Konvensyen BN Kedah 2011 pada 24 September 2011, tidak ada apa-apa impak kepada usaha menawan Kedah dari Pakatan Rakyat. Ucapan Pengerusi BN, Datuk Ahmad Bashah Abu Hanipah dilihat hanyalah ucapan ritorik kosong dengan bahan ucapan asyik diulang-ulang tanpa fakta atau realiti akar umbi yang sebenar.
Pengurusan pimpinan Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat yang mandom dan lemah tidak di ‘address’ oleh Ahmad Bashah secara bijaksana untuk menjadi bahan kempen kepada pimpinan akar umbi di kalangan UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.
Ucapan yang hanya deras di atas pentas sebenarnya sudah lapuk dan primitif. Rakyat ingin melihat kewibawaan pimpinan dari BN sebagai alternatif kepada mereka untuk memilih dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.
Ini yang gagal dipersembahkan oleh Ahmad Bashah sebagai ‘MB’ bayangan BN Kedah. Komponen BN yang duduk di belakang dewan ada yang ternga-nga mengantuk dan bertepuk hany kerana rakan-rakan yang lain bertepuk.
Ketidak hadiran pemimpin BN tertinggi diperingkat pusat menambahkan lagi “ceroi” nya konvensyen BN Kedah pada hari itu.
Kelembapan penganjur Konvensyen tersebut yang sebenarnya bermula dari peringkat awal lagi apabila perserta terpinga-pinga mencari tempat untuk mendaftar diri yang rupa-rupanya tidak ada pendaftaran. Sesiapa sahaja boleh berjalan lenggang kangkong boleh masuk ke dewan konvensyen tersebut.
Itulah cerminan BN Kedah apabila menjadi pembangkang. Ceroi macam kuah Laksa Teluk Kecai.
MT..alamat lah UMNO/BN Kedah terus berada ditahap yg cukup lemah.Aku pun berada dalam dewan hari itu.Tak ada langsung ciri-ciri konvensyen yang mempunyai gagasan kental nak tawan Kedah.Ucapan dari Dato Bashah cukup hambar dan longlai.Dato bashah tidak buat persediaan yang kemas dari segi hala tuju sebenar.Dia ingat mudah nak tawan semua kerusi.Lebih malang dan memalukan ada lagi dua tiga ketua bahagian yang datang lewat.Jalan pun tak ada semngat.Ketua Bahgian Jerlun dan Ketua bahagian Pokok Sena aku nampak memang datang lewat.Macam ini kah hero UMNO nak tawan Kedah.Lepas resmi ramai pula yang cabut balik.Inilah kelemahan kepimpinan Dato Bashah dalam mengepalai tentera BN nak tawan Kedah.Aku sifatkan konvensyen kali tak berhasil langsung.Yang berjaya cuma waktu makan tengahari.Aku nampak muka-muka hero UMNO Kedah dah tak ada semangat.Apakah Dato Najib terima laporan gembira drp umno Kedah.Apa nak jasi dengan UMNO/BN Kedah.Dato Bashah masih oneman show.Dia tak ada think thank yg terbaik.
ReplyDeleteHAMPAS ! MASUK ANGIN KELUAR ASAP !LOW CLASS KATA P.RAMLEE !
ReplyDeleteBukan konvensyen BN.Sebaliknya majlis konvokesyen serah buku perlembagaab BN.Itulah puncaknya ...
ReplyDeleteJali.
sepatutnya muka-muka baru bertenaga serta berilmu patut diketengahkan pada PRU12 yg lalu,tetapi pimpinan detkalid & kj meletakan calun2 yg kais pagi makan pagi kais petang sapu bersih,
ReplyDeleteini lah yg disindir oleh MB azizan razak terhadap UMNO - org2 berilmu dan profesional tiada dlm senarai calun UMNO, MAKA inilah yg patut di usahakan pimpinan Kedah masa kini, jgn lari drp fokus, nanti azizan razak gelak pula,
Nak tumpang sikit.Sebenarnya Dato Bashah sudah gagal menjadi pemimpin UMNO Kedah dan BN yang terbaik.Inilah komen orang ramai dimerata tempat.Dia tidak popular dan mesra rakyat.Buat kerja sorang=sorang.Ini ditambah pimpinan Bahgian seluruh Kedha yng juga lemah dan bermsaalah.
ReplyDeletePAS gelak dan selalu buat kenduri bila tengok UMNO lemah diKedah.