04 July, 2014

PEMINTA SEDEKAH DAN PEMBERI SEDEKAH DI KOTARAYA KUALA LUMPUR DILIHAT KOTOR, BAGAIMANA PULA DENGAN KEGIATAN MAKSIAT?

Di bawah adalah kenyataan Dr Maza yang dipetik dari FB beliau berhubung kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor yang akan membersihkan Kota Raya Kuala Lumpur dari kegiatan peminta sedekah. 

Tegas beliau mereka yang memberi dan meminta kedua-duanya akan dihukum.Pihak berkuasa sedang merangka tindakan di mana pemberi sedekah akan ‘disaman’ manakala peminta sedekah akan ‘diangkut’.

Sebaliknya bagaimana pula dengan kegiatan yang lebih kotor maksiat seperti pub, judi haram, pusat pelacuran yang seperti cendawan tumbuh di sekitar bandaraya Kuala Lumpur?

"Kepada pihak yang ingin membersihkan Bandaraya Kuala Lumpur dari peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin membersihkan Kuala Lumpur dari pencemaran serta untuk menjaga nama baik ibukota NEGARA ISLAM ini, Mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur dari pusat-pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia. 

Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung. Jadikanlah ia kota yang setiap orang yang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya. Buktikanlah dakwaan bahawa ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambang kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan. Sekian, terima kasih. rakyat marhaen, Dr MAZA".

5 comments:

  1. Memang tepat sekalai kata Dr.Maza. Kita semua tahu di KL banyak pusat pelacuran tetapi oleh kerana mereka dilindungi oleh orang tertentu,maka mereka kebal dari undang2.

    ReplyDelete
  2. Tempat maksiat senantiasa ada dan bertambah di KL oleh kerana adanya permintaan. Siapa yang meminta?? Manusia lah yang meminta... jika tiada permintaan, maka tiada tempat maksiat. Oleh itu kita sebagai manusia yang menentang maksiat hendaklah mendidik anak2 dan saudara sesama kita supaya mempunyai akhlak yang mulia seterusnya tidak terjebak dalam kancah maksiat. Jgn tuding kesemua jari anda kepada kerajaan kerana kita juga harus menjalankan tanggungjawab sebagai ibu/bapa/saudara yang menentang maksiat. Setiap hari kita dimaklumkan tentang pembuangan bayi/ ketagihan dadah/ memukul/membunuh dan lain2.... adalah itu salah kerajaan?? Mulakan daripada diri anda dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. Sekian

    ReplyDelete
  3. Disko dan tempat maksiat tu tertutup. Kalau buat terang terangan baru lah salah. Maza dulu pernah keluarkan fatwa jangan mengendap di hotel bagi pelaku maksiat.

    Di tempat yg tertutup pada bukan islam mereka nak minum arak sampai mati pon lantak lah.

    Maza ni cakap tak serupa bikin.

    ReplyDelete
  4. Kebanyakan tempat maksiat yang tumbuh bak cendawan lepas hujan adalah di bandar2 yang di pimpin oleh PEMBANGKAN - DAP pusat2 maksiat ini dilindungi oleh lesen yang dikeluarkan oleh PBT.

    Antara Wakil Rakyat dan PBT amacam ada kawtim ka?

    Semenjak DAP & PKR ( PAS ikut saja) pagang kawasan2 tersebut tidak dapat dinafikan maksiat semakin berluasa jika dibandingkan 10 tahun lalu.

    PAS kenapa tak buat demo tentang pekaraq ini, teloq sudah hilang?

    ReplyDelete
  5. Kita kena ingat..bila kita ambil berat tentag gelandangan ini adakah mereka menghargai kita dan mereka akan berubah?adakah mereka akan mencari hidup yg sempurna dengan cara mereka berusaha untuk mencari kerja?ataupun mereka akan jadi makin malas?ataupun akan makin ramai lagi gelandangan yang akan muncul?atau pun suatu hari nanti semua gelandangan ini akan menubuhkan ngo atau persatuan pula untuk meminta pd kerajaan agar mereka diberi elaun sara hidup gelandangan?..rasanya orang asli kt malaysia ini lg baik dari mereka kerana tiada orang asli yg menjadi gelandangan..orang asli tau cara mencari rezeki walaupun mereka tinggal jauh di pendalaman.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.