BALING - Seorang penduduk Kampung Tanjung Pari, Rohea Mat Saman teringin untuk memiliki kediaman sendiri berikutan keadaan rumah tinggalan arwah ayahnya semakin usang dan mereput.
Rohea yang hanya bekerja kampung itu berkata, terdapat beberapa bahagian di rumah itu tidak dapat digunakan berikutan keadaan lantai yang reput dan membahayakan.
“Kalau saya nak naik ke rumah, saya perlu naik secara perlahan-lahan untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Anak saya sendiri pun tidak berani untuk naik ke bahagian atas rumah ini berikutan keadaan lantai yang tidak kukuh.
“Disebabkan itu, bahagian atas rumah ini terpaksa ditopang dengan buluh untuk mengelakkan sebarang kemungkinan. Namun begitu, buluh ini tidak akan bertahan lama. Jadi, saya perlu berhati-hati setiap kali ingin melalui kawasan atas ini,” katanya.
Rohea berkata, dia telah membuat permohonan rumah kepada pihak sewajarnya namun tiada maklum balas diberikan sehingga kini.
“Dah banyak permohonan yang saya buat, namun, tiada hasil yang positif. Kini, saya dan malas untuk minta apa-apa lagi,” katanya yang juga merupakan seorang ibu tunggal.
Menurutnya. ramai yang bersimpati melihat keadaannya, namun dia dia terpaksa meneruskan kehidupannya di rumah pusaka itu.
“Sebelum anak saya saya balik ke rumah ini, saya hanya tinggal seorang diri di sini. Macam-macam dugaan yang saya terima. Saya hampir pernah menjadi mangsa apabila seekor ular tedung selar masuk ke rumah ini.
“Nasib baik ada jiran-jiran, merekalah yang membantu mengeluarkan ular itu. Kalau tidak, tak tahulah apa jadi kepada saya,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Rohea berkata, keadaan rumahnya yang agak jauh dari jalan besar juga memberikan kesan kepada kepadanya.
“Saya harap, jalan yang menghala ke rumah saya ini diturap ataupun dibesarkan. Ini dapat memastikan kenderaan dapat masuk ke rumah saya. Namun, sekarang hanya sebuah motosikal yang mampu menggunakan jalan ini.
“Saya telah bertanya mengenai status jalan di sini, namun, gagal, kerana ada yang mengatakan jalan di sini mempunyai pemiliknya dan ada yang berkata milik Jabatan Pengaliran dan Saliran. saya jadi buntu dan tidak tahu nak buat apa,” katanya.
Katanya, dia amat berterima kasih sekiranya ada pemimpin setempat yang sudi membantunya untuk mendapatkan kediaman baru ini. (Sumber Sinar Harian)
hi salam aidulfitri,awat kalut sangat, biaq lah azeez rahim tu rehat dulu, skrg ni di letih,dia terkejut besar di somali,rakan depa ditembak pengganas kumpulan si sabu tu,tengolah esok lusa rumah tu siaplah-kerja muda sja bgi azeez,
ReplyDeletedia bertaraf international dlm hal2 kebajikan serta bantuan,
Keadaan Makcik ini miskin dan daif, tetapi di Somalia, nak tanam kangkong, kacang panjang tepi rumah atau tangkap ikan keli dari sungai pun tak boleh kerana sebab2 yg tidak dapat dikawal mereka,
ReplyDeleteKemarau konteng dan peperangan..
Pembantu sambilan rumah saya seorang perempuan tua Cina, berumur 79tahun..pujuk beberapa tahun supaya dia berhenti kerja, katanya "sekiranya dia tak kerja, dia akan terus mati".
Selain bekerja sambilan di rumah dan kedai saya (RM500/bulan tiga hari/minggu@3jam), dia mencuci di 3buah pejabat 3tingkat yg lain. Jumlah gaji purata sebulan RM2.5k.
Baru2 ini cuti perayaan 3hari, dia dengan sendiri membina tembok gate bhgn depan rumah dia mengguna bata, bancuh simen sendiri, siap cat dengan sendiri.
Terbalik semangat orang tua ini, teramat berdikari. Bila saja dengar orang dalam kesusahan, segara datang membantu, misalnya keluarga kami terlibat dalam kemalangan jalanraya... Siap kerja2 di opis2 lain, dia datang tidur di rumah saya untuk menjaga kami anak beranak, secara sukarela, tanpa bayaran apa2.
