07 October, 2009

Mana si Tajul - Mohon baik pulih dapur reput

PENGKALAN BUJANG- Sebuah keluarga daif yang tinggal di Kampung Pengkalan Bujang di ini memohon sumbangan dan perhatian pihak bertanggungjawab serta masyarakat yang prihatin untuk membaik pulih dapur rumah mereka yang daif dan hampir roboh akibat reput.

Pemilik rumah, Siti Aishah Hashim, 48, berkata, mereka sekeluarga tidak mampu untuk membaik pulih dapur berkenaan memandangkan suaminya, Abdul Latif Muhayadin, 53, hanya bekerja menangkul ketam dan mencari siput di sungai berhampiran rumah.

Menurutnya, pendapatan keluarga mereka hanya bergantung kepada hasil tangkapan ketam dan siput yang diusahakan Abdul Latif dan pendapatan anak ketiga mereka, Siti Hajar, 24, yang bekerja di salah sebuah kilang di Bakar Arang.

“Anak sulung dan anak kedua sudah berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Mereka tidak mampu untuk membantu kami membaik pulih dapur ini dan perbelanjaan kami sekeluarga hanya bergantung kepada Siti Hajar dengan pendapatan bulanannya sekitar RM300 hingga RM400 sebulan.

“Rumah yang kami duduki ini adalah hasil daripada permohonan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang telah kami duduki dari tahun 2006 lagi yang mempunyai satu bilik sahaja dan ruang tamu. Namun kami menjadikan rumah asal kami sebagai dapur dan kini ia semakin usang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Siti Aishah berkata, mereka sekeluarga yang hidup dalam serba kekurangan itu juga tidak mempunyai bilik air dan tandas khas dan hanya bergantung kepada bilik air yang berdindingkan dengan atap zink dan pokok ubi sahaja di luar rumah mereka.

Menurutnya, dia berharap agar ada pihak yang sudi membantu mereka menghulurkan sumbangan untuk membaik pulih dapur mereka itu dalam usaha memberikan keselesaan kepada mereka.

Siti Hajar berkata, dia sendiri pernah terjatuh ke bawah rumah akibat daripada terpijak lantai dapur yang semakin reput.

“Jika hujan, kami sekeluarga tidak berani untuk ke dapur bimbang keadaan buruk berlaku memandangkan angin yang kuat ketika hujan kadang kala membuatkan bumbung dapur terbang.

“Gaji yang saya perolehi hanya cukup untuk menampung keperluan belanja harian untuk saya, empat adik, ayah dan ibu sahaja malah kadang kala tidak mencukupi memandangkan saya turut menanggung pembiayaan sekolah tiga adik yang lain,” katanya.

Difahamkan, permohonan Abdul Latif untuk mendapatkan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah dibuat namun sehingga kini masih tiada sebarang jawapan diterima pihak mereka.

Kepada masyarakat yang prihatin dan ingin menyumbangkan bantuan kewangan bagi membantu keluarga ini membaik pulih dapur mereka boleh menghulurkan sumbangan anda melalui nombor akaun Eon Bank atas nama Siti Hajar bernombor 065-20-15170-7 atau hubungi Siti Hajar di talian 017-4522364.
(Sumber : Sinar Harian 7/10/2009)

9 comments:

  1. Tahniah MT yang banyak memantau terhadap kesulitan rakyat di Merbok. Harap MT terus mendedahkan kesulitan-kesulitan rakyat seperti ini untuk perhatian pihak yang berwajib. Pantasnya MT memantau. Kelmarin baru saja kes di Flat Paya Nahu, Ini di Pengkalan Bujang pulak. pakai setelite ke?

    Siti Ropeah.

    ReplyDelete
  2. Saudara MT.

    Nampaknya saudara begitu proaktive dalam mendepani kesengsaraan masyarakat. Mungkin besok atau lusa di kawasan lain pula.Saya mencadangkan agar saudara MT menyiarkan sekali gambar saudara bersama crew menyampaikan sumbangan atau bantuan kepada mereka yang bernasib malang. kalau asyik dok cari mana si tajul tentu lambat. Beliaupun tak tentu di mana atau belum pasti dimaklumkan perkara ini oleh jenteranya seperti JKKKP atau Ketua Cawangan yang terbabit. Saudara MT buatlah dengan apa cara sekalipun untuk membantu. kalau siar gambar saudara hulur bantuan itu lebih baik. Tentu nama saudara akan lebih harum dari si tajul.Saudara tentu tahu cara yang terbaik. Itu lebih baik. PRU nanti boleh jadi calon. Keluarlah bajet sikit..

    Tahniah kepada saudara.

