03 April, 2012

Calun-calun yang disebut-sebut akan mewakili Parlimen Merbok

Tahun ini adalah tahun pilihanraya. Dari atas ke bawah semuanya bercakap perihal pilihanraya. Dari hotel Holiday Villa Alor Setar sehinggalah ke kedai kopi catok tepi jalan dan kedai mamak nasi kandar. Mamak nasi kandar 24 jam hampir sudah boleh hafal watak-watak politikus yang berkunjung di kedainya . Siapa yang mereka pro dan siapa yang mereka anti dan maki. Minum teh tarik segelas duduk sampai tiga atau empat jam.

Sedikit keciwa ialah mereka tidak membincangkan perihal ‘survival’ bangsa Melayu, Islam dan Tanah Melayu tetapi lebih kepada siapa bakal calun. Kononnya seperti merekalah yang akan membuat percaturan siapa bakal calun yang akan mewakili kawasan mereka. Ruang perbincangan lebih bersifat keAKUan daripada sifat keKITAan.

Ruang-ruang Facebook di gunakan wewenangnya untuk ‘character bashing’. Bekalan iPad percuma hasil sumbangan Yang Berkuasa Di Bahagian dikilik ke hulu ke hilir keciwi mencari lokasi pengambaran untuk rakaman gambar-gambar kelompok mereka sedang memeberi sumbangan besalaman sesama sendiri untuk diupdatekan dalam Facebook mereka dan semuanya lebih kepada aktiviti dan kegiatan syok sendiri.

Walaubagaimana pun kesemua ini adalah menifestasi perkembangan politik yang sihat. Negara ini yang mengamalkan pemerihtahan demokrasi berpelembagaan tidak menyekat mana-mana individu yang ingin bersuara dan mengambil gambar. Cuma bagi yang beragama Islam itu harus beringat-ingat supaya tidak melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Kesimpulannya blog MT juga telah menerima beberapa senarai calun-calun yang disebut-sebut akan mewakili Kawasan Merbok dalam PRU13 yang akan datang tetapi masih diperingkat ingin mendapat pengesahan dari pihak-pihak yang tertentu supaya ia tidak mengeciwakan mana-mana individu yang nama mereka tidak dicalunkan.

Mungkin senarai ini ingin didedahkan supaya calun-calun tersebut tidak terkejut berok dan pengundi boleh bersiap siaga dari sekarang dengan pen di tangan untuk memangkah semasa hari pembuangan undi kelak. Dan yang maha penting ialah bakal calun tersebut sudah boleh membaca siapa yang akan mensabotaj beliau khasnya di peringkat Bahagian. Dan siapa yang akan melompat seperti ikan keli kehabisan air.

Apa pun di harap bersabar…WAIT AND WE ALL SEE.

17 comments:

  1. ROMLI KARIM juga tersenarai ker ? Kalau tersenarai, JAHANAM UMNO MERBOK

    ReplyDelete
  2. MT :

    Masaalahnya sekarang ini ialah persepsi orang ramai terhadap pemimpin UMNO termasuk di Kedah dan ialah KORUP.POLITIK WANG,SUKA JOLI,AKHLAK KURANG MOLEK.

    Salah siapa.Dan bagaimana nak kikis perspsi buruk ini.

    Kalau nak bunuh diri dlm PRU 13 nanti UMNO latak lah tokoh Korup,Politik Wang dsbnya.

    Sebanarnya tokoh -tokoh hebat UMNO di Kedah serta di bahagian banyak berada di luar MAIN STREAM UMNO.

    Mereka ini pun ada pengaruh.Mungkin tak mahu terpalit amalan buruk mereka berada diluar.

    Merbok pun termasuk dalam perspsi burok ini.Rakyat gelak dan jeling je bila berlalunya mereka.

    Calon faktor utama.Kalau Dato Najib silap pilih alamat tutup bukulah UMNO di Kedah buat selamanya.

    UMNO bahagian ada pemimpin.tetapi tak ada QUALITI.

    ReplyDelete
  3. Tajul buat program utk dia jadi calun bukan utk kemenangan BN.Manusia begini akan berbuat apa saja bagi mencapai nafsu syaitann ya.PRU12 dulu ditendangnya Dato Zam ke parlimen Sg.petani dan dia di Parlimen Merbok beritndak sesuka hati sehungga sanggup korbankan org lain utk mencapai nafsu jahatnya.Nah Allah bagi kekalahan, tetapi
    beliau masih tak nak insaf2.Jawatan senator dilepaskannya dek mengejar yang lebih besar utk bertanding PRI12.

    ReplyDelete
  4. aku pun tak paham dgn UMNO ni.Dato Najib kata nak tonjol wineable candidate.cakap lain dia buat macam lain.
    Puak yg dicalon oleh UMNO bahagian bukan calon wineable candidate.Semua calon haprak.Korupsi.

    Kalau macm ni pi mai pi mai UMNO memang macam tu dah/

    Amboi masa cakap dulu hebat bukan main.

    Yg jelas dato Najib pun takut juga dgn Ketua bahgaian yg merupakan Tuan besar dlm UMNO.

    Inilah cakap-cakap dibawah.......

