20 February, 2011

Datuk Ahmad Bashah tak makan lobi

Datuk Ahmad Bashah dikira membuat keputusan yang tepat apabila melantik Timbalan Ketua UMNO Bahagian Jerlun, Datuk Othman Aziz sebagai setiausaha perhubungan UMNO Negeri Kedah yang baru dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Ghazali Ibrahim sebagai bendahari, menggantikan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir yang telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Beliau ternyata akur dengan kehendak Presiden parti DS Najib dan tidak wewenangnya melantik rakan-rakan karib beliau walaupun pelobian mereka begitu kuat.

Diharap dengan barisan yang lengkap dan bertenaga ini Kedah akan menjulang kembali bendera BN dan seterusnya membawa pembangunan yang lebih pesat demi rakyat yang sedang kehausan ini.

8 comments:

  1. Tahniah Dato Basha dan Dato Mukriz,Usah terpengaruh budaya politik kedah yg kerja "melobi" dan muka tebal utk sesuatu jawatan,,,,,Check Track record dan KELAKU,perangai sebelum dilantik utk sesuatu jawatan,,,jgn jadi mcm det khalid,,dah la balaci Paklah ,,lantik kroni2 yg bodo dan sombong lingkop UMNO kedah,,,,,,,,

    ReplyDelete
  2. Tahniah..Dato Basha..!!!perubahan yang akan membawa perubahan dalam UMNO Kedah..insyallah..harap2 puak2 tu tak buat perangai macam selalu la kot...!!pulau pemimpin..program tak mai...!!!kalau depa dok buat perangai lagi Dato ambik senapang gajah tembak saja Dato..!!!hidup UMNO Kedah..!!!

    ReplyDelete
  3. Dato Bashah kalau nak pilih calon pun kena berhati-hati juga.Buat saringan yg betul.Jangan sampai yg kena liwat pun jadi calon.Habis lah umno.

    ReplyDelete
  4. bukan tak termakan lobi,tapi ada lobi yang lebih kuat.
    jangan buat buat lupa,dato othman dari kawasan siapa?.
    lagi satu,cerita bab kroni.mana ada perlantikan politik yang tak berdasarkan kroni.
    tegasnya,kroni dan politik tak bolih dipisahkan.

    ReplyDelete
  5. serbatahu kata...

    dah nampak, man aziz tu akan ganti abuhasan (yb yg tak hadir msyrt),manakala tok li ambil alih di pdg teraplah kerna det khalid kna berundur la ikut pegangan sanusi junid la.....,maka pusingan kedua pla adalah kna cari clon2 PRU13 yg baik2 dan ini semuanya diketahui dto bashah dan dto mukhriz,geng KJ diberi perhatian utama utk jdi clon yb krna depa mempunyai banyak syrt2 sperti ada duit banyak dan lain lain walaupun dulu pru12 depa kalah kta kna beri pengampunan la,dan dgr kata bulan mei ni dah nak bubar parlimen,ya ka?

    ReplyDelete
  6. Apa pun tahniah pada Dato Bashah kerana buat sedikit perubahan.Jangan diatas sahaja nampak elok dan cantik.Dato Bashah kena ingat dibawah sana setiap bahagian masih lagi serabut.Ini berpunca dari kelemahan serta kegagalan ketua bahagian menyelesikan masaalah.Ada ketua bahagian yang membiarkan perkara ini berlarutan kerana dasar awalnya yang bersifat double standard.Contohnya umno kg keladi dalam padang serai sudah kecewa dgn sikap ketua bahagian.Ketua bahagian sudah lari dari tanggungjawab dan banyak kelemahan.

    ReplyDelete
  7. apapun di merbok kami tatap mau Tajul jadi calon MP , Romli Karim S/U Bahagian merangkap penyelaras DUN Tg. Dawai jadi jadi calon DUN Tg. Dawai.. Prof. Dr. Ismail , Man Boleh , dato' Zubir hangpa jangan dok perasan nak jadi calon pru 13 ni...hangpa tiga orang ni takat jadi 'pak sanggup' macam 'cina buta' tu aje kat merbok ni...

    ReplyDelete
  8. salam satu malaysia.... mat bashah ka det khalid ka tajul urus ka ....2 kali 5..kalau org umno nak tau ,,depa ni satu geng dan jgn terkena dgn wayang ketag depa ni.depa 3 ekog ni kalau hangpa nak tau,depa ni geng kasim baba,,boleh papa kedana negara kalau depa ni jadi org yg boleh buat keputusan dalam negara... kalau tak percaya tanya depa sendiri...kp.pemuda umno caw..

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.