    ReplyDelete
  3. Betul betul betul..

    apa pula dok caei mana sitajul.. MT sendiri la hulog. setakat dok cerita budak tadika pun tau buat keja.. wakil rakyat mana pi.. Dr hamdan ka tajul.. aku pun pening , rashid din ka Tok Mie.. tak kenal aku.. tak penah tengokpun rashid din, mana satu Dr Hamdan..

    Kak Yam Lembah Bujang

    ReplyDelete
  4. Aku setuju benar dengan komen Mana Si Tajul Said...

    Rakyat pun nak tau juga,siapa MT yang sebenarnya,walaupun aku tau..Jangan cuma pandai cari berita saja,,nak selesaikan masaalah tak tau..Lain daripada Tajul,tak ada lagi orang lain ke yang bolih menyelesaikan masaalah..Asyik2 Si Tajul..wakil rakyat mana pi,koperat dan jutawan mana hilangnya..MT tak bolih hubungi mereka untuk menyelesaikan masaalah yang se kecil itu ke?..Ataupun MT sendiri tulung selesaikan..Bukan aku tak setuju Tajul selesaikan masaalah tersebut,,Tapi MT asyik2 Si Tajul apa pasai??..Nampak sangat hati perut MT di sebaliknya..Kalau pasai nak jadi calun,nama yang duduk atas langit pun di kaitkan..Jutawan la,Koperat besar la dan sebagainya..

    Terima kasih kepada Kerajaan Barisan Nasional yang telah membina rumah PPRT untuk Siti Aishah Hashim pada tahun 2006..Jadi dari berita yang aku baca dalam Sinar,bereti masaalah Siti Aishah telah diambil perhatian dari pehak kerajaan dah lama..Cumanya masaalah baru,dapur pula nak roboh..Munkin duatiga tahun lagi,masalah apa pula kita belum tahu lagi..Masaalah apa sekalipun,Ketua Bahagian Umno juga yang perlu kena melompat pergi dengan segera,walaupun beliau banyak tugas dan perkara lain yang nak di selesaikan,Itu lah kehendak MT agaknya..Wakil rakyat pembangkang biar dia makan gaji buta,dok saja..Negeri kita bagi depa perintah..Lepas tu,kita dok pertikai sesama kita,Si Tajul kita hentam dia cukup2..PRU 13,kita dok angan2 nak ambil balik dari pembangkang..BANYAK CANTIK..

    ReplyDelete
  5. kalau nak rakyat makin selesa taraf hidupnya maka perkara utama adalah berusaha bekerja bersungguh2 dan keduanya cari lah pemimpin yang berwibawa dan penuh dengan fikiran yang baik2, rasanya letakan lah ir.dato mokhzani di parlimen merbok, bukit selambau untuk dr.maildaut atau man bolih dan tanjung dawai boleh letak ir.karim / ir.romli ishak , maka harapan rakyat akan menjadi lebih terbuka dan baik - dari dindingbuluh

    ReplyDelete
  6. Aku pun setuju dengan pandangan mana sitajul said, aku harap MT kenalkan diri, bagi bantuan, buat kebajikan sama jangan nak komen orang saja. Mana tahu tuhan angkat MT jadi wakil rakyat pula, kalau MT ikhlas,MT nak jadi tukang komen dan tukang korek orang untuk beri bantuan MT laporlah kat wakil rakyat DR HAMDAN dan DATO RASHID DIN yang dok melangut relax saja, buat apa jadi wakil rakyaat dok makan gaji buta saja. Tak berdosa ke makan duit haram tu, kata alim sangat, tak makan gaji buta, yang dok hentam Dato Tajul buat apa, dia dah buat kerja apa yang dia patut. Jangan nampak salah orang saja, yang depan mata tak nampak. Nanti Tuhan laknat MT baru tau. Sebab tu aku rasa Tuhan tak beri rahmat pada MT sampai sekarang hati tak bersih, tak senang hidup didunia dok dengki kat orang lain. Elok juga MT kenalkan diri, cari orang susah bantu dan buat publisiti, boleh rakyat merbok sokong MT jadi calun pilihanraya akan datang. Sapa pun nak jadi calun, usahalah buat kebajikan bantu rakyat, tak payah dok hentam dalam blog. Kalau dah tua ikut resmi DATO Badri Yunus, pencen tak kacau orang, dok buat kerja kebajikan apa yang patut, sokong apa-apa pekerjaan baik yang dibuat oleh orang lain. Ni MT bodoh tunjuk kebodohan hari-hari, dok hentam, orang hidup bahagia, MT dok makan hati, orang tak bagi gaji pun kerana menghentam orang. Lain kali jumpa orang susah hulurlah dulu, lepas tu kalau tak cukup duit mintalah bantuan Dato Tajul ke, DR Hamdan ke, Dato Rashid ke.Semua pun orang islam, tolong orang islam apa salahnya. Buat satu kebajikan dibalas sepuluh kebajikan oleh Allah Taala.

