15 June, 2013

LAPURAN: KEDAH PALING BANYAK POKOK BAKAU

Kedah merupakan negeri paling banyak ditanam pokok bakau dan spesies-spesies berkaitan di pesisiran pantai negeri itu iaitu 1.5 juta pokok membabitkan kawasan seluas 266.10 hektar dalam tempoh tahun 2005 hingga 2012.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dalam kenyataannya memberitahu, ini diikuti Sabah dengan 1.1 juta pokok ditanam di kawasan seluas 306.70 hektar.

Negeri ketiga terbanyak pula adalah Perak iaitu 1.09 juta pokok membabitkan kawasan seluas 306 hektar. Lain-lain negeri ialah Sarawak dengan 522,245 pokok bakau dan spesies sesuai di kawasan seluas 306.7 hektar, disusuli Johor (519,044 pokok/199.80 hektar), Selangor (433,738 pokok/169 hektar), Pulau Pinang (217,138 pokok/67.20 hektar).

Seterusnya Negeri Sembilan (216,783 pokok/70.95 hektar), Kelantan (214,981 pokok/91.25 hektar), Perlis (109,000 pokok/30.30 hektar), Pahang (61,753 pokok/107.90 hektar), Terengganu (57,837 pokok/71.29 hektar) dan Melaka (17,650 pokok/13.40 hektar).

Menurutnya, penanaman itu membabitkan kesemua 6.3 juta pokok di kawasan pesisiran pantai di seluruh negara dalam tempoh berkenaan yang melibatkan keluasan 2,383 hektar dengan kos RM40.1 juta.

Katanya, dijangka lebih banyak lagi kawasan di luar kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) akan terlibat dengan penanaman pokok jenis itu terutama di kawasan tanah kerajaan dan tanah beri milik di sepanjang pesisiran pantai negara.

Tambah kenyataan itu, ini berikutan usaha mengenalpasti kawasan lain pada masa depan dengan kerjasama kerajaan pusat dan kerajaan negeri selain penambahbaikan berterusan sehingga tahun 2015 di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

1 comment:

  1. Sungai merbok merangkumi kawasan bakau yang besar..anda dapat menjalankan pelbagai aktiviti menarik disitu. antaranya adalah penginapan di chalet terapung, river cruise, kayak, mangrove tour, memancing ketam, udang dan kerang, firefly tour, istana lama,industri ikan kering, industri buat minuman nira, industri buat chakul ( kayu arang). Disamping itu, ada aktiviti lain yang bertema warisan, Gunung jerai, laut & pulau, homestay dll. Sekian terima kasih. GOKI. Sila hubungi kami menerusi facebook : kadaram bujang valley

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.