Usaha mengembalikan empayar yang telah runtuh bukanlah satu perkara yang mudah. Sejarah telah mengajar kita secukup-cukupnya bagaimana Empayar Rom, Empayar Othmaniah, Empayar Yunani, Parsi dan Melaka sendiri bagaimana apabila telah jatuh bukan setakat keruntuhan empayar sahaja tetapi turut runtuh ialah tamadun, ekonomi dan sosio-budayanya sekali.
Pihak yang jatuh akan lemah bukan setakat fizikal malah mindanya juga, begitu juga pihak yang menang akan menjulang kemenangan dan mengubah segala sistem, pentadbiran dan corak memerintah.
Begitu juga di Kedah hari ini, tidak mudah YB Datuk Bashah untuk mentadbir UMNO untuk mengembaikan kegemilangan UMNO di Kedah. Jika beroleh kemenangan pun ianya tidaka akan serupa seperti zaman kegemilangan yang hebat dahulu.
Datuk Bashah telah mengumumkan barisan Pengerusi Jawatankuasa Pilihanraya UMNO Kedah semalam. Meneliti barisan ini nampaknya agak mantap tetapi perlu ditunggu dahulu hasil mereka dalam masa yang tidak ada masa lagi ini.
Perlantikan YB(kalah) Datuk Tajul Urus Mat Zin sebagai pengerusi pengangkutan dikira tepat dengan masa dan ketika ini. JK Pengangkutan dikira satu JK yang strategik dan penting dalam mana-mana pilihanraya baik yang kecil atau pun pilihanraya umum.
Walaupun JK ini hanya berkerja di saat-saat akhir hari mengundi tetapi ia memerlukan perancangan yang rapi dan teliti serta minda yang cerdas. Jika di Sabah dan Serawak ia melibatkan pengangkutan bukan setakat di darat tetapi laut, sungai dan udara.
Pengagihan peruntukan juga bukannya sedikit, kadangkala ia melibatkan peruntukan jutaan ringgit kerana ianya banyak bergantung kepada kesulitan logistik sesuatu kawasan tersebut.
Malah yang maha utama ialah Jawatankuasa ini juga mudah terdedah kepada penyelewengan yang sukar dibuktikan oleh audit atau SPRM. Sebagai contoh permohonan jumlah kenderaan untuk sesuatu kawasan pilihanraya itu mungkin 300-400 buah kereta (yang kerapkali kereta-kereta ajk sendiri) tetapi yang betul-betul keluar mengangkut pengundi pada hari mengundi itu hanyalah 80-100 buah yang lain tersadai tidur di rumah AJK. Persoalannya kemana baki wang yang telah disalurkan itu?
Begitu juga masa bertugas untuk mengangkut pengundi yang selalunya dari pukul 7.00 pagi hingga 5.00 petang sebaliknya mereka hanya berkerja dari pukul 7.00 pagi sampai 12.30 tengahari, masa yang selebihnya mereka rehat di bawah pokok-pokok ketapang kerana kononnya letih.
Konklusinya jika dibuat kajian berdasarkan pengalaman yang lepas, Jawatankuasa inilah yang berbelanja hebat seperti lawatan ke Australia dan Medan sebaik sahaja habis pilihanraya.
Walaubagaimanapun Datuk Bashah dan barisan Jawatankuasanya haruslah bekerja kuat untuk membina semula Empayar BN/UMNO Kedah yang telah runtuh ini kerana jika BN masih kalah dalam PRU13 akan datang ini bermakna rakyat sudah tidak mahu kepada BN/UMNO, tinggallah sejarah.
man sgt shukur kata
ReplyDeletesyabas dan tahniah pd ketua bahagian,rasanya bgi dto tajul tidaklah menjadi masalah besar untuk pegang pengerusi kenderaan,kacang baginya, sapa sapa yg ingin angkut pengundi pasti bleh daftar dgn dto tajul segera, duit masih banyak,habuan akan dapat,serentak dgn itu boleh sama bkerja membela agama bangsa dan tanah air, dan kiranya merbok mencalunkan dto tajul semula dlm praya kali ini maka ini adalah lagi baik dan tepat dan kta patut bagi peluang sehingga beliau dilantik menjadi menteri mcm dto zam tu la
Kira-kira ok jugalah.Ketua bahagian padang serai dato bashah bagi jadi pengerusi jaga makan je.Pada hal kalau tak ada pengerusi pun makan memang dah sedia ada pun.Mungkin dato bashah nak pekena pada depa semua.Jawatan jentera pilhanraya pun macam kartun dan main-main.Nampak macam tak seriuos untok hadapi pilihanraya.Orang kedah kata longgak sahaja.Aku pun tak paham sungguh-sungguh.Ada dua tiga portfolio yg tak relevan.
ReplyDeleteLang Man,
ReplyDeleteKadangkala kita kena faham sesuatu jawatan itu diwujudkan sekadar memenuhi tempat kosong walaupun tidak praktikal.
Ambil lah pengajaran dari kata-kata Confucius:
"Berilah tulang kepada anjing yang sedang menyalak supaya anjing itu tidak menggigit tuannya walaupun tulang itu tidak ada isi"
Banyak portfolio yang wujud hanya untuk menyedapkan hati ketua-ketua bahagian. Seperti contoh IR Nawawi dari Setiausaha Perhubungan Negeri diberi jawatan Sistem Blog, apa dia buat?
MT.bukan nak apa.Nampak sangat kualiti ketua ketua bahagian dikedah kemarok jawatan.Mungkin kalau aku ingat ayah akau selalu kata ada jawatan kosong pam tayar keretapi.Mungkin ada ketua bahagian tersengeh terima jawatan itu.Begitu lah persiapan umno kedah nak berperang dengan PAS.Kualiti pengikut lebih hebat dari kualiti pemimpin.Eloklah ketua bahagian di kedah kena botoi sesama sendiri.Maaf pada kerana emosi sikit kerana geram dan kecewa memuncak sangat.Tiada tempat luahkan perasaan.Terima kasih MT.Selamat berjuang semoga Allah memberkati anda semua.
ReplyDeleteAmbooooi MT,
ReplyDeleteDalam menikam tulang hitam peribahasa confucius tu..awat tak pakai peribahasa Melayu?
Long man,,,aku setuju benar dgn pendapat hang,"Kualiti Pengikut Lebih Baik Dari Kualiti Pemimpin",,,,,,inilah dilema yg ada pada UMNO KEDAH hari ini,,,Pemimpin yg dok ada tu tak sedaq diri,,,,,Fenomina ini amat merbahaya pada UMNO kerana ianya tak akan kekal lama ,,kerana pemikiran rakyat,,,terlebih kehadapan dari Pemimpin, lama kelamaan orang akan BENCI kepada PARTI YG MEMPUNYAI Pemikiran yg kebelakang,,,,,,,,,,,,,
ReplyDelete