ada tempat lagi di hati mereka..MT masuk lah ke Flat Paya Nahu sama ada Flat yang baru atau pun yang lama dan tanya2 lah siapa Datuk Tajul..Jawapan nya MT sendiri bolih dapat..Penulis tak mau memberi jawapannya..

    MT tidak perlu terbalik Kan fakta sebenarnya..Komen lah dengan hati yang penuh ikhlas dan jangan hanya semata mata mempunyai hasrat yang tidak baik..Umno Merbok tidak mempunyai masaalah sebenarnya..Biasalah kalau ada segelintir yang menjadi duri dalam daging..Manusia manusia seperti ini sudah tentu ada di mana mana Bahagian Umno di seluruh Malaysia..Mungkin kerana merasa kecewa atau tidak mendapat tempat lagi di Bahagian...

    ReplyDelete
  2. Salam, bolehkah link kan blog saya di blog saudara. Blog saya di http://bapak3swithinthesewalls.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. PRU12 dulu Alang Kasturi sokong PKR bermati-matian kerana meluat kat calun BN, Tajul Urus tu..Politik cari makan..

    Nampak hari ini dia tak boleh cari makan dalam PKR dia keluar konon bawa 100 orang masuk UMNO. Mana dia 100 orang tu?

    Dia sokong sapa boleh bagi duit.

    Elok laaaa...dua-dua kena bom.

    ReplyDelete
  4. Utk PRU 13 calun Parlimen PKR Budak Taman Peruda Lawyer dan calun Parlimen BN Budak bekas Taman Peruda jugak tp la ni dok di Lagenda Bekas Cikgu. Kita tgk siapa yg menang.

    ReplyDelete
  5. tajul guna alang kasturi untuk dapat publisiti dan menunjukan dia bagus..
    alang kasturi guna tajul untuk cari makan setelah tak dapat apa2 selama menyokong pakatan.
    elok la tu...
    hantu berkawan dengan setan..
    sama pakat kencing..
    pertanyaan pada tajul..
    masaalah semak samun,jalan berlubang,sampah sarap di flat paya nahu dah selesai ke?
    anak2 penghuni flat lama camna?..ramai yang menagih...apa tajul buat untuk atasi masaalah ini.
    apa rancangan untuk menyelamatkan mereka.
    ada ke tak pekerjaan untuk mereka.
    kilang2 kawasan paya nahu tu siapa yang bekerja...
    anak tempatan atau warga asing.
    ibu2 tunggal yang melepak kat gerai disimpang ke flat lama tu camna...
    dengar cerita mereka ini teruk dari bohsia.
    tak nak bantu ker insan2 macam ini.
    hina sangat ke mereka.
    penjaja2 roti canai dan nasi lemak sepanjang jalan tu bila nak bantu supaya gerai mereka nampak cantik,bersih dan kemas.
    majoriti penduduk paya nahu adalah golongan bependapatan rendah..malah ada yang dibawah paras miskin.
    ada seorang ibu tunggal dari flat paya nahu dan bekerja diklinik milik melayu kawasan tmn bandar baru hanya dibayar gaji rm400 sebulan..
    cukupkah sebanyak itu untuk menyara 3 anak yg bersekolah,sewa flat,tambang bas pergi balik kerja dan lain2.
    tak payah lah bermegah..buat saja kerja dalam diam tapi ikhlas.
    mereka bukan mengharap tajul atau umno bagi mercedez sorang sebuah.
    tengok3 lah kebajikan mereka...
    tak payah lah mohong yang bukan2 tajul oiiii...
    buat kerja hang secara ikhlas...
    ALLAH akan membalas sumbangan ikhlas kamu.
    tak jadi wakil rakyat tak bolih membantu rakyat ke?

    ...pengundi dan peminat roti canai taman ria..

    ReplyDelete
  6. Di takdirkan kalau lah bolih di adakan Pilihanraya kecil Di Kedua dua Flat Paya Nahu tersebut..Letak lah calun2 dari mana mana sekalipun bertemu dengan Datuk Tajul..Biarlah kita sama sama melihat hasil keputusan nya..Datuk Tajul akan mendapat kejayaan yang cermelang..Pasti Pasti Pasti...

