31 July, 2011

"Rakyat Kedah minta BN ambil alih semula Kedah" Datuk Bashah

Keputusan yang sentiasa menghantui mereka yang kalah.
GUAR CHEMPEDAK - UMNO Kedah bertekad untuk memenangi kesemua 15 kerusi Parlimen di Kedah demi membantu Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengekalkan pemerintahan Kerajaan Pusat di Putrajaya pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, UMNO dan BN Kedah turut berjanji memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah daripada jumlah keseluruhan 36 kerusi bagi membolehkan mereka mengubah nasib rakyat Kedah.

Bagaimanapun, beliau mengakui sasaran parti itu hanya dapat dicapai sekiranya semua pimpinan parti komponen bersatu-padu dan menjadikan keperluan rakyat sebagai salah satu agenda perjuangan utama parti.

“Saya terima banyak maklum balas rakyat yang meminta BN mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).

“Justeru, pemimpin BN perlu mengetepikan persengketaan dalam parti dan mula menitikberatkan kepentingan rakyat sekiranya kita mahu memenuhi hasrat rakyat yang mahukan BN ambil alih semula Kedah,” katanya.

Ahmad Bashah berkata, pemimpin BN juga perlu mengikis sikap ‘hanya turun padang bila PRU menjelang tiba’ dan wajib mendekati rakyat sepanjang masa bagi membolehkan mereka merasai ‘sentuhan peribadi’ yang ditunjukkan pemimpin parti itu.

“Sekiranya sikap sebegini diambil remeh, bagaimana rakyat hendak meletakkan kepercayaan kepada kita untuk menjaga kepentingan mereka?

“Selain itu, pemimpin yang tidak terpilih menjadi wakil rakyat nanti perlu sentiasa menyokong pemimpin yang dipilih. Utamakan kepentingan parti dan saya yakin rakyat akan semakin yakin dengan keupayaan kita,” katanya.

Ahmad Bashah turut meminta rakyat Kedah menilai kembali dan membuat keputusan yang tepat pada pilihan raya akan datang.

“Perubahan yang dibuat perlu bermakna dan saya minta rakyat Kedah buat pilihan yang terbaik demi pembangunan negeri ini,” katanya.

6 comments:

  1. “Saya terima banyak maklum balas DARI KONTRAKTOR UMNO DAN GENG CARI PERSEN MELALUI PROJEK yang meminta BN mengambil alih semula pentadbiran Kerajaan Negeri daripada Pakatan Rakyat (PR).
    sorry Admin-ayat ini sewajarnya dibaca begitu.
    1-Janganlah takbur sangat,hinggakan 15 parlimen nak diambil balik.Kerusi Dato Bashah pun belum tentu lagi selamat.
    2-Realiti tetap realiti.
    Kemarahan rakyat kepada UMNO mungkin kendur tetapi kemarahan rakyat pada Najib disebabkan sikap Rosmah mungkin bolih mematikan hasrat akar umbi UMNO.
    3-29/07/2011-PAS buat jamuan kutip dana depa,bayaran makan rm20.00 dan rm50.00.Lihat sambutan ahli PAS(serta PKR-DAP) walaupun berbayar.Lepas tu kutip derma lagi,depa bagi lagi.Maknanya apa yang UMNO buat 30 tahun dulu depa buat sekarang,juga maknanya orang sanggup habis duit untuk lihat UMNO tak bangun kepala.
    4-So eloklah Bashah ketuai pertahan apa yang ada disamping cari jalan terbaik bagaimana nak tambat semula hati pengundi.
    Kaki kaki penyangak yang mai dari PKR-DAP(termasuk MP-ADUN lompat) tu janganlah dibagi tempat pasai setiap kenyataan depa memakan diri UMNO.Cakap cakap depa menyakit hati dan akibat patah balik pada UMNO.
    5-Paling utama:hampa jangan jadi macam ahli PAS,berlengkar dan bercampur sesama ahli saja.Ini ramuan nya kalau hampa nak tengok pengundi mai balik pada UMNO.
    6-Ini pegangan kebanyakan penyokong PAS yang mungkin UMNO tak tau:
    UMNO dan PAS sama sama mau Islam,sama sama pertahan Melayu.Tetapi yang bedanya antara PAS dan UMNO ialah slogan RAKYAT DIDAHULUKAN.UMNO cipta slogan tapi tak laksana,manakala PAS pula walapun slogan ini bukan depa yang buat tapi depa praktik slogan ini.

