01 December, 2011

Shahrizat tenang dari mula hingga hari ini.

"SAYA tenang dari mula hingga hari ini. Saya ke Makkah untuk memohon hidayah Allah, berdoa di depan Kaabah dan Raudhah. Apa yang saya boleh katakan kepada pemimpin PKR yang mengaib dan menfitnah saya… kita jumpa di Padang Masyar (hari pembalasan)." 
Pic - NST "WAJAH TENANG SHAHRIZAT JALIL"
Ucapan pedas dan tegas ketika membuka tirai Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO pagi semalam, tidak dapat melenyapkan kesedihan dan aib yang ditanggung keluarganya.

Dengan muka sedikit cengkung dan matanya cuba menyembunyikan kesedihan, tapi Ketua Wanita UMNO amat lega kerana ramai ahli, teman dan sahabat terus mempamerkan semangat setia kawan yang tinggi.

“Saya masih dilanda perasaan teramat sedih, tapi selepas ucapan tadi, saya memang lega kerana (perwakilan) Wanita amat memahami apa yang saya alami,” kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Bagi ahli politik yang tidak pernah ‘diserang’ pembangkang secara peribadi, Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat ini hampir terduduk apabila keluarganya didakwa melakukan penyelewengan apabila diberi tanggungjawab melaksanakan projek ternakan lembu daging melalui Perbadanan Fidlot Nasional.

“Bila saya rasa sendiri (penangan pembangkang), itu membuatkan saya rasa sedih. Dia orang ini tak takut mati. Bagi saya, siapa saja buat fitnah ini, kita jumpa di padang Mahsyar,” ulangnya sekali lagi.

Tapi ketika berada di hadapan Kaabah dan sujud di Raudhah, Shahrizat tidak tergamak mendoakan keburukan pada penfitnahnya, sebaliknya berdoa supaya Allah tidak mengaibkan mana-mana keluarga pemimpin pembangkang, seperti mereka mengaibkan dia.

“Saya berdoa janganlah saya atau mana-mana pihak mengaibkan keluarga (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, keluarga Rafizi, keluarga Zuraida (Kamaruddin) dan keluarga Saifuddin (Nasution), sebagaimana mereka mengaibkan saya.

“Saya juga berdoa kepada Allah jangan menimpa musibah dan aib seperti ini ke atas ketiga-tiga keluarga ini. Walaupun diaibkan, saya masih tidak tergamak dan tidak mahu mentohmah mereka,” katanya.
(Jamhariah Jaafar, Berita Harian)

4 comments:

  1. Salam tuan,

    Mohon izin utk linkkan blog IBm di sini. Blog tuan telah IBM linkkan di blog IBM. Insyallah kita boleh bertukar2 maklumat. Slmt berjuang.

    Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. medan yang telah rosak, medan yang sepatutnya membawa permasalahan orang2 melayu telah menjadi medan mempertahan kan diri, ingat lah wahai pemimpin sekalian didalanm dewan orang bangun dan tepuk dengan ucapan kita, tapi melayu dan rakyat terbanyak di luar bangun dan tutup tv,rasa loya dan nak muntah berbaur marah dan geram dengan gelagat segelintir manusia yang lupa akan daratan, puisi dan pantun mewarnai persidangan, dahulu penuh dengan saranan, masalah rakyat di bahaskan, kini jadi apa?kami sayang kan islam ,melayu dan umno tapi kami marah disebab kan beberapa pemimpin yang begini, masuklah lah kampung lihat lah betapa ramai lagi umat melayu yang hidup serba daif yg memerlukan pertolongan,tonton lah bersamamu, kalau kamu orang yang pandai memerintah tak kan ada lagi orang susah seperti ini,mana pergi nya pemimpin cawangan, bahagian, negeri dan pusat? malu lah pada diri sendiri sebagai pemimpin kalau bumi malaysia ini masih ramai yg hidupnya susah, anak2 tak ke sekolah, semua ni perlukan perhatian pemimpin, kalu tak sanggup buat letak jawatan,rakyat terbanyak perlu didahulukan,cuba kalian hari ini dan disaat ini ke KL,kita akan lihat mereka ini dengan kereta mewah, berpakaian serba lawa dan mahal untuk apa? segan lah pada diri kita, kerana diluar sana masih lagi ramai yang tak berbaju dan makan yg sedap2, kesemua mereka itu orang2 melayu, bagsa kamu sendiri.sekian ibrahim hj sabri shah alam selangor, 0162192460

    ReplyDelete
  3. Wahai Ibrahim Hj Sabri. Elok you nasihat tukang-tukang fitnah yang memang kerja mereka mencari buruk orang untuk ditabur dengan niat memalukan pihak lain. Hak orang teraniaya mempertahankan diri. Kan Anuwar selalu cakap macam tu. Kalau you tak datang dengar ucapan penuh you jangan cakap banyak. Mai sendiri dengar. Tolong suruh jugak puak-puak yang kononnya pemerintah negeri anda sekarang pergi tengok apa yang you sebut. jangan bila mai orang susah UMNO salah. Tang you yang hidup senang lenang pasal apa tak kata UMNO betul. Sudahlah. Tok sah hipokritlah. Kalau kita rasa kita baik jangan dok harap orang buat baik. Kita sendiri buat. Dok tunggu buat apa. Pi repot kat Khalid Ibrahim sapa yang susah tu. Biar depa pulak bantu. UMNO ni dah bagi hidup kat berjuta orang Melayu dah (dengan izin Allah). Sorang dua yang susah tu kita tengok sapa pulak nak tolong. Bukankah Selangor ni Kaya kan.

    ReplyDelete
  4. aku kesian kat mak cik-makcik yg tersadai di Pwtc.mereka ini bukan tahu apa pun.mereka tahu makan angin naik bas free,tidor free.Makan cari sendiri.

    Ucapan sharizat masih retorik tegak benang basah.Tiba-tiba wanita dijadikan tembok sebagai perisainya.

    Seorang rakan sebelah aku menyatakan yang ada dalam dewan itu bolehlah ibarat sebagai penonton dalam sebuah panggung wayang yang sedang menangis kerana jalan ceritanya amat sedih.Tapi selepas keluar panggung wayang selepas kena nasi kandak segala cerita sedih terlupa kembali.Itulah ibarat perhimpunan UMNO hari ini.

    Pengundi wanita Melayu.Cina,India lebih ramai dari dalam dewan itu.Wanita umno bukan semua ada dalam dewan itu.Wanita sekarang tak boleh dicucok hidung dan telinga macam dalam dewan itu.

    UMNO kena bersih dan suci.UMNO kopor kerana orangnya kotor.Eloklah bersih UMNO segera sebelum PRU 13.Zaman retorik dah berakhi.Cuba tengok ucapan DS Najib tak ada retorik tapi membawa seluruh rakyat berfikir dan renung sejenak.Matang ucapan DS Najib.


    Mana pemimpin UMNO yang ada persepsi kourp dan skendal undur diri lah.Buat menyusahkan DS Najib nak tadbir Malaysia sahaja.

    Sekian terima kasih.UMNO perlu dibersihkan untuk PRU 13 nanti.

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.