    ReplyDelete
  7. dindingbulu said:-

    pasai apa PM Y.B.Dato'Seri Mohd.Najib bawa Y.B.Dato'Mukhriz bersamanya ke Perancis, puas teman dok fikir........., awat tak bawa det khalid dan geng2nya, yang anehnya PM bawa Dato Mukhriz Dan fuad Zakarsi, orang muda belaka dan menteri penuh yang lain pun PM tak bawa (kecuali Menteri Luar-itu dah kerja dia), fikir fikir lah, kalau tak faham tanyalah MT yang dah beruban tu...........

    ReplyDelete
  8. MANA SI MAIL DAUT???.

    Aku cadangkan pada MT,tulung tanya sama MANA SI MAIL DAUT..Tak kan nak biar kat dia dok bawa perut boroi kesana kemari,tak buat kerja apa pun untuk kebaikan Umno Bahagian Merbok..Bukan kah dia Timbalan Ketua Umno Bahagian yang naik atas kapal Dato'Tajul semasa pemilihan pucuk pimpinan bahagian dulu..Kalau tidak,SI MAIL DAUT pun hanyut..Mail Daut dapat undi lebih daripada Dato'Tajul tak kesah lah,pasai dia lawan dengan Syed Osman yang dah nak ruyup dalam kerier politik.. Lagi pun zaman kegemilangan Syed Osman dah berlalu..

    Sepatutnya Si Mail sebagai Timbalan kenalah bekerja kuat daripada Man Bolih sebagai Naib..Aku jarang nampak Si Mail Daut dalam majlis2 Umno terutamanya di masa program bulan puasa tempohari..Dia dok kalut pergi kemana..Yang ada setengah rakan2 dok kata dia seorang yang berwibawa,apa benda nya yang wibawa..Pasai ada kelulusan..Itu soal dia..Dengan ahli dan rakyat dia kena berkhidmat..Macam tu juga dengan orang kaya,koperat dan sebagainya..Tak buat kerja..tau tau nak mai jadi payung terjun jadi calun..Pengundi bukan bodoh sekarang ni..Pengundi nak tengok siapa yang mendekati mereka..bukan pada lambang..

    Kalau nak di bandingkan khidmat Dato'Tajul semasa dia menjadi Timbalan dahulu dengan Si Mail sekarang ni sebagai Timbalan,sudah tentu jauh langit dari bumi..Aku tak payah cerita satu persatu,kawan2 yang ada otak fikirlah sendiri terutamanya MT..Aku bukan nak menyinggung perasaan Si Mail,tetapi itulah hakikat yang sebenarnya..

    Lagi lagi bertambah pelik,ada setengah kawan2 dok kira nak bawa mai yang kaya jutawan nak di jadikan calun..Awat dok angan2 nak pelekoh duit dia ke???..Duit banyak pun,tak pernah berkhidmat dan berdamping dengan rakyat pun nak buat apa..BOLIH MENANG KE DALAM PILIHANRAYA??..Aku kesian kat kawan2 yang dok berangan sebegitu rupa..

    ReplyDelete
  9. Bagus Mt wat keluar tajuk ni"Mana Si Tajul" hah..padan muka sendiri yang kena. MT ni nampak sangat anti dengan si tajul. Nak jadi calon kot next term? kalau dah pandai cari orang susah, pandaila hulur bantuan. ni dak.duk cari org susah dalam Merbok untuk hentam Si Tajul. Hampa tau ka apa si Tajul tu duk buat hari-hari. Duk goyang kaki kat rumah ka? Aku sokong semua yang suruh cari Rashid Din or Dr. Hamdan yang mana satu aku pun tak tau. hah. satu lagi kalau nak kenal Dr. hamdan boleh buka "Web Kerajaan Negeri Kedah" baru ada muka depa. Nak cari kat kg2 ni minta maaf le.Asyik-asyik Tajul...Tajul...Tajul.Patu duk kata Si Tajul kedekut. Sumbangan duk minta kat si kedekut ni lah jugak...Hai... Nasib leee...si tajul...MT kena buat keja lebih sikit cari lagi mana kg yg ada orang susah.Tahun depan jadi calon. Cukup-cukup la duk hentam si tajul. X dak pekdahnye. Merbok Times la ni oarng tau dah memang anti si tajul.So...x payah lah duk cari salah dia byk sgt.org tak heran dah.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.