TUN MAHATHIR DAN MUKHRIZ TURUT SERTA |
Jenazah Azizan yang dibawa dari Masjid Nurul Ihsan, Jalan Langgar dekat sini tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 4.50.
Antara yang hadir mengiringi jenazah di tanah perkuburan itu ialah
bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti
Hasmah Mohd Ali, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir,
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS Mohamad
Sabu dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.
Azizan, 69, yang menjadi Menteri Besar Kedah sejak Mac 2008 hingga
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, meninggal dunia di Hospital
Sultanah Bahiyah di sini pukul 11.05 pagi Khamis akibat jangkitan kuman
dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan
mengalami masalah kesihatan yang serius.
Bekas Pesuruhjaya PAS Kedah itu meninggalkan dua orang isteri, 14 anak dan enam cucu.
Pada PRU-13, Azizan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri
Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 dengan menewaskan sepupu
beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili Barisan Nasional (BN), dengan
majoriti 2,774 undi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.