Mukhriz Ahli Parlimen Jerlun berkata sebanyak 175 ekor lembu disumbangkan oleh Pusat Khidmat Parlimen Jerlun untuk dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha.
"Kita buat korban perdana ini yang terbesar di Kedah (setahu saya) bukan untuk menunjuk-nunjuk. Bukan selalu kita boleh buat tetapi inilah makna pengorbanan.
"Sebagai umat Islam, pengorbanan pada Aidiladha harus difahami selain daging korban diagihkan kepada golongan yang berhak dan orang ramai juga mendapat manfaatnya," kata beliau.
Semua 170 buah kampung dalam Parlimen Jerlun mendapat seekor lembu korban bagi setiap kampung manakala tiga ekor disumbangkan kepada sekolah-sekolah agama dan dua ekor dibuat kenduri kampung sempena majis itu bermula 7 pagi hingga 3 petang yang dihadiri kira-kira 3,000 orang. -BERNAMA
amboi begitu punya banyak kenapa sapa pun tak berasa nak bagi pada NGO-NGO yang juga ada peranan dan pengaruh.pi mai pi mai dok lunggok pada umno sahaja.sepatutnya kena tengok juga persatuan belia,pertubuhan kaum perempuan,persatuan pemandu teksi,persatuan bekas polis,persatuan bekas tentera dan lainnya.Nampak gaya pemimpin umno masih bergerak stail lama juga.Masih tak berubah,Maka jadilah program korban ala syok sendiri.Korban sesama sendiri.Bila lah umno nak berubah cara pendekatan dengan rakyat.Jangan dok kira puak umno sahaja.
ReplyDeleteapa yang dilakukan olih mukriz dan juga lain lain yang namakan depa parti politik serta glc bukanlah korban namanya,tapi PESTA MENYEMBELIH LEMBU.
ReplyDelete