Peringkat awal blog ini hanya ingin menyingkap sejarah jasa-jasa pemimpin yang telah banyak berjasa di Merbok khasnya dan negara amnya. Tokoh-tokoh ini telah dilupakan langsung bukan sahaja oleh generasi baru tetapi generasi UMNO sendiri dek kerana politiking yang keterlaluan. Peparan ini dibuat atas tujuan agar generasi baru atau ”newgen” atau generasi netizen sekarang ini tahu akan sejarah sepak terajang politik pemimpin mereka khasnya di Merbok supaya amalan-amalan sebegini tidak diwarisi sebagai satu cara halal untuk panjat dalam UMNO.
Tetapi malangnya apabila ini dipaparkan segolongan yang pro pemimpin bahagian sekarang ini telah menghentam MT dengan berbagai tohmahan dan mengaitkan beberapa individu yang tidak tahu menahu dan bersalah konon membuka lembaran lama dengan kisah-kisah lapuk yang patut dilupakan.
Apabila ini berlaku maka berbangkitlah berbagai-bagai komen di antara yang pro Ketua Bahagian dan yang anti Ketua Bahagian di mana banyak dari komen-komen ini MT sendiri pun tidak pernah mengundang hujung pangkalnya.
Peringkat kedua paparan MT ialah memaparkan kembali isu-isu rakyat khasnya dalam kawasan Merbok yang tersiar dalam Sinar Harian yang MT kira kalau Ketua Bahagian tidak menanganinya ia amat merbahaya kepada reputasi UMNO Merbok kerana Sinar Harian ialah akhbar kawasan yang cukup berpengaruh khasnya kepada pengundi-pengundi atas pagar.
Jika Ketua Bahagian bijak beliau seharusnya menghubungi wartawan tersebut dan jelaskan supaya disiarkan apa yang KB telah bertindak bukannya menghentam MT kerana mendedahkan isu-isu rakyat di sini.
MT juga sedar dan dapat menjejaki ada usaha-usaha untuk megklonkan blog The Merbok Times kerana mereka-mereka ini mula merasa takut dan bimbang akan pengaruh blog MT.
Blog The Merbok Times tidak berhasrat menyaingi akhbar The New York Times tetapi dalam era cyber networking ianya bukan satu perkara mustahil seperti mana yang kita semua ketahui bagaimana Facebook bermula dari peringkat rakan-rakan di universiti sahaja sehingga sekarang telah mencecah jutaan subscriber.
Ingin MT tegaskan jangan ada usaha-usaha kotor untuk klon The Merbok Times sehingga ke tahap unit webmaster MT pun mengistiharkan ”blogging war” dengan mengklon ribuan blog KB dengan wajah kejelitaan yang menakutkan, jika ini berlaku ia amatlah mendukacitakan, tidak sihat dan tidak beretika lagi.
Walau apa juga pandangan MT dan seluruh Editorial Bereau akan tetap berblog dan bersuara demi perubahan. Seperti kata pepatah ”Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”, apakah pepatah ini masih relevan?
elok sgt tu MT, bolehlah MT buat apa2 program bagi mengenang jasa pemimpin2 yang tedahulu dan panggil pemimpin2 sekarang untuk bersama2 meraikan program tersebut, dalam keadaan sekarang ini kita kena tahu bahawa kita ada dua tugas utama, iaitu:- 1:- Barisan Pimpinan Umno (bahagian,wanita,pemuda dan puteri)- semua ini mestilah membuat kerja dengan bekerjasama bersama2 dengan pihak cawangan2 umno khususnya menjaga ahli2 umno terutamanya generasi baru,dan kekalkan sokongan dari ahli2 umno sendiri 2:- dalam masa yang sama kita kena cari pemimpin2 yang berpengaruh,berakhlak mulia, berkebolehan, berketrampilan, berpendidikan tinggi,dan anak jati kawasan supaya dengan adanya kriteria2 ini maka dapatlah kita menawan penyokong2 dan pengundi2 kerajaan di luar sana yang senantiasa memerhati dan membaca kerenah berita dan maklumat dalam MT dan hari ini orang di luar sana mengetahui baik buruknya pemimpin umno bahagian yang ada, jadi salah siapa dengan mendedahkan segala berita2 yang di luar dugaan ini, ingatlah pesanan jikalau kita pemimpin bahagian bertekak sesama sendiri maka pucuk pimpinan tidak ada alasan lagi selain mencari dan mencalonkan calun dari luar pimpinan bahagian pada pru13 nanti, tengok lah jika tak percaya,ini sesuai untuk menjaga tradisi elit ahli parlimen merbok yang dulu2 tu jadi menteri belaka tengok Tun Daim, Dato'Zam, maka janganlah kita terlalu fanatik kepada seseorang individu sahaja sebaiknya berlapang lah fikiran kita,tq slm hrirayamaafdzahirbatin
ReplyDeletePada zahirnya memanglah nampak begitu ihklas dan murni niat suci MT , tapi disebaliknya semua orang dapat membaca isi hati sebenar MT. jika benar suci bersih isi hati, kenapa tidak tajuknya di atas di tulis saja DI MANA SI DR HAMDAN?... atau DI MANA SI RASHID DIN ?. Mereka lah ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri.. presure depa.. bukan dok hentam Tajul. Depa dok buat apa.. makan gaji buta.
