Tidak ramai yang tahu pergerakan siber trooper DAP “RED Bean Army” sehinggalah apabila didedahkan oleh beberapa orang dalam mereka baru-baru ini.
Ia ditubuhkan 4 tahun dahulu sebaik selepas Tsunami politik 2008 bagi tujuan persediaan menghadapi pilihanraya untuk berberperang di alam siber bagi tujuan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.
Sasaran mereka adalah pengundi-pengundi Cina khasnya yang di atas pagar.
Medium-medium utama mereka ialah Facebook, Tweeter, Portal Berita, Blog dan media-media sosial lain.
Mereka melantik ratusan trooper yang digajikan sepenuh masa di antara RM3,000 – RM8,000 seorang bergantung kepada kepakaran dan bidang tugas masing-masing.
Pusat operasi mereka ialah di Concorde Hotel, Kuala Lumpur dan KOMTAR, Pulau Pinang di samping mempunyai pejabat-pejabat operasi di beberapa negeri yang dirasakan strategik.
Di antara kejayaan mereka ialah mencipta, menanam dan membina persepsi yang negatif dan buruk terhadap Barisan Nasional dengan memutar belitkan berita-berita di media konvensional utama.
Semua fakta dan kebaikan diperburukkan mereka sehingga ia berjaya mendatangkan keraguan kepada pengundi Cina khasnya.
Di samping itu mereka juga secara agresif melancarkan "character assassination” dengan menjatuhkan maruah pemimpin-peminpin berpengaruh dari BN dan sesiapa juga yang menyokong BN.
Contoh yang ketara ialah apabila artis-artis ternama antarabangsa yang datang untuk bersama program BN telah dihina mereka seperti Michele Yeoh, PSY dan Jackie Chan.
Dua orang artis Taiwan telah membatalkan konsert mereka di Penang kerana takut setelah diserangan. Yang lebih parah ialah mereka bukan setakat melancarkan serangan peribadi tetapi juga menyerang syarikat-syarikat yang melantik artis tersebut menjadi duta produknya bagi tujuan menghancurkan periok nasi artis tersebut.
Sesungguhnya pilihanraya kali ini kita sedang berhadapan dengan satu lagi bentuk Perang Baru di samping cara perang lama seperti Perang Poster dan Perang Ceramah.
Yang mendukacitakan masih terdapat calun-calun yang bertanding masih lagi teraba-raba mencari punat mana untuk ditekan di media sosial bagi menarik sokongan terhadap mereka.
Semua ni kene tangkap dan potong lancau baru tau
ReplyDelete