02 August, 2011

Tokak menokak dalam UMNO Kedah tidak ada noktah

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

BARU-baru ini dalam satu pertemuan, seorang pemimpin veteran UMNO memberitahu penulis bahawa Kedah merupakan salah sebuah negeri yang Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampasnya kembali daripada pembangkang.

Pelbagai kemelut yang melanda pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pas kini memungkinkan BN mempunyai harapan untuk meraih kembali sokongan rakyat di negeri Jelapang padi tersebut.

Namun begitu persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak termasuk pemimpin veteran tersebut ialah sejauh manakah pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah benar-benar bersedia untuk melunaskan misi berkenaan.

Semua orang Kedah tahu, Pas yang dibantu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP tidaklah sehebat mana di negeri berkenaan.

Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kedah, pada Khamis lalu dikatakan banyak menyuntik semangat dan memberikan isyarat kepada rakyat Kedah bahawa mereka perlu menyokong BN.

Keprihatinan Perdana Menteri yang bersedia meluangkan masa melakukan tinjauan mesra dan meluluskan peruntukan sebagai RM1.12 juta bagi membina sebuah masjid di Taman Wira Mergong, di Alor Setar turut membantu meningkatkan imej BN.

Tetapi soalnya, sejauh manakah UMNO dan BN Kedah di bawah kepimpinan Datuk Ahmad Bashah Md.Hanipah mampu merebut peluang untuk memastikan sokongan rakyat kembali kepada parti berkenaan.

Ketika berbual-bual dengan seorang pemimpin UMNO Kedah di Kuala Lumpur baru-baru ini, penulis mendapati terlalu banyak kelemahan yang perlu diperbaiki oleh Ahmad Bashah dan pemimpin parti berkenaan jika mereka mahu menegakkan kembali panji-panji BN di negeri itu.

Perkara yang paling ketara ialah sehingga kini biar pun Kedah sudah jatuh ke tangan pembangkang masih belum ada kesedaran di kalangan pemimpin-pemimpin UMNO untuk berhenti berpolitik sesama mereka.

Sama ada hendak diakui atau tidak berdasarkan maklumat yang diterima oleh penulis, daripada keseluruhan 15 bahagian UMNO di Kedah, 10 daripadanya bermasalah. Ia berpunca daripada politiking sesama sendiri - satu 'penyakit' yang tidak pernah mampu diubati dalam UMNO sejak dulu lagi.

Mungkin akan ada pemimpin UMNO akan menganggap tulisan ini ibarat membuka pekung di dada atau satu rekaan tetapi hakikat tetap hakikat, fakta tetap fakta.

Pemimpin-pemimpin UMNO Kedah perlu insaf bahawa mereka bukan pemerintah di negeri berkenaan tetapi pembangkang, oleh itu sikap dan tindakan serta semangat perlu berteraskan kepada keazaman untuk merampas kembali negeri itu daripada Pas, PKR dan DAP.

''Masalah utama ialah hendak mencari calon, kita kena akui sampai sekarang belum ada calon yang paling sesuai bagi memenuhi apa yang dipanggil 'calon boleh menang' seperti mana dikehendaki oleh Perdana Menteri,'' kata pemimpin UMNO tersebut.

Keadaan menjadi bertambah rumit apabila masalah dalaman di 10 bahagian berkenaan masih juga tidak selesai-selesai, biar pun UMNO sudah jadi pembangkang di Kedah.

Masing-masing masih lagi hendak 'mempromosikan' diri sendiri dan merasakan paling layak untuk menjadi calon, biarpun ada antara mereka yang ditafsirkan, ''umum nama sahaja pun dah kalah.''

Kesudahannya di sesetengah bahagian yang bermasalah ini wujud sekurang-kurangnya enam 'war lord' yang mempunyai pengikut masing-masing iaitu ketua bahagian, timbalan ketua bahagian, naib ketua, ketua Wanita, ketua Pemuda dan ketua Puteri.

Justeru jika salah seorang dipilih sebagai calon belum tentu yang lain akan menyokong sebaliknya akan wujudnya apa yang orang Kedah panggil 'das kaki' atau orang Kelantan kata 'cah keting'.

Walaupun perbalahan ini tidaklah begitu ketara 'di permukaan' tetapi rakyat di kawasan-kawasan terlibat amat memahami kemelut yang berlaku justeru semua itu hanya merugikan UMNO dan BN.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila ada dakwaan bahawa Ahmad Bashah sebagai pengerusi perhubungan UMNO negeri tidak mempunyai cengkaman bagi mengatasi kemelut yang berlaku. Malahan Ahmad Bashah juga dikatakan terlalu bergantung kepada pucuk pimpinan parti untuk melaksanakan sesuatu program.