    ReplyDelete
  5. 10 SEBAB UNTUK DIJAUHI CALUN KITAR SEMULA
    a) Penyebab kejatuhan Kerajaan BN Kedah pada PRU12 - dato tajul/ali yahya sp
    b) Amalan politik wang - dato tajul/ali yahaya
    c) Egoisik, elitis dan arroganistik - dato tajul/ali yahaya
    d) Bermuka-muka dengan pemimpin atasan - dato mee janggut
    e) Melebihkan kekayaan peribadi - romli karim
    f) Memperalatkan rakyat - dato tajul/romli karim
    g) Depan rakyat cakap lain belakang rakyat bikin lain - ali yahya sp
    h) Gagal membawa penyatuan UMNO dan rakyat - dato tajul/ali yahya sp
    i) Gagal membawa pembaharuan - romli karim/ali yahya sp
    j) Mementingkan kroni - dato tajul/ali yahaya sp

    dato tajul dan ali yahya 2 ekog ketua bahagian termangkok ayun. not winnable candidate.

    ReplyDelete
  6. Hangpa ni pandai saja dok kata orang tu tak baguih, orang ni korup, itu ini. Tapi hangpa ada ka nama2 pemimpin yang baguih yg boleh dicalonkan? Kalau ada huloq la kat PM. PM mana nak tau sapa yg elok sapa yg dak, pasai depan dia semua org dok kipas dia. PM pon hanya dengaq apa yg orang dok lapoq kat dia. Hgpa yg dok kat kampong yg dok tengok tiap2 hari lebih tau sapa yg boleh percaya. Pi la jumpak ramai2 Mat Bashah ka, Mukhriz ka, bagi calon2 yg semua org suka, termasuk pembangkang pon suka. Tapi kalau la nama yg dicalonkan tu hgpa tak berkenan, jgn la pulak hgpa sabotaj parti. Yg penting pangkah parti, bukan pangkah calon tu. Parti yg nak perintah negeri & negara, bukan calon tu.

    ReplyDelete
  7. Murahnya nilai moral dan akhlak penerima upahan ipad sehingga sanggup bersengkokol dgn KB yang nyata jahat ,hipokrit dan tidak berperikemanusiaan dari memikirkan nasib anak bangsa kita yang masih memerlukan kekuatan perpaduan utk bersaing didunia global ini.

    ReplyDelete
  8. Cuba buat kajian sulit berapa ramai dikalangan guru-guru yg suka pada Tajul?Aku rasa nak dpt 10 peratus pun susah.

    ReplyDelete
  9. dato Bashah kata umno kedah letak banyak calon2 profesional pd pru13, tapi yg kita tau, mana ada bahagian-bahagian dalam kedah yg calonkan org2 profesional,macamana ni?????????????
    betul ka:-
    merbok cadangkan tajul & romli..........
    sg petani cadangkan ali & shahnim.......
    baling cadangkan azeez & azam...........
    kbg pasu cadangkan johari & saad........
    betui ka?
    betui ka?

    ReplyDelete
  10. Bila kita dapat tahu keputusan pencalonan drp bahagian tertentu di Kedah.Secara sah orang ramai dah buat tanggapan iaitu UMNO akan kalah lagi di Kedah.Kalau nama-nama yg di cadang oleh UMNO Bahgaian tersebut.

    Nama-nama tersebut sudah terpalit dgn bermacam cerita hantu dan syaitan.

    UMNO Kedah ibarat kepala ikan yg sudah busuk.Maka habis satu badan ikan jadi busuk..
    Tak ada pilihan kenalah jual walau pun ikan yg dah busuk.

    ReplyDelete
  11. Baru jadi SUB xsampai sepenggal, keta dah 3,4 kali beli bru. Mana dia dpt duit. Romli Karim n Mamat Nizam ICU punya keja. Memang elok sgt kemarin kontraktor penang buat bantahan kat ICU cara ICU bagi projek untuk dilaksanakan. Kontraktor2 kedah bila nak ikut buat bantahan terutama sekali kat ICU Kuala Muda.

    ReplyDelete
  12. Penakut sungguh siketul Tajul ini ....dengak kata terpaksa guna duit cari pelobi -pelobi utk menjadi calun.

    ReplyDelete
  13. Jika Tajul jadi calun UMNO akan lingkupppppp, ramai rakyat tidak yakin lagi tentang PERJUANGAN UMNO kerana memilih calun yg hipokrit, belagak ,sombong dan mementingkan diri sendiri.Seluruh Kedah mengenali dia.

    ReplyDelete
  14. Maklumat terkini siketul KB telah tubuh kelab penyokongnya sendiri.Apa dah jadi ini? Dah hilang keyakinan diri sendiri ker?Atau dah tahu nama tiada dlm senarai jadi terpaksa mengguna pelbagai cara utk memaksa PM memilihnya ? Hisssssss apa teruknya Tajul sampai laguni sekali.

    ReplyDelete
  15. Insaflah diri wahai TAJUL , tak habis-habis hang ni, rendah sungguh akhlak, bertaubatlah sebelum terlambat

    ReplyDelete
  16. hihihihihi jangan jadi org tak ketahuan cukuplah jika tidak dicalunkan.

    ReplyDelete
  17. Hoi hgpa ingat org Merbok BODOH ka nak pilih si Tajul yg sombong dan belagak .Dia dpt projek2 pun kerana jawatan dia sebagai Ketua Bahagian.Tak cukup lagikah UMNO bagi pada hangg.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.