    Cari makan bukan sahaja kepada Orang politik..Cari makan ada kepada sesiapa sahaja yang bernama manusia..Jangan hanya kita mahu di gelar Ulam Raja kalau hanya menjadi ulam..

    ReplyDelete
  7. Maka berkata lah Ulam Raja...Dulu Alang Kasturi sokong PKR bermati - matian dalam PRU 12 kerana meluat kat calun BN ,Tajul Urus,kerana di dakwa Tajul Urus main politik cari makan..

    Baru baru ini,Alang Kasturi menyerahkan 100 borang permohonan menjadi ahli Umno kepada Tajul Urus yang dulunya di katakan olih Ulam Raja tersangat MELUAT Kepada Tajul..dan sambil berikrar akan berjuang habis - habisan untuk merampas kembali Merbok dari tangan Pembangkang..Jadi secara tidak langsung..MUNGKINKAH TAJUL SUDAH TIDAK LAGI MAIN POLITIK CARI MAKAN ATAU BAGAIMANA?..Jadi kenapa pula,Alang Kasturi dan orang2nya berpatah balik kepada Umno..Jawapan nya hanya sudah tentulah ada kepada Ulam Raja dan Seluruh penghuni Flat Paya Nahu baru dan lama..

    ReplyDelete
  8. Masaalh sosial di Flat Paya gNahu begitu meruncing.
    1)Ramai kes ponteng sekolah
    2)Kes-kes hidu gam dan dadah
    3)Khalwat di kalangan remaja
    4)Khalwat di kalangan dewasa.Laki pi kerja jantan lain masuk rumah.
    5)Kes kawin dengan pendatang asing, kena tinggal laki balik burma.
    6)Ramai yang miskin dan kerja tak menentu

    Datuk Seri Tajul dan Razak Raman ketua zon flat paya nahu kena handle isu ini dulu baru la layak jadi calun.

    Apa pun sebelum layak handle isu ini. ketua mestilah tunjuk tauladan yang baik.
    Leadership by example. Jangan pulak pengerusi Zon pun taik pompuan memang sahlah tak boleh handle isu ini.

    ReplyDelete
  9. Punya bangang nya dan tersangat tolol budak mana yang menulis dan banyak bertanya kepada Dato' Tajul mengenai masaalah masaalah yang ada di Flat Paya Nahu..Main politik apa ni.otak tu letak di mana..Di kepala lutut ke atau di celah kangkang..

    Dia tak bertanya kepada Wakil Rakyat Parliman dan DUN yang menjadi wakil di situ.Atau kepada Kerajaan negeri ..Adui ada juga otak yang bodoh macam ni..haha ha ha haha hahahahaha..Aku nak tergelak besag juga lah..Dia tak tanya kepada Wakil Rakyat yang dok ada..Dia dok pulun tanya Datuk Tajul..Punya baghal..

    PRU 13,bagitau pula budak Lawyer yang bodoh yang dok Di Taman Peruda tu nak jadi calun PKR..Anak Pak Haji Ramli tu..Orang di Taman Peruda sendiri pun tak kenai dia..Dari cara cakap penulis yang banyak bertanya kepada Datuk Tajul pun,kita dah tahu bahawa hatinya sebenarnya tersangat busuk,berdengki tak tentu pasal dan orang ini sudah tentulah menjadi duri dalam daging..Lipan dalam seluar kepada perjuangan UMNO sebenarnya..

    ReplyDelete
  10. ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ha ..Punya bodoh nya Limau Kasturi..Segala masaalah yang di timbulkan di Flat Paya Nahu semuanya dia pula yang menyuruh Datuk Seri Tajul dan Razak Rahman selesaikan..Wakil Rakyat dan Pehak2 yang berkenaan nak suruh depa buat apa pula..Kalau macam tu,Limau Kasturi kena bawa lah Wakil Rakyat Rashid Din pergi ceramah di situ,tulung bagi point kat dia,hantam cukup2 Datuk Tajul dan Razak Rahman kerana depa berdua tak buat apa2 tindakan terhadap segala masaalah yang ada di situ..Suruh Rashid Din bagi ceramah dan bagitau kepada penghuni Flat Paya Nahu,bahawa perkara yang di timbulkan bukan menjadi tugas wakil rakyat untuk nak menyelesaikan nya..