Ahmad Bashah dan seluruh kepimpinan Kedah perlu menunjukkan kesungguhan untuk merampas negeri itu daripada Pas.

Setakat ini kita memuji kelantangan UMNO Kedah mendedahkan kepincangan pentadbiran Kerajaan Pas tetapi ia belum mencukupi bagi menjana kemenangan, jika di dalam UMNO sendiri masih ada kelemahan yang tidak diperbaiki.

Kita yakin sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam berpolitik, Ahmad Bashah mampu mengendalikan keadaan, apa yang diperlukan daripada beliau ialah keberanian membuat keputusan dan bertindak.

Jika benar pemimpin-pemimpin UMNO dan BN di Kedah mahu menang dalam pilihan raya mereka perlu bersatu padu dan mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Tindakan bertelingkah dalam mesyuarat bahagian adalah sesuatu perbuatan yang memalukan kerana UMNO bukannya pemerintah tetapi pembangkang.

Kalau berada dalam kedudukan pembangkang pun masih belum mahu insaf lagi, apakah pemimpin UMNO Kedah hanya akan sedar apabila parti itu terus ditolak selama-lamanya di negeri berkenaan?

Oleh itu adalah wajar jika pemimpin-pemimpin UMNO Kedah memahami cabaran besar yang ada di hadapan mereka, bersatulah dalam satu barisan dan perkukuhkanlah kedudukan.

Banyakkan program-program untuk memenangi hati rakyat seperti mana diusahakan oleh Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Janganlah pemimpin UMNO Kedah hanya bijak mengatur strategi untuk menjatuhkan lawan politik daripada parti sendiri tetapi beku mindanya dalam menumbangkan pembangkang.

Satu fakta yang harus difahami ialah pembangkang tidaklah sekuat mana di Kedah dan senario 2008 tidak lagi menghantui BN sehingga memungkinkan rakyat akan terus menolak parti itu.

Justeru inilah kesempatan terbaik kepada UMNO Kedah untuk bangkit semula dan ia hanya akan tercapai jika pemimpin-pemimpin parti itu bak kata salah seorang daripada mereka menyingkirkan tindakan'marahkan dua ekor nyamuk, satu kelambu dibakar'.

Apakah maksud tindakan berkenaan? Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin UMNO di Kedah memikirkannya, apa yang pasti selagi mereka tidak meletakkan kepentingan parti mengatasi segala-galanya, bukan kata 'kelambu', bilik tidur pun boleh hangus bersama-sama akibat 'panas bahang' politiking sesama sendiri.

14 comments:

  1. Depa kata:lagi banyak kalah lagi banyak duit peruntukan turun.Biar kalah ...............

    ReplyDelete
  2. Saudara Admin MT
    Selalunya jika saya lakukan komen dalam kolum-blog MT ini saya akan fokus isi yang diperbincangkan.Tetapi kali ini,izinkan saya ,tidak menyentuh mengenai isi posting yang dipanjangkan,tetapi saya mahu tumpukan pada penulisnya sendiri.
    Saya mengenali penulis ini,malah hampir semua orang lama dalam politik UMNO Merbok kenal dengannya.Anak Pak Bakar Hospital bekas pengikut Daim,lari pada Tok Non dan lari semula pada Daim.Namanya Zulkifli yang mula berjinak mengikut pendirian bapaknya akan menterjemah semula dalam tulisannya.

    Bagi saya inilah perasit perasit cari makan yang melihat cara membuat duit bagi memuaskan nafsu politik bosnya melalui kebolihan dan kedudukan dalam sebuah penerbitan yang sering rugi sejak kebelakangan ini.

    Analisa politiknya bukan berdasar apa yang berlaku semasa,tapi ianya lebih menjurus kepada apa hasil yang bakal di tuai olih tuannya akibat penulisannya.Menyeronokkan tuannya adalah kerjanya.Apa natijah terakhir tidak memberi impak padanya.

    Sayangnya,dalam kekalutan mutahir ini,orang macam ini yang sering dibela olih pemimpin UMNO.Ujudlah beribu post mortem sekali pun,tapi jika dikatakan manusia seperti Zulkifli ini adalah antara punca keserabutan UMNO.pasti ianya akan diketepikan sahaja

    Orang Bedong

    ReplyDelete
  3. Ini tulisan zulkifli bakar dari utusan.Bukan tulisan tuan empunya MT.Ini ialah luahan penulis mengenai politik UMNO di Kedah.Bagi saya ini adalah cerita sebenar walaupun tak 100 peratus benar dan betul.Apakah UMNO Kedah sudah cukup mantan dan kental.Biasalah kalau kritikan macam ini.Tak kan nak kata dan puji buta tuli.Zaman bodek mungkin masanya lagi.Dato Bashah kena ada satu think thank dia mengkaji akan setiap pandangan secara positif.Saya anggap ini perkara biasa dan seni politik.Memang kalut pun UMNO di Kedah.Dah tak upaya lagi nak tudung baunya.