    ***kawan Tajul,kawan Chegu Mi-blogger bebas

    ReplyDelete
  2. Dato Bashah hang jangan cakap sahaja.Apa yang UMNO Kedah dan bahagian buat hari ini.Semua ketua bahagian pemuda wanita dab puteri buat apa.Yang nampak buat jalan baiki surau ,baiki rumah dsb.Yang agnensi karajaan buat.Kami nak tengok apa UMNO Kedah buat.Apa UMNO Bahagian buat.Apa uMNO cawangan buat.
    Rakyat nak lihat parti UMNO buat kerja jelajah jumpa rakyat cerita supaya kemabali sokong UMNO.Terrutama golongan menengah.Jangan harap agensi kerajaan buat kerja.Projek dan kontrak bagi kroni UMNO buat.
    Konflik dalam UMNO ini Dato Bashah pun tahu.Tempat dia pun gaduh sakan.Mana muka Hamzah dan rakan-rakanh nya sudah lama tak nampak muka.Begitulah bahagian lain.Punca gaduh kerana kesan pemililhan dulu belum lagi sembuh.Yang menang cantas yang kalah.Yang kalah bawa diri.Lagi pula adakah Dato Bashah main peranan berjumpa dengan semua golongan yang kalah dan menang untuk menjalinkan semula.Dato bashah buat tak kisah.Dia ingat senang jadi Ketua UMNO Negeri Kedah.Cerita UMNO dalam Kedah pun tak selesai lagi.Negeri lain dan mula bergerak UMNO Kedah jentera masih sejuk gedi macam ketul ais.
    Fasal calon aku nampak gelap dengan muka-muka yang ada.Aku takut PAS ratah macam ulam sahaja.Sama macam Harimau Malaya kena makan dengan Singapura.Dato Bashah kena kerja kuat 100 X ganda.Buat segera majlis perjumpaan dengan semua pemimpin lama dan baru tua dan muda ada jawatan dgn ahli biasa.Jangan asyik dok jumpa dengan JKKKP sahaja.Sasaran lain diabaikan.Kalau nak menang lah.Kalau tak mahu menang ikut suka lah.Pendapat kami bukan ada apa pun.Ibarat tuang air kedaun keladi.

    ReplyDelete
  3. kawan tajul kawan chegu mi-blogger bebas hang dok bohong apa????? PAS dah ada slogan "DIRIKAN HUDUD DIKEDAH"....apa dah jadi?????? haprak rampas bini org dah jadi timbalan Presiden PAS-pemimpin berakhlak mulia yang pembangkang cari...., betul tu anak kuda said-program hadir org yg sama-ada JKKP,s/u JKKKP itu sja dan yg lain2 pi mana ..........,

    ReplyDelete
  4. >kepada pemimpin umno kedah...kena bertenang...jgn gopoh...atuq perancangan strategik..susun saf yg kuat...mesti bole menang!!!
    >susun saf(pagaq) jgn lah yg jenis makan padi...hak tu hampa kena peghati betoi2...hampa sure kenai punya
    >satu lg...hampa kena check(setiap ketua cawangan)mesti kena main peranan proaktif
    >depa ni(ketua cwngan) hampa kena suruh check bilangan pengundi baru dlm setiap cwangan.
    >hampa kena turun kebawah sama ...jgn dok suruh depa saja buat kheja...suruh depa daftar pgundi baru/
    >ehehe...xkan hak tu pu aku nak kena ajaq hampa...
    >sia2 saja...depa pilih hampa jdi ketua bhgian/ketua phubungan....klu hak tu pun hampa xkeh nak buat!!!!

    paktam@Jerlun

    ReplyDelete
  5. Rakyat = UMNO Porno saja.

    ReplyDelete
  6. Saudara Admin:
    kalau UMNO banyak kepala macam anon 10:28pm,InsyaAllah hayat UMNO untuk bernafas segar semula,kena tunggu lagilah.Mungkin setelah orang macam anon ini telah mampus baru UMNO dapat diterima semula.

    **salam Ramadhan untuk Admin

    ReplyDelete

(Komen menggunakan pengenalan anonymous TIDAK AKAN DILAYAN. Sila gunakan nama sebenar atau nama samaran. Jikalau menggunakan anonymous, sila nyatakan nama di penghujung komen. Ulasan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan, perkauman dan bahasa kesat tidak akan disiarkan. Ulasan yang terkeluar daripada tajuk tidak akan diberi keutamaan.