ReplyDeletemacam tupun takkan nak kami tak reti. MT yang busuk hati. Takkan kami tak dapat nak membezakan mana satu artikel MT dan mana satu komen pembaca. Memang komen pembaca ada positif ada yang negatif. Ada yang menyokong MT dan ada yang mengutuk MT. Itu perkara bisalah dalam dunia demokrasi. Tapi yang menjadi kehairanan mengapa penjelasan-penjelasan yang dikemukakan bagi menjawab tuduhan dalam artikel yang dikeluarkan oleh MT tidak disiarkan. Sebaliknya komen-komen yang turut menghentam Dato Tajul segera akan disiarkan.
Pembaca yang lain tidak menyedari hal-hal seperti ini. Hakikatnya MT adalah orang yang busuk hati perut, hanya berani berhujah dalam blog. Kalau berani berhujah lah ketika perhimpunan bahagian.. Ini tidak, dok guna ayam tambatan tua dua tiga kerat tu.. 1 kepala dah beruban, 1 dagu dah lanjut , perwakilanpun dah jelak dengan gelagat mereka. Sedangkan MT dan kuncu-kuncu dok sembunyi balik pintu.. apa la.. pengecut !
Kak Yam Lembah Bujang
Untunglah Dato Zam jadi Ahli Perlimen waktu rakyat memilih parti bukan callon. Tapi sekarang ni rakyat dah menolak BN kerana kesalahan Ahli Parlimen yang dahulu. Yang kata Dato Zam tu nama saja ahli parlimen, buat program orang Kementerian Penerangan yang buat, dia asyik dengan down memory lane dia saja, tak pernah peduli rakyat merbok pun , tapi tak pa la masa tu Barisan Nasional memerintah, tapi kalau lani buat macam mana pun semua tak kena sebab orang dah menolak BN, kena nasib Dato Tajul terima keadaan macam ni, tapi aku tengok Dato Tajul tu ok juga buat kebajikan diam-diam tak dak RTM nak cover pun. Tak apa Tuhan ada cover. Aku tengok geng-geng bahagian pun ok seadanya, yalah tengah kalah nak buat setakat yang mampu sajalah, waktu tok mi dulu pun dia tak buat program apa saangat, asyik dok tumpang Tun Daim dan Tok Zam yang dok kerah orang RTM saja. Aku doa kat Tuhan bagi tok zam jadi Ahli Parlimen sekali lagi dibawah pembangkang memerintah, tengok nak cakap besar macam mana, takut tak dan nak lari balik kampong kut. Aku pun bukan sokong Dato Tajul sangat mulanya tapi bila aku kenal dia secara dekat, walaupun kadang-kadang dia cakap garang tapi hati dia baik, mailah sapa pun minta tolong dia tolong, tak kira orang. Kalau makan kat restoran habis satu restoren dia belanja tak kira siapa, sebab tu Tuhan murahkan rezeki dia. Kalau tok zam ngan tok mi aku tak pernah tengok pun depa belanja satu restoran. Tok zom tu dok sombong kat KL sekali sekali turun cakap besar, sesen pun tak belanja, semua pakai duit kerajaan. Kita tok sahlah dok hentam sangat bagilah peluang dan sokongan kat dia, bila sampai masa sapa pun boleh jadi wakil rakyat kalau dipilih dan dinilai oleh pemimpin. Itupun kalau MELAYU belum hilang didunia melayu sendiri. Bangsa lain gelak baca blog ni sebab sesama melayu dok hentam menghentam
ReplyDeleteBlogger Merbok Times,
ReplyDeleteAku cadangkan team hangpa tok sah dok buang masa dok terang kat puak-puak Pak Pandir yang benak hati depa tak mau terima kelemahan depa yang berganda setiap hari.
Depa bukan ada otak sangat dan faham. Depa dok nak kata depa yang terbaik dalam dunia ni.
Sebab tu depa bingai lagi dungu.
Depa dok ingat nak kepung orang saja macam depa kepung ayam dalam lau.
Sdr hassan Kona,
ReplyDeleteBetui kata tu apa yang hang kata.. biagla buat tak tau saja.. Buang masa saja. Dok menyalak bukit bukan nak runtuh.
Mana Si Tajul..Mana Si Tajul.Kita baca tajuk pun dah tau betapa busuk hati dan dengki yang teramat sangat MT..Awat kita semua buta perut ke????.
ReplyDeleteSaya telah mengikuti MT selama ini. There are good arguments and bad ones too. Anyway it is a good reading...
ReplyDeleteHanya satu pandangan (bukan nasihat) blogger yang ingin menegur, menasihati dan mengkritik mesti adil, berfakta dan dengan niat yang betul
DAN yang paling penting kita mesti juga dari kalangan yang bermoral tinggi, tidak melakukan perkara yang tidak beradap, berintergriti dan telus dalam hidup.
Then, kita akan jadi whistle blower yang boleh dianggap berhemah, berbudi dan berdisiplin. We have to be highly self disciplined because there are people observing and watching you that you might not know!!!
Ramli
Alor Setar.
Mt dan teamnya kena juga tengok tengok perangai diri sendiri...ada orang yang tahu ada dikalangan tuan lebih buruk dari si Tajul tu.
ReplyDeleteHubaya hubaya....