    ReplyDelete
  4. >minta umno kedah buat satu kem...himpun geng2 ketua bhgian yg ketegaq atau mana2 yg perlu....panggil geng btn ka...atau pm sendiri ka/ex-pm(che det)....jgn pgil ex-pm bang lah ...basuh depa cukup2!!!
    >nak elok panggil dlm bulan posa ni...berkubu kat mana seminggu ka
    >biaq depa sedaq sikit
    >jgn dok tunggu lagi...kasi hentam cukup2 puak ni....kerana depa la...ahli umno/atas pagaq meluat n xundi bn

    ReplyDelete
  5. Alaaaaa apa nak buat.Itulah saja pemimpin yang paling cerdik pun yg ada dikalangan UMNO Kedah setakat ini.

    ReplyDelete
  6. Pak Tam:aku sokong hang punya idea.Orang meluat kerana depa.Yang naya UMNO.

    ReplyDelete
  7. umno padang serai pun teruk dan musnah akibat ketua bahagian yg akhlak rendah dan sikap su bahagian yg gila kuasa.Akhirnya umno negeri ambil alih.bahagian contoh terburuk.

    ReplyDelete
  8. Calon wineable candidate di Kedah ialah semua Ketua bahagian.Pakat dok berebut nak jadi calon palak dah....

    ReplyDelete
  9. Kalau daH umno NEGERI keDAH AMBIL ALIH PENTADBIRAN umno bHG pDG sERAI, PASAI APA zubeb kongkang MASIH DOK JADI SU...apakah UMNO Pdg Serai ketandusan ahli yang boleh duduk di tempat itu...ataupun UMNO kedah dah tak ada idea.....ataupun UMNO Kedah tak berani nak bertindak.....kalau macam nilah jadinya....maknanya masalah UMNO Pdg Serai masih tak selesai.....UMNO Kedah kenan ingat, punca yang menyebabkan UMNO Bhg Pdg Serai jadi caca marba ialah kerana Zubeb Kongkang nilah yang memperalatkan Rahman.....

    ReplyDelete
  10. Betoi tulisan Ana...bana tu.Punca UMNO Padang Serai jadi maca merba kerana Zuber dan Rahman yg telah letak jawatan kerana Sifat Berahim Anwar.UMNO Padang Serai jadi porak peranda dan hancur.Asal usulnya ialah geng mereka lah seperti Halim Bas,Asri dan Marlia.Tangan-tangan merekalah punca segalanya.Sekarang apa dah jadi.UMNO Padang Serai masih serabut.

    ReplyDelete
  11. Ada sorang lagi magkuk hayun dok gila nak jadi calon pula(Ku Rashidi) dah jadi macam cacing panas promosi diri.Itu lah drama di Padang Serai.

    ReplyDelete
  12. Aku rasa macam nak termuntah bila dengar Raman Dijuburi bekas Ketua UMNO Padang Serai berucap di masjid Terat kemarin.Ini berpunca drp kebodohan UMNO Padang Serai ,UMNO negeri Kedah dan Jabatan Penerangan Kulim.

    ReplyDelete
  13. anon 10,45 semua itu bukan peka dengan perkembangan politik Padang Serai.Sebab itu jadi begitu.Kesannya umno pdg serai terus berkecamuk.

    ReplyDelete
  14. Khas kepada orang Bedong & amnnya pada semua.

    Apabila kita gagal untuk memahami HAKIKAT dan masih di buai zaman PUJI2AN dan SANJUNG yang terlebih had. Bila bertentangan dengan kehendak hati itu maka di katakan tak betul.
    Jerai, Merbok & Sungai Petani sebagai contoh yang dekat dengan Bedong. Apakah ke tiga-tiga bahagian ini aman damai.
    Saya tak terfikir begitu.... Pemimpin di ketiga-tiga bahagian itu RELA untuk tidak jadi CALON.....
    Apakah improvement yang mereka buat ?????
    Tak payah ulas panjang... Bedong dgn ke-3-3 bahagian tu bukan jauh...sekeliling sahaja...
    BODEK BAWA UMNO MAMPUS, Klu sayang UMNO jangan BODEK...

    ..NaBBa...

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.