Apa yg terjadi dgn Makcik Rohea tidak perlu Azeez pulang dari Somalia, kenapa penduduk kampung sendiri tidak prehatin, apa salah bergotong royong pergi membantu baiki rumah dia?.
AAAiiiikkkk !!!!
ReplyDeleteBukankah Kedah diperintah PAS ??
Siapa wakil rakyat Baling ?
kesian kat mak cik ni. 54 tahun merdeka masih bunyi lagi suara sumbang, rumah reput dan buruk.Yang PM umum baru setiap bahagian 500 ooo RM depa buat apa.
ReplyDeleteperuntukan dari ICU /SDO apa kemana.
peruntukan KEDA pula depa bawa kemana.
Pengerusi JKKKKP buat apa.ataupun dok kira elaun bulanan sahaja ke.
pimpinan UMNO disitu buat apa
pemuda UMNO buat apa..
wanita UMNO buat apa
puteri UMNO buat apa.
timbalan menteri buat apa.
ketua bahagian sebok luar negera.
mana pergi juara rakyat.
banyak ini punya bantuan pun hangpa tak boleh selesai.
jangan tunggu PAS sosialis bantu bantu nak selesai.Nanti UMNO malu.Cogan kata mantap Rakyat Didahulukan.
PAS sosialis ini cakap je.Janji kosong.
Kalau Makcik Rohea nak belajar berdikari mencari rezeki atau macam mana nak repair rumah dia, sila datang rumah saya jumpa Ahso. Sekiranya tak sihat, dia pandai dapatkan ubat2 traditional untuk memulih kesihatan. supaya boleh kerja mencari rezeki.
ReplyDeleteAhso saya kata dia bersedia memberi latihan macam mana nak bancuh simen, atur bata, kalau pasang tiles lantai satu rumah pun dia pandai. Latihan percuma.
Waktu latihan nak tinggal rumah dia pun OK, rumah besar 6bilik dibeli hasil dari titik peluh dia sendiri.
Kat Baling mesti banyak ladang getah. Nak toreh getah, kutip susu, kutip scrub atau meracun pun Ahso saya boleh tolong ajar..
Baru2 ini masa harga getah naik, hari minggu dia pun sempat ambil upah turun menoreh getah.
selalunya peruntukan untuk orang miskin.
ReplyDeletetetapi yang kaya kontraktor juga.
tak kan nak suruh org miskin jadi kontraktor,
ReplyDeletemesti lah yang ada duit baru bolh jdi kontraktor,payment kerajaan negeri sangat lambat, klu yg miskin jdi kontraktor maka lagi miskinlah dia heheheheheheh
Salam...
ReplyDeleteMakcik ni x yah dok tggu azeez ni, bantuan bina rumah boleh dpt dpd Kementerian Kemajuan Luar Bandar&Wilayah...di bawah Program Bantuan Rumah (PBR).... boleh juga mintak melalui Kedah Di Alor Setar...
Setelah proses permohonan berjaya rumah 3-bilik berharga RM33,000 boleh dpt tanpa bayaran apa2, hanya sedia duit masuk api n ayaq...dengan syarat makcik ni kena ada tanah sendiri....
Kena p mkntak kat Kedah, pi la jupa Tok Othman Aziz, pegawai khas menteri yg juga setiausaha badan perhubungan umno negeri...
Nombot Tok Othman ni (bekas pengurus bolasepak hijau kuning dulu) 012 401 2002...dia ni dulu adun ayaq itam di jerlun, insyallah dia buleh tolong...
Bila kes miskin dan merempat saja tuduh umno dan bn. tu kerajaan negeri dok buat apa. mkk dok buat apa. tang duit senggara jalan bukan main kata depa pun rakyat malaysia. tang mak cik ni bukankah dia juga rakyat kedah jugak. tang beli kereta besar kat MB dekat setengah juta boleh pulak. takkan 30 ribu untuk makcik ni pas tak leh bagi. diapun anak kedah jugak.satu lagi kene cek jugak macamana dengan anak-anak mak cik ni. jangan jadi macam kes kat tempat saya. anak-anak dia kerja besar. anak-anak ajak dia pi dok dengan depa tak mau. lepas tu duduk rumah buruk. orang luar yang tak tau cerita mesti kata macam-macam. tambah-tambah kalau tau kat puak tu. kes macam ni nak salah sapa.
ReplyDelete