    ReplyDelete
  11. Masaalah di Flat Paya Nahu,Aku rasa..bagi kat Li jerung dan Jamaludin Jaafar( JJ )..maka selesailah segala masaalah yang dok ada..

    ReplyDelete
  12. masaalah UMNO hari ini banyak yg Bermain politik,,,,,Rakyat dah kenal dah tahu dah,,,,,,parlimen Merbok Majoriti yg berilmu dan bolih berfikir dan bolih menilai,,,,,,,,Pendekatan UMNO tak Bolih main cara lama dah,,,,,,,,,,Dengar kata 90% AJk bhg Merbok dah melebihi tahap PENCEN dah,,,,,,,tak dak orang muda ke????????

    ReplyDelete
  13. Kami UMNO Paya Nahu hanya alatkan. Bila nak undi mai cari kami.Kami minta sumbangan pada Tajol untuk kami buat aktiviti kami macam kena halau.
    Kami melilau cari sumbangan sebab tu Kak Zon dulu ketua umno cawangan pun tak mau jadi ketua.Macam mana kami nak buat aktviti nak tarik pengundi.
    Baik kami pi kerja kedai nasi kandar lagi baik.

    ReplyDelete
  14. berjuang apa benda dalam negara yang dok aman ni......razak raman ooooiiiii.

    ReplyDelete
  15. cuba kita tengok gambaq diatas, ada 100 orang muka PKR masuk umno termasuk Razak Raman..,apa bendanye kalau setakat Alang Kasturi tu,PKR pun dah tak mau dia, umno kutip buat publisiti pulak kat dia..,lain la kalau alang kasturi tu ketua cabang PKR ke...dia pun 2x5 lebih kurang Romli S/U bahagian jugaklah ye...aduhhhhhai

    ReplyDelete
  16. Dalam gambar di atas dalang utama wayang kulit ini ialah Razak Raman.

    Dialah pengampu no satu Dr Tajul Urus Mat Zain (bila dia dapat PHD pun tak tau, tapi ada di kalangan org yg tak kenal dia kata dia Dr).

    Razak Rahman dan Ramli Karim samalah seperti Etong dan Ekeng. Yang dok belakang tirai dok gerakan depa ini ialah Dr Tajul yang jadi tauke wayang kulit Seri Merbuk.

    Kadang-kadang Etong berlakun marah pada Ekeng. Ekeng berlakun merajuk dengan Etong.Padahal kedua-dua sama saja.Yang untung tauke depa Dr Tajoool.

    Etong kata "Pecat Datuk Zubir!", Ekeng kata "jangan Etong...jangan...".

    Ekeng pulak pusing cakap "Tajoooll hang kena pecat Datuk Zubir, bahaya politik hang" Tajool pun termakan cakap Ekeng, bila Tajoool tanya Etong "jangan Tajoool jangan...kita tunggu buah mask dulu" kata Etong.

    Demikianlah wayang kulit persembahan Seri Merbuk. Kita yang dok tengok depa muhong ni, nak tergelak pun ada nak termuntah pun ada.

    Gambar di atas pun salah satu babak lakonan wayang kulit Seri Merbuk.

    Tunggu babak kehadapan...muncul pula Seniman Nunui.

    ReplyDelete
  17. Romli Etong, Razak Ekeng, Tajul Ehong(mohong). bile la nak aman politik merbok nii...perubahan yg Tajul buat mencacamerbakan kestabilan politik Merbok...

    ReplyDelete
  18. ape kata kalau dicadangkan kpd MT supaya buat pungutan suara antara dato tajul dgn dato' mokhzani mana yang lebih layak utk dicalonkan sebagai MP merbok pada pru-13 nanti.......

    ReplyDelete
  19. Etong ke,Ekeng ke, Ehong ke..Yang penting nya wayang kulit orang dah mula minat..wayang pacak dah tak laku..Sebab tu wayang pacak dok mengelabah dan gelisah..Dok geram tak tentu pasai...Sebab akhirnya jadi pak pacak sahaja..

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.